Tuesday, December 23, 2008
GMMA GESA YB PASIR SALAK TARIK BALIK KENYATAAN DAN POHON MAAF KEPADA MAHASISWA
Ahli sekretariat Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA), saudara Ridzuan Mohammad berasa kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli parlimen Pasir Salak, YB Dato’ Tajuddin Abd Rahman yang mengatakan golongan mahasiswa pada hari ini adalah golongan pemalas dan tidak ikut isu-isu semasa.
Saudara Ridzuan menyatakan tidak seharusnya seorang ahli parlimen mengeluarkan kenyataan begini kerana seolah-olah semua mahasiswa hari ini tidak berguna dan tidak berkualiti kepada negara dengan tidak menunjukkan bukti yang kukuh.
Hujah yang dikemukan itu tidak ada bukti yang jelas dan hanya berdasar pemerhatian kepada mahasiswa-mahasiswa yang hadir temuduga untuk masuk bekerja di kolej swasta beliau (Kolej YB Pasir Salak) iaitu sebahagian kecil sahaja.
Saudara Ridzuan, menggesa supaya YB Pasir Salak menarik balik kenyatan tersebut dan memohon maaf kepada mahasiswa sekiranya beliau betul-betul serius dan jujur mengenai pandangan beliau dalam isu pindaan AUKU.
Ahli-ahli parlimen samada Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat (PR) seharusnya berbahas isu pindaan AUKU ataupun isu-isu lain dalam Dewan Rakyat secara rasional dan bukti-bukti serta hujah yang kuat bukannya secara emosional dan pemerhatian secara umum.
Ini kerana ahli-ahli parlimen dinilai oleh rakyat dengan kenyataan yang dikeluarkan. Janganlah berbahas isu AUKU ini yang berkaitan golongan cerdik pandai dan juga berpendidikan ini seperti berbual di kedai kopi, tegas Ridzuan. -Mahasiswakini
http://mahasiswakini.com/archives/595
Wednesday, December 10, 2008
Hadis : Fadhilat Dan Hikmah Korban
|
Hadis : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" Riwayat at- Tirmidzi Huraian : i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. ii) Antara hikmah korban adalah: a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s. b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah. c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin. iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah: a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim) b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah: Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban) c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." |
Tuesday, December 2, 2008
Sang Murabbi
“Kamu tidak akan dapat faham agama, sebelum kematu buku lali di kaki”, itu pesan murabbi pada saya seawal usia putik jagung di kebun ilmu.
Disiplinnya banyak, murabbi terapkan pada diri.
MASA
Masa itu nyawa, jangan bermain-main dengan masa. Lantas kami hadir harus tepat pada masa. Awal tiba, bersilalah dalam gelap malam penuh gelita, tunggu minit dan saat yang dijanji, baru muncul membawa diri. Tamat usrah, jam dibetulkan, agar setiap seorang sama minit dan sama saatnya, sebelum sama fikir dan sama amalnya.
Itu disiplin murabbi ke atas diri…. sejak seawal putik jagung di kebun amal.
TAMBATAN ILMU
Ilmu datang, ilmu pergi.
Jangan sekadar pasang telinga, tanpa usaha memasang tali. Binatang liar diikat dengan simpulan, ilmu ditambat dengan catatan.
“Ke mana sahaja kamu pergi, pena dan kertas jangan tiada bersama diri” , itu pesan murabbi lagi.
Poket saya sentiasa terisi, dari usia muda hingga melewat senja, bahawa disiplin murabbi ke atas diri, sentiasa bersedia mencari ilmu, seperti sentiasa bersedia memberi ilmu.
BUKU DAN BACA
Membaca bukan untuk periksa. Membaca itu ibadah tanpa masa.
Ke mana sahaja berpergian dalam kesibukan, buku jangan tiada dalam genggaman. Justeru seawal usia putik jagung di ladang ilmuan, murabbi melatih diri dengan disiplin ini. Ke surau dengan buku, ke kelas dengan buku. Di stesyen bas dengan buku, di dewan makan juga bersama buku. Tidur berbantal sedap, di dada buku erat didakap. Sebelum mata terpejam rehat, buku ditatap tak pernah penat.
“Berdakwah itu memberi, membaca itu mencari. Jangan sibuk memberi, sebelum sibuk mencari”, itu nasihat murabbi, seawal usia putik jagung di padang Tarbiyah.
Itulah siang, itulah juga malam, yang mengiringi kehidupan saya selama di usia persekolahan. Pelajaran diusahakan cemerlang, dengan semangat Islam yang disemai murabbi.
Murabbi mendidik saya agar tua sebelum usia, kerana matang itu perlu, bekal perjuangan yang penuh liku. Kebudak-budakan dalam gurau sendaan, namun bersungguh dalam pertarungan.
Dialah guru, umpama bapa. Mengajar, mendidik, tak kira masa. Tarbiyah baginya, seni membentuk manusia. Bagai pesan Sayyid Qutb di dalam warisan tinggalannya.
Saturday, November 22, 2008
Isu Terkini di Gaza
Semasa saya sedang menulis entri ini, angka bilangan rakyat Palestin yang gugur terkorban sudah hampir mencecah 34 orang dalam tempoh 72 jam. Semoga mereka ditempatkan bersama-sama syuhada yang lain. Israel melancarkan serangan bertali arus ke atas Gaza salah satu wilayah di Palestin. Serangan yang sudah berlangsung hampir 3 hari itu dilaksanakan serentak dengan lawatan Presiden Amerika Syarikat ke Israel. Meskipun sidang damai Annapolis baru sahaja berlalu, pakatan musuh Allah ini sekali lagi melanggar semua butiran perjanjian mereka. Tidakkah ini cukup untuk membuktikan bahawa jalan perdamaian dengan Israel adalah mustahil? Mereka memberi alasan untuk memusnahkan lokasi yang disyaki sebagai pusat operasi pengganas sedangkan semua sasaran mereka ialah warga awam dan kanak-kanak termasuk kaum tua. Bahkan serangan kali ini menggunakan senjata pemusnah seolah-olah mereka berhadapan dengan satu kekuatan musuh yang amat hebat. Semalam, mereka telah menyerang bangunan pejabat Kementerian Luar Palestin yang turut mengorbankan beberapa orang yang sedang mengadakan majlis keraian bersebelahan dengan bangunan tersebut.
Saya menyeru kepada semua muslim untuk membantu dalam apa jua cara. Rasakan penderitaan saudara kita di sana. Bayangkan sekiranya ahli keluarga kita sendiri yang terbunuh! Apakah perasaan kita ketika itu? Senyum sambil bergelak ketawa? Sudah tentu tidak. Hadiahkan doa peneguh buat semua pejuang yang sedang berdepan dengan musuh Islam itu. Semoga Allah membimbing mereka ke arah ketenangan dan aman. Doa adalah senjata muslim.
Israel isytihar penguasaan terhadap beberapa penempatan berdekatan Masjidil Aqsa
Kerajaan Israel telah mengeluarkan arahan untuk menguasai penempatan berdekatan dengan Tembok Buraq untuk dijadikan tempat ibadat mereka. Berita ini sudah cukup untuk membuatkan jiwa kita semakin tidak tenteram. Masjid lokasi Isra Mikraj kini semakin diancam bahaya. Kalaulah umat Islam masih lagi lena dibuai godaan dunia, apakah nasib al-quds nanti? Ayuh kita semua bangkit dan membela Palestin. Mulakan hari ini dengan mengikuti setiap perkembangan berita tentang Palestin. Jadikan laman web Palestin sebagai bacaan harian ketika melayari internet. Sediakan tabung di rumah masing-masing khusus untuk Palestin. Hiasilah tabung tersebut dengan kreativiti masing-masing. Salurkan duit yang terkumpul melalui badan-badan rasmi yang menjadi wakil pertubuhan kemanusiaan di Palestin seperti Aman Palestin. Bantulah! Anda mampu melakukannya.
Thursday, October 23, 2008
Tarikh Juga Salah Satu Indikator Ketelusan
Sikap Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang memberikan kuasa autonomi kepada pentadbiran universiti dalam menentukan tarikh dan perjalanan Pilihanraya Kampus 2008 adalah tidak tepat. Malah, ia dianggap sebagai satu helah pihak KPT yang mahu melepaskan bebanan pendemokrasian pilihanraya kampus kepada pihak universiti.
Sebelum daripada ini, pihak KPT menjadi sasaran utama aktivis mahasiswa dalam menggesa KPT supaya bertanggungjawab dalam ketelusan dan keadilan dalam proses perjalanan pilihanraya. Hatta, aktivis mahasiswa sanggup berhimpun di lobi kementerian, pejabat SUHAKAM dan Parlimen untuk menuntut hak mereka.
Pilihanraya kampus perlu dinilai dengan pemikiran yang positif dan matang. Jangan anggap pilihanraya kampus adalah medan pergaduhan dan kontroversi, medan penyalahgunaan kuasa pelajar, medan membina puak dan parti, medan perpecahan dan medan kotor dan najis. Pilihanraya kampus adalah satu platform yang murni untuk mengangkat pemimpin dikalangan mahasiswa. Platform untuk mengajar mahasiswa mengenai kewajiban dan hak mereka untuk memilih dan dipilih sebagai pemimpin. Platform untuk memberikan kebebasan dalam ruang lingkup perlembagaan dan hukum Tuhan untuk mengekspresikan wawasan dan hala tuju mahasiswa, universiti dan negara.
Maka, lapangan pilihanraya ini perlu adil dan saksama. Pihak universiti mesti melantik pengurusan pilihanraya yang telus dan berintegriti. Pelanggan demokrasi juga menghormati dan mengiktiraf kredibiliti yang ada pada pihak pengurusan pilihanraya atau Suruhanjaya Pilihanraya Kampus. Sehubungan dengan itu, level playing fields ini kena adil pada semua. Bukan hanya kena adil, tapi mesti dilihat adil. Diantara perkara yang mesti dilihat adil adalah pihak pentadbiran universiti mesti memaklumkan kepada seluruh mahasiswa mengenai tarikh pilihanraya. Kenapa ada sesetengah universiti masih berteka teki? Paranoid? Belum bersedia? Malas?
Bila pihak pentadbiran tidak mahu memaklumkan tarikh tersebut, maka aktivis-aktivis mahasiswa akan mengspekulasikan bahawa pihak pentadbiran tidak telus, tidak adil dan berlaku komplot dengan mahasiswa aspirasi. Tambahan pula, sekarang ini berlaku pergolakan besar dalam UMNO. Maka, spekulasi dan telahan ini makin kuat. Lantaran itu, ramai orang akan menganggap pihak universiti tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan adil dan telus. Ini masalahnya! Dan ini baru satu isu..
8 Perkara Perlu Difikirkan Jika PRK Januari 2009
Fokus kepada tarikh pilihanraya kampus yang dijangka akan diadakan pada bulan Januari 2009. Apakah perkara-perkara yang boleh difikirkan?
Pertama, kelewatan ini boleh memberikan rangsangan yang kuat kepada pihak aspirasi dan pentadbiran UMNO untuk melobi mendapatkan bantuan daripada mana-mana UMNO Bahagian terutamanya bakal-bakal calon UMNO Bahagian untuk mengukuhkan kedudukan mereka.
Kedua, pemfokusan gerak kerja pilihanraya kampus boleh disalurkan kepada gerak kerja pemilihan agong UMNO Bahagian
Ketiga, dana yang dikumpul dijangka bertambah
Keempat, mereka cuba untuk melemahkan momentum Pro Mahasiswa disebabkan kerenggangan waktu yang begitu lama
Kelima, proses perubahan dan koreksi dalaman Aspirasi perlu dilakukan sebaik-baiknya dan ia perlu mengambil masa yang lama selepas daripada pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar
Keenam, ia boleh mengurangkan produktiviti Pro Mahasiswa kerana sumber-sumber yang diperolehi oleh mereka terutamanya dana adalah terhad.
Ketujuh, jarak masa cuti menyukarkan pihak Pro Mahasiswa untuk berjumpa dan menerangkan agenda mereka kepada mahasiswa-mahasiswa kampus selepas daripada pembubaran MPP kerana cuti semester yang panjang.
Kelapan, cuti mampu membuatkan momentum, semangat dan moral mahasiswa menurun. Ini menyukarkan Pro Mahasiswa untuk membuat turning votes.
Tuesday, October 14, 2008
Mansuhkan KPT
Persoalannya, sejauhmana pilihanraya kampus yang pasti ASPIRASI Barisan Nasional menang membantu mahasiswa manjadi pemimpin negara?.
Kampus yang bertanding pada pilihanraya pada bulan Oktober kali ini boleh disifatkan kampus yang akan menang secara total oleh ASPIRASI Barisan Nasional. Ini adalah disebabkan, setiap kampus yang berpiliharaya bulan ini tiadanya berlaku pertandingan satu lawan satu dan kemungkinan besar kebanyakkan kampus yang bertanding akan menang tanpa bertanding.Kita lihat keputusannya nanti.
Mutu Pendidikan Menjunam, TNC Hanya Tahu Mengampu-Anwar
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (KeADILan-Permatang Pauh) menegaskan implikasi tersebut adalah akibat kegagalan kerajaan Umno-BN yang masih mengamalkan pengurusan pendidikan secara tidak profesional.
“Sekarang ini negara kita berada dalam keadaan sangat lemah apabila kedudukan universiti kita juga berada di bawah paras 200 pada ranking kedudukan universiti dunia terbaik,” katanya semasa membahaskan Belanjawan 2009 pada sidang dewan Rakyat semalam.
Tambahnya, kedudukan universiti di Beijing, Singapura malah di Chulalongkorn, Thailand juga kini telah mengatasi universiti-universiti di Malaysia.
“Hal ini adalah tidak lain kerana kerajaan melantik timbalan Naib Canselor yang pandai mengampu Perdana Menteri hanya dengan membuat sajak, bukan kerana kepakaran dan kemampuan mengurus tadbir bagi meningkatkan mutu institusi pendidikan tersebut,” katanya lagi.
Pada masa yang sama, beliau turut menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) yang menyatakan mengenai sikap yang diambil oleh kerajaan terhadap mahasiswa dan pensyarah di universiti.
“Kita lihat apabila Rasulullah berdoa supaya menyempurnakan adab itu dengan ilmu dan kemahiran, tetapi bagaimana hendak mencapai kesemua itu jika golongan cendekiawan dan pelajar ini dikongkong pembacaan, kenaikan pangkat disekat, - ini soal pendidikan anak-anak dihantar ke universiti yang berkualiti,” ujarnya.
Jelasnya, sedangkan ia merupakan sikap yang mampu mengangkat falsafah uiversiti dengan kecekapan bagi menjana kecemerlangan rakyat.
“Tetapi tanpa semangat dan usaha yang bersungguh-sungguh bagaimana kesemua ini boleh dicapai?” katanya lagi.
Terdahulu, Salahudin menyatakan bahawa jika bangsa dan negara maju berbangga dengan universiti mereka, seperti Harvard, Tokyo, Oxford.
“Namun, bagaimana hendak meraih kecemerlangan sekiranya TNC, NC melayan pensyarah seperti guru tadika, melayan siswa seperti pelajar sekolah - ini secara tidak langsung menyekat perkembangan kreativiti mereka.
“Sudah masanya AUKU, yang menghambat siswa tidak lagi disalahgunakan.
“Malah, pelajar di universiti kini tidak lagi diraikan, sebaliknya diugut, dan tidak hairanlah jika kita dengar ada maklumat yang menyatakan bahawa kerja TNC rampas laptop, kerja pensyarah rampas nota yang mana isi kandungannya pro pembangkang,” tegasnya.
Ketua Umum KeADILan tersebut juga mengulangi beberapa kali mengenai tiada perbahasan yang boleh dibuat memandangkan fakta yang dikemukakan sekarang ini sudah tidak relevan-harakahdaily
Wednesday, September 10, 2008
2 mahasiswa ditembak ketika berarak ke rumah PM - Utusan Malaysia
BANGKOK 5 Sept. - Dua pelajar universiti ditembak oleh penembak yang tidak dikenali ketika sedang berarak ke kediaman Perdana Menteri, Samak Sundaravej di sini malam semalam.
Anusak Sieng-oon dan Apichart Polrit, dari Universiti Ramkhamhaeng, ditembak di kaki serta lengan tetapi keadaan mereka tidak serius.
Kedua-dua pelajar berumur 22 tahun itu adalah antara lebih 100 pelajar yang berarak ke kediaman Samak di Soi Navamintr 81.
Ketua Polis Lad Prao, Kolonel Somsak Bunsaeng berkata, dua lelaki yang menunggang motosikal menghampiri kumpulan itu dan melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai kedua-dua pelajar tersebut.
Kumpulan pelajar itu kemudian berhimpun di balai polis Lad Prao untuk membuat laporan polis serta membatalkan rancangan mereka untuk berarak ke rumah Samak bagi membantah cara beliau mengendalikan krisis politik yang sedang melanda.
- Bernama
Thursday, September 4, 2008
Wednesday, August 20, 2008
Saya Bertanggungjawab Mewujudkan AUKU - Tun
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengaku bertanggungjawab memperkenalkan Akta Universiti dan kolej Universiti (AUKU) semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pelajaran.
Beliau yang menyifatkan tindakannya pada ketika itu adalah bertujuan untuk mengekang golongan mahasiswa khususnya mahasiswa Melayu yang gemar berdemonstrasi di jalanan dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti politik.
sumber: mahasiswakini
Tuesday, August 19, 2008
Pelik, mahasiswa UiTM berani keluar berdemo bantah cadangan Khalid
| |||||||
Amat jarang sekali kita mendengar mahasiwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) keluar beramai-ramai untuk berdemonstrasi bagi menyatakan bantahan terhadap sesuatu pihak samada kerajaan mahupun pihak lain. mun peristiwa semalam (Selasa 12 Ogos) amat menarik untuk diperhalusi dimana lebih 5000 mahasiswa UiTM berdemonstrasi di hadapan Bangunan Setuausaha Kerajaan Selangor (SUK) bagi membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuka 10 peratus kuota kemasukan UiTM kepada bukan bumiputera. Sebelum ini umum mendengar laporan bahawa pernah beberapa orang mahasiswa universiti berkenaan diambil tindakan berikutan menyertai himpunan aman anjuran persatuan-persatuan mahasiswa. Sebagai contoh, seorang mahasiswa UiTM Shah Alam, Herman Sanuddin pernah ditahan polis dalam himpunan aman di hadapan Masjid Negara pada tahun 2000 bagi membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalamdan Negeri (ISA). Berikutan itu, Herman digantung pengajiannya hingga kini meskipun ketika digantung, pelajar terbabit belum pun dibuktikan bersalah di mahkamah atas dakwaan menyertai perhimpunan aman. Ketika itu UiTM ditadbir oleh Naib Canselornya yang cukup popular, Ibrahim Abu Shah yang juga dikenali sebagai penyokong Umno.
Malang sekali, kali ini dengan bukti yang kukuh, dengan gambar yang cukup jelas, 5000 mahasiswa yang berhimpun di hadapan SUK semalam tidak pun diambil tindakan oleh universiti yang ditadbir Ibrahim Abu Shah. Jauh sekali kata-kata amaran dikeluarkan UiTM kepada pelajarnya untuk menghalang dari menyertai himpunan aman tersebut. Cukup terbuka dan cukup bebas nampaknya Ibrahim Abu Shah kali ini, membiarkan mahasiswa UiTM berdemonstrasi sedangkan sebelum ini beliau begitu anti kepada kelompok yang berdemonstrasi. Apakah yang tersirat di sebalik keterbukaan Ibrahim Abu Shah kali ini atau sebenarnya ada pihak yang 'menyalakan api' supaya mahasiswa-mahasiswa ini berdemontrasi tanpa memikirkan siapa dibelakang tabir peristiwa bersejarah ini. Umum mengetahui, sejarah-sejarah penglibatan mahasiswa dalam himpunan-himpunan aman banyak berkisarkan kepada gerakan yang dibawa daripada beberapa universiti terkemuka antaranya Universiti Malaya (UM); Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sekitar tahun 1998 hingga 2001, ramai pelajar dari UM, UKM dan UIAM ditahan kerana menyertai dan menganjurkan himpunan aman membantah dasar-dasar kerajaan ketika itu. Namun, jarang sekali kita mendengar kelompok pelajar UiTM menyertai himpunan aman, dan jika ada sekalipun hanyalah menjadi peserta dan bukan penganjur. Amat pelik sekali isu yang dibantah berdasarkan kepada cadangan yang dikemukankan oleh Khalid yang hanya semata-mata cadangan tanpa boleh mengganggu dasar sedia ada UiTM yang ditetapkan oleh kerajaan pusat. Khalid sendiri tidak ada kuasa kerana beliau hanyalah Menteri Besar dan bukannya Menteri Pengajian Tinggi yang ada kuasa ke atas UiTM. Atas dasar itulah, ramai tertanya mengapa kerajaan Selangor yang menjadi tumpuan mahasiswa UiTM berhimpun di hadapan SUK membantah cadangan Khalid sedangkan MB Selangor itu tiada kuasa dalam menentukan dasar universiti berkenaan. Mulalah akhbar arus perdana melaporkan kenyataan-kenyataan yang mengecam Khalid kononnya MB Selangor itu tidak memperjuangkan hak orang Melayu dengan cadangan ini, sedangkan beberapa tahun lalu cadangan yang sama pernah dikemukankan oleh kerajaan Umno-BN sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Apakah Umno ketika itu 'prihatin' kepada orang Melayu/bumiputera dengan cadangan itu? Mungkin ramai yang tidak menyokong cadangan Khalid, namun amat pelik sekali apabila isu ini sengaja diperbesarkan dalam media sedangkan cadangan Khalid tidak akan menjadi barah kepada kerajaan pusat untuk mengubah dasar UiTM. Dalam hal ini boleh dianggap bahawa himpunan yang dibuat seperti 'seorang doktor yang merawat pesakitnya yang demam, namun ubat yang diberikan ialah ubat kencing manis'. Siapa di belakang pelajar ini mungkin persoalan ini boleh dilontarkan kepada Ibrahim Abu Shah sendiri yang hingga kini tidak membuat sebarang kenyataan berhubung tindakan pelajar berhimpun. Mungkin himpunan sebegini nilainya diharuskan oleh Ibrahim atau Umno-BN merelakan himpunan sebegini kononnya demi kepentingan menjaga kepentingan Melayu. Satu persoalan yang perlu dijawab mahasiswa yang terbabit dengan himpunan, sejak bilakah Umno-BN menjadi benteng kepada hak dan kepentingan Melayu hingga gula-gula sedemikian termakan oleh mereka. |
Bahaya budaya kebendaan di kalangan siswa
Filem '21' mengisahkan gelagat enam siswa pintar cerdas Matematik yang mengguna daya fikir mereka untuk berjudi. Ben Campbell (Jim Sturgess) adalah siswa MIT yang terpaksa berjudi bagi melunaskan pembayaran yuran pengajian di Harvard sebanyak USD300,000 sepanjang tempoh pengajiannya. Beliau paling cerdas berbanding rakan-rakannya.
Cerita ini diangkat daripada buku terlaris Bringing Down the House, Ben Mezrich yang mengisahkan kewujudan MIT Blackjack Team. Ben Campbell dibawa masuk dalam kumpulan ini oleh Prof. Micky Rosa kerana kemampuannya mengira dengan pantas.
Ben bagaimanapun menolak pada asalnya kerana dia mahu hidup jujur bagi mendapatkan wang untuk melunaskan pengajian beliau di Harvard Medical School. Sebab itu Ben cuba mendapat Biasiswa Robinson. Malang sekali, sudah ada 76 permohonan dan kebanyakan pemohon biasiswa tersebut memiliki latarbelakang pendidikan yang baik.
"Semua pemohon mendapat markah yang baik seperti anda Ben, jadi anda tulislah sebuah esei yang menarik hingga kami fikir anda layak menerimanya," kata penemuduga itu.
Ben tiada kisah menarik untuk menulis eseinya
Di sini masalah Ben bermula. Sebagai siswa yang selalu menumpukan terhadap pelajaran Ben hampir tak menemukan sebuah perjalanan hidup yang menggembirakan sepertimana siswa-siswa lain yang gemar bersosial, berparti dan sebagainya.
Suatu hari di dalam sebuah kelas matematik Profesor Micky Rosa mencabar Ben mencari penyelesaian untuk mencari sebuah hadiah dalam sebuah pertandingan olok-olok. Beliau berjaya menyelesaikannya dengan mudah berbanding pelajar yang lain.
Micky mula menyedari kecerdasan Ben dan dari situlah dia dilatih secara rahsia di dalam kumpulan blackjack rahsianya dengan 5 orang rakan sekelas Ben yang lain.
Setelah membuat latihan dan menjalani tempoh percubaan, Ben telah dilantik sebagai 'big player' dan rakan pasukannya bertindak sebagai 'spotters'. Big player membuat pertaruhan terbesar setelah 'spotters' membuat pertaruhan kecil. Daripada pertaruhan kecil itulah 'big player' akan mengetahui maklumat rekod daun yang akan diberi oleh 'spotters'.
Setelah mahir, pasukan rahsia 'blackjack' Harvard itu mula beroperasi dari Boston ke Las Vegas setiap hujung minggu. Mereka menyewa suite mewah dan bermesyuarat diketuai pensyarah mereka, Micky. Ben yang mula jadi liar dalam dakapan kemewahan.
Ben seorang penjimat cermat orangnya, duit hasil kemenangan pertama diagihkan dan dia mendapat USD16,700 yang disimpan atas bumbung kolej kediamannya. Akhirnya, beliau berjaya mengumpulkan lebih USD300,000. Tapi, ketagihan berjudi sukar dihentikan.
Setelah membawa pulang kemenangan demi kemenangan, kegiatan mereka mula dihidu oleh pihak pengawal kasino, Cole William. Rupa-rupanya, Micky adalah seorang penjudi handalan ketika usia mudanya dan dia pernah diburu oleh pengawal kasino tersebut.
Dalam suatu permainan, Ben ditangkap dan William mengesyaki Ben ada hubungan atau dilatih oleh Micky Rosa yang pernah diburunya satu masa dahulu. William meminta agar Ben memerangkap Micky ke Las Vegas untuk diberkas. Ben bersetuju.
Apabila Ben pulang ke kampus, wang simpanan di atas bumbungnya telah dicuri dan dia mendapat surat berhenti belajar daripada Harvard. Ini semua gara-gara Micky, tetapi Ben tidak dapat membuktikannya. Ben berasa dirinya dikhianati oleh Micky.
Ben menukar strategi untuk perangkap Micky agar cuba bertaruh sekali lagi di Las Vegas pada kali berikutnya. Kali ini Micky bersetuju. Dan Ben telah dapat tempatnya semula di Harvard dengan bantuan Micky. Mereka bertaruh sekali lagi dan menang $640,000!
Tapi pada kali inilah Micky tertangkap. Dan Ben dilepaskan William kerana bekerjasama dengan pihak kasino untuk memerangkap Micky. Bagaimanapun, William curang kerana bertindak merampas wang hasil kemenangan pertaruhan itu.
"Aku mahu bersara dengan wang itu," tegas William kepada Ben, sambil menunjuk pistol yang tersisip di pinggangnya."
sumber:http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016419&Itemid=111
Monday, August 18, 2008
Polis rentap 'mayat AUKU' selepas demo
Patung mayat, sebesar saiz manusia, yang dikafankan dengan kain putih diusung dalam keadaan renyai-renyai dari depan pintu bangunan Parlimen ke pinggir Tugu Peringatan Negara selepas selesai bantahan selama dua jam sekumpulan aktivis pelajar.

Penyelaras GMMA Ridzuan Mohammad memberitahu Malaysiakini selepas perhimpunan itu, kejadian berlaku secepat kilat dan "mayat AUKU" dibiarkan dalam simpanan polis tanpa sebarang pergelutan.
Beliau menambah, patung itu gagal dipertahankan di tangan GMMA kerana beberapa pelajar yang sedang memegangnya untuk dibawa pulang masih baru dalam kegiatan ini.
Sewaktu kejadian yang tidak semena-mena itu, kumpulan pelajar itu bergerak kembali ke arah monumen bersejarah itu, hampir satu kilometer dari Parlimen, selepas bersurai kira-kira 11.15 pagi untuk menaiki kenderaan mereka yang diletakkan di sekitar kawasan itu.
Menurut Ridzuan, mereka diekori empat kereta peronda polis dari bangunan Parlimen dan tiga anggota polis yang merampas patung AUKU keluar dari salah sebuah kenderaan itu.

Mereka yang berpakaian serba hitam berkumpul bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang mengusulkan pindaan akta kontroversi tersebut minggu ini.
Selain mengusungkan "mayat", mereka juga berbaring selama beberapa minit di atas jalan depan pintu masuk Parlimen dengan kain rentang hitam bertulisan "Akta Untuk Kuburkan Universiti" sebagai makna lain bagi akronim AUKU.
Sementara beberapa orang lagi membawa kotak yang menggambarkan penjara - sambil diperhatikan oleh kira-kira 20 anggota polis pencegah rusuhan yang mengawal keadaan.
Ridzuan berkata, gimik kumpulan pelajar itu dilakukan untuk menarik perhatian wakil-wakil rakyat yang memasuki bangunan itu.
Bagaimanapun, hanya ahli-ahli parlimen Pasir Mas dan Lembah Pantai memberikan respons.
"Datuk Ibrahim Ali dan Nurrul Izzah Anwar membunyikan hon tanda sokongan," katanya.
Menurut Ridzuan lagi, sewaktu berlangsung demonstrasi itu, polis gagal merampas alat pembesar suara dan kain rentang mereka.

"Selepas berbaring (di atas jalan), polis cuba mengambil pembesar suara dan kain rentang, tetapi dibantah.
"Kenapa pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) boleh gunakan pembesar suara, kami tidak (dibenarkan)," kata Ridzuan, merujuk perhimpunan ribuan pelajar institusi pengajian tinggi itu 12 Ogos lalu di Shah Alam bagi membantah kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sebelum memasuki Parlimen, kata Ridzuan lagi, seorang pegawai khas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin bertemu mereka di depan pintu utama Parlimen dan memaklumkan "Datuk sibuk" dan tidak boleh bertemu GMMA.
Bagaimanapun, timbalannya Datuk Idris Harun sedia bertemu mereka lebih kurang 15 minit dan berjanji akan memberi perhatian serius kepada memorandum itu.
Idris turut menyarankan ahli-ahli gabungan itu hadir semasa sesi Parlimen membincangkan perkara itu, kata Ridzuan.
Ridzuan menjelaskan, GMMA bertindak sedemikian hari ini kerana "tiada respons" daripada kementerian berkaitan selepas pertemuan dengan Idris dan beberapa ahli Kelab Ahli Parlimen BN (BNBBC) 17 Jun lalu.
Memorandum itu, antaranya, meminta kerajaan memansuhkan AUKU dan digantikan dengan sebuah akta baru.

Turut serta dalam perhimpunan itu dua ahli parlimen DAP, Loke Siew Fook (Rasah) dan Teo Nie Ching (Serdang).
Rang undang-undang pindaan AUKU dijadual dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.
Beberapa bahagian pindaan yang dijangka panas termasuklah Seksyen 9 (kuasa menteri melantik ketua kampus cawangan), Seksyen 12 (hak menteri meminda, mengubah, atau membetulkan sesuatu perintah kampus) dan Seksyen 15 (hak mahasiswa berpersatuan).
Seksyen baru 4(a) dan 4(b) pula dijangka berlaku perdebatan berkenaan jawatankuasa menasihati menteri bagi melantik naib canselor yang menyebut "menteri dari masa ke semasa hendaklah melantik satu jawatankuasa untuk menasihatinya mengenai perlantikan itu".
sumber: http://www.malaysiakini.com/news/88011
Pindaan AUKU Jangan Sekerat-sekerat
Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dikemukan oleh kerajaan mesti menyeluruh dan “bukan sekerat-sekerat”, kata Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA). “Kami bukan hendak sangat terlibat (dalam pindaan AUKU). Tetapi, hak-hak mahasiswa mesti dijamin betul-betul, bukan sekerat-sekerat. “Perkara ini penting, mahasiswa (di masa depan) akan menentukan kepimpinan negara,” kata penyelidik perundangan gabungan itu Faridzul Nasarudin yang turut mewakili GMMA bertemu ahli-ahli politik, termasuk timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Idris Harun. Pertemuan yang bermula 17 Julai lalu bertujuan membincangkan pindaan akta tersebut yang dijadualkan dibahaskan Ogos depan. Pihak lain yang ditemui termasuklah Kelab Ahli Parlimen BN (BNBBC) dan Pakatan Rakyat. Menurut Faridzul, yang juga presiden Persatuan Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, aktivisme mahasiswa dalam politik “biar terlibat sepenuhnya”, termasuklah dalam persatuan berasaskan politik dan program-program politik. Alasan bahawa pembabitan itu boleh mengganggu prestasi akademik pelajar tidak boleh diterima, tambahnya. “Selama ini prestasi (akademik) tidak juga bagus. Mungkin dengan formula baru ini (terlibat dengan politik) akan memberi kebaikan kepada mahasiswa,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Menurutnya, GMMA mahukan AUKU dimansuhkan dan digantikan dengan akta baru – termasuk menimbangkan cadangan yang dikemukakan gabungan itu dalam ‘Piagam Agung untuk Akta Mahasiswa 2008′. Pada 25 Jun, GMMA mengemukakan “akta alternatif” itu kepada kerajaan yang dianggap dapat memberi kebebasan berpersatuan, bersuara, kebebasan akademik dan terlibat dalam politik. Akta alternatif ini menjamin hak-hak mahasiswa yang selari dengan nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusi seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Perisytiharan Hak Asasi Manusia (UDHR) dan Piagam Bangsa-bangsa Bersatu. Faridzul yang turut terlibat dalam penyelidikan merumus piagam itu berkata dokumen itu diserahkan kepada kepada Idris dalam pertemuan mereka di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Turut hadir dalam pertemuan itu, lima ahli BNBBC termasuk pengerusinya Datuk Seri Tiong King Sing dan ahli parlimen Muar, Razali Ibrahim. GMMA disertai sepuluh wakil termasuk penyelarasnya Teh Yee Keong dan anggota-anggota persatuan bawah gabungannya. Pemansuhan akta itu seperti mereka bawa bagaimanapun, menurut Faridzul, tidak dipersetujui oleh Idris dan wakil-wakil BNBBC. Faridzul mencadangkan AUKU dimansuhkan dahulu sebelum menggubal akta baru. “Akta-akta baru tentang pentadbiran dan kebebasan akademik, (boleh) fikirkanlah (kemudian). Yang penting, mansuhkan dulu (AUKU), kemudian kalau ada bahagian yang sesuai, ambil. AUKU mesti dimansuhkan. AUKU telah lama menghantui mahasiswa,” katanya. Perkara lain yang dipersoalkan oleh gabungan itu, kata Faridzul, termasuklah bidang kuasa menteri dalam “mengklasifikasikan halal-haram sebuah persatuan”. Menurutnya, dalam pertemuan, Idris mempertahankan peranan kementeriannya untuk menguruskan pentadbiran universiti. Mereka juga menuntut kerajaan menubuhkan jawatankuas khas membincangkan pindaan AUKU tetapi idea itu tidak dipersetujui kerana BNBBC menganggap cadangan GMMA “merupakan idea pembangkang”. Aduan dan cadangan mereka mereka tentang tatacara pilihanraya kampus bagaimanapun diberikan perhatian oleh BNBBC, tambah Faridzul. Sehari selepas itu, GMMA bertemu wakil-wakil DAP dan PAS untuk tujuan yang sama. GMMA merancang mengadakan forum kebangsaan membincangkan pindaan AUKU pada 8 Ogos melibatkan wakil kerajaan, pembangkang dan wakil mahasiswa, kata Faridzul. Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) berkata, cadangan menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin kelmarin untuk membenarkan pemimpin parti politik termasuk pembangkang menyampaikan ceramah di kampus yang ada kaitan dengan sesuatu bidang pengajian akan memberi kebaikan kepada mahasiswa. “Pada pandangan saya, mahasiswa seharusnya didedahkan dengan perbincangan isu-isu semasa berkaitan pentadbiran negara dan perkara yang berlaku dalam masyarakat supaya memberi peluang kepada mereka untuk menyatakan pandangan dan idea,” kata exco akademik persatuan itu Mohd Ridzuan Mohammad. Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata setelah meneliti cadangan pindaan akta tersebut, PMIUM berharap dapat melahirkan mahasiswa yang mampu memimpin persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). “Pindaan itu juga diharapkan mampu melahirkan mahasiswa yang kritis dan terbuka dalam memberikan pandangan dan idea terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam dan luar negara,” katanya. Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/86878 |
Tuesday, August 12, 2008
kawan sejati
Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk
membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.
Kawan yang baik akan mem'post' kan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita
Friday, August 1, 2008
Politik sempit Mahasiswa
Perdebatan demi perdebatan kian rancak didendangkan oleh kedua-dua pihak, baik dari kalangan politikus-politiku yang terbabit, pemerhati sehingga kepada barisan mahasiswa sama ada pro Barisan Nasional mahupun pro Barisan Alternatif.
Dunia sudah menginjak ke alaf 21, malangnya kita masih dihidangkan dengan pemikiran politik yang sempit yang diwarisi oleh zaman nenek moyang kita.
Cerminan politik yang saya katakan sempit ialah apabila, masyarakat kita kadang-kadang terlalu menggila membicarakan kesalahan parti lawan mereka sehingga terlupa membincangkan akan perkara yang lebih penting iaitu apa perlu kita bantu parti untuk diperbaiki dan dimajukan walaupun sesudah pilihanraya umum.
Budaya melampau
Sikap kefanatikan dan ketaksuban secara membuta tuli akan mengundang parah yang membahayakan. Benar, masing-masing mempunyai pendirian, akan tetapi kita tidak boleh terlalu taat sehingga sujud menyembah bumi seandainya parti yang kita sokong itu terdapat lompangnya.Tradisi yang berlaku sekarang, adalah kita sentiasa melihat kita sahaja yang betul dan bermati-matian mengatakan lawan kita salah.Benar, kadang-kadang kita ingin memperbetulkan hujah dan menafikan tuduhan mereka yang salah, akan tetapi bukankah lebih baik dengan keadaan tidak terlalu emosi dan lebih berhemah laksana sikap seorang dewasa yang matang?
Mahasiswa, satu entiti masyarakat yang dilihat mempunyai peranan besar dalam pembangunan dan kestabilan negara, seharusnya menjadi lebih berani dan adil apabila berdepan dengan persoalan politik sebegini.
Sebagai golongan intelek, mahasiswa seharusnya lebih matang dalam melontarkan pandangan mengenai dunia politik.Malangnya hari ini, masih lagi kita saksikan mahasiswa terkongkong dengan budaya berpolitik yang bersajikan seribu satu cacian dan kata-kata kurang sopan,mencerminkan akhlaq murahan dalam berpolitik.
Mahasiswa yang mempunyai pendirian, dan pro kepada mana-mana parti, dipersilakan untuk teruskan perjuangan anda. Walaubagaimanapun, selaku, agen perubah masyarakat, keberadaan mahasiswa sebagai pasukan penyokong kepada mana-mana parti seharusnya menjadi pendokong yang membantu bukannya hanya sebagai pak turut. Parti mereka sahaja yang terbaik, jangan disentuh mahupun ditegur.Memaki parti pihak lawan dengan bahasa yang kurang sopan masih lagi menjadi mainan lidah walaupun kadangkala apa yang diperkatakan adalah salah.
Mahasiswa perlu berani melangkah setapak dengan menjana pemikiran sebagai pendokong dan pembangkang dalam masa yang sama kepada parti yang disokong.
Pendokong dan pembangkang
Pendokong dan pembangkang yang dimaksudkan, ialah mahasiswa haruslah bertindak sebagai penasihat yang baik kepada parti politik yang disokong. Saya percaya, mahasiswa yang ingin mengambil berat hal-hal politik kebiasaannya turut mengambil berat akan hal-hal kenegaraan.Oleh itu, seandainya pemerintahan Negara berada dalam keadaan kurang memuaskan, tidak kira siapa pemerintah, sama ada mereka adalah parti yang disokong ataupun tidak, mahasiswa wajar berani bersuara dan berdiri menyatakan yang mana baik dan yang mana buruk. Mahasiswa seharusnya mengambil tempat untuk bersama-sama memikirkan apakah formula untuk memastikan kestabilan Negara untuk jangka masa panjang dan bukannya hanya tahu membaca gosip politik dari luar sahaja.
Sebagai suara muda, kita harus bertindak lebih rasional dan bijak, di mana, kita harus tegas membawakan isu hak-hak rakyat dan hak-hak setiap individu tidak kira siapa untuk dimajukan pada pemerintah, tidak kira sama ada pemerintah adalah parti yang kita sokong atau tidak. Pemikir politik yang bagus adalah pemikir yang mengutamakan keadilan dalam berprinsip dan mengutamakan kepentingan seluruh rakyat. Mereka akan berani bersuara demi sebuah kebenaran walaupun terpaksa menegur pemimpin yang di sayangi atau berdepan dengan berlainan perlaksanaan parti yang dikasihi.Marah bukan kerana benci tapi sayang.
Zaman pilihanraya adalah zaman memilih dan menilai , manakala masa pasca ini, adalah masa kita bertindak mengikut keadaan.Kita sudah terlalu lama bergantung kepada politik benci dan politik selapis.Hasilnya, kepada belia yang tidak tahu dan faham akan kesan politik pada generasi mereka akan datang seperti yang golongan yang kurang terlibat mendalami isu semasa, yang hanya memikirkan periuk nasi mereka semata , yang terperuk dengan budaya hedonisme dan yang berada atas pagar , merasa jelik dan alergi apabila mendengar perkataan politik.
Maka, jadilah ramai belia-belia kita tidak mencintai politik. Ini adalah satu polemik yang amat bahaya untuk kestabilan pertahanan Negara.
Puncanya hanya satu, pembawaan orang yang faham ilmu politik.
Justifikasi, kepada seluruh mahasiswa yang memahami kepentingan politik, ayuh, beri nafas baru dunia politik. Bersama kita hentikan sikap fanatisme yang melampau dan bersedialah menggarap setiap inci perbezaan pendapat dari kalangan setiap lapisan masyarakat dengan baik.
Bersemangat dan penuh emosi adalah perlu, tetapi bila kena pada masanya.
Marilah bersama kita anjurkan politik kasih sayang dan politik cerdik untuk kita semua.Kedua- dua ciri ini harus dipayungi oleh politik akhlaq kerana tanpanya manusia hilang kemuliaan.Ayuh, bebaskan diri dari politik sempit.Mahasiswa mampu mengubah!
__,_._,___
Thursday, July 24, 2008
Falsafah Hidup
“Jika anda tidak boleh mengubah diri maka anda tidak boleh mengubah apa-apa.”
Dato’ Dr. Syed Ahmad b. Syed Samsuddin Al-Saggof
Dulu Lain Sekarang Anda Lain
Satu kajian rambang yang dibuat oleh beberapa pakar psikologi terhadap diri dan manusia ialah kesukaran untuk mengubah sikap diri yang telah menjadi amalan sejak dulu.
Sedari kecil anda telah dilarang untuk panjat pokok. Dilarang bercakap. Dilarang bertemu orang yang tidak dikenali.
Kini anda di dalam kedewasaan, pemikiran anda dihantui dengan ketakutan dan ketidakyakinan diri yang pelbagai rupa.
Anda takut berenang. Anda takut panjat pokok. Anda takut bercakap dikhalayak ramai. Anda takut bertemu dengan pelanggan. Anda takut dengan cabaran. Anda takut ceburi dunia perniagaan. Anda takut dengan risiko dan macam-macam lagi.
Dulu lain sekarang lain. Anda kini sudah boleh berfikir. Ubah sikap diri anda. Anda boleh Berjaya. Anda boleh maju.
Dulu takut sekarang berani. Dulu miskin sekarang kaya. Dulu hina sekarang dipuja.
Monday, July 21, 2008
thriller masterpiece????
Unsur elemen yang digabungkan oleh ‘thriller masterpiece’ ini dalah unsur jenayah,seks dan penguasa itu sendiri. Secara realitinya memang perkara sebegini berlaku terhadap politikus di negara malaysia. Justeru, tidak hairanlah jika Datuk seri Anwar Ibrahim sering dikaitkan dengan isu liwat dengan pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, manakala lain pulak yang berlaku terhadap Najib iaitu selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang menerima persisnya daripada isterinya sendiri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam dakwaan yang dikaitkan dengan kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu. Pengakuan yang dikemukan beliau dengan tidak bersalah adakah tidak mencukupi untuk membersihkan nama baik dan imej beliau dan suaminya.
Saya berpendapat bahawa kes bunuh ini bukanya isu kecil atau tidak perlu ditumpukan malah tuduhan terhadapnya adalah serius dan harus dibersihkan mengikut lunas undang-undang. Jika kaedah Rosmah ini digunakan oleh Penasihat Keadilan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi tuduhan liwat dengan Saiful tempoh hari, sudah tentu beliau tidak perlu disiasat atau kes tersebut diabaikan begitu sahaja. Adakah dengan pengakuan anwar bermakna kes ini ditutup sama seperti tuduhan terhadap rosmah? Bukanlah perkara ini yang ingin saya bincangkan tetapi dalang yang menjadi ‘mastermind ‘ terhadap kedua-dua pihak ini. Adakah ‘mastermind’ kepada kedua-dua pihak ini daripada golongan ilmuan global atau daripada golongan glokal, perkara sebegini yang sering kali terlintas di dalam fikiran saya untuk mengetahui siapakah mereka ini. Bahkan mereka yang menjadi pemikir atau tulang belakang dalam mencatur seseorang tokoh politik dalam meredah konduksi politik terutamanya di Malaysia.
Tuesday, July 15, 2008
Isu yang menjadi bahan panas sepanjang minggu haluan siswa 2008/2009
Dalam meniti pelbagai onak duri yang mencabar kekuatan mental dan fizikal setiap Ajk MHS 08/09 telah membangkitkan pelbagai persoalan terutamanya yang melibatkan tenaga sokongan di universiti Teknologi Malaysia City Campus. Adakah tenaga sokongan universiti ini bekerja untuk mendapatkan aset di dunia semata-mata atau bekerjasama untuk membantu universiti menjaga kebajikan setiap ahlinya terutamanya golongan mahasiswa? Siapa yang tak kenal dengan pengawal keselamatan yang dahulunya sebagai penyelamat harta benda atau ‘hero universiti’. Sebelum ini isu ‘pak guard kayu ‘ yang telah dibincangkan oleh ana sendiri, dan bermula disinilah ana akan cuba sambungkan pengulasan terhadap penulisan yang lepas. Selepas 3 hari melalui minggu MHS kami barisan Ajk di panggil untuk di soal siasat untuk mendapatkan gelaran siapa yang mengeluarkan perkataan ‘pak guard kayu’. Kononnya perkataan tersebut telah mencabar kredibiliti terhadap semua pak guard yang berada disitu.
Sehinggalah salah seorang daripada barisan Ajk MHS di panggil untuk disoal siasat secara bersendirian di bilik ‘SB’. Beberapa jam selepas itu kami barisan Ajk mendapat berita bahawa rakan kami yang disoal siasat itu pengsan setelah diasak bertalu-talu oleh pihak berkenaan. Adakah ini tenaga sokongan terhadap universiti? Apakah tanggungjawab sebenar golongan ini di UTM City Campus? Memberi tekanan secara mental terhadap Ajk MHS yang selama ini bertugas siang dan malam dan rehatnya hanyalah makan dan minum sahaja memberikan gambaran yang kurang sihat terhadap golongan pak guard ini. Ingatlah perkara sebegini telah mengeruhkan hubungan antara dua pihak yang terlibat iaitu mahasiswa dan pengawal keselamatan UTM City Campus.
Wednesday, July 9, 2008
'Pak Guard Kayu'.....???
Suasana yang kelam dan gelita di selubungi dengan orakan sepoi-sepoi angin dingin malam telah membisikan perkara yang tidak pernah dijangkakan. Dengan keletihan yang menghenjut diri tanpa sepatah perkataan pun telah membangkitkan suasana yang kelam kabut terutamanya di kalangan ajk minggu haluan siswa di Universiti Teknologi Malaysia City Campus apabila seorang siswa baru telah dihantui perkara yang agak pelik sehinggakan hal tersebut telah menyebabkan dia jatuh dengan sedarkan diri. Dalam suasana yang kelam kabut dan gelap gelita ajak minggu haluan siswa bergegas mendapatkan bantuan Pak guard yang berdekatan tetepi apa yang menghairankan, pak guard tersebut dengan selamba tengok budak tersebut yang hampir bernyawa-nyawa itu, tetapi salah seorang ajk MHS telah bertindak proaktif dengan merampas anak kunci kenderaan universiti untuk membawa pelajar tersebut ke klinik Universiti. Tetapi dalam masa yang sama di kalangan ajk MHS telah menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pak guard tersebut sehingga mengeluarkan satu perkataan ‘Pak Guard Kayu’. Isu ini yang hangat di perdengarkan dikalangan ajk MHS dan pengawal keselamatan di UTM city campus sepanjang minggu haluan siswa sehinggakan beberapa orang ajk MHS disoal siasat oleh special branch atau SB untuk mendapatkan siapakah yang mengeluarkan perkataan ‘Pak Guard Kayu’ yang semena-mena dilontarkan kepada keseluruhan pengawal keselamatan di UTMKL. Adakah ini mencabar kredebiliti pengwal keselamatan di UTMKL atau sebaliknya….???
Menteri Tenaga Kerja Arab Saudi jadi Pelayan Restoran
Media massa Saudi memuat foto-foto bagaimana Ghazi Algosaibi mengejutkan para pengunjung di sebuah restoran makanan segera terkenal di kota Jeddah. Menteri tenaga kerja Saudi itu, dengan mengenakan pakaian seragam restoran dan topi menghantarkan hamburger pada para pelanggan yang datang ke restoran itu.
Media massa Saudi melaporkan, Algosaibi bersedia menjadi pelayan restoran selama tiga jam demi menjayakan objektif "Saudisasi" di bidang sumberdaya manusia di negeri yang kaya dengan minyak itu. Kerajaan Saudi memang ingin mengurangi ketergantungannya pada tenaga kerja dari luar negeri dan menggantikannya dengan tenaga kerja tempatan.
"Pada awalnya selalu terasa sulit dan melelahkan, tapi anak-anak muda Saudi mampu mencapai cita-cita jika mereka tekun dan mahu bekerja keras, " tegas Algosaibi seperti ditulis harian al-Watan.
Tuesday, June 17, 2008
Isu baju kurung seragam sekolah berwarna putih
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia mengenai pemakaian baju kurung ini adalah keadaan baju kurung pada masa sekarang ini agak jarang dan tipis sehingga menampakan pemakaian dalam atau agak ‘transparent’. Bagi pendapat saya sendiri kenyataan yang dikeluarkan oleh JIM untuk tidak menyokong penukaran baju kurung seragam sekolah yang berwarna putih kepada kepada baju berwarna gelap seperti yang dikemukan oleh persatuan kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) adalah sama sekali tidak berasas. Sepatutnya perkara kecil inilah yang harus diambil kira jika dibandingkan dengan krisis nilai,pegangan agama dan moral yang menjadi punca utama kepada berbendongnya kepada masalah ini. Jika perkara kecil sebegini kita tidak boleh mengubahnya macam mana kita nak berhadapan masalah besar yang menjadi punca utama kepada masalah ini. Tambahan lagi kenyataan yang dikemukan oleh pihak PKPIM boleh diterima pakai memandangkan krisis sosial yang melanda Negara ini amat meruncing sekali, pada masa yang sama saya tidak menolak pandangan yang dikemukan oleh Dr Halina Halizah Siraj yang mengatakan bahawa krisis sosial, pegangan agama dan moral yang menjadi duri dalam daging terhadap masyarakat di Malaysia kini.
Pengalaman saya sendiri, apabila melawat sebuah sekolah di daerah Pasir Mas iaitu Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas. Suasana di sekolah tersebut agak berbeza daripada sekolah –sekolah menengah bukan aliran agama kerana semua pelajar perempuan diwajibkan berpakaian dan bertudung labuh. Peraturan ini jugalah yang menjadi kewajipan yang utama kepada pelajar-pelajar perempuan disana untuk terus menimba ilmu tanpa sebarang rungutan yang berlaku. Saranan untuk golongan hawa, semoga hijab menjadi pakaianmu, kesucian menjadi amalanmu, kesopanan menjadi perhiasanmu dan syurga sebagai tempatmu Wallah’ulam..
Monday, June 16, 2008
Wajarkah kerajaan memberi wang rebet yang diberi secara tunai???
Bagi pendapat saya kenaikan minyak yang menjadi krisis global ini perlu diamati oleh semua golongan dan sepatutnya kerajaan tidak boleh membandingkan harga minyak dengan dengan Negara-negara yang kaya dan bukan pengeluar minyak dunia seperti singapura. Dalam segi analoginya kita tidak boleh sama antara ayam dengan itik sedangkan kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu sejenis burung. Oleh demikian karajaan seharusnya membandingkan harga minyak di Malaysia ini dengan Negara-negara dengan Negara pengeluar minyak dunia seperti arab Saudi, iran, rusia, atau vanuzuela. Adakah ini menjadi sandaran untuk mengemukakan asbab kapada kenaikan minyak di Malaysia ini.
Kenaikan mendadak harga minyak sejak 5 Jun akan menjejaskan sasaran kerajaan untuk menghapuskan sepenuhnya kemiskinan tegar menjelang 2010, kata beberapa penganalisis ekonomi. Mereka yakin kenaikan harga petrol sebanyak 40 peratus dan diesel pula lebih 60 peratus pasti memberi kesan negatif terhadap rancangan itu walau menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham A. Aziz pada April lalu berkata beliau yakin kerajaan akan berjaya mencapai sasarannya menghapuskan kemiskinan. Ingatlah bahawa dengan pemberian wang rebet yang diberi secara tunai ini hanyalah dapat meredakan penderitaan rakyat untuk masa singkat sahaja terutamanya kepada golongan sederhana dan golongan miskin. Tetapi untuk jangka masa yang panjamg adalah tidak memihak kepada golongan ini sebaliknya mungkin pelbagai bebenan yang perlu ditanggung oleh rakyat. Kemungkinan pelbagai krisis akan melanda golongan-golongan sebegini seperti krisis kanaikan harga makanan dan keperluan harian yang menjadi keperluan yang penting pada amnya. Tambahan lagi perkara sebegini telah banyak berlaku di Negara-negara luar dan persediaan kita selaku rakyat Malaysia haruslah dititik beratkan. Mugkin perkara sebegini akan memberi bebenan dan sukar untuk diterima oleh golongan mahasiswa terutamanya yang tinggal diluar kampus tambahan lagi kecederaan yang belum sembuh yang perlu ditanggung oleh golongan ini terutamanya berpinjaman ptptn yang mempunyai pelbagai kerenah yang tersendiri ini. Kenyataan yang agak kentroversi pernah dikeluarkan oleh pihak PTPTN supaya mahasiswa membayar pinjaman PTPTN semasa belajar…….adakah kenyataan ini membantu mahasiswa atau membunuh mahasiswa?????
Kenyataan yang dikeluarkan itu boleh diibaratkan sebagai seseorang yang langsung tidak mempunyai akal dan hanya berbekal otak semata-mata. Ingatlah bahawa jangan cuba sesekali merobek luka yang dialami oleh golongan mahasiswa ini. Luka ‘ kelesuan mahasiswa’ yang menjadi igauan mahasiswa ini telah pun lama dialami sejak tahun 80-an lagi setelah AUKU di perkenalkan.
Ingatlah bahawa mahasiwa adalah pelapis Negara yang bakal menerajui kepimpinan Negara kelak, idealis mahasiswa yang lontarkan adalah satu pengubah yang bakal memberi impak yang besar kepada agama, masyarakat dan Negara berlandaskan keadilan dan beramanah yang telah ditetapkan oleh syariat islam terutamanya yang ternaktub dalam Al-Quran dan As-sunnah.
Sunday, June 15, 2008
Keadaan ekonomi yang harus diterima oleh umat islam masa kini
Empayar Turki Uthmaniyyah
Ini berlainan dengan apa yang berlaku di Malaysia sekarang.Walaupun Malaysia tidak mengamalkan sistem pemerintahan Islam dan menggunakan sistem sekular,tetapi rata-rata pemimpin adalah dikalangan orang Islam sendiri.Rakyat dibebani dengan berbagai-bagai jenis cukai contohnya cukai pintu,cukai tanah,cukai jalan dan bermacam-macam lagi bahkan hendak menggunakan tandas awam pun dikehendaki membayar RM0.20 sen.Ini ditambah dengan wujudnya barang yang dikenakan cukai yang melampau contohnya kenderaan import,dikenakan cukai sehingga 200%.Selain itu,sedar atau tidak setiap barang-barang keperluan harian kegunaan rakyat dikenakan cukai sebanyak 5%.Rakyat dibebani dengan pelbagai cukai, tetapi kebajikan mereka tetap tidak terbela.Itu tidak termasuk lagi angkara orang kafir yang tujuan mereka adalah untuk menjatuhkan Islam dan salah satu cara mereka adalah dengan menyerang umat Islam dari sudut ekonomi.Sebelum Malaysia diserang kegawatan ekonomi,AS$1 hampir bersamaan dengan RM1.20,tetapi selepas ekonomi Malaysia diserang oleh George Soros(seorang spekulator matawang berbangsa Yahudi),paras ringgit menjunam sehingga AS$1 bersamaan dengan RM4.80.Ini menyebabkan kejatuhan ekomomi Malaysia sehingga menimbulkan kemelesetan ekonomi.Beribu-ribu pekerja terpaksa diberhentikan oleh sebab tersebut.Semua itu adalah angkara orang kafir yang irihati dengan Islam dan cuba menjatuhkannya,dan salah satu daripada cara mereka ialah dengan menyerang ekonomi umat Islam.Jika dipandang dari sudut global pula,umat Islam telah lama diserang ekonominya oleh orang kafir.Pada tahun 2003,Amerika Syarikat telah menyerang Iraq atas alasan ia adalah negara pengganas.Akan tetapi bak kata pepatah: ada udang disebalik batu, tujuan Amerika Syarikat adalah untuk mendapatkan sesuatu yang amat bernilai di Iraq iaitu simpanan minyak mentahnya.’NEGARA PENGGANAS’ itu cuma propaganda Amerika Syarikat untuk menghalalkan perbuatannya menyerang Iraq.Tujuannya cuma satu,iaitu untuk mendapatkan minyak yang merupakan alat untuk mengawal ekonomi dunia.Akhirnya selepas mendapat apa yang mereka hajati,kesan daripadanya dapat sendiri kita yang berada di Malaysia ini rasakan iaitu dengan peningkatan harga bahan api tersebut. Berlainan pula dengan apa yang berlaku di Palestin pada tahun 2006,selepas umat Islam di Palestin mendapat hak ke atas negara mereka sendiri dengan diterajui oleh Hamas. Amerika Syarikat bersama sekutu-sekutunya iaitu Israel dan Kesatuan Eropah mula mengadakan sekatan ekonomi ke atas mereka.Barang-barang keluaran Palestin tidak dapat dieksport sehingga tersadai di pelabuhan.Akhirnya barang-barang tersebut terpaksa dijual dengan harga dibawah paras kos pengeluarannya.Ini menyebebkan perkembangan ekonomi Palestin terbantut sedangkan pada masa itu Palestin merupakan sebuah negara Islam yang baru dibentuk dan baru hendak berkembang.
Kemiskinan kehidupan di PalestinInilah diantara contoh serangan dan sekatan orang-orang kafir terhadap ekonomi umat Islam.Umat Islam adalah seperti barang mainan mereka,boleh diperlakukan dengan sesuka hati sahaja. Wajarlah untuk kita merenung sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang berbunyi “Umatku di akhir zaman adalah umpama buih dilautan namun kalian dijangkiti sifat al-wahnu(cintakan dunia, takutkan mati)" ,seperti buih yang apabila datang ombak berkecailah ia, begitu jugalah umat Islam. Umat Islam berpecah belah serta mudah dipermainkan oleh musuh Islam. Oleh itu,marilah kita sama-sama merenung keadaan umat Islam dan juga ekonomi umat Islam khususnya.
Saturday, June 14, 2008
Bantahan kenaikan minyak di ibu kota
Monday, June 9, 2008
Al-Aqsa dalam bahaya
(SURAH AL-ISRA:1)
ALHAMDULILLAH, SAYA AMATBERTERIMA KASIH KEPADA RAKAN-RAKANSEPERJUANGANKU YANG SUDI MELUANGKANSECUBIT MASA BAGI MEMBACA TULISAN SAYAINI, DAN SEKALUNG TAHNIAH ATASKEPRIHATINAN ANDA TERHADAP ISU MASJIDAL-AQSA.
MASJID AL-AQSA. MASJID KETIGATERSUCI UMAT ISLAM SELEPAS MASJIDILHARAM DAN MASJID AN-NABAWI. TIADASIAPA YANG DAPAT MENAFIKAN STATUSKESUCIAN MASJID YANG PERNAH MANJADIKIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM INI. MALAHANALLAH SWT JUGA MENYEBUTNYA BERDASARKANFIRMANNYA DALAM SURAH AL-ISRA:1.
AKTIVITI PENGGALIAN YANGBERTERUSAN DI SEKITAR LINGKUNGANMASJID AL-AQSA OLEH REJIM ZIONIS JELASMENUNJUKKAN BETAPA MEREKA BENAR-BENARINGIN MENAKLUKI KAWASAN MASJID AL-AQSADAN MENDIRIKAN BEIT HAMIKDASH (KUILSULAYMAN).
NAMUN, APA YANG INGIN SAYATEKANKAN DI SINI ADALAH BERKAITANTARIKH 21 OGOS YANG PERLU DIINGATIOLEH SETIAP UMAT ISLAM TERMASUK KITAGOLONGAN REMAJA.
TANGGAL 21 OGOS 1969, SEORANGPENGANUT FAHAMAN ZIONIS BERAGAMAKRISTIAN DARI SWITZERLAND, DENNISMICHAEL TELAH MEMBAKAR SEBAHAGIANDARIPADA RUANG UTAMA MASJID AL-AQSA.ANTARA YANG MUSNAH TERUK DARI TINDAKANDI LUAR BATAS KEMANUSIAAN ITU IALAHMIMBAR MASJID YANG TELAH DIBINASEMENJAK ZAMAN NURUDDIN AL-ZINKI DANPERNAH DIGUNAKAN OLEH SALAHUDDIN al-AYYUBI DI ZAMAN PEMERINTAHANNYA.SEHARIAN UMAT ISLAM BERUSAHAMEMADAMKAN API DAN CUBA SEDAYA-UPAYAMENYELAMATKAN TINGGALAN SEJARAH DIMASJID SUCI TERSEBUT.
KESAN DARI PERISTIWA TERSEBUT,NEGARA-NEGARA ISLAM TELAH SEBULATSUARA BERSETUJU UNTUK BERGABUNG DANTERBENTUK OIC. IRONINYA, AGENDA AL-AQSA YANG DAHULUNYA MENJADI NADITERTUBUHNYA OIC, KINI SEOLAH-OLAHHILANG DARI MEJA MESYUARAT OIC. MASING-MASING SEOLAH MEMANDANG SEPI TENTANGBAHANA YANG SEDANG MELANDA MASJID AL-AQSA.
21 OGOS! TARIKH KERAMAT YANGPERLU DISEMAT DALAM KOTAK FIKIRANSETIAP UMAT ISLAM! SEMARAKKAN RASATANGGUNGJAWAB ANDA UNTUKMEMPERTAHANKAN MASJID SUCI KITA INI!ADALAH MENJADI TUGAS KITA UNTUKMENGHIDUPKAN RUH JIHAD UNTUKMEMBEBASKAN MASJID AL-AQSA! JANGANLAHJADIKAN IA SEPERTI PEPATAHMELAYU; BILA SUDAH TERHANTUK, BARUNAK TERNGADAH! JIKA KUIL YAHUDI(BEIT HAMIKDASH) SUDAH BERDIRI TEGUHDI TAPAK MASJID AL-AQSA, SEGALANYASUDAH TERLAMBAT.
BENAR, SAYA SENDIRI BELUMSEMPURNA UNTUK MENGAJAK SAUDARA-SAUDARI KE ARAH KEBAIKAN. TAPI,KEWAJIPAN DAKWAH ITU TETAP DIPIKULPADA SETIAP BAHU UMAT ISLAM. INGINSAYA MEMETIK KATA-KATA IMAM AL-HASAN; SIAPAKAH DI ANATARA KITA TELAHMELAKSANAKAN SEGALA YANG DISERUKANNYA?SYAITAN AMAT MENYUKAI JIKA MANUSIATERPEDAYA DENGAN SIKAP INI SEHINGGAAKHIRNYA TIDAK ADA SESIAPA PUN YANGMAHU MENGAJAK KEPADA YANG MAKRUF DANMENCEGAH KEMUNGKARAN. (lihat: KITKOMBAT ISLAM UNTUK REMAJA; DR DANIALZAINAL ABIDIN; cetakan kelima 2004-Edisi Kedua, PNM). SAYA MENGALUKANTEGURAN DARIPADA SAUDARA-SAUDARISEPERJUANGAN KU, UNTUK KITA SAMA-SAMAMEMARTABATKAN DAN MENINGKATKAN KUALITIDAN JATI DIRI KITA SEBAGAI REMAJAISLAM. INSYAALLAH.
(Dipetik dari 'Al-Aqsa Dalam Bahaya!!)