Berita Terbaru :

Jom Baca!!!

Followers

Ayyuha al-Syabab


"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.

Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

-hassan al-banna-

Tuesday, June 17, 2008

Isu baju kurung seragam sekolah berwarna putih

Isu pemakaian baju kurung berwarna putih sedang hangat diperbincangkan sejak akhir-akhir ini. Saranan penukaran pemakaian baju kurung seragam sekolah yang berwarna putih kepada pemakian yang lebih berwarna telah dikemukakan oleh persatuan kebangsaan pelajar islam Malaysia telah menimbulkan pelbagai persepsi pelbagai pihak. Baru-baru ini kenyataan yang dikeluarkan oleh pertubuhan Jamaah Islah Malaysia untuk tidak setuju baju pelajar perempuan ditukar dengan alasan ia boleh mengundang ganguan dan jenayah seks. Menurut ketua wanita pertubuhan Jemaah Islah Malaysia iaitu Dr Halina Halizah Siraj, pemakaian baju kurung seragam sekolah berwarna putih telah sekian lama dipakai tanpa menimbulkan sebarang masalah dan menurut beliau masalah sosial dan gejala seksual yang melanda hebat di Negara ini di kalangan pelajar-pelajar sekolah adalah berpunca dari krisis nilai, hakisan pegangan agama dan moral yang sedang hebat meruncing ini.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia mengenai pemakaian baju kurung ini adalah keadaan baju kurung pada masa sekarang ini agak jarang dan tipis sehingga menampakan pemakaian dalam atau agak ‘transparent’. Bagi pendapat saya sendiri kenyataan yang dikeluarkan oleh JIM untuk tidak menyokong penukaran baju kurung seragam sekolah yang berwarna putih kepada kepada baju berwarna gelap seperti yang dikemukan oleh persatuan kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) adalah sama sekali tidak berasas. Sepatutnya perkara kecil inilah yang harus diambil kira jika dibandingkan dengan krisis nilai,pegangan agama dan moral yang menjadi punca utama kepada berbendongnya kepada masalah ini. Jika perkara kecil sebegini kita tidak boleh mengubahnya macam mana kita nak berhadapan masalah besar yang menjadi punca utama kepada masalah ini. Tambahan lagi kenyataan yang dikemukan oleh pihak PKPIM boleh diterima pakai memandangkan krisis sosial yang melanda Negara ini amat meruncing sekali, pada masa yang sama saya tidak menolak pandangan yang dikemukan oleh Dr Halina Halizah Siraj yang mengatakan bahawa krisis sosial, pegangan agama dan moral yang menjadi duri dalam daging terhadap masyarakat di Malaysia kini.
Pengalaman saya sendiri, apabila melawat sebuah sekolah di daerah Pasir Mas iaitu Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas. Suasana di sekolah tersebut agak berbeza daripada sekolah –sekolah menengah bukan aliran agama kerana semua pelajar perempuan diwajibkan berpakaian dan bertudung labuh. Peraturan ini jugalah yang menjadi kewajipan yang utama kepada pelajar-pelajar perempuan disana untuk terus menimba ilmu tanpa sebarang rungutan yang berlaku. Saranan untuk golongan hawa, semoga hijab menjadi pakaianmu, kesucian menjadi amalanmu, kesopanan menjadi perhiasanmu dan syurga sebagai tempatmu Wallah’ulam..

Monday, June 16, 2008

Wajarkah kerajaan memberi wang rebet yang diberi secara tunai???

Pemberiaan wang rebet yang diberi secara tunai kepada semua pengguna kenderaan di Malaysia telah pun hangat diperbincangkan di kalangan masyarakat. Pemberian subsidi selama setahun ini adakah sekadar untuk menutup mata rakyat atau sebenar-benarnya untuk menjaga kebajikan rakyat di Malaysia. Semasa pilihanraya yang lepas baru-baru ini dato’ seri Najib bin Razak telah mengeluarkan kenyataan bahawa harga minyak takkan naik selepas pilihanraya ini….adakah kenyataan yang dikeluarkan sekadar hangat-hangat tahi ayam untuk menarik hati rakyat pada pilihanraya tersebut???? Walauapapun saya tetap bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan pemberian subsidi ini terutamanya kepada golongan mahasiswa seperti saya ini.
Bagi pendapat saya kenaikan minyak yang menjadi krisis global ini perlu diamati oleh semua golongan dan sepatutnya kerajaan tidak boleh membandingkan harga minyak dengan dengan Negara-negara yang kaya dan bukan pengeluar minyak dunia seperti singapura. Dalam segi analoginya kita tidak boleh sama antara ayam dengan itik sedangkan kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu sejenis burung. Oleh demikian karajaan seharusnya membandingkan harga minyak di Malaysia ini dengan Negara-negara dengan Negara pengeluar minyak dunia seperti arab Saudi, iran, rusia, atau vanuzuela. Adakah ini menjadi sandaran untuk mengemukakan asbab kapada kenaikan minyak di Malaysia ini.
Kenaikan mendadak harga minyak sejak 5 Jun akan menjejaskan sasaran kerajaan untuk menghapuskan sepenuhnya kemiskinan tegar menjelang 2010, kata beberapa penganalisis ekonomi. Mereka yakin kenaikan harga petrol sebanyak 40 peratus dan diesel pula lebih 60 peratus pasti memberi kesan negatif terhadap rancangan itu walau menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham A. Aziz pada April lalu berkata beliau yakin kerajaan akan berjaya mencapai sasarannya menghapuskan kemiskinan. Ingatlah bahawa dengan pemberian wang rebet yang diberi secara tunai ini hanyalah dapat meredakan penderitaan rakyat untuk masa singkat sahaja terutamanya kepada golongan sederhana dan golongan miskin. Tetapi untuk jangka masa yang panjamg adalah tidak memihak kepada golongan ini sebaliknya mungkin pelbagai bebenan yang perlu ditanggung oleh rakyat. Kemungkinan pelbagai krisis akan melanda golongan-golongan sebegini seperti krisis kanaikan harga makanan dan keperluan harian yang menjadi keperluan yang penting pada amnya. Tambahan lagi perkara sebegini telah banyak berlaku di Negara-negara luar dan persediaan kita selaku rakyat Malaysia haruslah dititik beratkan. Mugkin perkara sebegini akan memberi bebenan dan sukar untuk diterima oleh golongan mahasiswa terutamanya yang tinggal diluar kampus tambahan lagi kecederaan yang belum sembuh yang perlu ditanggung oleh golongan ini terutamanya berpinjaman ptptn yang mempunyai pelbagai kerenah yang tersendiri ini. Kenyataan yang agak kentroversi pernah dikeluarkan oleh pihak PTPTN supaya mahasiswa membayar pinjaman PTPTN semasa belajar…….adakah kenyataan ini membantu mahasiswa atau membunuh mahasiswa?????
Kenyataan yang dikeluarkan itu boleh diibaratkan sebagai seseorang yang langsung tidak mempunyai akal dan hanya berbekal otak semata-mata. Ingatlah bahawa jangan cuba sesekali merobek luka yang dialami oleh golongan mahasiswa ini. Luka ‘ kelesuan mahasiswa’ yang menjadi igauan mahasiswa ini telah pun lama dialami sejak tahun 80-an lagi setelah AUKU di perkenalkan.
Ingatlah bahawa mahasiwa adalah pelapis Negara yang bakal menerajui kepimpinan Negara kelak, idealis mahasiswa yang lontarkan adalah satu pengubah yang bakal memberi impak yang besar kepada agama, masyarakat dan Negara berlandaskan keadilan dan beramanah yang telah ditetapkan oleh syariat islam terutamanya yang ternaktub dalam Al-Quran dan As-sunnah.

Sunday, June 15, 2008

Keadaan ekonomi yang harus diterima oleh umat islam masa kini

Ekonomi adalah suatu aspek yang penting dalam menjana sesuatu bangsa atau negara.Jika dipandang dari perspektif Islam sendiri,ekonomi adalah salah suatu perkara yang amat penting dan ia boleh datang dari pelbagai sumber.Akan tetapi,umat Islam pada zaman sekarang ini amat lemah sekali dari sudut ekonominya.Ini berlaku kerana umat Islam sendiri tidak mengambil berat tentang hal ini.Jika diimbas kembali ekonomi umat Islam pada zaman kegemilangannya,ekonomi ketika itu adalah amat kukuh dan teguh.Pada zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w dan Khulafa' Ar-Rashideen,ekonomi pada zaman itu adalah amat kukuh sehinggakan wang perbendaharaan negara iaitu Baitulmal adalah amat banyak sehingga dikatakan wang Baitulmal itu boleh menampung dan menyara setiap rakyatnya.Sumber kewangan Baitulmal adalah daripada kutipan Zakat dan Jizyah(wang yang dibayar oleh orang kafir kepada kerajaan Islam kerana tinggal didalam negara Islam dan mendapat perlindungan daripada kerajaan Islam).

Empayar Turki Uthmaniyyah
Ini berlainan dengan apa yang berlaku di Malaysia sekarang.Walaupun Malaysia tidak mengamalkan sistem pemerintahan Islam dan menggunakan sistem sekular,tetapi rata-rata pemimpin adalah dikalangan orang Islam sendiri.Rakyat dibebani dengan berbagai-bagai jenis cukai contohnya cukai pintu,cukai tanah,cukai jalan dan bermacam-macam lagi bahkan hendak menggunakan tandas awam pun dikehendaki membayar RM0.20 sen.Ini ditambah dengan wujudnya barang yang dikenakan cukai yang melampau contohnya kenderaan import,dikenakan cukai sehingga 200%.Selain itu,sedar atau tidak setiap barang-barang keperluan harian kegunaan rakyat dikenakan cukai sebanyak 5%.Rakyat dibebani dengan pelbagai cukai, tetapi kebajikan mereka tetap tidak terbela.Itu tidak termasuk lagi angkara orang kafir yang tujuan mereka adalah untuk menjatuhkan Islam dan salah satu cara mereka adalah dengan menyerang umat Islam dari sudut ekonomi.Sebelum Malaysia diserang kegawatan ekonomi,AS$1 hampir bersamaan dengan RM1.20,tetapi selepas ekonomi Malaysia diserang oleh George Soros(seorang spekulator matawang berbangsa Yahudi),paras ringgit menjunam sehingga AS$1 bersamaan dengan RM4.80.Ini menyebabkan kejatuhan ekomomi Malaysia sehingga menimbulkan kemelesetan ekonomi.Beribu-ribu pekerja terpaksa diberhentikan oleh sebab tersebut.Semua itu adalah angkara orang kafir yang irihati dengan Islam dan cuba menjatuhkannya,dan salah satu daripada cara mereka ialah dengan menyerang ekonomi umat Islam.Jika dipandang dari sudut global pula,umat Islam telah lama diserang ekonominya oleh orang kafir.Pada tahun 2003,Amerika Syarikat telah menyerang Iraq atas alasan ia adalah negara pengganas.Akan tetapi bak kata pepatah: ada udang disebalik batu, tujuan Amerika Syarikat adalah untuk mendapatkan sesuatu yang amat bernilai di Iraq iaitu simpanan minyak mentahnya.’NEGARA PENGGANAS’ itu cuma propaganda Amerika Syarikat untuk menghalalkan perbuatannya menyerang Iraq.Tujuannya cuma satu,iaitu untuk mendapatkan minyak yang merupakan alat untuk mengawal ekonomi dunia.Akhirnya selepas mendapat apa yang mereka hajati,kesan daripadanya dapat sendiri kita yang berada di Malaysia ini rasakan iaitu dengan peningkatan harga bahan api tersebut. Berlainan pula dengan apa yang berlaku di Palestin pada tahun 2006,selepas umat Islam di Palestin mendapat hak ke atas negara mereka sendiri dengan diterajui oleh Hamas. Amerika Syarikat bersama sekutu-sekutunya iaitu Israel dan Kesatuan Eropah mula mengadakan sekatan ekonomi ke atas mereka.Barang-barang keluaran Palestin tidak dapat dieksport sehingga tersadai di pelabuhan.Akhirnya barang-barang tersebut terpaksa dijual dengan harga dibawah paras kos pengeluarannya.Ini menyebebkan perkembangan ekonomi Palestin terbantut sedangkan pada masa itu Palestin merupakan sebuah negara Islam yang baru dibentuk dan baru hendak berkembang.

Kemiskinan kehidupan di PalestinInilah diantara contoh serangan dan sekatan orang-orang kafir terhadap ekonomi umat Islam.Umat Islam adalah seperti barang mainan mereka,boleh diperlakukan dengan sesuka hati sahaja. Wajarlah untuk kita merenung sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang berbunyi “Umatku di akhir zaman adalah umpama buih dilautan namun kalian dijangkiti sifat al-wahnu(cintakan dunia, takutkan mati)" ,seperti buih yang apabila datang ombak berkecailah ia, begitu jugalah umat Islam. Umat Islam berpecah belah serta mudah dipermainkan oleh musuh Islam. Oleh itu,marilah kita sama-sama merenung keadaan umat Islam dan juga ekonomi umat Islam khususnya.

Saturday, June 14, 2008

Bantahan kenaikan minyak di ibu kota

Perarakan membantah kenaikan harga minyak telah mengbangkitkan suasana sebenar yang dialami oleh perasaan daripada hati naluri rakyat sendiri, perarakan ini bermula sebaik sahaja selesai solat Jumaat di masjid Kampung Baru dengan teriakan "Turun-turun, turun minyak", "Turun-turun, turun BN", "Turun-turun, turun Pak Lah" dan "Rakyat-rakyat, rakyat bangkit".Kemudian kumpulan lebih 1,000 penyokong pembangkang bergerak menuju ke pintu keluar masjid menuju ke simpang empat Jalan Raja Abdullah-Jalan Raja Alang. Sekumpulan 20 anggota polis berada di sepanjang jalan di situ, hanya memerhati orang ramai bergerak keluar dari kawasan masjid.Bagaimanapun, setibanya di simpang tersebut, kira-kira 30 orang anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah membentuk benteng halangan bagi menyekat orang ramai masuk ke Jalan Raja Abdullah untuk ke Jalan Sultan Ismail dan seterusnya menuju ke KLCC.Ketika itu bilangan mereka menyertai perarakan tersebut telah mencecah kira-kira 2,000. Mengetuai perarakan tersebut ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.Bagi mengelak bertembung dengan anggota FRU di situ, mereka meneruskan perarakan melalui Jalan Raja Alang, menuju ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di kawasan Chow Kit.Kira-kira 20 anggota polis turut mengikuti mereka bagi memantau keadaan. Manakala di Chow Kit pula kelihatan kira-kira 10 anggota polis ditempatkan di situ.Bawa kain rentangSeorang anggota polis kelihatan memberhentikan lalulintas ketika perarakan itu hendak membelok masuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.Perarakan itu terhenti seketika di situ, menyebabkan lalulintas menjadi sesak dan kenderaan merangkak perlahan-lahan di belakang mereka, sambil membunyikan hon masing-masing.Peserta perarakan membawa pelbagai kain rentang mengutuk kenaikan harga minyak. Satu daripada kain rentang tersebut berbunyi "Najib kata: Minyak tak akan naik selepas pilihanraya. Mereka tipu rakyat, Dollah kata petrol naik 78 sen, diesel naik RM1'.Mereka menyusuri jalan TAR dan kemudian sampai di persimpangan tetapi tidak membelok ke Jalan Sultan Ismail yang menuju ke KLCC. Bagaimanapun, mereka meneruskan perarakan menuju ke bangunan Kompleks Pertama, bersebelahan Sogo. Setibanya di situ pada kira-kira jam 2.37 petang, lebih 500 orang daripada mereka duduk di tengah-tengah jalan di simpang empat lampu isyarat Jalan TAR-Jalan Dang Wangi.Manakala yang lain berdiri mengelilingi mereka yang duduk di tengah-tengah simpang tersebut.Ketika itu, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat berucap kepada orang ramai. Selain Salahuddin, wakil rakyat Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin, timbalan ketua Pemuda PAS Nasaruddin Tantawi, naib ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan naib presiden PAS Mohamad Sabu.Bersurai jam 3.20 petangKesemua pemimpin Pakatan ini berada di tengah-tengah kumpulan yang duduk di simpang tersebut. Ucapan mereka disambut dengan tepukan gemuruh serta laungan "Turun-turun, turun minyak", "Turun-turun, turun BN", "Turun-turun, turun Pak Lah" dan "Rakyat-rakyat, rakyat bangkit".Salahuddin kemudiannya bangun, diikuti pemimpin-pemimpin lain melalui jalan kecil antara bangunan Kompleks Pertama dan bangunan Sogo, menuju masuk ke Jalan Raja Laut. Lebih kurang 1,000 mengikuti Salahuddin dan barisan pemimpin Pakatan menuju ke bangunan ibu pejabat PAS yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ.Manakala anggota Unit Amal PAS membantu mengawal lalulintas dalam perjalanan mereka kira-kira 15 minit untuk sampai ke ibu pejabat PAS. Salahuddin sekali lagi berucap kepada orang ramai, meminta mereka supaya hadir menyertai satu lagi bantahan besar-besaran di ibu negara pada 5 Julai depan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes). Beliau kemudiannya meminta orang ramai supaya bersurai secara aman dari situ pada kira-kira jam 3.20 petang. Walaupun mereka bersurai tetapi kira-kira 30 anggota FRU masih kelihatan memantau keadaan di depan pejabat pembangkang itu.Mereka bersurai kira-kira 20 minit kemudian. Tiada sebarang tangkapan atau sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang perarakan tersebut. Semuanya berjalan secara aman.Polis juga tidak menggunakan gas pemedih mata atau meriam air untuk menyuraikan mereka.

Monday, June 9, 2008

Al-Aqsa dalam bahaya

MAHA SUCI ALLAH YANG TELAHMENGISRAKAN (MEMBAWA PADA PERJALANANMELAM) HAMBANYA DARI MASJID AL-HARAMKE MASJID AL-AQSA YANG TELAH KAMIBERKATI SEKELILINGNYA UNTUK KAMIPERLIHATKAN TANDA-TANDA KEKUASAANKAMI.
(SURAH AL-ISRA:1)
ALHAMDULILLAH, SAYA AMATBERTERIMA KASIH KEPADA RAKAN-RAKANSEPERJUANGANKU YANG SUDI MELUANGKANSECUBIT MASA BAGI MEMBACA TULISAN SAYAINI, DAN SEKALUNG TAHNIAH ATASKEPRIHATINAN ANDA TERHADAP ISU MASJIDAL-AQSA.
MASJID AL-AQSA. MASJID KETIGATERSUCI UMAT ISLAM SELEPAS MASJIDILHARAM DAN MASJID AN-NABAWI. TIADASIAPA YANG DAPAT MENAFIKAN STATUSKESUCIAN MASJID YANG PERNAH MANJADIKIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM INI. MALAHANALLAH SWT JUGA MENYEBUTNYA BERDASARKANFIRMANNYA DALAM SURAH AL-ISRA:1.
AKTIVITI PENGGALIAN YANGBERTERUSAN DI SEKITAR LINGKUNGANMASJID AL-AQSA OLEH REJIM ZIONIS JELASMENUNJUKKAN BETAPA MEREKA BENAR-BENARINGIN MENAKLUKI KAWASAN MASJID AL-AQSADAN MENDIRIKAN BEIT HAMIKDASH (KUILSULAYMAN).
NAMUN, APA YANG INGIN SAYATEKANKAN DI SINI ADALAH BERKAITANTARIKH 21 OGOS YANG PERLU DIINGATIOLEH SETIAP UMAT ISLAM TERMASUK KITAGOLONGAN REMAJA.
TANGGAL 21 OGOS 1969, SEORANGPENGANUT FAHAMAN ZIONIS BERAGAMAKRISTIAN DARI SWITZERLAND, DENNISMICHAEL TELAH MEMBAKAR SEBAHAGIANDARIPADA RUANG UTAMA MASJID AL-AQSA.ANTARA YANG MUSNAH TERUK DARI TINDAKANDI LUAR BATAS KEMANUSIAAN ITU IALAHMIMBAR MASJID YANG TELAH DIBINASEMENJAK ZAMAN NURUDDIN AL-ZINKI DANPERNAH DIGUNAKAN OLEH SALAHUDDIN al-AYYUBI DI ZAMAN PEMERINTAHANNYA.SEHARIAN UMAT ISLAM BERUSAHAMEMADAMKAN API DAN CUBA SEDAYA-UPAYAMENYELAMATKAN TINGGALAN SEJARAH DIMASJID SUCI TERSEBUT.
KESAN DARI PERISTIWA TERSEBUT,NEGARA-NEGARA ISLAM TELAH SEBULATSUARA BERSETUJU UNTUK BERGABUNG DANTERBENTUK OIC. IRONINYA, AGENDA AL-AQSA YANG DAHULUNYA MENJADI NADITERTUBUHNYA OIC, KINI SEOLAH-OLAHHILANG DARI MEJA MESYUARAT OIC. MASING-MASING SEOLAH MEMANDANG SEPI TENTANGBAHANA YANG SEDANG MELANDA MASJID AL-AQSA.
21 OGOS! TARIKH KERAMAT YANGPERLU DISEMAT DALAM KOTAK FIKIRANSETIAP UMAT ISLAM! SEMARAKKAN RASATANGGUNGJAWAB ANDA UNTUKMEMPERTAHANKAN MASJID SUCI KITA INI!ADALAH MENJADI TUGAS KITA UNTUKMENGHIDUPKAN RUH JIHAD UNTUKMEMBEBASKAN MASJID AL-AQSA! JANGANLAHJADIKAN IA SEPERTI PEPATAHMELAYU; BILA SUDAH TERHANTUK, BARUNAK TERNGADAH! JIKA KUIL YAHUDI(BEIT HAMIKDASH) SUDAH BERDIRI TEGUHDI TAPAK MASJID AL-AQSA, SEGALANYASUDAH TERLAMBAT.
BENAR, SAYA SENDIRI BELUMSEMPURNA UNTUK MENGAJAK SAUDARA-SAUDARI KE ARAH KEBAIKAN. TAPI,KEWAJIPAN DAKWAH ITU TETAP DIPIKULPADA SETIAP BAHU UMAT ISLAM. INGINSAYA MEMETIK KATA-KATA IMAM AL-HASAN; SIAPAKAH DI ANATARA KITA TELAHMELAKSANAKAN SEGALA YANG DISERUKANNYA?SYAITAN AMAT MENYUKAI JIKA MANUSIATERPEDAYA DENGAN SIKAP INI SEHINGGAAKHIRNYA TIDAK ADA SESIAPA PUN YANGMAHU MENGAJAK KEPADA YANG MAKRUF DANMENCEGAH KEMUNGKARAN. (lihat: KITKOMBAT ISLAM UNTUK REMAJA; DR DANIALZAINAL ABIDIN; cetakan kelima 2004-Edisi Kedua, PNM). SAYA MENGALUKANTEGURAN DARIPADA SAUDARA-SAUDARISEPERJUANGAN KU, UNTUK KITA SAMA-SAMAMEMARTABATKAN DAN MENINGKATKAN KUALITIDAN JATI DIRI KITA SEBAGAI REMAJAISLAM. INSYAALLAH.
(Dipetik dari 'Al-Aqsa Dalam Bahaya!!)

POLITIK WANG

Hari ini,dunia dirasakan begitu pelik, Orang anti betul dengan babi,semua cerita pasal babi, makan babi haram, sentuh babi haram, sungguh berjaga-jaga bila tiba bab babi. Begitu juga dengan ayam sembelihan, dengar jer ayam stunning, terus boikot tak nak makan ayam. Nak beli ayam check betul2 ada ke tak cop halal. Kalau dah ada cop halal pun akan dicheck lagi. Sahih ke tak cop halal tu. Yang peliknya bila tiba bab rasuah, ada yang kata rasuah ni satu pelaburan. So, blh on je. semua ambil mudah. Its like you invest something to gain something Kalau tak invest maka tak dapat, so perlulah hulur duit sikit. Mereka kata ini bukan rasuah, ini satu pelaburan. Kerja makan duit rasuah. Projek-projek nak dapat kena hulur rasuah. Bila balik rumah. Bagi bini duit belanja harian. Bagi anak-anak duit poket. Buat rumah besar-besar untuk keselesaan ahli keluarga dan tunjuk kat masyarakat dia orang kaya. time pergi masjid bagi sumbangan yang besar-besar untuk pembesaran masjid, untuk cat masjid, untuk pasang ayat2 quran yang mahal kat masjid. Bila hari raya bagi duit banyak2 kat budak2 yg datang umah. Buat jamuan grand2... Semua tu menggunakan duit hasil kerja yang dicampuri dengan rasuah Tu yang pelik.. Makan babi haram. Makan ayam semebelih tak proper haram. Tapi makan rasuah halal. Investment la katakan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Pakatan Rakyat 2

Popular Posts

Mutiara Kata

"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu"

Khalifah Umar bin Khatab

Alexa Internet

There was an error in this gadget