Berita Terbaru :

Jom Baca!!!

Followers

Ayyuha al-Syabab


"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.

Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

-hassan al-banna-

Monday, August 17, 2009

Ulama’ Yahudi Isytihar Puasa Untuk Halang H1N1

oleh Ibnuyaacob



Hari Rabu akan datang iaitu 19 Ogos 2009, dua ulama’ besar Yahudi di Israel mengisytiharkan semua umat Yahudi wajib berpuasa sebagai salah satu langkah menghalang virus jahat H1N1 yang sedang melanda Israel.

Pengumuman ini dibuat oleh ketua Majlis Rabbi Israel iaitu Rabbi Shlomo Amar dan ketua Rabbi bagi komuniti Ultra-Orthodox, Rabbi Ovadia Yusuf. Kedua-dua mereka bersepakat semua umat Yahudi sama ada suku Sephardi atau Ultra-Orthodoks hendaklah berpuasa pada hari Rabu ini.

Di dalam pengumuman tersebut, umat Yahudi dari suku Ashkenazi tidak turut serta kemungkinan berbeza pendapat dari memutuskan hukum puasa dikalangan mereka. Menurut Rabbi Sholomo Amar dan Ovadia Yusuf, virus jahat yang bernama Selsema Babi itu merebak di seluruh dunia kesan daripada dosa-dosa yang dilakukan oleh umat manusia.

Antara arahan-arahan yang dibuat ialah semua masyarakat Yahudi yang berkemampuan untuk berpuasa diarah agar berpuasa sepanjang hari Rabu disamping memperbanyakkan sembahyang dan doa kepada tuhan. Bagi yang tidak berkemampuan, hendaklah berpuasa separuh hari atau setidak-tidaknya berduduk diam tanpa mengganggu orang lain.

Ibadat tambahan yang diumumkan ini menurut mereka adalah sebagai kaedah mencegah penyakit melalui kebersihan diri.

Pada 10 Ogos 2009, seramai 50 orang rabbi yang diketuai Rabbi Yitzhak Batzri telah menaiki pesawat khas mengelilingi Israel sambil meniup shofar (trompet ibadat Judais). Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk menghalau virus H1N1 itu dari mengancam penduduk Israel.

Pertembungan tersembunyi antara Rabbi Sephardi dan Rabbi Ashkenazi

Pengumuman baru yang dibuat oleh ketua rabbi suku Sephardi dan komuniti Ultra-Orthodoks seolah-olah memberi isyarat tersembunyi kepada ketua Rabbi suku Ashkenazi iaitu, Rabbi Yonah Metzger. Ini kerana suku Ashkenazi lebih cenderung kepada dasar ideologi Zionis yang menghalalkan daging babi dan arak untuk pengikut-pengikutnya.

Manakala suku Sephardi dan Ultra-Orthodoks masih lagi berpegang kepada hukum asal Taurat yang melarang umat bani Israel memakan babi dan meminum arak.

Bencana H1N1 yang melanda Israel sehingga mengakibatkan 7 nyawa terkorban hanya menyemarakkan lagi semangat kesukuan dikalangan masyarakat Yahudi sendiri. Sudah pasti sifat ingin menyalahkan pengikut-pengikut Ashkenazi yang gemar memakan babi sebagai punca H1N1 ada pada setiap masyarakat Sephardi dan Ultra-Orthodoks.

Kesimpulannya, kita dapat mengenal pasti di sini bahawa senjata biologi ciptaan Illuminati tidak kebal kepada orang-orang Yahudi dan ia hanya kebal kepada penguasa-penguasa Zionis yang sudah pasti sudah menerima suntikan vaksin yang tulen.

Peningkatan bilangan mangsa H1N1 di Israel menjelaskan kepada kita bahawa umat Yahudi yang diheret dari serata dunia dan dilonggokkan di Israel adalah hanya sebagai batu pemberat untuk agen Illuminati mewujudkan negara Zionis.

Saturday, August 15, 2009

Projek RED-DEAD (Bahagian 1)




Di dalam kesibukan dunia berhadapan serangan wabak Selsema Babi (SB@H1N1), Israel sekarang bertungkus lumus cuba menjalankan projek mega yang sudah direncanakan sejak 100 tahun dahulu. Projek tersebut ialah Projek RED-DEAD.

Projek RED-DEAD adalah salah satu intipati utama di dalam pelan Israel 2020 yang mula dilancarkan pada 1990 ketika zaman pemerintahan Yitzak Shamir dari parti Likud. Projek supermega ini mendapat tentangan hebat dari negara-negara jiran sekeliling Israel terutamanya Jordan dan Mesir. Ini disebabkan projek tersebut memerlukan Israel menceroboh sebahagian tanah negara-negara berkenaan.

Latar Belakang Projek

Projek RED-DEAD adalah projek mega untuk membina terusan bagi menghubungkan antara Laut Merah (Red Sea) dengan Laut Mati (Dead Sea). Tujuan pembinaan terusan ini ialah untuk memasukkan air dari Laut Merah ke dalam kawasan Laut Mati yang semakin mengering. Pembinaan terusan ini dijangka angka menyelamatkan negara Israel dari pelbagai faktor sama ada ekonomi, politik atau maruah.

Kertas kerja rasmi projek ini bernama The Red Sea-Dead Sea Canal (RSDC). Ia mula dibentangkan pada pertengahan 1990 oleh kerajaan Israel kepada kerajaan Jordan. Tujuan dibentangkan RED-DEAD kepada kerajaan Jordan ialah proses pembinaannya akan melalui kawasan-kawasan negara Jordan terutamanya penempatan-penempatan penduduk yang berhampiran Laut Merah. (Lihat gambar di bawah)

reddead canal route



(Gambar) Laluan terusan Projek RED-DEAD

Pembentangan kertas kerja kepada Jordan tidak lain semata-mata untuk memujuk Raja Jordan menyertai dan merestui dalam diam projek mega tersebut. Di dalam perancangan tersebut, Israel menyatakan ia bagi menampung air keperluan seharian penduduk Jordan.

Konspirasi Jordan-Israel

Amat mengejutkan semua pihak, pada Mei 2009, kerajaan Jordan telah mengumumkan akan menjalankan idea RED-DEAD itu berseorangan tanpa Israel. Idea gila Jordan ini menelan belanja USD10 billion dan dijangka akan mengambil masa 20 tahun untuk siap. Ini menunjukkan semua kos projek akan ditanggung sepenuhnya oleh Jordan.

Pada pandangan kami, jawatankuasa yang dibentuk kerajaan Jordan untuk mengurus projek RED-DEAD ini kemungkinan ada dianggotai oleh tali barut - tali barut Israel.

Hujah kami ini berdasarkan 3 perkara yang berlaku berkaitan isu RED-DEAD dalam tahun 2009 ini, iaitu;

1. Perbincangan antara Menteri Pembangunan Israel, Sylvan Shalom dengan Predisen Bank Dunia pada 25 Jun 2009 untuk meminta bantuan kewangan tidak mencapai kata putus. Bank Dunia hanya menyatakan masih meneruskan penelitian terhadap kertas kerja RED-DEAD.
2. Empat hari selepas itu, pada 29 Jun 2009, akhbar Israel iaitu Jerusalem Post melaporkan kerajaan Jordan telah mendapat kelulusan peringkat pertama USD 1.25 billion untuk projek RED-DEAD dan Jordan didapati cuba menyembunyikan kelulusan ini dari negara lain.
3. Kemudian dengan tidak semena-mena pada 31 Julai 2009 lepas, kerajaan Palestin pimpinan Mahmood Abbas mengumumkan menyokong penuh rancangan projek RED-DEAD yang bakal dilaksanakan Jordan padahal terusan tersebut langsung tidak menguntungkan penduduk Palestin.

Laut Mati Semakin Kering

Dengan terbinanya terusan RED-DEAD, Israel mengharapkan paras air Laut Mati akan kembali normal dan ditambahkan atau setidak-tidaknya ia kekal tidak kering. Menurut fakta geografi, Laut Mati mempunyai paras dasar antara terendah dalam dunia dari aras laut. Ia juga mempunyai kadar kandungan garam yang amat tinggi antara laut-laut lain.



size_deadsea

Laman web Sciendaily melaporkan pada 5 Mac 2009 lalu, aras air laut Mati semakin menurun dan teramat kritikal. Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Teknologi Darmstadt, Jerman, aras air Laut Mati dalam tempoh 30 tahun terdekat telah hilang sebanyak 14km3.

Antara faktor kekeringan Laut Mati ialah banjir yang pernah berlaku di Israel akibat hujan lebat. Walaupun banjir teruk di Israel hanya pada 1980, tetapi bencana tersebut sudah cukup untuk menyebabkan kadar garam Laut Mati berkurang sebanyak 5 peratus.

Bukan itu sahaja, bala banjir dari Allah itu juga telah menyebabkan warna Laut Mati telah bertukar daripada biru gelap kepada warna Merah.

Misteri disebalik Projek RED-DEAD

Apa yang mencurigakan dan misteri di sebalik projek RED-DEAD ialah sebelum kertas kerja pertama RED-DEAD dibentangkan pada 1990, cadangan pertama telah pun dikemukakan oleh William Allen pada 1855. Ini bermakna, projek RED-DEAD lebih dahulu direncanakan sebelum tertubuhnya pertubuhan Zionis Antarabangsa pada 1897.

Ketua Saintis Kementerian Pembangunan Infrasturktur Israel, Dr. Michael Beyt menulis dalam kertas kerjanya bahawa Dr. Theoder Herzl (pengasas Zionis) pernah mengimpikan untuk membuat empangan hidroelektrik untuk negara Israel melalui terusan ini.

Jika sekiranya rancangan pembinaan projek RED-DEAD lebih awal 50 tahun dari idea penubuhan negara Israel, yang manakah antara kedua-dua berikut keutamaan Dajjal dalam perencanaannya menguasai dunia?

Dapatkah kita bayangkan, usia rancangan membina RED-DEAD sudah mencapai 154 tahun tetapi baru akan bermula pada 2014. Sedangkan ia dirancang pada 1855 lagi. Manakala negara Israel pula hanya dicadangkan oleh Herzl pada 1897 dan telah pun tertubuh pada 1942.

Secara logiknya menubuhkan sebuah negara lebih sukar dari membina terusan kerana terpaksa berperang dan mengorbankan banyak nyawa berbanding membina terusan.

Yahudi mengambil masa hanya 51 tahun untuk menubuhkan negara Israel dari tarikh cadangan sedangkan untuk membina RED-DEAD terpaksa mengambil masa 154 tahun dari tahun cadangan.

Jadi, manakah lebih utama untuk Dajjal? Negara Israel atau RED-DEAD? Atau kemungkinan READ-DEAD adalah satu agenda rahsia yang sengaja disembunyikan oleh ahli-ahli sejarah Harvard dan Oxford bagi melindungi sesuatu dari pengetahuan umat Islam.

Wallahu’alam

sumber: ibnuyaacob

Thursday, August 13, 2009

Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 1)


Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.

Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu.
Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.

Sejak kes di Mexico, laporan berita TV khususnya di Malaysia masih melaporkan kegilaan penyakit ini. Malaysia antara negara yang bernasib baik kerana pantas mengambil langkah kawalan di lapangan-lapangan terbang, stesen keretapi dan pelabuhan.

Namun, penyebaran penyakit Swine Flu selepas tamatnya konflik Gaza perlu diambil perhatian dari beberapa aspek. Ia mungkin dilihat seperti “kejadian alam” tetapi ia sebenarnya juga boleh dirancang.

Permulaan Konspirasi Selsema Babi

Tidak ramai mahu melihat isu Swine Flu dari sudut konspirasi melainkan seseorang itu sememangnya fanatik fakta konspirasi. Maka teori yang kami bentangkan ini, dikira sebagai agenda permulaan untuk menarik perhatian masyarakat tentang sebarang isu dunia.

Semua laporan Swine Flu di akhbar dan TV adalah tepat dan amat meyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan. Cuma ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian.

Perkara itu ialah …

Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema Babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine. Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000.



(Gambar) Dr. Ralph Steinman (Kiri) University of Rockefeller

Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular.

Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahan penyakit) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejala swine flu.
Mengapa Perlu Mencurigai Dr. Ralph Steinman?

Kita perlu mencurigainya kerana beliau merupakan tenaga atasan di Universiti Rockefeller, New York sedangkan kita sendiri sedia mengetahui David Rockefeller adalah antara penaja utama Perang Dunia Kedua.

Tambahan pula, Rockefeller adalah antara individu yang dijangka akan hadir pada mesyuarat Kelab Bilderberg yang bakal berlangsung pada 14 Mei 2009 di Athens.

Selain bertugas di Universiti Rockefeller, Steinman juga memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Trudeau. Institut ini merupakan institut yang dilantik khusus oleh kerajaan Amerika dalam penyelidikan vaksin bersama Kementerian Pertahanan Amerika.

Pada 1 Oktober 2008, Presiden Bush telah mengeluarkan suatu dana yang amat besar iaitu USD1.6 juta, khusus untuk menampung kos penyelidikan pemvaksinan.

Dengan wang sebanyak itu, Institut Trudeau dan saintis-saintis US Navy telah diarahkan bekerjasama oleh kerajaan Amerika untuk membangunkan satu vaksin jenis Pandemic Influenza. Vaksin ini khusus dalam pencegahan kepada sebarang bentuk selsema yang dibawa oleh binatang.

Usahasama antara Institut Trudeau dan US Navy ini dilaporkan sendiri di dalam buletin Institut Trudeau pada Oktober 2008.

Amerika Dalang Wabak Selsema Babi

Seperkara yang perlu kita teliti, sekiranya suatu vaksin yang berkaitan selsema telah dibangunkan pada 1 Oktober 2008, apakah ada kemungkinan kerajaan Amerika telah pun mengetahui bahawa Selsema Babi akan berlaku? atau mereka sendiri yang meranang sebaran wabak itu?

Kerajaan Amerika amat disyaki sebagai dalang bagi penyebaran wabak ini. Jika tidak masakan Presiden Institute Trudaeu, Dr. David Woodland boleh mengeluarkan kenyataan di bawah pada suatu sidang akhbar sempena Hari Anugerah Perubatan pada 1 Oktober 2008;

“Clearly we have a consensus that there is significant concern regarding the possibility of another pandemic occurring,”

Jika sekiranya ada di antara rakyat Amerika sendiri yang telah mati kerana Selsema Babi, apakah pula faedahnya bagi kerajaan Amerika menyebarkan Selsema Babi ini?

sumber:ibnuyaacob

Dimanakah kita????


kempen akhlak mulia yang dilancarkan di UTM secara besar-besaran

Thursday, August 6, 2009

Ideologi Islam VS Ideologi Kapitalisme (Bagian 1)


Sebuah ideologi menurut Muhammad Muhammad Ismail, haruslah memiliki pemikiran mendasar yang memancarkan pemikiran-pemikiran lainnya. Pemikiran mendasar itu sendiri merupakan pemikiran yang tidak didahului oleh pemikiran lainnya dan hanya terbatas pada pemikiran yang menyeluruh tentang alam semesta, manusia dan kehidupan. Menurutnya, pemikiran mendasar inilah yang disebut dengan akidah.

Ia mensyaratkan bahwa suatu akidah disebut sebagai pemikiran mendasar bila akidah tersebut dihasilkan melalui proses pemikiran bukan dengan jalan pendogmaan. Meskipun adanya suatu akidah tidak harus dihasilkan dari proses pemikiran (cukup dengan pendogmaan saja), akan tetapi hanya akidah yang dihasilkan dari proses pemikiran saja – yang kemudian disebut akidah akliyah – yang dapat menghasilkan pemikiran yang menyeluruh dan memancarkan pemikiran-pemikiran lainnya. Dengan kata lain akidah yang diperoleh karena hasil pendogmaan tidak mampu menjadi dasar pemikiran ideologis, sedangkan akidah yang diperoleh dengan pemikiran yang dibangun berdasarkan akal dapat dijadikan dasar pijakan berdirinya sebuah ideologi.

Secara lebih terperinci an-Nabhani menjelaskan bahwa akidah akliyah adalah pemikiran yang menyeluruh tentang alam semesta, manusia dan kehidupan, tentang Zat yang ada sebelum dan sesudah kehidupan, dan hubungan ketiganya dengan Zat tersebut. Hasil pemikiran menyeluruh ini merupakan satu jawapan atas permasalahan pokok hidup manusia, iaitu: dari mana alam semesta, manusia dan kehidupan berasal? Kemana ketiganya setelah berakhirnya kehidupan? Dan untuk apa manusia hidup di dunia ini? Pemikiran menyeluruh inilah yang menjadi penyelesaian fundamental bagi diri manusia. Kerana dengan memecahkan permasalahan pokok kehidupan manusia ini, maka terpecahkanlah permasalahan kehidupan lainnya menurut cara pandangannya.

Di atas pemikiran yang mendasar ini, manusia dapat membangun pemikiran-pemikiran yang fungsinya memecahkan berbagai permasalahan kehidupan manusia. Ertinya dari akidah akliyah manusia dapat membangun sistem kehidupan, melahirkan pemikiran-pemikiran cabang yang menjadi penyelesaian dalam hidupnya seperti pemikiran tentang sistem politik, sistem hukum, sistem ekonomi, sistem sosial, dan sistem pendidikan. Pemikiran-pemikiran cabang ini tidak lain merupakan peraturan yang dipancarkan akidah tersebut.

Dari huraian di atas dapat disimpulkan bahawa ideologi merupakan akidah akliyah yang melahirkan peraturan. Menurut an-Nabhani, peraturan yang lahir dari akidah berfungsi untuk memecahkan seluruh permasalahan kehidupan manusia, menjelaskan bagaimana cara pelaksanaan pemecahannya, bagaimana memelihara akidah itu sendiri. An-Nabhani juga mengatakan tata cara pelaksanaan pemecahan masalah kehidupan, tata cara pemeliharaan akidah dan penyebaran akidah disebut thariqah. Sedangkan pemecahan permasalahan kehidupan manusia disebut fikrah. Dengan demikian, ideologi tegak dengan adanya fikrah dan thariqah, sehingga akidah sebagai asas ideologi juga menjadi qaidah fikriyah (kaedah berpikir) dan qiyadah fikriyah (kepemimpinan berfikir) ideologi tersebut.

Meskipun suatu ideologi telah memiliki penyelesaian masalah kehidupan yang fundamental dan mempunyai cara memecahkan berbagai permasalahan kehidupan manusia, namun itu bukanlah jaminan bahwa ideologi tersebut merupakan ideologi yang benar, yang mempunyai kemampuan untuk membawa manusia mencapai kebahagian hakiki dan menghindarkannya dari malapetaka kehidupan di dunia.

Ideologi yang benar adalah ideologi yang muncul di dalam pemikiran manusia melalui wahyu Allah. Kerana ideologi ini bersumber dari Pencipta alam semesta, manusia dan kehidupan, Yang Maha Mengetahui segala sesuatu, sehingga pemecahan atas permasalahan pokok kehidupan dan berbagai permasalahan kehidupan lainnya kebenarannya pasti (qath’i). Sedangkan ideologi yang muncul di dalam pemikiran manusia karena kepintaran dengan ideologi yang salah (bathil), karena manusia hanyalah makhluk Allah sehingga memiliki kelemahan termasuk ketidakmampuan akalnya dalam menangkap seluruh realiti yang ada di dunia ini. Manusia juga selalu memiliki pandangan yang berbeza terhadap suatu masalah seperti masalah hukum sehingga muncul pertentangan dan perselisihan yang menyebabkan hanya pandangan orang-orang yang memiliki kekuatan (kekuasan/harta) di atas orang lainnya yang akan diterapkan/dipaksakan. Akibatnya pandangan yang diterapkan sangat kontroversi dengan kebenaran yang seharusnya dan mengakibatkan kesengsaraan manusia.

Berdasarkan definisi ideologi di atas serta batasan-batasan yang melingkupinya, maka di dunia ini hanya ada tiga ideologi saja, iaitu Islam, Kapitalisme, dan Sosialisme/Komunisme.6) Sekarang ini, ideologi Islam hanya dikembangkan oleh individu dan gerakan Islam, sedangkan ideologi Kapitalisme dan Sosialisme/Komunisme dikembangkan oleh negara, bahkan ideologi Kapitalisme merupakan ideologi yang dominan saat ini.


Ideologi Kapitalis

Ideologi Kapitalis merupakan ideologi yang muncul dan berkembang pertama kalinya di Eropa. Asas dan akidah ideologi Kapitalis adalah Sekularisme. Akidah ini merupakan hasil pergolakan pemikiran di Eropa dan Rusia antara para filasof dan pemikir yang berusaha melawan negara dan gereja yang pada saat itu sangat menindas rakyatnya sendiri. Para raja dan kaisar memanfaatkan otoritas gereja untuk kepentingannya, sebaliknya gereja memanfaatkan raja untuk mengukuhkan dogma-dogmanya. Mereka mengeksploitasi, menghisap, dan menzalimi rakyat untuk kepentingan dan keuntungan para raja dan pemegang kuasa gereja.

Doktrin pada saat itu menganggap raja sebagai wakil Tuhan, sehingga setiap individu yang beriman kepada Tuhan dituntut tunduk dan patuh pada raja karena itulah kewajiban yang harus dilaksanakan rakyat. Tetapi dalam doktrin ini raja tidak bertanggung jawab dan tidak memiliki kewajiban terhadap rakyatnya sendiri.

Dari penindasan tersebut muncul pemikiran bahwa jika mereka beriman kepada Tuhan maka sama saja mereka menerima penindasan, sehingga jika mereka ingin lepas dari penindasan dan mendapatkan kebebasan mereka harus meninggalkan Tuhan.

Pada abad ke-15 dan 16 muncul kebangkitan besar-besaran melawan kuasa gereja dan kezaliman negara. Sebagian para filasof dan pemikir yang menentang raja-raja zalim mengingkari agama, sebagian lagi mengambil jalan tengah dengan pandangan agama harus dipisahkan dari kehidupan (Sekularisme). Akhirnya pada abad ke-17 para filasof dan pemikir terbebaskan dari pasungan kuasa gereja karena di antara kedua pihak yang bertikai melakukan kompromi dengan mengambil jalan tengah Sekularisme. Berakhirnya pergolakan pemikiran ini menjadi tanda keruntuhan kuasa gereja dan kebangkitan ilmu pengetahuan Barat yang sekuler.

Sekularisme sebagai akidah, asas, qaidah fikriyah, dan qiyadah fikriyah ideologi Kapitalis, mengakui keberadaan Tuhan secara tidak langsung. Akidah ini berpandangan bahwa alam semesta, manusia, dan kehidupan berasal dari Tuhan dan akan kembali kepada Tuhan. Hanya saja dalam kehidupan di dunia, akidah ini tidak mengakui Tuhan, sebab mereka berpandangan kehidupan manusia atau urusan masyarakat merupakan masalah manusia itu sendiri, kerana Sekularisme menjadikan manusia sebagai sumber dan pembuat hukum, sedangkan peranan agama hanya berada dalam wilayah tertentu (menjadi urusan individu).

Para pengembang Sekularisme tersebut menempatkan rasiol (akal) manusia dan emperisme di atas segala-galanya. Mereka berpendapat rasionalisme dan emperisme dapat memecahkan segala permasalahan yang ada di dunia ini secara komprehensif dan tuntas, sehingga manusia sendirilah yang memiliki penyelesaian permasalahan hidupnya dan membuat peraturan-peraturan untuk mengatasinya.

Dengan demikian pemikiran sekular itulah yang menjadi penyelesaian fundamental Kapitalisme dalam permasalahan pokok kehidupan dan dari sini terpancar pemikiran-pemikiran ideologi Kapitalis.
Berdasarkan proses kelahiran dan pandangan akidah Sekularisme, maka ideologi Kapitalis adalah ideologi yang batil. Pemisahan agama dari kehidupan jelas merupakan pemasungan terhadap agama. Pandangan ini membatasi peranan Tuhan hanya pada kepentingan individu yakni sebatas yang mereka anggap kepuasan ruhiah (agama sebagai tempat pelarian), itupun setiap individu diberikan kebebasan untuk menyembah Tuhan atau tidak bertuhan (atheis). Permasalahannya, ketika tuntunan agama mewajibkan manusia menerapkan peraturan-peraturan Tuhan tidak hanya dalam masalah ibadah ritual saja tetapi juga dalam kehidupan publik, maka qaidah fikriyah Sekularisme menolak tuntunan agama ini. Maksudnya, Sekularisme menolak peran Tuhan dalam kehidupan publik. Jadi meskipun Sekularisme tidak mengingkari Tuhan sebagai Pencipta tetapi Sekularisme mengingkari tujuan Tuhan menciptakan alam semesta, manusia, dan kehidupan. Pandangan ini jelas merupakan suatu pengingkaran terhadap Tuhan.

Dengan demikian qiyadah fikriyah Sekularisme secara tegas dan pasti menolak bahkan menghancurkan setiap ajaran agama yang menyuruh manusia menerapkan hukum-hukum Tuhan yang mengatur masalah awam.

Penolakan Sekularisme ini jelas sebagai pembunuhan terhadap fitrah manusia, yakni naluri beragama, sebab Sekularisme menolak dan menghancurkan setiap manusia yang menyalurkan naluri beragamanya secara sempurna. Setiap prinsip/ajaran atau pemikiran yang mengekang dan membunuh fitrah manusia adalah batil. Jadi atas dasar ini saja Sekularisme merupakan akidah yang batil.

Meskipun akidah Sekularisme merupakan akidah akliyah, karena ia memecahkan permasalahan fundamental kehidupan dengan jalan pemikiran, akan tetapi akidah ini tidak dibangun dari pemikiran yang benar. Sekularisme hanyalah akidah yang lahir atas dasar kompromi bukan atas dasar suatu pemikiran yang utuh dan tidak pula teruji kesahihannya. Kompromi dilakukan oleh dua pihak yang memiliki pemikiran yang saling bertentangan, antara pihak yang menginginkan tetap bergabungnya kuasa gereja dengan negara dalam mengawal kehidupan negara dan masyarakat dengan pihak yang menolak sama sekali keberadaan agama di muka bumi. Jelas berdasarkan latar belakang dilakukannya kompromi tersebut, maka Sekularisme bukanlah akidah yang dibangun berdasarkan akal jernih tetapi atas dasar jalan tengah (pencampuradukan), sehingga akidah ini sebenarnya tidak dapat memuaskan akal.

Jika ditarik pandangan yang saling kontradiktif pada saat itu, maka Sekularisme mencampuradukan antara yang batil (ajaran gereja) dengan yang batil (pemikiran yang menolak campur tangan agama dalam kehidupan) sehingga akidah Sekularisme sebagai hasil kompromi adalah suatu kebatilan yang baru.

Jika ditarik pandangan secara garis besar, maka Sekularisme mencampuradukan antara yang hak (Tuhan yang mengatur kehidupan) dengan yang batil (penolakan terhadap peranan Tuhan di dunia) sehingga akidah kompromi ini adalah akidah yang batil.

Suatu akidah yang dibangun berdasarkan kebatilan maka fikrah dan thariqah yang dilahirkannya juga batil sehingga ideologi yang dibangun dari akidah ini tidak dapat membawa manusia kepada kebahagiaan hakiki selain malapetaka kehidupan di dunia, seperti halnya suatu bangunan yang dibangun dari panduan yang rapuh maka bangunan tersebut juga sangat rapuh sehingga membahayakan para penghuninya.

Berbeza dengan Kapitalisme, akidah Islam selain mengakui keberadaan Tuhan sebagai Pencipta alam semesta, manusia, dan kehidupan, serta kepada-Nya-lah seluruhnya kembali setelah berakhirnya kehidupan ini, akidah Islam mengharuskan para pemeluknya untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan dalam kehidupannya di dunia.

Ketundukan dan kepatuhan ini bukanlah suatu dogma, tetapi merupakan keyakinan yang diperoleh dari hasil pemikiran mendasar. Kerana dalam akidah Islam, pembuktian keberadaan dan ketauhidan Allah, panduan alquran, dan nabi Muhammad saw sebagai utusan Allah (rasulullah) diperoleh dari proses pemikiran, di mana secara akliyah ketiganya dapat dibuktikan oleh akal dengan sangat memuaskan sehingga tidak ada argumentasi apapun yang dapat membantahnya.

Dengan pembuktian yang tidak terbantahkan secara akliyah, maka apa-apa yang berasal dari Allah (wahyu) yang disampaikan oleh rasulullah kepada umat manusia melalui periwayatan-periwayatan yang mutawatir seperti yang tertera di dalam alquran dan hadits-hadits mutawatir merupakan perkara-perkara akidah yang tidak dapat terbantahkan pula, sehingga kita harus mengambilnya sebagai pegangan hidup yang menjadi asas, qaidah fikriyah, dan qiyadah fikriyah kita.

Atas dasar itulah, kehidupan manusia di dunia menurut akidah Islam harus tunduk dan patuh dalam aturan-aturan yang ditetapkan Allah SWT bagi manusia, sebagaimana firman-Nya berikut ini:

Apa saja yang diperintahkan oleh rasulullah kepada kalian, laksanakanlah, dan apa saja yang dilarangnya atas kalian, tinggalkanlah. (Qs. al-Hasyr [59]: 7).

Demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) sebagai hakim/pemutus atas apa saja yang mereka perselisihkan[/b]. (Qs. an-Nisaa' [4]: 65).

[i]Dalam hal apa saja kalian berselisih, maka putusannya harus dikembalikan kepada Allah. (Qs. asy-Syura [42]: 10).

Kemudian, jika kalian berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah pada Allah (al-Qur'an) dan rasul-Nya (sunnah). (Qs. an-Nisaa' [4]: 59).

Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah. (Qs. al-An’aam [6]: 57).

Wujud ketundukan dan kepatuhan seorang muslim kepada Tuhannya adalah dengan menerapkan hukum syara’ secara praktis dalam kehidupan, baik dalam hubungannya dengan Allah, hubungannya dengan dirinya sendiri, hubungannya dengan manusia lainnya, penerapan hukum syara’ dalam wilayah sendiri dan dalam wilayah awam.

Pandangan akidah Islam itulah yang menjadi solusi fundamental masalah kehidupan dan dari atasnya terpancar pemikiran dan peraturan Islam yang memecahkan segala problematika kehidupan yang dihadapi manusia.

Akidah Islam dibangun dari pemikiran yang utuh dan teruji kesahihannya oleh akal. Di samping itu, akidah Islam juga tidak berbuat zalim terhadap naluri beragama manusia, justru akidah Islam membimbing manusia supaya menyalurkan naluri beragama secara benar dengan hanya berakidah dan beramal kepada Pencipta langit dan bumi. Dengan demikian fikrah dan thariqah yang dipancarkan dari akidah ini berasal dari Allah yang hanya Dia-lah yang mengetahui mana yang baik dan benar, sehingga dalam akidah Islam Allah-lah yang menjamin kebahagian hidup manusia tidak hanya di dunia tapi juga di akhirat dan menjauhkan manusia dari malapetaka kehidupan.


Pemikiran Cabang Kedua Idiologi Ini

Bagi para pengemban ideologi Kapitalis, Sekularisme merupakan jalan menuju kebangkitan, karena dengan memisahkan agama (baca: Kristen) dari kehidupan, praktis tidak ada lagi hambatan dalam pengembangan pemikiran dan ilmu pengetahuan. Mereka benar-benar memperoleh kemandirian dari pengaruh ajaran Kristen yang selalu menghambat ilmu pengetahuan, serta mendapatkan kebebasan untuk berpikir dan merealisasikan ide-idenya. Perkembangan pemikiran dan ilmu pengetahuan inilah pada abad ke-18 telah menjadi ruh revolusi Perancis dan revolusi industri.

Inti pemikiran yang terkandung di dalam Sekularisme adalah kebebasan individu. Kebebasan individu merupakan prinsip yang harus diwujudkan dalam ideologi Kapitalisme, sebab prinsip kebebasan individu menjamin keberlangsungan Sekularisme terutama dalam hal pelaksanaan kedaulatan dan menjalankan kehendak rakyat secara sempurna.

Menurut Abdul Qadim Zallum, prinsip kebebasan individu yang bersifat umum (universal) dan harus diwujudkan di dalam masyarakat Kapitalis sekaligus untuk memelihara dan menyebarkan Sekularisme meliputi empat prinsip, iaitu:

1. Kebebasan beragama (freedom of religion).
2. Kebebasan berpendapat (freedom of speech).
3. Kebebasan kepemilikan (freedom of ownership).
4. Kebebasan berperilaku (freedom of behavior).

Untuk memelihara dan menjamin keberlangsungan Sekularisme, Kapitalisme membuat peraturan-peraturan yang menjamin kebebasan beragama. Peraturan-peraturan tersebut memberikan kebebasan kepada manusia untuk beragama atau tidak beragama dan melarang individu memaksakan agamanya kepada individu lainnya. Akan tetapi jaminan kebebasan ini hanya sampai pada satu titik, yaitu tidak ada jaminan bagi individu yang melaksanakan agamanya secara sempurna yang agamanya memiliki peraturan-peraturan masalah publik, seperti masalah hukum, politik dan negara, ekonomi, sosial budaya, dan pendidikan. Qiyadah fikriyah Kapitalisme akan menghalang-halangi dan menghancurkannya dengan menciptakan propaganda dan perangkat hukumnya.

Dalam sistem politik, Kapitalisme menerapkan sistem demokrasi, yaitu sistem pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Aspek paling fundamental dalam demokrasi adalah kedaulatan di tangan rakyat dan rakyat sebagai sumber kekuasaan. Aspek ini merupakan implementasi sekaligus sebagai jalan Kapitalisme dalam menjamin keberadaan Sekularisme.
Dengan kedaulatan di tangan rakyat, maka sistem demokrasi menempatkan rakyat sebagai sumber dan pembuat hukum bukan Tuhan. Agar aspek ini jalan, demokrasi menciptakan badan legislatif sebagai lembaga yang membuat undang-undang. Lembaga ini merupakan lembaga perwakilan rakyat dalam membuat undang-undang sekaligus untuk mewakili aspirasi rakyat. Sedangkan untuk menerapkan dan menjaga undang-undang yang dibuat legislatif, rakyat memberikan kekuasaannya kepada pemerintah (eksekutif) untuk melaksanakannya. Dalam memilih wakil rakyat dan menentukan pemegang tampuk kekuasaan tertinggi dalam pemerintahan, sistem demokrasi menggunakan cara pemilihan umum dan referendum. Dari mekanisme demokrasi inilah lahir berbagai undang-undang dan kebijakan pemerintah dalam mengatur kehidupan negara dan masyarakat, sehingga sistem ini sangat menentukan bagaimana sistem hukum dibuat dan diterapkan serta untuk kepentingan apa hukum tersebut diadakan. Karena itu penguasaan atas lembaga eksekutif dan legislatif menjadi rebutan partai politik, sehingga dari sini orientasi politik dalam demokrasi adalah kekuasaan bukan memberikan pelayanan dan perlindungan bagi rakyat.

Agar mekanisme demokrasi tersebut dapat berjalan, maka sistem ini memberikan jaminan kebebasan berpendapat kepada setiap orang baik pendapat tersebut membawa kemaslahatan bagi rakyat atau golongannya saja, maupun pendapat yang hakikatnya merusak kehidupan masyarakat. Setiap orang diberikan hak untuk mengemukakan pendapatnya, mendirikan partai politik, memilih atau tidak memilih dan untuk dipilih sebagai wakil rakyat atau sebagai penguasa.

Meskipun memberikan jaminan kebebasan bependapat atau berpolitik, tetapi Kapitalisme menolak dan mengancam pihak yang pendapat dan sikap politiknya bertentangan dengan ideologi ini apalagi jika bertentangan dengan Sekularisme. Qiyadah fikriyah Kapitalisme akan menciptakan propaganda dan peperangan untuk menghancurkan gerakan, partai dan negara yang tidak mengindahkan nilai-nilai Sekularisme dan Kapitalisme.

Dalam sistem ekonomi, Kapitalisme menempatkan kebebasan kepemilikan sebagai motor penggerak perekonomiannya. Kebebasan kepemilikan merupakan kebebasan setiap individu untuk memiliki harta dalam bentuk apa pun dan mengembangkannya dengan sarana dan cara yang diinginkannya*28), sehingga bukanlah suatu persoalan pemenuhan kepemilikan yang diinginkan orang tersebut apakah berasal dari perut (dari kebutuhannya) atau cuma dari fantasinya (khayalan) saja. Juga bukan persoalan apakah kepemilikan yang dikuasainya memiliki sifat menguasai hajat hidup orang banyak atau memiliki sifat merusak. Setiap orang bebas bersaing untuk mendapatkan kekayaan dan keuntungan material (profit).

Philosuf Inggris Herbert Spencer, sebagaimana dikutip Asif Khan, mengemukakan keyakinannya bahwa prinsip survival of the fittest (seleksi alam) merupakan prinsip wajib yang dianut Kapitalisme dalam memposisikan kegiatan ekonominya. Dengan prinsip ini kekayaan hanya akan berputar pada individu-individu yang memiliki kekuatan, kekuasaan dan kemampuan.

Sinergisme antara kebebasan kepemilikan dan filsafat ekonomi sekuler dengan revolusi industri semakin mengukuhkan penguasaan kekayaan di tangan segelintir orang yang memiliki modal kuat saja. Mekanisme ekonomi seperti ini menyebabkan akumulasi modal (kapital) secara terus-menerus ke tangan para pemilik modal. Dari sinilah muncul istilah kapitalis. [Bersambung]

sumber:hayatulislam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Pakatan Rakyat 2

Popular Posts

Mutiara Kata

"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu"

Khalifah Umar bin Khatab

Alexa Internet

There was an error in this gadget