Berita Terbaru :

Jom Baca!!!

Followers

Ayyuha al-Syabab


"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.

Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

-hassan al-banna-

Thursday, October 27, 2011

Tok Guru & nasi bungkus RM2.50

 
oleh : Mohd Rashidi Hassan 
 
"ANTA dah makan," tegur Tok Guru kepada tatkala melihat kelibat penulis memasuki bilik jamuan. "Alhamdulillah, sudah Tok Guru," jawab penulis sambil mengangguk.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terus membuka bekas polystyrene yang berada di hadapannya. Bekas tersebut diikat dengan getah plastik. Di dalamnya ada nasi putih, seketul ayam, sebungkus kuah gulai dan sebungkus cili.

Tiada makanan ala buffet. Tiada air sirap, tiada teh dihidangkan. Yang ada hanya air mineral dan nasi bungkus.

Itulah jamuan untuk VIP PAS selepas Menteri Besar Kelantan itu merasmikan Persidangan ICT PAS di Taman Melewar, 22 Oktober lepas. Tok Guru Nik Aziz menjamu selera di bilik khas bersama Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Mohd Fadzli Hassan, Che Abdullah Nawi, Setiausaha Politik, Wan Nik Wan Yussof, Pengerusi Lujnah ICT PAS, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Pengarah Urusetia Penerangan Kedah, Zulkifli Yahya dan Pensyarah Unisel, Profesor Dr Azmudden Ibrahim.

Tok Guru dan para VIP kelihatan berselera sekali menjamah hidangan. Mereka menjamu selera dan berbual dengan nada yang amat santai.

Begitu pun, akhlak Tok Guru tetap terpelihara. Beliau mencarik-carikan isi ayam sedikit demi sedikit, dengan tangan kirinya menahan tulang ayam. Selepas secubit ayam dijamah, beliau menuangkan kuah gulai sedikit-demi sedikit, untuk dimakan dengan nasi. Begitulah selang-seli hidangan dimakan hingga habis.

Berbeza dengan kita. Kalau kita yang makan, kita akan ambil seketul-seketul ayam dan koyakkan dengan gigi sahaja. Biasa kalau kuah gulai tu, kita akan tuang sampai banjir dalam pinggan.

Sambil-sambil mereka makan, penulis memerhatikan tingkah laku mereka. Para VIP PAS, khususnya Tok Guru, tidak pernah merungut, walaupun pada pengamatan penulis, nilai sebungkus nasi dan air untuk hidangan VIP, tidak sampai RM2.50. Itulah juga hidangan yang disajikan kepada seluruh peserta hidangan. Sama sekali tiada beza.

Pada penulis soal harga tidak menjadi persoalan. Bukan soal mahal atau murahnya sesuatu hidangan. Tok Guru tidak pernah melarang sesiapa pun untuk menjamu selera dengan hidangan yang lazat-lazat. Asalkan mereka mampu dan tidak membazir.

Tok Guru juga tidak pernah menolak jika dijemput menjamu selera hidangan yang mahal dan mewah. Tok Guru biasa menghadiri majlis bersama Raja-Raja dan VVIP terkemuka. Moralnya, sama ada makan cara mewah atau makan cara marhain, adalah sesuatu yang lumrah, yang tidak perlu ditunjuk-tunjukkan.

Tetapi Tok Guru tetap Tok Guru. Sifat tawaduknya bukan dibuat-buat. Dah memang semula jadi sifat Tok Guru begitu. Hidangan yang simple dan murah. Makan digerai bersama rakyat kebanyakan sudah biasa baginya. Tidak perlu dihighlight dalam media, tidak perlu diheboh kepada satu dunia.

Bukan macam Perdana Menteri 1Malaysia kita. Pada penulis, elok juga ditegur Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Kalau dah sifatnya bangsawan, hidup sentiasa dalam kantung emas, usah nak berlakon seolah-olah berasal dari gubuk yang buruk.

Kalau asal kehidupannya sejak dilahirkan dah standard, kehidupan sedia mewah, tiada salahnya. Teruskan sajalah, tidak perlu hendak dibuat-buat.

Lebih baik Najib jadi dirinya sendiri. Usah jadi macam artis yang boleh melakonkan apa sahaja watak. Berlakon jadi tok guru membaca tazkirah pun boleh, berlakon jadi kasanova sambil meneguk 'air kencing syaitan' di kelab malam pun boleh.

Pengampu-pengampu Najib pun satu hal. Tak usahlah nak malukan PM kita, kononnya PM berjiwa rakyat, sanggup makan nasi sepinggan RM4.00, kononnya Restoran 1Malaysia, begitu hebat menawarkan hidangan yang murah untuk rakyat.

Dalam sekelip mata rakyat dapat membuktikan, harga makanan yang dimakan Najib, seperti yang dihebohkan tok-tok dalang media pencacai bukannya RM4.00 tapi RM6.00 sepinggan.

Minggu lepas, semasa lawatannya ke Restoran Ukhwah, di Kuala Lumpur yang dikatakan menawarkan Menu Rakyat, Najib menjamah sepinggan nasi, dua ketul ayam, sepotong daging goreng, tauge, dan poppadom. Diriuhkan 1Malaysia bahawa harga sepinggan hidangan Najib itu RM4.00, malah ada media pengampu cuba hendak murahkan lagi dengan harga RM3.50.

Tembelang dan pembohongan Umno-BN terbongkar, dibuktikan apabila staf Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dihantar ke Restoran Ukhwah, mengambil lauk yang sama dengan Najib, dicaj dengan harga RM6.00.

Apabila didedahkan dalam media, Menteri Pengguna, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob terkial-kial mempertahankan Menu Rakyat 1Malaysia, selepas promosinya untuk menaik dan mengampu Najib, jadi backfire kepada Umno-BN.

"Ketika itu ada beberapa lauk seperti ayam masak merah, ayam masak kicap dan daging, jadi PM hendak rasa kualiti lauk tersebut.

"Secara asasnya menu nasi putih, sejenis lauk dan segelas air memang RM4.00, malah ada yang lebih murah. Apabila kita ambil lebih daripada apa yang ditawarkan dalam menu, maka kita perlulah bayar lebih," kata beliau memberi alasan.

Namun, Ismail tidak mampu menjawab mengapa Najib hanya membayar RM4.00 untuk hidangan berkenaan. Kalau dah tau harganya memang bukan RM4.00, buat apa Ismail Sabri nak biarkan media pengampu membohongi rakyat? Ataupun Ismail Sabri memang kaki kelentong, sehingga memalukan bosnya sendiri.

Itulah hebat Umno-BN ini, punya lah nak menunjukkan pemimpin yang berjiwa rakyat, sampai menggunakan cara yang paling bodoh dan memalukan.

Nanti orang akan balas balik pada Najib, nanti rakyat akan kata, buat apa hendak menunjuk-nunjuk makan nasi RM4.00 sepinggan, sedangkan perbelanjaan mewah PM, isteri dan keluarga menelan belanja berjutajuta ringgit?

Macam mana Najib hendak jawab, pengubahsuaian rumah mewah Seri Perdana yang menelan kos berpuluh juta wang rakyat, dibandingkan ubahsuai rumah Tok Guru hanyalah beratap zink dan berdinding separuh kayu?

Apa Najib hendak beri alasan, jika rakyat mempersoalkan harga beg-beg tangan Rosmah, pelbagai fesyen, pelbagai jenama mewah, sehingga menelan belanja jutaan ringgit?

Apakah tidak dinamakan mewah, berbelanja jutaan ringgit untuk majlis pertunangan anak di Kazakhztan? Duduk di hotel mewah di Dubai dengan harga mencecah RM100 ribu satu malam? Bercuti dengan menggunakan perbelanjaan kerajaan di Perth?

Jika anda memang jenis hidup mewah dan membazir, usahlah berlakon kononnya susah macam rakyat kebanyakan, kononnya menjiwai perasaan dan kehidupan rakyat miskin.

Sedar dirilah, usahlah Najib berlakon hendak jadi tawaduk macam Tok Guru. Usah jadi bahan gelak ketawa rakyat. Rakyat pun dah muak dengan lakonan tidak menjadi ini.

To Najib, please be yourself.

Sunday, October 23, 2011

LAWAK 1 MALAYSIA


LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih.Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh?kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi 2 orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu. ...

ANJING: Kalau aku najis sekali pon,kalau dia tersentuh aku, boleh disamak.Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah,lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la...manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU lah"

Kerajaan UMNO Robohkan Gerai Orang Melayu di Johor Bharu

ULASAN: Bukan main dulu mereka fitnah Kerajaan Penang kerana merobohkan gerai. Rupanya, di negeri mereka perintah, mereka buat benda yang sama. Itulah dia UMNO. Itulah dia perangai UMNO.

Janganlah kita percaya apa2 yang datang dari UMNO. Dan , UMNO pun sedar rakyat sudah tidak percaya mereka. Maka, mereka terpaksa guna HIMPUN, PERKASA, Yusri ABIM danb ramai lagi untuk bercakap bagi pihak mereka.

MBJB didakwa roboh gerai tanpa notis 
Oleh SITI NADIRAH HAFIDZIN 
nadirah@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Tindakan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merobohkan tiga gerai di Kampung Melayu Majidee Baru di sini, tanpa notis pemberitahuan mengundang rasa tidak puas hati beberapa pemilik gerai terbabit.

Lebih mengecewakan apabila pemilik gerai itu mendakwa, MBJB merobohkan gerai mereka ketika pelanggan sedang menikmati juadah menyebabkan peniaga kerugian ribuan ringgit.

Peniaga, Mohd Fuad Jais, 29, berkata, 15 penguat kuasa MBJB datang ke gerainya kira-kira pada jam 10.30 pagi dan tanpa berlengah merampas barangan perniagaan seterusnya merobohkan gerainya.

"Ketika itu, beberapa pelanggan sedang makan di gerai dan saya terkejut apabila tanpa sebarang pemberitahuan, kumpulan penguat kuasa itu datang lalu merobohkan gerai saya dan dua gerai bersebelahan.

"Memang saya hampa dan sedih atas perkara ini kerana gerai makan ini adalah sumber mata pencarian saya sekeluarga, kami sudah berniaga di sini hampir 23 tahun," katanya ketika ditemui di tapak bekas gerainya, semalam.

Menurut Mohd Fuad, dia berasa ditindas oleh MBJB kerana tidak menerima notis pemberitahuan atau amaran terlebih dulu.

"Saya tidak menafikan pernah menerima notis tetapi ia pada awal 2010 dan notis terbabit tidak menyatakan tarikh atau bulan yang tepat untuk gerai kami dirobohkan," katanya.

Seorang lagi peniaga, Hassan Osman, 52, berkata, tindakan merobohkan gerai buah-buahan miliknya yang diusahakan sejak setahun lalu benar-benar menghampakan.

"Dengan hasil menjual buah-buahan inilah yang saya gunakan untuk menampung kehidupan saya sekeluarga.

"Kini saya tidak tahu di mana perlu mengadu dan apa yang perlu dilakukan, cuma saya berharap ada pihak atau individu yang tampil untuk membantu kami menyelesaikan perkara ini," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MBJB, Mohd Firdaus Abdul Hamid berkata, pihaknya menolak dakwaan peniaga terbabit kerana sudah memaklumkan kepada mereka terlebih dulu.

"MBJB sudah memberikan notis peringatan untuk mengosongkan tapak gerai mereka kerana tapak itu dibina di atas rizab tanah kerajaan dan terbabit dalam proses pelebaran jalan,” katanya.

Thursday, October 20, 2011

Mengapa Perlu Tolak Himpunan Hipokrit !! (Artikel Wajib Baca!!)

 
 
Pertama sekali, saya bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Hadi Awang kerana bertindak bijak dengan tidak membenarkan PAS terjerumus ke dalam tipu muslihat golongan munafik. Keputusan kepimpinan PAS wajar dipuji kerana ia bukan sekadar keputusan yang terburu-buru malah telah mengambil kira dari pelbagai sudut penting dalam membuat ketetapan, terutamanya dari sudut 'bagaimana kerajaan menangani isu murtad?'

Apakah kerajaan benar-benar serius dalam menghadapi gejala murtad? Apakah langkah kerajaan Malaysia dalam membasmi aktiviti murtad? Adakah dengan menjadikan negara ini sebuah negara hub-hiburan, memperbanyak konsert hilang akal, maka kemurtadan itu akan berkurang? Apa yang perlu dilakukan kerajaan ialah mengkaji semula apakah punca terjadinya murtad, bukan memberi galakan untuk rakyat berhimpun dengan permit yang pantas tersedia. 

Kerajaan menunjukkan sikap tidak acuh dengan perhimpunan yang menampilkan aktiviti pertembungan antara agama , tetapi bertindak seperti binatang dalam menghadapi himpunan BERSIH. Sikap double standard kerajaan cukup menjelikkan.
 
Keadaan huru-hara berkisarkan ketegangan agama seolah-olah diharapkan berlaku, dan ia boleh menjadi kenyataan apabila ucapan-ucapan keras terhadap agama lain dihambur di pentas yang dibiarkan terbuka oleh kerajaan.


Secara jujur, perhimpunan sejuta umat yang bakal berlangsung 22 Oktober ini tidak memberi sebarang manfaat kepada agama kerana tiada impak terhadap punca berlakunya murtad, tetapi hanya menerbitkan risiko terhadap ketegangan antara agama. Biarpun 10 juta yang hadir berhimpun, kerajaan pemerintah masih mendokong perlembagaan negara yang 'memberi laluan' kepada aktiviti murtad. Itu hakikatnya.

Dari sudut lain pula, bukan sahaja perlembagaan yang menjadi persoalan tetapi langkah kerajaan yang selalu mengabaikan syariat Islam memudahkan lagi terpesongnya akidah umat Islam. Banyak faktor-faktor yang menyumbang ke arah berlakunya murtad tidak diambil peduli oleh kerajaan pemerintah.

Jangan kita lupa bagaimana Umno yang kononnya memperjuangkan akidah telah bertindak menyekat peruntukkan sekolah agama rakyat (SAR). Bayangkan jika anak tidak bersekolah agama dan hanya mengharapkan kelas agama sekolah kebangsaan yang diperuntukkan hanya setengah jam sehari, menjadikan anak-anak kita terbatas pengetahuan agamanya.

Kerajaan yang dipimpin Umno jugalah yang mengusulkan judi baru berbentuk judi sukan ketika piala dunia edisi 2010. Tidak cukupkah dengan judi bernombor yang premisnya banyak 'dilawat' oleh orang islam? Tidak cukupkah segunung pusat perjudian dibenarkan oleh kerajaan tanpa kawalan dan tidak boleh diperiksa oleh pihak berwajib atas alasan hak persendirian.


Langkah memperkenalkan judi sukan bukan sahaja menyebabkan pertambahan aktiviti perjudian dalam negara malah boleh juga menyumbang ke arah terjadinya murtad apabila terdapat segelintir orang beragama islam yang terpaksa menerima bantuan daripada paderi kristian untuk menjelaskan hutang berjudi, akhirnya akidah terpesong kerana kesempitan ilmu agama dan juga dipakejkan sekali dengan kesempitan hidup. 


Jangan juga kita lupa kilang arak dirasmikan juga oleh pemimpin Umno. Arak itulah punca kemaksiatan dan kerajaan tidak memantau dengan baik penjualan arak ke atas umat islam, malah dari parlimen sendiri menyebut ada ahli parlimen islam daripada Umno yang 'kaki minum'. Dari kalangan kaki mabuk ini, di manakah nilai Islam yang tinggal?

Kerajaan yang dipimpin Umno jugalah yang mengusulkan 'negara Islam' Malaysia dijadikan negara hub hiburan antarabangsa, dan juga turut menampilkan konsert-konsert yang menghilangkan akal di samping membawa pengunjungnya ke lembah maksiat apabila banyak kondom terpakai ditemui ketika pembersihan tapak konsert. Terdedahnya anak-anak muda secara melampau ke atas hiburan yang melampau had masanya juga akan turut meruntuhkan akidah, seolah-olah tiada dosa untuk dihindari dan tiada tuhan untuk ditakuti.

Lagi pelik dan ajaib apabila ramai yang tidak sedar bahawa negara ini sebenarnya bakal memiliki gereja terbesar asia tenggara dan merupakan antara gereja terbesar di asia. Apakah negara ini sebuah negara majoriti kristian sehingga memiliki sebegitu besar gerejanya? Tidak salah negara berbilang agama Malaysia mempunyai gereja, ia adalah suatu tuntutan untuk kebebasan beragama. Tetapi ia tidak bermakna menjadikan Malaysia sebuah negara hub terbesar kristianiti dari kalangan negara asia memandangkan penganut agama kristian sangat minoriti di dalam negara ini.


Kerajaan manakah yang meluluskan gereja antara terbesar di asia ini jika bukan kerajaan 'negara islam' Malaysia. Sudahnya Umno tuduh pula kerajaan Selangor yang bina gereja ini, boleh lihat tuduhan tidak berasas dalam tajuk "Pembinaan Gereja Terbesar di Selangor Guna Tanah Rizab Melayu" .
 
Sebelumnya DAP pernah dituduh menjadi dalang kononnya nak tubuhkan negara kristian sedangkan ahli DAP yang berugama kristian tidak sampai 20 peratus.

Akhirnya apabila diselak dan diperhatikan baik-baik, kerajaan pimpinan Umno lah yang membenarkan gereja terbesar asia tenggara dan antara terbesar asia sudah terbina di bumi bertuah ini. Gereja tersebut bersebelahan dengan stadium bukit jalil dan akan siap sepenuhnya menyambut tahun 2012. Tahniah Umno!

Oleh demikian, kerajaan manakah yang sebenarnya menjadi pendokong kepada berleluasanya gejala murtad berlaku dalam negara ini, jika bukan kerajaan yang menganggap British itu bukan penjajah. Bersekongkol dengan British dalam menuntut kemerdekaan juga menimbulkan keraguan, apatah lagi bila British itu sendiri diangkat sebagai 'penasihat' sepertimana tertera dalam buku teks sejarah tingkatan dua.

Umno telah menguasai kerajaan selama lebih 50 tahun lamanya. Jika benar kerajaan pimpinan Umno menitik beratkan perihal agama dan juga soal akidah, jika benarlah kerajaan pimpinan Umno berjuang untuk menegakkan syariat Islam, mengapa kadar murtad bertambah dari sehari ke sehari? Di manakah silapnya dan mengapa ia tidak pernah secara serius diperbaiki? 

Ingat! Bukan DAP yang memerintah Malaysia selama hari ini, tetapi pimpinan Umno. Tetapi hasilnya umat islam menuju kehancuran!! Lihatlah agama mana yang mendahului kes buang anak? lihatlah penganut agama mana yang menjadi majoriti di pusat serenti? Lihatlah bangsa mana yang menghabiskan sepertiga malamnya dengan menjadi juara rempit!

Rentetan hujah-hujah ringkas di atas sudah cukup untuk menunjukkan betapa hipokritnya usaha untuk berhimpun dengan alasan menghadapi gejala murtad, di kala kunci penyelesaian kepada masalah gejala murtad ini tidak langsung diendahkan.

Justeru itu adalah lebih baik kita ( PAS dan Pakatan Rakyat) menumpukan perhatian kepada gerak-kerja untuk menumbangkan kerajaan bongkak yang tidak pernah mengaku salah dalam PRU yang semakin hampir. Jangan terpedaya dengan tipu daya walaupun Ketua Pemuda PAS hampir terperangkap, syukurlah diselamatkan. saya percaya menumbangkan Barisan Nasional yang dipimpin Umno adalah satu jalan terbaik bagi menyelesaikan gejala murtad.

Walaubagaimanapun, saya secara peribadi akan bersetuju dan akan turut berhimpun jika tujuan perhimpunan ini adalah untuk mendesak isteri Perdana Menteri mengenakan tudung dalam setiap majlis rasmi yang dikunjungi... 
 

Penyelidik Beri Amaran Hutang Negara Bakal Cecah RM1 Trilion


KUALA LUMPUR 18 OKTOBER : Badan pemikir bebas, Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) memberi amaran bahawa impian negara menuju Wawasan 2020 boleh "berkecai" melainkan jika kerajaan mengambil pendekatan membudayakan amalan berhemah dalam perbelanjaan kewangannya.

REFSA dalam kenyataannya menjelaskan menjelang tahun 2020, hutang negara boleh mencecah RM1 trilion sekiranya hutang Kerajaan Persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun.

Menurut REFSA, defisit semasa negara hari ini yang berada pada RM437 bilion adalah lebih dua kali ganda bajet defisit RM217 bilion yang dilaporkan pada tahun 2004.

"Dengan kata lain, kerajaan telah menambahkan lebih banyak hutang pada enam setengah yang lalu sejak tahun 2004 berbanding dengan 47 tahun selepas Merdeka," di petik laporan REFSA.

Sebagai rekod, antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun.

Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, Malaysia boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion.

"Ini adalah 1 dengan 12 sifar di belakang - RM1, 000000000000," Jelas REFSA.

Dengan mengandaikan kadar faedah sebanyak lima peratus setahun, laporan REFSA berkata, bayaran faedah sahaja akan menjadi RM50 bilion setahun.

"Ia adalah hampir keseluruhan kos projek MRT. Kami belum lagi memikirkan tentang bayaran balik hutang itu lagi, "kata laporan itu lagi.

Monday, October 17, 2011

RM 9.4 BILION!!! Hutang Pusat kepada Kelantan, itu pun berlagak dengan Bajet Hutang 2012



KOTA BHARU–Putrajaya perlu men­jelaskan hutang tertunggak RM9.4 bilion kepada Kelantan, mencakupi hasil royalti minyak dan pampasan tanah yang diambil untuk dijadikan kawasan Taman Negara.

Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata, anggaran hutang merangkumi RM7 bilion bagi hasil royalti minyak dan RM2.4 bilion bagi pampasan kawasan Taman Negara.
 

"Jumlah itu besar dan Kerajaan Pusat sepatutnya bertanggungjawab dengan perkara ini," katanya semasa menjadi berucap di Majlis Forum Rakyat di Balai Islam di sini, yang turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.
 

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, tuntutan di Taman Negara melibatkan kawasan 1,043 kilometer persegi termasuk kawasan hutan.
 

"Berdasarkan kajian awal tuntutan itu ada asas, berikutan kerajaan kehilangan nilai sewa ekonomi terlepas kerana hutan balak daripada hutan kekal tidak dibenarkan dengan nilai bersih terkini iaitu RM1.2 bilion.
 







"Asas kedua adalah pulangan terlepas bagi menerokai sektor perladangan kelapa sawit dengan nilai bersih terkini RM585 juta seluruh kawasan.
 

"Manakala, bagi komoditi getah untuk lateks dan balak pula, kerajaan kehilangan yang dianggarkan bernilai RM353 juta, manakala ladang getah hutan kini bernilai RM242 juta," katanya di hadapan 1,000 penyokong Pakatan Rakyat.



Sunday, October 9, 2011

BUDGET 2012: UMNO TERUS PINGGIRKAN PENDIDIKAN SEK. AGAMA

 
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pasti akan dicela oleh sebahagian besar daripada orang Melayu dan umat Islam di negara ini, apabila sengaja meminggirkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam pembentangan Bajet 2012 yang dibuatnya di Dewan Rakyat petang semalam. 
 
Ramai ibubapa terutamanya yang menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan Islam di sekolah terbabit terkilan dengan sikap kerajaan UMNO BN ini. Malah mereka juga terkejut PM selaku pemimpin Melayu yang beragama Islam gagal membela nasib pendidikan Islam yang dipelopori oleh SAR sejak zaman berzaman.

Bayangkan, disaat Najib mengumumkan peruntukan besar sektor pendidikan Dalam Bajet 2012, iaitu sebanyak RM50.2 bilion satu sen pun tidak diagihkan kepada SAR.


Saturday, October 8, 2011

Bajet 2012: Bajet ' Gula-Gula' Untuk PRU-13...Kelantan Terus Terpinggir


 
10 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
 
KUALA LUMPUR, 7 Okt: Secara keseluruhan, Bajet 2012 yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya bajet pancing undi bagi memastikan BN terus kekal memerintah," kata Siti Zailah Mohd Yusoff.

Menurut Ahli Parlimen Rantau Panjang itu, apa yang jelas dalam bajet itu hampir semua ransangan yang dibuat hanya dalam bentuk pembangunan fizikal, tidak ada penekanan dalam bentuk pembangunan rohani dan pemulihan akhlak masyarakat.

"Banyak perkara juga yang diciplak dari bajet Pakatan Rakyat.Tiada insentif yang banyak pada sektor swasta," katanya sebagai respon awal kepada Harakahdaily.

GST menunggu. Disebalik insentif yang bersifat "gula-gula" pilihan raya itu, beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS mengingatkan rakyat agar tidak lupa cukai barangan perkhidmatan GST yang akan dibentang di Dewan Rakyat yang sekaligus akan membankan pengguna."Kita tidak nampak penurunan cukai kepada sektor koperat.

Walaupun ada banyak cukai tak lansung diturunkan, namun rakyat jangan lupa cukai GST sedang menunggu akan diluluskan dalam sesi ini di Dewan Rakyat."Maka semua rakyat akan dikenakan cukai pada semua jenis perkhidmatan dan barangan yang bakal dilaksanakan lepas PRU 13. Kelantan terus dipinggir.


Beliau juga mendakwa, bajet pilihan raya Najib itu memperlihatkan kesinambungan peminggiran terhadap rakyat Kelantan. 

Beliau merujuk kepada peruntukan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) satu bilion ringgit yang diumum Najib yang hanya meliputi Perlis, Perak dan Johor sahaja.Bagaimanapun beliau mengalukan semua bonus dan manfaat yang diberikan untuk rakyat, namun mempersoal kenapa ianya dibuat secara terpilih.

(sumber :Harakahdaily)

Friday, October 7, 2011

CARILAH PAKAR RUJUK YANG RELEVAN...ARTIS DITANYA PASAL HUDUD!???


Surat khabar ni pun satu, pergi amik statement macam nak suruh budak darjah satu jawab soalan SPM!

Mahasiswa : Yang tak reti lebih baik diam daripada tergoncang akidah bila bercakap!

Wednesday, October 5, 2011

Salah Faham Terhadap Hudud : Sila Baca


Salah faham yang pertama ialah apabila ada menganggap bahawa persoalan Hudud merupakan persoalan yang hanya dikaitkan secara ekslusif dengan golongan ekstrimis Islam. Padahal Hudud merupakan perkara asas dalam persoalan keimanan dan tauhid kepada Allah SWT.

Hukum Hudud telah dinyatakan secara jelas di dalam Quran dan Sunnah. Setiap muslim wajib menerima kewajiban Hudud untuk dilaksanakan di kalangan masyarakat Islam. Hujjah yang mengatakan bahawa Hudud tidak lagi sesuai dengan perkembangan zaman moden adalah hujjah yang dangkal.

Sekiranya Hudud ketinggalan zaman, maka begitu jugalah halnya dengan semua hukum syariat yang lain seperti hukum solat, puasa, haji, nikah kahwin, dan jual beli. Kesemua hukum-hukum ini juga dinyatakan secara jelas oleh Al-Quran dan Sunnah. Contohnya, lelaki yang adil bukan hanya perlu sebagai saksi-saksi dalam pengendalian kes-kes jenayah Hudud, tetapi juga sebagai wali nikah dan imam solat. Maka itu, andaian yang mengatakan bahawa amat sukar untuk mendapatkan saksi yang adil untuk menjadi saksi kes Hudud sebenarnya juga seolah-olah mengandaikan bahawa hukum nikah kahwin dan solat berjemaah tidak lagi perlu dipraktikkan oleh umat Islam sekarang. Tentunya ini merupakan andaian yang liar dan tidak benar.

Sekiranya Hudud mahu dilabelkan sebagai agenda golongan ekstrimis Islam, maka apakah semua orang yang bernikah kahwin mengikut syariat dan bersolat jamaah juga perlu dilabelkan sebagai ekstrimis Islam? Maka, siapa lagi sebenarnya di kalangan umat Islam yang bukan ekstrimis melainkan kesemua muslim yang baik akan digelar ekstrimis Islam belaka. Salah faham seterusnya ialah apabila kita melihat hukum Hudud dalam bentuknya yang juz'i (stand alone) yang terpisah dari sistem jenayah syariah Islam secara keseluruhan.

Islam adalah sistem yang lengkap dan saling melengkapi (kamil wa mutakamil). Setiap elemen dari ajaran Islam tidak boleh diceraikan dari keseluruhan batang tubuh Islam itu sendiri, dan begitu jugalah halnya dengan hukum Hudud. Hukum Hudud dalam bentuknya yang juz'i (stand alone) tidak akan mampu melahirkan keadilan, dan keadaan ini telah dipergunakan sepenuhnya oleh golongan penentang Hudud untuk menggambarkan bahawa Hudud adalah zalim.

Mereka menilai Hudud dalam bentuknya yang terpisah dari keseluruhan sistem kehakiman dan perundangan Islam, dan sememangnya Hudud yang diambil secara juz'i ini boleh disifatkan sebagai tidak adil atau zalim. Contoh yang selalu dikemukakan adalah persoalan rogol. Dalam hukum Hudud, jenayah rogol adalah disamakan dengan jenayah zina. Tahap kesaksian dan hukumannya juga sama.

Dalam Hudud juga, menuduh seseorang yang dikenali sebagai orang baik melakukan zina tanpa mendatangkan saksi yang berwibawa merupakan suatu kesalahan Qazaf yang boleh membawa hukuman sebanyak 80 rotan. Lalu diambil peruntukan-peruntukan hudud ini secara terpisah oleh penentang Hudud untuk menggambar betapa mangsa rogol akan dizalimi.Mereka mengandaikan bahawa seorang mangsa rogol perlu mendatang 4 orang saksi lelaki yang adil untuk membuat pengaduan atau menghadapi risiko kesalahan Qazaf. Ini, menurut andaian mereka, adalah menzalimi mangsa rogol dan melindungi perogol. Padahal, undang-undang yang melibatkan kes rogol perlu dirujuk kepada keseluruhan peruntukan undang-undang jenayah syariah secara lengkap (Hudud, Qisas, Takzir, Undang-undang keterangan, siasah syari'ah) dan tidak boleh dinilai dari perspektif hukum Hudud secara terhad dan terpisah. Seseorang yang mengadu dirinya dirogol, sepertimana kes-kes biasa, perlu membuat lapuran polis dan melakukan pemeriksaan doktor. Ini prosedur biasa. Polis atau pegawai penyiasat akan melakukan penyiasatan berdasarkan lapuran dan keterangan yang diberikan. Sekiranya terdapat bukti yang kukuh bahawa kes rogol sememangnya telah berlaku, pegawai penyiasat akan menyerahkan lapuran kepada pihak pendakwa. Sekiranya tahap kesaksian untuk pendakwaan dilakukan dalam hukum Hudud tidak mencukupi (tiada 4 orang saksi yang melihat kejadian tersebut), pihak pendakwa masih boleh mendakwanya di bawah undang-undang Takzir. Melalui peruntukan Takzir, beban pembuktian adalah lebih longgar dan hukumannya juga lebih ringan berbanding Hudud.

Pemeriksaan doktor dan keterangan-keterangan serta bukti-bukti yang dikumpulkan oleh polis ini (DNA test, lapuran kesihatan, penilaian psychology, dll) dinamakan sebagai Qarinah. Qarinah boleh digunakan sebagai bahan bukti yang boleh mensabitkan kesalahan takzir ke atas perogol. Qarinah ini juga boleh mengelakkan mangsa rogol dari dakwaan Qazaf, kerana Qazaf merupakan kesalahan Hudud dan sebarang keraguan yang boleh ditimbulkan (melalui Qarinah) dalam kes Hudud boleh menggugurkan kes tersebut. Hukuman Hudud boleh dilakukan ke atas seseorang hanya apabila tiada sebarang keraguan langsung (beyond any shadow of doubt).

Manakala untuk kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas oleh Qarinah, tetapi tidak mencapai tahap kesaksian yang diperlukan oleh Hudud, hukum Takzir boleh dikenakan terhadap penjenayah tersebut. Mengaitkan Qazaf dengan kes rogol secara mutlak adalah suatu andaian yang liar dan tidak adil. Hukum Qazaf berfungsi untuk melindungi maruah seseorang individu yang baik dari sebarang tuduhan melulu yang boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarganya.

Sekiranya, seseorang itu menuduh dirinya dirogol oleh seseorang, sedangkan bukti dan keterangan (Qarinah) yang dibawa menunjukkan sebaliknya, barulah ia boleh didakwa di bawah Qazaf. Contohnya, Minah menuduh Ali merogolnya sehingga mengandung, tetapi ujian DNA menunjukkan bahawa anak tersebut bukanlah dari benih Ali, maka Minah akan menghadapi risiko dakwaan Qazaf melainkan ada 4 orang saksi yang berwibawa yang melihat kejadian rogol tersebut, ataupun dapat dibuktikan secara Qarinah bahawa dia dirogol oleh ramai orang dan Ali adalah salah seorang daripada mereka. Tetapi, sekiranya ujian DNA mengesahkan bahawa anak tersebut memang jelas dari benih Ali, maka Ali boleh didakwa di bawah peruntukan Takzir, manakala Minah tidak akan dihukum di bawah Qazaf. Dalam kes ini, Ali tidak didakwa di bawah Hudud kerana tahap kesaksian tidak menepati kehendak hukum Hudud, sebaliknya beliau akan dihukum di bawah undang-undang Takzir. Dalam kata lain, sekiranya perkara ini dirujuk kepada keseluruhan rang undang-undang Hudud, Qisas, Takzir, Undang-Undang Keterangan, dan ditambah dengan kefahaman terhadap konsep Siasah Syariah, maka segala keraguan dan andaian liar terhadap Hudud atau mana-mana peruntukan dalam hukum Jenayah Syariah tidak sepatutnya berlaku.

Ibarat kata Tun Salleh Abbas, bekas Ketua Hakim Negara, yang juga salah seorang ahli panel Jawatankuasa Penyediaan Rang Undang-Undang Hudud dan Qisas, " Sekiranya undang-undang ini dilaksanakan dengan mendapatkan kerjasama semua pihak, kebanyakan masalah yang melibatkan sistem Perundangan dan Kehakiman negara dapat diselesaikan, di samping mencapai matlamat mengurangkan kadar jenayah dan kerosakan akhlak." Kesilapan melihat peruntukan hukum jenayah syariah dalam bentuknya yang stand alone (juz'i) ini juga berlaku kepada pengkritik hukum Qisas.

Mengikut peruntukan hukum Qisas, seorang pembunuh itu wajib dibalas bunuh melainkan beliau mendapat persetujuan dari waris mangsa untuk membayar diyat (gantirugi), ataupun pengampunan terus dari waris mangsa. Andaian yang sering dibuat oleh penentang Qisas ialah bahawa seorang pembunuh yang kejam dan merbahaya akan terlepas dari hukuman sekiranya waris mangsa bersetuju mendapat bayaran ganti rugi atau mengampunkan pembunuh tersebut. Sekiranya ini berlaku, pembunuh itu boleh terus membunuh mangsa-mangsa yang lain.

Sekiranya kita membaca peruntukan tersebut secara lengkap dan bersama dengan peruntukan-peruntukan yang lain, sebenarnya Hakim masih boleh menjatuhkan hukuman Takzir ke atas pembunuh itu, di samping hukum Qisas sekiranya pihak Mahkamah bersetuju bahawa pembunuh tersebut perlu dihukum bagi menjamin ketenteraman awam. Dalam kata lain, walaupun pembunuh tersebut mendapat pengampunan dari waris mangsa dari dijatuhkan hukuman bunuh balas (Qisas), beliau masih boleh dihukum penjara atau hukuman-hukuman lain yang setimpal dengan kesalahannya. Jadi, tidak timbul persoalan samada seseorang penjenayah itu dengan mudah boleh melepaskan diri dengan memberi rasuah kepada waris mangsa. Seperkara lagi yang sering diabaikan dalam perbahasan berkenaan Hudud ialah peri pentingnya kefahaman terhadap Siasah Syar'iah di dalam perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah.

Kebanyakan mereka yang menentang Undang-Undang Hudud dan Qisas adalah terdiri dari kalangan mereka yang mempunyai kefahaman yang sangat terhad terhadap Siasah Syari'ah. Siasah Syar'iah amat penting bagi menghadapi kes-kes yang rumit dan spesifik. Para Hakim dan Peguam Syari'ah adalah mereka yang terlatih di dalam ilmu Siasah Syari'ah. Ini penting agar keadilan sistem perundangan Islam dapat dilaksanakan. Umpamanya penentang Hudud mempersoalkan tentang keperluan saksi lelaki di dalam kes-kes Hudud, dan bagaimana sekiranya kejadian rogol dilakukan di asrama wanita.

Kes seperti ini boleh dirujuk kembali kepada perbicaraan terhadap pembunuhan Osman bin Affan, salah seorang Khalifah Islam. Saksi kepada pembunuhan tersebut ialah isteri Osman sendiri, dan tiada saksi lelaki. Hakim, menggunakan kaedah Siasah Syari'ah bagi membenarkan kesaksian dari kaum wanita kerana kes-kes tersebut memerlukan kesaksian mereka. Oleh kerana kesaksian beliau cukup kukuh dan tidak dapat dicabar di mahkamah, maka kesaksian tersebut diterima di dalam perbicaraan itu. Begitulah juga dengan peristiwa yang berlaku di zaman pemerintahan Islam di mana terdapat seorang gadis yang mengandung lalu dibawa ke muka pengadilan. Gadis itu mempertahankan dirinya menyatakan bahawa beliau tidak tahu sesiapa yang merogolnya, tetapi menyebut bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar jika diperlakukan sesuatu yang tidak baik ke atasnya. Memandangkan kes ini jarang berlaku, hakim telah membenarkan tertuduh mengemukakan beberapa saksi yang boleh mengesahkan dakwaannya bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur. Setelah hakim berpuas hati dengan kesaksian bahawa gadis tersebut memang dikenali sebagai seorang wanita yang taat beragama serta berakhlak baik, dan kesaksian bahawa beliau memang seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar diperlakukan sesuatu ke atasnya ketika sedang tidur, maka hakim telah menggugurkan kes tersebut kerana terdapat keraguan yang munasabah bahawa gadis tersebut telah berzina secara sukarela.

Bagi mereka yang memahami persoalan Siasah Syar'iah secara mendalam, Hukum Hudud merupakan suatu sistem perundangan yang adil dan dinamik yang mampu menangani persoalan semasa selari dengan kemajuan saintifik dan perkembangan sosio-ekonomi masyarakat.

Sebenarnya, terlalu banyak kes-kes penghakiman di dalam sistem perundangan Islam yang mempu membuktikan bahawa sistem ini merupakan sistem yang adil dan dinamik, di samping menepati kehendak syara' seperti yang telah digariskan oleh Al-Quran dan Sunnah. Umpamanya, kes rogol mungkin tidak berlaku paksaan secara fizikal semata-mata. Ia juga boleh berlaku melalui tipu muslihat lain seperti kaedah tekanan mental, perasaan, dan lain-lain.

Seorang mangsa rogol umpamanya mungkin terpaksa menyerahkan dirinya kepada seseorang yang dianggap lebih berkuasa dan berpengaruh serta boleh menjejaskan kehidupan keluarganya dalam pelbagai sudut. Pembuktian kes-kes seperti tentunya lebih rumit dan memerlukan pendekatan Siasah Syari'ah yang lebih mendalam. Bagaimanapun, tentulah dangkal dan tidak benar untuk mengatakan bahawa hukum Islam telah ketinggalan zaman sedangkan ianya telah terbukti mampu menjadi tunggak kehakiman ummah selama lebih seribu tahun sejak terdirinya kerajaan Islam di Madinah sehinggalah kepada kejatuhan Khalifah Othmaniah pada tahun 1924. Apa yang menjadi masalah ialah ramai umat Islam hari ini yang sudah terpisah dengan pengamalan syariat Islam sehingga merasa cukup asing dan melihat hukum syariah dengan penuh prejudis dan kecurigaan, sedangkan mereka tidak mempunyai kefahaman yang mendalam berkenaan ilmu tersebut. Apatah lagi apabila masyarakat bukan Islam yang juga cuba menilai hukum ini dengan keilmuan sifar, secara tidak beradab mencela dan menghina hukum Islam
.
Wallahua'lam.

http://www.pekanrabu.com/zubir/hudud.html

Tuesday, October 4, 2011

Hudud: Sister in Islam terlalu jahil.

Kenyataan Zainah Anwar selaku pengasas Sister in Islam (SIS) mengenai hudud pada 2 Oktober di akhbar The Star jelas menunjukkan kejahilan beliau dalam memahami Hudud. (sini) Kenyataan Zainah di dalam akhbar berkaitan Hudud dengan menggambarkan Hudud sebagai undang-undang yang brutal dan tidak adil adalah suatu penghinaan terhadap hukum Allah. Sedangkan sebagai seorang Islam, kewajipan untuk mempercayai sesuatu perkara yang datang dari Allah adalah 100%. Keraguan terhadap sesuatu yang datang dari Allah mengundang kekufuran apatah lagi menghinanya. Isu Hudud yang hangat di bangkitkan akhir-akhir ini mengundang pelbagai tafsiran. Ianya bukan sekadar menjadi bahan politik bahkan juga di ambil kesempatan oleh beberapa golongan untuk menyuntik fahaman liberal seperti SIS ini. Ini suatu yang membimbangkan di saat umat Islam hari ini agak lemah kerana di sibukkan dengan perkara yang melalaikan seperti budaya hedonisme. Hari ini Hudud di gambarkan dengan begitu hodoh. Gambaran seolah-olah hudud ini adalah semata-mata suatu bentuk hukuman dengan melihat secara lahiriah semata-mata. Sedangkan Allah sendiri berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 39; “Dan pencuri lelaki serta pencuri perempuan hendaklah dipotong tangan-tangan mereka sebagai balasan terhadap apa yang mereka lakukan, (dan hukuman itu bertindak sebagai) CEGAHAN dari Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa lagi Bijaksana” Ianya adalah CEGAHAN bukan hukuman semata-mata. Mereka yang menganggap Hudud itu hukuman yang kejam, hakikatnya mereka lebih mengambil berat tentang nasib penjenayah itu daripada memikirkan nasib orang yang menjadi mangsa penjenayah itu sendiri. Sedangkan, sepatutnya orang yang tidak mempunyai sifat belas kasihan, seperti penjenayah tidak patut diberi belas kasihan. Ianya untuk mereka yang masih hidup, dan untuk menghidupkan hati mereka yang hidup agar tidak melakukan kejahatan atau jenayah. "Dan dalam Qisas itu ada jaminan KEHIDUPAN bagimu, bagi orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa." (Al-Baqarah: 179). Zainah selaku pengasas SIS tidak layak untuk mengeluarkan kenyataan dengan merujuk akal fikiran semata-mata. Rujuklah alim-ulama sebelum menyatakan pandangan sesuai dengan nama 'Islam' pada nama pertubuhan itu. Kelemahan dalam memberi hujah berdasarkan nas hanya akan mengelirukan lagi umat. Bahkan menyesatkan diri sendiri dan orang lain. Hairan mengapa sehingga hari tiada tindakan yang di buat pada SIS sedangkan terlalu banyak pencangahan dan fahaman yang di bawa oleh pertubuhan 'Islam' ini sejak dahulu lagi. Jabatan agama perlu lebih sensitif, jangan kerana ada 'orang besar' dalam SIS membuatkan Jabatan Agama yang berautoriti ini menjadi 'tikus'. Ia sangat merugikan pada umat Islam. Wallahualam.

Sunday, October 2, 2011

FACEBOOKERS - 7 KESILAPAN YANG MERUGIKAN PAKATAN RAKYAT

Terlalu ramai penyokong Pakatan Rakyat yang bersemangat menyokong PR dan memerangi BN; tetapi hanya membazir tenaga dan masa dalam FB dalam kerja yang nampaknya bersungguh benar tapi hakikatnya hanya 'merosakkan' sokongan terhadap PR. Di samping terdapat segolongan besar lagi yang malas memanfaatkan peluang menyebarkan maklumat secara mudah yang terhidang dalam FB. Saya ingin mengguna kesempatan ruangan ini untuk membetulkan golongan yang hanya bekerja keras (work hard) tetapi tidak bekerja secara baik (work smart) di FB. Berikut adalah senarai KESILAPAN yang dilakukan oleh rakan FB penyokong PR: 1- Kesilapan terbesar jurukempen alam siber ialah tidak memokuskan tugas utamanya iaitu cuba mengubah minda sasaran. Ramai yang berminat menyindir, mengutuk, menghina, memperlekeh dan merendahkan pihak lawan. Pihak lawan membalas balik dengan serangan yang lebih ganas, memaki hamun, mencarut, memberi gelaran buruk. Atau pihak lawan yang memulakan dan kita memberi reaksi serupa. Apa hasilnya? Kita adalah penyokong PR tegar manakala mereka adalah penyokong BN tegar. Tiada siapa akan berubah. Yang akan terubah persepsi ialah rakan-rakan atas pagar yang melihat kedua belah pihak sama saja, 2x5, 5x2. Jadi, betulkan nawaitu serta tujuan kita: Hendak mempengaruhi orang ramai atau hendak melepas geram. 2- Jangan termakan provokasi lawan. Berhujah dengan lunak berasaskan dalil dan fakta. Hujah kita akan dinilai oleh golongan yang rasional. Biarkan pihak lawan melakukan serangan kotor kerana semakin celupar mereka 'berhujah' semakin hilang wibawa mereka. Kita yang untung. 3- Jangan guna gelaran buruk untuk lawan. Contoh: Najis Tun Razak, Wak Sembab (Muhyiddin Yasin), Hisham Aww, Khir Toyol. Ingat tugas anda ialah mempengaruhi golongan atas pagar dan golongan rasional. Pihak lawan sering menggunakan N.ajis, Pork Nick, Aljuburi, Peliwat Tegar, Anugay, Mat Sabun, Mat Shabu, DAPig, hamPAS.. Biarkan, kerana ia 'sangat membantu' kita. 4- Jangan memaki hamun, eg. Babi, anjing, bodoh, bengap, keldai, haramjadah, celaka. Jangan mengejek, eg. Wakakaka, perghh, huahhh. Jangan mencarut. Tiada sasaran yang akan terpengaruh dengan maki hamun dan ejekan, tetapi manusia terpengaruh dengan hujah dan fakta. 5- Jangan menyerang penyokong atau pengikut. Tahap kesetiaan penyokong mana-mana parti adalah berbeza. Penyokong yang lemah dan rasional mempunyai keupayaan untuk berubah tapi jika kita menyerang penyokong BN secara borong, yang lemah pun akan terasa kuat. Jadi elakkan mengguna perkataan puak-puak tu, penganut UMNO, pengikut buta tuli UMNO, geng songkok tinggi dll. Yang mesti diserang ialah para pemimpin mereka di semua peringkat. 6- Bagi segolongan rakan FB dari kalangan penyokong PR, mereka hanya gemar menjadi pembaca, langsung tidak mahu berperanan sebagai penyebar maklumat. Di luar sana, kita sibuk menyalahkan BN kerana media yang berat sebelah tetapi di alam siber yang beratnya berbelah-belah kita tidak memanfaatkan peluang yang terhidang. Jadilah pencetus dan pengkomen, bukan hanya sekadar pembaca. 7- Masing-masing pemegang akaun FB mempunyai rangkaian rakannya tersendiri. Terlalu banyak bahan kempen yang sampai berupa nota, banner, kartun ataupun klip video. Lakukan 'share' (kongsi), hanya dengan satu sentuhan beribu rangkaian rakan kita akan memperolehnya. Lagi banyak maklumat yang sama disebarkan, lagi teguh kepercayaan orang terhadapnya. Sangat mudah untuk dilakukan mengapa tidak buat? Hari ini ceramah tidak lagi mendapat sambutan seperti satu atau dua dekad lalu. Maklumat yang mudah diperolehi dari media baru mungkin menjadi sebab. Tenaga dan masa yang diperlu untuk mengatur satu program ceramah sangat besar. Tapi Tuan Guru Nik Aziz boleh 'berceramah' kepada lebih 400 ribu rakan mayanya hanya dengan sentuhan jari. Kelebihan FB ialah rangkaian rakan-rakannya adalah golongan menengah dan terpelajar dalam masyarakat. Cakap mereka berwibawa dan didengari. Pengaruhi mereka, lalu biarkan mereka mempengaruhi masyarakat. Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Saturday, October 1, 2011

Khas Piala Malaysia : Umno lawan PAS

Penyerang PAS yang sudah lama direhatkan sejak 2008,yang baru diturunkan akhirnya menjelmakan gol awal dalam perlawanan menentang UMNO. Walaupun diasak oleh pemain pertahanan lawan yang ketuai oleh Hisahamuddin Hussin dengan dibantu Khairi Jamaluddin (yang dikhabarkan akan berpindak ke pasukan baru musim depan dengan yuran perpindahan yang terendah dalam sejarah pemindahan pemain),namun ianya masih belum mampu memastikan gawang UMNO tidak bocor. Rembatan deras Mat Sabu yang dikatakan bayangan Mat Indera penyerang sensasi Tanah Melayu yang sangat digeruni Inggeris suatu ketika dahulu, akhirnya menyebabkan penyokong UMNO mengamuk dan melemparkan objek keras sebagaimana yang dilaporkan oleh wartawan Harakah di Negeri Sembilan kelmarin. Mat Sabu yang sememangnya terkenal dengan kegelicahannya mengelecek bola sebagaimana Messi,bijak merembat deras bola yang dilorongkan oleh pemain veteren PAS yang masih kuat Nik Abdul Aziz Nik Mat.Penjaga Gawang UMNO Muhyiddin Yaasin dilaporkan cedera dan patah jari kerana cuba menahan bola kencang yang dirembat Mat Sabu. Jentera serangan UMNO yang diketuai Najib Abd Razak pulak dipaksa untuk berhempas pulas untuk menembusi kubu pertahanan lawan yang diketuai Nasaruddin Hassan.Malah serangan balas yang diketuai Najib sekadar melewati palang gol walaupun sepakan gunting gaya I.S.A. digunakan oleh beliau.Najib dilaporkan kecewa dengan prestasi hambar rakan-rakan sepasukannya yang mudah membiarkan kubu pertahan dibolosi,apatah lagi pemain pertahanan simpanan yang dimasukkan Zainal Kling juga gagal menjaga gawang UMNO bahkan menjaringkan pula gol sendiri pada minit ke-15 perlawanan, hasil perebutan bola yang berlaku dengan Saifuddin Nasution dihadapan pintu gol.Ini menyebabkan sebahagian penyokong pasukan UMNO dilaporkan kecewa dan menangis dengan apa yang dilakukan Zainal Kling. Lebih parah lagi pada minit ke-30 Zainal Kling terpaksa diusung keluar hasil terjahan keras yang dilakukan oleh penyerang sensasi PAS Nik Abd Aziz Nik Mat.Kehadiran penyokong UMNO tidak mampu menggerunkan pasukan anak buah Al-Marhum Fadhil Noor.Malah pada minit ke-40 sekali lagi gawang UMNO bocor kali ini dengan rembatan hudud yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz yang bijak melepasi perangkap off said yang dilakukan oleh benteng pertahanan UMNO.Malah ketangkasan Nik Abd Aziz Nik Mat yang bijak melakukan larian biarpun secara solo mendapat pujian penjaga gawang UMNO sendiri Muhyiddin Yaasin. Sehingga tamat separuh masa pertama UMNO dilaporkan masih buntu mencari gol walaupun berpakat dengan pengadil perlawanan Abdul Aziz Mohd. Yusof.Malah kehadiran kuda tua UMNO yang menyarung jersi lama yang berlogokan ‘tolak hudud’ Mahathir Mohamad lansung tidak memberikan sebarang ancaman kepada benteng pertahanan PAS yang dibantu oleh Mahfudz Omar.Mahfudz yang dimasukkan oleh jurulatih PAS Abd Hadi Awang dilihat bijak merantai pergerakkan Mahathir kerana memiliki kelebihan berasal dari negeri yang sama...kah..kah..kah... Perlawanan dijangka bersambung semula pada separuh masa kedua,namun setakat artikel ini ditulis Abdul Aziz Mohd Yusof masih lagi belum meniupkan wisel kerana menanti arahan kapten pasukan UMNO Najib Tun Razak.Separuh masa kedua ini dijangka lebih rancak hasil kata peransang yang diberikan terutamanya selepas mendapat kata peransang oleh penolong pengurus pasukan Anwar Ibrahim.Saksikan apa akan berlaku pada separuh masa kedua...apakah mungkin PAS atau UMNO mendapatkan khidmat Safee Sali untuk mengukuhkan jentera serangan mereka?...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Pakatan Rakyat 2

Popular Posts

Mutiara Kata

"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu"

Khalifah Umar bin Khatab

Alexa Internet

There was an error in this gadget

Blog Archive