Assalamualaikum dan salam blogger,dah lama rasanya saya tidak mengisi ruangan dalam slot pesanan ulama' dalam blog ni,
Kali ni saya nak kongsikan pesanan Ibrahim Adham(Seorang sufi) berkenaan
perbuatan yang yang menyebabkan doa kita terhalang dari dimakbulkan
olehNya.
Saya percaya anda pernah baca kisah ini tapi ini sekadar peringatan untuk diri dan renungan bersama.
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya
orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al-Mu’minun : 60)
Allah telah berjanji, tapi hairan,mengapa doa-doa kita langsung tidak
memberikan sebarang kesan. Apa kita minta dan doa hari-hari, tak pernah
kita dapat. Di mana silapnya? “Mengapa doaku tak di kabul?”
Pertanyaan ini sebenarnya pernah dilontarkan kepada seorang ahli sufi
dan wali terkenal, Ibrahim bin Adham. Apabila ditanya “Mengapa doa tidak
dikabulkan?”.
Lantas Ibrahim Adham pun menjawab, “Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah mati.”
Lalu ditanyakan lagi, “Apa yang boleh mematikan hati?”.
Beliau menjawab, “Ada lapan perkara, diantaranya:
* Kamu mengetahui hak Allah, tapi kamu tetap tidak menunaikan hakNya
itu. (Malah ada ramai pun yang tak tahu apakah itu hak-hak Allah yang
perlu kita tunaikan, tahukah anda?)
* Kamu membaca Al-Qur’an tetapi kamu tidak mengamalkan hukum-Nya.
(Yang baca Quran memang OK, tapi bacakah anda? Baca Quran pun jarang
sekali, tapi mengharapkan doa dimakbulkan…)
* Kamu mengatakan cinta Rasulullah tetapi kamu tidak mengamalkan
sunnahnya. (Kita ni jangan kata cinta, sesetengahnya malah memperlekeh
sunnah-sunnah Nabi SAW. Kata sunnah dah ketinggalan zaman dan
sebagainya.)
* Kamu mengatakan takut mati tetapi masih tidak mempersiapkan diri
untuk menghadapi mati. (Bersediakah anda untuk mati? Apa bekalan yang
kita dah persiapkan?)
* Kamu mengakui bahawa syaitan itu musuh, tetapi kamu ikut perangai
syaitan. (Cuba periksa diri, apakah perangai syaitan yang ada dalam diri
kita?)
* Kamu selalu berdoa supaya terhindar dari api neraka, tapi kamu
sendiri yang melemparkan dirimu ke dalamnya. (Doa minta jauh azab neraka
kononnya, tapi dosa dan maksiat kita buat dengan selamba jer. Boleh
makbul ker doa kita?)
* Kamu ingin memasuki Syurga, tapi kamu masih tidak melakukan amal
soleh. (Kita hari-hari minta doa untuk masuk syurga, tapi buat amal
ibadat malas. Solat kita cuaikan, solat sunat jarang sekali, quran kita
tak baca, zikir memang tak buat, sedekah amal jariah kita kedekut taik
hidung masin. Tapi kata nak syurga. Macammana tu?)
* Kamu sibuk memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain,
sedangkan keburukan dan kesalahan diri sendiri tidak pernah kamu
hiraukan. (Asyik-asyik kata orang ni salah, orang ni tak betul. Kutuk
sana kutuk sini. Tapi rupa-rupanya 'mengata dulang paku serpih, mengata
orang dia yang lebih')
* Kamu mendapat pelbagai kenikmatan yang diberikan Allah swt, tetapi
kamu tidak pernah bersyukur dengan mematuhi segala perintah Allah.
(Tubuh badan sihat sokmo, perut kenyang sentiasa, tapi 'Alhamdulillah'
pun tak boleh nak ucap.)
* Kamu menguburkan jenazah orang lain, tapi tidak menginsafi diri
kamu sendiri bahawa kelak kamu juga akan dikuburkan. (Tengok berita atau
baca cerita pasal orang mati hari-hari, tapi tak pernah rasa insaf
melihat kematian. Kita duk rasa nyawa kita panjang lagi. Kita rasa kita
boleh hidup lama lagi. Lantas kita menjadi begitu culas dalam membuat
bekalan hari kemudian.)
“Jika begitu, bagaimana mungkin Allah dapat mengkabulkan doa kamu?”
sumber: Al Binory