Mari
korang tengok bukti-bukti kaitan umno dengan judi nih..Masalah judi
nih memag dari dulu umno dah halalkan..apa kita nak herankan
kan,kan.kan
nih surat judi dari umno.korang nak tengok dengan lebih jelas klik untuk besarkan
Di
atas adalah surat yang dikeluarkan oleh SETIAUSAHA LOTERI KEBAJIKAN
UMNO kepada Bendahari UMNO Malaya, Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim,
iaitu bapa kepada Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Sumber
Asli dan Alam sekitar.
Surat Rasmi ini dikeluarkan pada 1953, menandakan UMNO semenjak itu sudah beramal dengan judi sehingga ke hari ini.
Di
bawah pula dipaparkan satu keratan Akhbar Utusan Melayu bertarikh
1951, menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau
Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO
gunakan itu adalah HARAM.
Keratan Akhbar Utusan Melayu - Fatwa Judi Amalan UMNO adalah HARAM (Klik untuk besarkan imej)
Pada
1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953
loteri tetap dijadikan sumber ekonomi UMNO lagi. ini menandakan UMNO
adalah parti yang tidak pernah hirau halal atau haram.
Korang nak tau sapa syeikh abdullah fahim? mufti Pulau Pinang itu?
Abdullah fahim merupakan datuk kepada Perdana Menteri Malaysia sebelum nih iaitu, iaitu Abdullah Ahmad Badawi.
Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951.
Pulau
Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh
Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau
pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara
perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI”
yang tersebut didalam Al-Qur’an.
Demikian
keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli Alim Ulama Pulau pinang
dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah
Al-khairiyyah, pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan di hadiri
oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati
dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan
Seberang Perai
KWSP - Duit Titik Peluh Rakyat Untuk Judi UMNO
Pengakuan
selamba Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP), Rusma Ibrahim dalam suratnya kepada Persatuan Pengguna
Islam (PPIM) pada 2007 pastinya mengecewakan ramai umat Islam
dinegara ini. Walaupun surat ini (gambar di atas) sudah lama, namun
hingga kini KWSP masih lagi aktif untuk melaburkan dana caruman umat
Islam yang kini melebihi RM 1 Billion kepada sektor perjudian dan
riba.
Empat cabang pelaburan KWSP yang utama didedahkan iaitu;
1. Pelaburan Sekuriti Kerajaan-Bon dan pinjaman wang kepada projek Kerajaan.
2. Pinjaman Korporat-Pinjaman wang kepada syarikat termasuk GLC
3. Pelaburan Dalam Pasaran Wang-FOREX
4.
Pelaburan Ekuiti-Pembelian saham-saham dalam syarikat berpotensi
termasuk syarikat judi, arak dan lain-lain. Ini termasuk juga dalam
projek bailout syarikat kroni BN yang nak bankrap.
Pelaburan
pelbagai yang tidak terkawal ini menunjukan sikap tidak sensitif KWSP
dalam menguruskan sumber kewangan umat Islam. Ini amat mengecewakan
kerana mereka melaburkan wang yang diambil secara paksarela begitu
sahaja.
Dengan
organisasinya yang besar, adalah tidak logik KWPS tidak mampu untuk
membuat pengasingan. Jika sistem perbankan masakini boleh perkenalkan
perbankan konvesional dan Islamik, kenapa KWSP tak boleh?
Senarai wajah-wajah korporat Melayu UMNO dalam industri ARAK & JUDI negara Islam Malaysia :http://siasahkini.blogspot.com/2011/12/korang-nak-tau-harta-anak-tun-det-ada.html
Mirzan Miguel (anak lelaki Tun Dr Mahathir)
San Miguel Corp
Mirzan Miguel anak lelaki Tun Dr Mahathir
Ahli Lembaga Pengarah Syarikat bir San Miguel.

Tan Sri Dato’ Alwi Jantan, Guinness Anchor Berhad

Dato’ Jaffar Indot Guinness Anchor Berhad

Tun Mohammed Hanif bin Omar Genting Deputy Chairman

TAN SRI ALWI JANTAN Resorts World Bhd Executive Director

Tan
Sri Wan Sidek bin Hj Wan Abdul Rahman. Member/Independent
Non-Executive Director Dato’ Paduka Nik Hashim bin Nik Yusoff
Member/Independent Non-Executive Director

Tan Sri Dato’ Jaffar bin Abdul Non -Executive DirectorBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

Mohamed Saleh Bin Gomu Independent Non-Executive DirectorsBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD
Ahli
Lembaga Pengarah Carlsberg Malaysia. Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, Jen
(B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin
http://siasahkini.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment