"berfikirlah walaupun sesaat"
"kuasa RAKYAT, kuasa PERUBAHAN"
BERITA DARI SUMBER SEMASA DAN TERKINI~ INGINKAN KONGSI ARTIKEL DAN ISU SEMASA DI BLOG INI BOLEHLAH HUBUNGI KAMI cyberwar315@gmail.com
Seorang anggota NAVY SEAL (Tentera Laut) yang turut mengambil bahagian
dalam operasi serbuan yang mengorbankan Osama Bin Laden telah mendakwa
bahawa Osama sudah MATI pada masa mereka sampai ke biliknya.
Sebuah buku yang baru diterbitkan mendakwa Osama Bin Laden tidak
bersenjata dan ditembak di kepala ketika ia sedang melihat keluar dari
pintu bilik tidurnya.
Kenyataan bekas anggota tentera SEAL ini nyata berbeza dari versi rasmi
yang dikeluarkan US yang mengatakan pemimpin Al-Qaeda itu sedang
bersenjata.
Sebaliknya, buku baru yang berjudul "NO EASY DAY" berkata Osama Bin
Laden ditemui dengan keadaan berlumuran darah dengan peluru di dalam
tengkoraknya.
Penulis yang menulis dengan nama samaran Mark Owen, berkata: "Kurang daripada lima langkah untuk kami tiba ke atas dan (ketika itu) saya mendengar bunyi tembakan BOP BOP..
"Daripada kedudukan saya, tidak dapat dinyatakan sama ada tembakan
itu mengenai sasaran. Lelaki itu hilang dalam kegelapan bilik."
Menurut penulis, Osama tunduk mengelak kembali semula ke bilik tidurnya
sambil diikuti SEAL yang kemudian menemuinya terbaring di atas lantai
berlumuran darah dengan lubang (kesan tembakan) yang boleh dilihat di
sebelah kanan kepalanya dengan dua orang wanita meraung sekeliling
tubuhnya.
Owen berkata dua wanita itu ditarik dan diletakkan di suatu sudut
sementara anggota SEAL yang lain mengarahkan laser senjata ke dadanya
sebelum melepaskan beberapa das tembakan sehingga dia tidak lagi
bergerak.
Mereka kemudian menemui dua senjata di belakang pintu dan tidak disentuh, kata penulis.
Osama Bin Laden tinggal di tempat persembunyian Pakistan
Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pegawai pentadbiran US selepas
serbuan di Pakistan, anggota SEAL telah menembak Osama bin Laden selepas
dia kembali ke bilik tidurnya kerana dia akan mengambil senjata.
Dakwaan lain yang mengejutkan ialah, buku itu mengatakan kerana ruangan
yang terhad di dalam helikopter, maka jasad Osama Bin Laden "duduk di
atas" salah seorang anggota SEAL.
Jurucakap White House, Tommy Vietor tidak akan mengulas kepada kenyataan versi Owen ini tetapi berkata di dalam e-melnya: "Seperti
yang Presiden Obama kata pada malam (kejadian) itu, keadilan telah
dibawa kepada Osama bin Laden, 'Kami berterima kasih kepada anggota yang
menjalankan operasi ini, kerana mereka menunjukkan contoh keberanian,
profesionalisme, semangat patriotisme dan perkhidmatan jasa mereka
kepada negara kita yang tidak terhingga. "'
Teknik
baru ditemui untuk membantu para suami yang inginkan anak sendiri
tetapi menghadapi masalah kesuburan. Teknik tersebut menggunakan sperma
dari jaringan kulit manusia.
Dengan sperma dari tisu kulit itu, kaum lelaki yang infertil diharapkan
suatu hari mampu memiliki anak-anak dari genetik mereka
sendiri.Penemuan ini diharapkan dapat menjadi terobosan bagai pil ajaib
untuk mengubati infertilitas pada Kaum Adam.
Namun
penelitian ini juga menemui masalah moral dan etika. Pengkeritik
berpendapat bahawa salah jika menciptakan kehidupan melalui cara-cara
yang artifisial. Walaupun begitu, percubaan ini adalah bukti dari konsep
bahawa sel induk dapat menghasilkan setiap sel dalam tubuh, tidak
hanya puluhan jaringan yang membentuk tubuh manusia, tetapi juga
sel-sel telur dan sperma yang baru.
Success: The technique has been developed by scientists at the University of Pittsburgh's School of Medicine
Para
ilmuwan Amerika itu menggunakan campuran bahan kimia khusus untuk
mengembalikan 'jam biologis' di dalam sel kulit yang mengubahnya
menjadi sel dengan kekuatan seperti sel induk embrionik.
Mereka
kemudian menggunakan kombinasi nutrisi untuk mengarah campuran tersebut
berkembang menjadi sel-sel bulat yang memerlukan beberapa langkah
menjadi sperma yang matang dan secara genetik terlihat normal.
Teknik
ini masih memerlukankan waktu bertahun-tahun untuk digunakan diklinik
dan memiliki hukum sendiri, laboratorium perkembangan sperma sudah
dilarang digunakan di Inggris.
Namun dalam jangka pendek detailnya boleh dilihat dalam laporan Journal Cells, yang mengarahkan sebagai ubat baru untuk infertilitas.
Satu
dari enam pasangan di dalam keluarga memiliki masalah infertilitas
pada pasangan lelakinya sebanyak 40 persen. Hampir sepertiga daripada
kes tidak ada yang tahu kesalahan ata masalah mereka yang sebenarnya.[dailymail]
*seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,
*seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh,
*seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,
*dua rakaat solat daripada wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat wanita yang tidak hamil,
*wanita yang memberi minuman s*** ***a kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik s*** yang diberikannya.
*wanita yang melayan suaminya yang pulang dari kerja ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
*wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20
orang hamba.
*wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan
suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah
dengan penuh rahmat.
*wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjihad ke jalan Allah dan menjaga adab rumahtangga akan masuk syurga
500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,
dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
*wanita yang tidak cukup tidurnya pada malam hari kerana menjaga
anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan
bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa seketika dulu bulan
pernah terbelah dua. Kajian ini dijalankan apabila gambar-gambar yang
dirakamkan oleh satelit dan teleskop menunjukkan terdapat garisan
rekahan pada bulan. NASA telah menghantar 3 angkasawanya untuk kajian
yang lebih terperinci tentang bulan . Setelah mereka membuat kajian,
kesimpulannya, bahawa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian
ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila
diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh
Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu.
Allah berfirman:
"Sungguh telah dekat Hari qiamat, Dan bulan pun telah terbelah (Q.S. Al-Qamar: 1)"
Memang
ada hadis yang meriwayatkan peristiwa terbelahnya bulan di zaman Nabi
saw. masih di Mekah. Hal ini terjadi ketika kaum musyrikin 'mencabar'
Nabi untuk menunjukkan bukti kenabiannya dengan meminta membelah bulan.
Ini adalah beberapa di antaranya:
Hadis daripada
Abdullah bin Mas'ud ra., Ia berkata: Bulan terbelah menjadi dua pada
masa Rasulullah saw., Lalu Rasulullah saw. bersabda: Saksikanlah oleh
kalian. (Shahih Muslim No.5010)
Hadis
daripada Anas ra.: Bahawa penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah saw.
untuk diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian), maka
Rasulullah saw. memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan
sebanyak dua kali. (Shahih Muslim No.5013)
Hadis daripada Ibnu Abbas ra.: Sesungguhnya bulan pernah terbelah pada zaman Rasulullah saw .. (Shahih Muslim No.5015)
Kisah
itu adalah sebelum hijrah dari Mekah Mukarramah ke Madinah Munawarah.
Orang-orang musyrik berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi
dan Rasul, cuba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang boleh
membuktikan kenabian dan kerasulanmu (dengan nada mengejek)?
Rasulullah bertanya, "Apa yang kamu inginkan?" Mereka menjawab, "Cuba
belah bulan ..." Rasulullah pun berdiri dan terdiam, berdoa kepada Allah
agar menolongnya. Lalu Allah memberitahu Muhammad saw agar mengarahkan
telunjuknya ke bulan. Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan
dan terbelahlah bulan itu dengan sendirinya. Serta-merta orang-orang
musyrik pun berkata, "Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!"
Akan tetapi para ahli mengatakan bahawa sihir, memang benar boleh saja
"menyihir" orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak boleh menyihir
orang yang tidak ada di tempat itu. Lalu mereka pun menunggu orang-orang
yang akan pulang dari perjalanan.
Orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti
orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan
yang pertama dari perjalanan menuju Mekkah, orang-orang musyrik pun
bertanya, "Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?" Mereka
menjawab, "Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan
terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing-masing-nya kemudian
bersatu kembali ... "
Maka sebahagian mereka pun beriman, dan sebahagian lainnya lagi tetap
kafir (ingkar). Oleh kerana itu, Allah menurunkan ayat-Nya: "Sungguh,
telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat
tanda-tanda kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya
berkata," Ini adalah sihir yang terus-menerus ", dan mereka
mendustakannya , bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan
benar-benar telah tetap ... (sampai akhir surah Al-Qamar). Sila baca
al-quran untuk selengkapnya.
Untuk
pengetahuan, antara punca masalah air yang timbul di kelantan ialah
penafian hak Bantuan Peruntukan dari Kerajaan Pusat kepada kerajaan
negeri, ia diberikan selepas 13 tahun PAS mentadbir Kelantan, dan itupun
dalam bentuk pinjaman sebanyak RM600 juta.
Berbeza dengan
Negeri-Negeri Barisan Nasional, di Johor, bukan pinjaman yang diberikan,
sebaliknya Johor menerima geran sebanyak 2 billion. Geran adalah secara
percuma dan tidak perlu dibayar balik sebagaimana pinjaman yang diberi
pada kerajaan negeri Kelantan. Dalam bantuan penuh inipun, masalah air
tetap berlaku di Negeri Barisan Nasional.orang2 bodoh memang nak kena
lempang... -
Laporan Harakahdaily:
Lagi kawasan Felda di Pahang tiada air di hari raya
Hamba Allah, Terengganu,
Saya pulang berhari raya di daerah Bera baru baru ini iaitu di
kawasan Felda Bukit Mendi dan Felda Bukit Puchong juga tiada air paip
pada sehari sebelum hari raya hingga hari raya pertama dan kedua.
Hasrat untuk bercuti selama 5 hari di Felda Bukit Mendi terpaksa dipendekkan kepada 3 hari sahaja berikutan tiada air paip.
Masalah ini sudah lama berlaku sejak saya berkahwin pada 1990 masalah
ini tidak diatasi oleh kerajaan. 2 hari tidak dapat mandi, membasuh dan
sebagainya. -HD
NANJING -- Nabi Muhammad SAW mencontohkan umatnya untuk duduk atau
jongkok ketika buang air kecil. Meski bukan seorang muslim, tapi Menteri
Lingkungan Taiwan, Stephen Shen mencontoh anjuran Rasulullah SAW dengan
selalu buang air kecil dengan duduk.
Ia pun mengusulkan agar
masyarakat Taiwan buang air kecil sembari duduk. Usulan mengikuti sunnah
Rasulullah SAW itu khusus untuk para pria yang acapkali buang air kecil
sembari berdiri. Badan Perlindungan Lingkungan Taiwan (EPA)
mengungkapkan Stephen memang selalu duduk bila buang air kecil, baik di
rumah ataupun di toilet umum.
Badan itu mengatakan, kebiasaan
kencing dengan duduk seperti yang dilakukan perempuan akan menciptakan
lingkungan yang lebih bersih. Para pejabat Taiwan mengatakan akan
meminta pemerintah daerah memasang tanda di toilet-toilet umum berisi
anjuran agar pria duduk bila buang air kecil.
Seperti dilansir Yahoonews.com,
anjuran ini adalah bagian dari kampanye Taiwan guna menjaga kebersihan
di toilet umum. Sekira 100 ribu toilet umum tersebar di Taiwan.
Toilet-toilet tersebut saat ini jauh lebih bersih dibandingkan
sebelumnya. "Namun sejumlah kakus masih bau pesing karena cipratan air
seni pria," kata EPA.
Nantinya, tanda anjuran pria buang air
kecil sembali duduk akan dipasang di toilet umum di sekolah-sekolah,
stasiun kereta, bandara, hingga terminal bus. Meski baik, anjuran
tersebut melahirkan silang pendapat di dunia maya.
Mayoritas wanita yang memang terbiasa buang air kecil sembari duduk,
mendukung gagasan tersebut. Tapi tak sedikit pria yang menentang
lantaran sulit mengubah kebiasaan sejak kecil.
Usulan buang air
kecil sembari duduk bukan kali pertama. Sebelumnya sejumlah politisi
sayap kiri di Swedia juga pernah mengusulkan undang-undang baru yang
melarang para pria buang air kecil sembari berdiri. Beberapa alasan dan
keuntungan dari buang air kecil sembari duduk dipaparkan para politisi
tersebut.
Partai sosialis dan feminis di Swedia mengklaim akan lebih higenis bila
seorang pria duduk ketika buang air kecil. Sebab cara tersebut akan
mengurangi genangan air dan baik untuk kesehatan pria. Karena buang air
kecil sembari duduk akan mengosongkan kandung kemih yang bisa mengurangi
risiko kanker prostat.
"Kami ingin belajar dari Swedia dan Jepang," kata Direktur Sanitasi Lingkungan dan Zat Beracun EPA, Yuan Shaw-jing, kepada BBC. "Di Jepang, kami mendengar 30 persen laki-laki buang air kecil sembari duduk."
JOHOR BAHARU, 27 Ogos (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi
hukuman penjara dua tahun dan denda berjumlah RM1.75 juta terhadap
seorang pegawai polis berpangkat Superintenden kerana terlibat dalam
aktiviti pengubahan wang haram antara 2002 dan 2005.
Hakim Salawati Djambari membuat keputusan itu selepas mendapati Azmi
Osman, 55, bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram
berjumlah RM3.8 juta ketika menjadi pegawai di Bahagian Kongsi Gelap,
Judi dan Maksiat (D7) Johor.
Beliau menjatuhi hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan dan
memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu secara serentak.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan pelaksanaan hukuman terhadap Azmi,
yang kini digantung tugas, ditangguhkan sementara menunggu rayuan.
Salawaty juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM900,000 dengan dua penjamin.
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera, di sini ada satu kisah menarik di mana seorang
makcik tua yang dikatakan hendak membunuh diri memeluk Islam hanya
kerana dengan seorang budak kecil yang datang kerumahnya, nak tahu lebih
lanjut mari kita hayati kisah ini, semoga dapat dijadikan teladan
kepada kita semua.. insyaAllah
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang
Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di
kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan
beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak
keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu
menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula
membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata
“Ayah! Saya dah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu
kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama
kamu!”
“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi
meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan
itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa
pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan
memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya
tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa
berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di
tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang
akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan
mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak
itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya
sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang
memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar
risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali
lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya
bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH
amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini
hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang
paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan
ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun
sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan
seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya
keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak
matanya.
“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga
menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan
hujung satu lagi diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya
berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang
menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi.
Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng
ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan
terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik,
maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang
paling indah yang saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup
pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan
tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat
asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang
menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat
alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak
disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya
ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada
anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu
anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang
seumpama malaikat. -Wallahua’lam
KELMARIN saya bertemu dengan seorang Imam Mesjid antara yang hadhir dalam PROGRAM IMAM DAN WARGA MESJID, anjuran JPM, Jamil Khir dan Masitah sehari sebelum Ramadan.
Kabarnya 13 ribu orang yang hadir. Dalam program tersebut Najib bersalam dengan Masitah yang disaksikan para hadirin.
Terkejutlah imam tersebut. Berkatalah Imam yg sokong kerajaan" bukan salah Najib dia tak tahu hukum, mereka salahkan Ustazah Masitah" Jawab Imam yang tahu hukum"
Itu sebab tak bolih sokong Najib jadi pemimpin sebab JAHIL hukum". Dalam perjumpaan itu Imam dijanjikan jubah dan RM200. Sampai la ni hanya dapat jubah, itupun kabarnya kena songlap, fulus nahi.
Itulah UMNO yang politikkan mesjid. UMNO SEMUA BOLIH ???
KOTA BHARU: Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT),
malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan
seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi
merancang kegiatan.
Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga
21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih
dara.
Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak
menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.
Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada
dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus
HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.
Hayatilah suatu kisah yang amat berharga ini.. semoga ia mampu memberi pedoman & pengajaran buat kita
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga
dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.
melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang
mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul
selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan
masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri
kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau
hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk
menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Setiap hari beliau hafal 2
mukasurat Al-Quran dan tasmi' dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang
beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini. Akak ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak lebih
setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di
bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,
selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau
tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak
dapatberdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut
hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2
hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari. Hari-hari yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan
qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang terus-terusan
menyakiti diri. Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya
terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah
banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor-doktor pakar, malah
ulama' yang faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu
sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan
ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah. Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu
lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat.
Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk
berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau
untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti
ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu
berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau
ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg
mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya
Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau
ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada
Rasulullah s.a.w. sendiri.." Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke
dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat-sahabatnya
telah pun 'forward message' pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan
surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia
dengan nombor-nombor ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada
apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika
tertidur dengan tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau
sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam
seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau
terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah
depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya
Subhanallah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau
tertanya-tanya, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati
beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan
seluruh kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja.
Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana
Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah
putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak
dengan jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain
serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan
"Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..
Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama'
assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar). Ketika
mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu
Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab,
tapi diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti,
dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran
yg enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti
nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya
Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau
dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat
dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat
seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi
s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau
nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg
suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah
pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda
tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi yg
mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri
tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau
mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam... Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih
dikelilingi oleh rakan-rakan yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan
kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam
Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran
rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat
pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih-lebih
lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat
kelak. Ya Allah..ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah
Alhamdulillah untuk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar
yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima
anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang
lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih
tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha
Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Rasa sakit
masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan
menangis lagi untuk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah
beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan
seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau
akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau
pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yang aku tanggung
ini berbanding nikmat yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi
s.a.w.." Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi,
tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan
"Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni,
rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang
empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya
mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan
salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu
Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.."
Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga
Sahabat yang mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yang amat
lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina
Uthman yang cantik sekali dan Saidina 'Ali yang agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk
membantu enti.." Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 surah
Al-Baqarah yg bermaksud:
"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg
diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya.
Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali
dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu,
barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan
mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada
makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur
terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yg
sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yang baru. Hilang segala
kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu
Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang
sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi
meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus
duduk. Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk
dengan mudah . Kemudian sahabat-sahabatnya itu menyuruh beliau bangun
berdiri dan alhamdulillah.. dengan mudah beliau bangun berdiri dan
berjalan di sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua
sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera
ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud
syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100
tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat
yg telah Engkau berikan.." Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang
mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki
melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah
dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah
dan mengenang wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi
taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup
mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak
je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat
merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin
ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu.
Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..." Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua
aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar
manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti
sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil
hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai
sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan... Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama
para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat
gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah
saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa
terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya
Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab,
"Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum
pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku
sangat rindu bertemu dengan mereka.."
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk
Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan
ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang
telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) Sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sebagai
ummat nabi Muhammad S.A.W...banyakkan lah berselawat dan mendengar
zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat
kelak..wallahu'alam..
Diriwayatkan daripada Anas
r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Barangsiapa yang
pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia benar-benar melihatku.
Sesungguhnya syaitan tidak boleh menjelma dengan rupaku “. { { Jami’e
As-Soghir Imam Suyuthi : 8688 , Musnad Imam Ahmad : 3 / 269 , Sahih
Al-Bukhari : 12 / 6994 , Sunan At-Tirmidzie : 4 / 2276 ) –HADIS HASSAN
SAHIH.
Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir.
Kehangatan Facebook juga sedikit sebanyak “mempopularkan” Ustaz ini dengan setiap kata-kata nasihat dan penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan secara viral dan tidak pernah putus.
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.
Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan.
Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik.
Ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya.
Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.
Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya, Ustaz Azhar Idrus (Original)Apapun sudah menjadi resmi alam, tak semua manusia akhir zaman ini terutamanya para Ilmuan Islam (Alim) disenangi oleh semua orang.
Sering sahaja kata-kata UAI disalah-ertikan dan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelit apa yang disampaikan UAI untuk melihatkan UAI sebagai seorang yang sesat. Kepada yang aktif bersifat begini, hentikanlah.
Ianya jelas tidak akan mendatangkan kebaikan kepada anda. Jika tidak suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa orang lain ke gaung kebencian penuh kehitaman anda.Addin
Wings - Raya Bersama Mus - 00 - Pic.jpg (71.3KB)
Wings - Raya Bersama Mus - 01 - Joget Hari Kemenangan.mp3 (5.1MB)
Wings - Raya Bersama Mus - 02 - Malam Aidilfitri.mp3 (6.8MB)
Wings - Raya Bersama Mus - 03 - Hari Raya Hari Yang Mulia.mp3 (7.4MB)
Wings - Raya Bersama Mus - 04 - Keroncong Hari Raya.mp3 (6.2MB)
Wings - Raya Bersama Mus - 05 - Puisi Aidilfitri.mp3 (8.0MB)
Wings - Raya Bersama Mus - 06 - Nursakti.mp3 (6.1MB)
Wings - Raya Bersama Mus - 07 - Jelang.mp3 (6.0MB)
Wings - Raya Bersama Mus - 08 - Engkau, Aku Dan Dia.mp3 (6.0MB)
Sensasi Hari Raya (SALEM) Sensasi Hari Raya (SALEM) - 01 - Awie_Ziana Zain - Sensasi Hari Raya.mp3 (3.1MB)
Sensasi Hari Raya (SALEM) - 02 - Amy Search - Manusia Miskin Kaya.mp3 (2.9MB)
Sensasi Hari Raya (SALEM) - 03 - Ziana Zain - Suara Takbir.mp3 (3.0MB)
Sensasi Hari Raya (SALEM) - 04 - Ukays - Suasana Hari Raya.mp3 (3.6MB)
Sensasi Hari Raya (SALEM) - 05 - M. Nasir - Musafir Di Hari Raya.mp3 (3.2MB)
Sensasi Hari Raya (SALEM) - 06 - Nora - Suasana Riang Di Hari Raya.mp3 (3.7MB)
Sensasi Hari Raya (SALEM) - 07 - Ziana Zain - Saat-Saat Aidilfitri.mp3 (3.4MB)
Sensasi Hari Raya (SALEM) - 08 - Jamal Abdillah - Dari Jauh Ku Pohon Maaf.mp3 (4.0MB)
Sensasi Hari Raya (SALEM) - 09 - Ramlah Ram - Selamat Hari Lebaran.mp3 (3.5MB)
Sensasi Hari Raya (SALEM) - 10 - Zainal Abidin - Dendang Perantau.mp3 (3.4MB)
Sensasi Hari Raya (SALEM) - 11 - Artis - Selamat Hari Raya.mp3 (3.8MB)
Download :
DOWNLOAD SENSASI HARI RAYA SALEEM
16 Lagu Lagu Hari Raya 16 Lagu Lagu Hari Raya - 00 - Pic.jpg (50.1KB)
16 Lagu Lagu Hari Raya - 01 - Black Dog Bone - Cahaya Aidil Fitri.mp3 (3.4MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya - 02 - Sharifah Aini - Suasana Hari Raya.mp3 (2.3MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya - 03 - Aman Shah - Kepulangan Yang Dinanti.mp3 (3.5MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya - 04 - Saloma - Selamat Hari Raya.mp3 (2.4MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya - 05 - Hail Amir & Uji Rashid - Seloka Hari Raya.mp3 (2.8MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya - 06 - Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf.mp3 (3.5MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya - 07 - Ahmad Jais - Selamat Hari Raya.mp3 (2.4MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya - 08 - Junainah - Suasana Riang (Di Hari Raya).mp3 (3.0MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya - 09 - Sanisah Huri - Aidil Fitri.mp3 (3.4MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya - 10 - Noorkumalasari - Pulang Di Hari Raya.mp3 (2.8MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya - 11 - DJ Dave - Menjelang Hari Raya.mp3 (3.1MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya - 12 - Fazidah Joned - Selamat Hari Raya.mp3 (2.4MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya - 13 - Rosemaria - Di Pagi Aidil Fitri.mp3 (3.4MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya - 14 - P. Ramlee - Dendang Perantau.mp3 (2.5MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya - 15 - Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang.mp3 (3.3MB)
16 Lagu Lagu Hari Raya - 16 - Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema.mp3 (2.5MB)
Download :
16 KOLEKSI LAGU RAYA
Lagu Raya Nur Syawal
Nur Syawal - 01 - Ayat Al - Quran (Al - Baqarah ; 83) , Qasidah & Narration.mp3 (2.5MB)
Nur Syawal - 02 - Hijjaz - Rahmat Ramadhan.mp3 (3.4MB)
Nur Syawal - 03 - In - Team & Unic - Kemuliaan Ramadhan.mp3 (3.9MB)
Nur Syawal - 04 - Hijjaz - Sinar Ramadhan.mp3 (3.5MB)
Nur Syawal - 05 - Unic - Muhasabah Ramadhan.mp3 (4.2MB)
Nur Syawal - 06 - Hijjaz - Ramadhan Bulan Berkat.mp3 (2.8MB)
Nur Syawal - 07 - Unic & Mestica - Hikmah Bulan Mulia.mp3 (3.9MB)
Nur Syawal - 08 - Takbir Hari Raya.mp3 (2.2MB)
Nur Syawal - 09 - In - Team & Unic - Di Suatu Hari Raya.mp3 (4.3MB)
Nur Syawal - 10 - In - Team - Kemaafan Di Aidilfitri.mp3 (4.1MB)
Nur Syawal - 11 - Hijjaz - Salam Kemaafan.mp3 (3.6MB)
Nur Syawal - 12 - Hijjaz - Sekuntum Kemboja Yang Gugur.mp3 (4.3MB)
Nur Syawal - 13 - In - Team & Unic - Zapin Hari Raya.mp3 (5.2MB)
Nur Syawal - 14 - Hijjaz, In - Team, Unic, Mestica - Senandung Aidilfitri.mp3 (4.2MB)
01 - M. Nasir - Satu Hari Di Hari Raya.mp3 (3.0MB)
02 - Ideal Sisters - Hari Raya Hari Bahagia.mp3 (2.6MB)
03 - Dr. Sam - Esok Hari Raya.mp3 (3.7MB)
04 - Jamal Abdillah - Maafkan Segala Keterlanjuran.mp3 (4.2MB)
05 - Saleem - Lambaian Aidil Fitri.mp3 (3.9MB)
06 - Ning Baizura - Joget Aidil Fitri.mp3 (2.3MB)
07 - Ahmad Jais - Abang Pulang.mp3 (3.7MB)
08 - Rima Rashid - Selamat Hari Raya.mp3 (2.2MB)
09 - Feminin - Kurniaan Di Hari Raya.mp3 (2.9MB)
10 - Ibnor Reza & Noraniza Idris - Mohon Maaf Di Hari Lebaran.mp3 (4.2MB)
11 - Alleycats - Mari Berdendang.mp3 (2.8MB)
13 - Medicine & Shima - Cahaya Di Aidilfitri.mp3 (3.1MB)
13 - Raffi - Apa Khabarnya.mp3 (2.2MB)
14 - Azlina Aziz - Indahnya Beraya Di Desa.mp3 (4.2MB)
15 - Ramli Sarip - Kisahku Berhari Raya.mp3 (3.0MB)
16 - Jamal Abdillah - Salam Aidilfitri.mp3 (3.8MB)
17 - Ahmad Jais - Dari Jauh Ku Pohon Maaf.mp3 (3.5MB)
18 - Nash - Keinsafan Di Hari Raya.mp3 (3.7MB)
19 -Othman Hamzah - Gembira Bersama Di Hari Raya.mp3 (1.8MB)
20 - Dayangku Intan - Senandung Hari Raya Untukmu.mp3 (3.2MB)
Koleksi Album Raya / Lagu Raya / Riang Ria Aidilfitri / Senandung AidilFitri
01. Senandung Aidilfitri - Various Artis.mp3 (4.4MB)
02. Raya Kat Temerloh - Ally Noor & Ezra.mp3 (3.8MB)
03. Hari Raya Hari Gembira - Linda Ismail.mp3 (2.7MB)
04. Mengharap Sinar Takbir Raya - Ally Noor.mp3 (3.3MB)
05. Zapin Aidilfitri - Ida Mustaffa.mp3 (4.2MB)
06. Masih Ada Yang Sayang - Nas Atea.mp3 (3.4MB)
07. Dikir Rayo - Wan Razak.mp3 (2.8MB)
08. Senandung Aidilfitri (Instrumental).mp3 (4.4MB)
09. Sendu Di Pagi Raya - Mastura.mp3 (3.9MB)
10. Riang Ria Hari Raya - Nas Atea.mp3 (3.1MB)
11. Jangan Buek Laei Yo! - Ally Noor & Mastura.mp3 (3.9MB)
12. Cak Kun Cak Di Malam Raya - Zaiton Sameon.mp3 (4.9MB)
13. Pakaian Budaya Di Aidilfitri - Suhana Jasmy.mp3 (2.7MB)
Raya dah nak dekat..Puasa belum habis..Kuih belum siap.Macam mana nak raya macam ni baju raya tak beli lagi..Apa nak jadi ni..hehe..Melalut lebih-lebih la pulak. Jom ke topik asal..Macam mana nak design kad kawin raya anda sendiri.Kad raya kalau dalam dunia IT ni kita panggil kad raya elektrik elektronik.
Nak design kad raya tak anak-anak???Jom kita belajar sekarang ye..Tutorialnya bukan di sini..Tapi di sini dan sini. Belajaq buat kad raya dengan Cik Luvleey ok..Saya pun dok belajaq jugak..Bukan keluaq dari perut terus pandai.:-D. Tengok kad raya atas dengan bawah ni. Tapi jangan komplen cakap hodoh k.:-D
Anda boleh tukar gambar nak letak gambar sendiri ke, nak tulis macam-macam ikut kreativiti sendiri pun boleh. Tapi yang penting kena ada software photoshop na..Nak software photoshop boleh mai tengok sini.
Guna yang Actions Script tu senang. Kalau tak tau nak guna macam mana boleh tanya. Senang sangat-sangat aih..Nak belajaq guna photoshop boleh singgah sini.
Kalau yang tak pandai nak guna photoshop tu boleh buat kad raya secara online melalui website di bawah: