Berita Terbaru :

Jom Baca!!!

Followers

Ayyuha al-Syabab


"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.

Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

-hassan al-banna-

Sunday, January 29, 2012

Cara Cepat Menghafaz Al-Quran



Segala puji Bagi Allah Rabb semesta alam, shalawat dan salam semoga terlimpahkan kepada Nabi kita Muhammad SAW. Dalam tulisan ini akan kami kemukakan cara termudah untuk menghafalkan al quran. Keistimewaan teori ini adalah kuatnya hafalan yang akan diperoleh seseorang disertai cepatnya waktu yang ditempuh untuk mengkhatamkan al-Quran. Teori ini sangat mudah untukdi praktekan dan insya Allah akan sangat membantu bagi siapa saja yang ingin menghafal Al Qur’an.

Disini akan kami bawakan contoh praktis dalam mempraktikannya. Misalnya saja jika anda ingin menghafalkan surat an-nisa, maka anda bisa mengikuti teori berikut ini:


Pertama, Bacalah ayat pertama 20 kali


Kedua, Bacalah ayat kedua20 kali


Ketiga, Bacalah ayat ketiga 20 kali


Keempat, Bacalah ayat keempat 20 kali


Kelima, Kemudian membaca 4ayat diatas dari awal hingga akhir menggabungkannya sebanyak 20 kali.


Keenam, Bacalah ayat kelima 20 kali


Ketujuh, Bacalah ayat keenam 20 kali


Kedelapan, Bacalah ayat ketujuh 20 kali


Kesembilan, Bacalah ayat kedelapan 20 kali


Kesebelas, Kemudian membaca ayat ke 5 hingga ayat ke 8 untuk menggabungkannya sebanyak 20 kali.


Keduabelas, Bacalahayat ke 1 hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.


Demikian seterusnya hingga selesai seluruh al Quran, dan jangan sampai menghafal dalam sehari lebih dari seperdelapan juz, agar tidak berat bagi anda untuk mengulang dan menjaganya.


Dikutip dari buku Cara Cepat Menghafal Al Qur’an karya: Dr. Abdul Muhsin Al Qasim (Imam dan Khatib Masjid Nabawi)

Saturday, January 28, 2012

PAYUDARA DISEPIT DENGAN PENYEPIT DARI API NERAKA



Assalamualaikum salam sejahtera untuk semua.

Ini adalah kisah benar tentang seorang pramugari yang koma semasa berada di tanah suci Mekah.

Artikel dari Hj.Mazlan Hj.Nasron. Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.

Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya baru 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.

Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.

Tiba di Madinah, semua orang turun daripada bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.

“Kakak ni sakit,” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

“Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital,” kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.

Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut;

“Kenapa kakak menangis?”

“Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.”

“Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga.
Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. 

Katanya ;
“Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak tendang, kakak pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.

“Habis yang kakak pergi haji ini?”

“Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.”
“Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa koma?” tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan ;
“Mazlan…Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

“Betul ke kak?” tanya saya, terkejut.

“Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung.Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.”
“Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini, putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik”, tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya ;
“Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih, pedih yang amat sangat, tak boleh nak diceritakan.”

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
“Mazlan…kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar.”

“Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat daripada nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui, azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini.”

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.
“Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.”

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

“Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat, kakak taubat nasuha,” katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

“Kakak, yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa? Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke.” tegur saya.

“Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar.”

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqada’kan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
“Tak boleh Mazlan. Kakak takut, kakak dah merasai pedihnya azab Tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat.”

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya ;
“Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.”

“Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah…”

“Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam.”

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Walaubagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?
Tidak.

Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis.

Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa…

“Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal…”

Itu dah terlambat.


Friday, January 27, 2012

GEMPAR!!! : BN HANYA AKAN MENANG DI 5 BUAH NEGERI PADA PRU 13



MAKLUMAT terbaru yang dipetik dari unit risikan Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa BN hanya akan menang di lima buah negeri sekiranya pilihanraya umum ke 13 diadakan sekitar Mac hingga Jun tahun ini.Justeru itu, bagi meningkatkan kembali sokongan terhadap mereka, sumber itu juga turut menyatakan pilihanraya umum sudah pasti akan diadakan pada bulan Disember tahun ini.Lima negeri tersebut adalah Sarawak, Sabah, Pahang, Terengganu dan Johor.Manakala lain-lain negeri akan menyaksikan pertarungan sengit seperti Perak, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis.

Adalah dipercayai, maklumat ini adalah berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh unit khas yang dilantik selain daripada maklumat risikan polis dan tentera sepanjang November hingga Disember tahun lalu.Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dikhabarkan sudah memanggil kembali surat arahan pengosongan premis milik kerajaan seperti sekolah, balai raya dan dewan orang ramai yang dihantar akhir Disember tahun lalu.

Antara faktor yang menyebabkan pembubaran parlimen tidak diadakan pada bulan Mac seperti ramalan sesetengah pihak adalah kerana isu skandal Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC)yang kini masih dalam siasatan pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain dari senarai calon pilihanraya yang masih belum dikemukakan kepada ibu pejabat Umno di PWTC.

Penangguhan rayuan kes fitnah liwat Anwar Ibrahim sehingga tiga bulan juga dikatakan antara faktor utama kerana pembebasan Anwar dilihat mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat setelah isu pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali kini selesai.Najib selaku Perdana Menteri rejim telah dimaklumkan perkara ini dan meminta Umno mengemukakan laporan segera kepada ibu pejabat tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengembalikan semula sokongan yangterus merosot di sebalik pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang dalam proses pengagehan.

Negeri-negeri yang menjadi tumpuan seperti Selangor dan Perak sudah diarahkan supaya mengadakan program lebih kerap termasuk turun padang setiap dua minggu sebagai langkah susulan meningkatkan lagi tahap penerimaan rakyat terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar yang memihak Pakatan Rakyat.Menurut laporan itu lagi, jentera pilihanraya sudah diminta supayabekerjasama dengan SPR bagi menambah senarai daftar pengundi termasuk memasukkan sekali nama isteri anggota penjawat awam seperti polis dan tentera sebagai pengundi pos bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Kelantan dan Pulau Pinang sudah dianggap gagal kerana laporan tersebut juga menyebut aliran sokongan kekaltidak berubah dengan negeri pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dijangka memperolehi kerusi hampir sama seperti pilihanraya umum Mac 2008 lalu.Pulau Pinang pula kekal milik Pakatan Rakyat dengan dijangka penurunan sedikit majoriti undi di beberapa kawasan parlimen 'panas' seperti Bukit Gelugor, Nibong Tebal, Bukit Mertajam dan Kepala Batas.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dijangka tidak menghadapi masalah mempetahankan kerusi parlimen Bagan selain kekal memegang kerusi DUN Air Putih dengan sedikit penurunan majoriti tetapi masih dalam keadaan selamat.Perak dijangka kembali kepada Pakatan Rakyat dengan mandat lebih besar berbanding pilihanraya umum Mac 2008, dengan menyaksikan pertambahan kerusi DUN daripada 31 pada empat tahun lalu kepada 37 kerusi, selain berupaya menguasai 13 kerusi parlimen daripada 23 kerusi yang terdapat di negeri tersebut.

 - SUMBER


2012: 9 Kereta Paling Jimat Minyak

Kereta yang dicipta oleh syarikat automotif biasanya mengambil kira kuasa serta teknologi enjin,keselesaan,maka di sana pertimbangan sudah tentunya pelbagai cita rasa sama ada kereta itu untuk keluarga seperti MPV atau SUV, atau sedan .Malahan hybrid dan kuasa elektrik juga menjadi pertimbangan.Namun paling penting kereta yang dipilih mampu membakar bahan api atau menggunakan kuasa elektrik serta gas dengan sempurna menjadi pilihan utama.dengan kata lain kereta yang dipih mampu menjimatkan minyak atau duit anda. Penilaian ini berdasarkan kepada kereta paling menjimatkan,walaupun harganya memang boleh tahan bagi pasaran tempatan,malah ada yang belum sampai ke Malaysia pun .




No 1: Mitsubishi i MiEV


Sedang charging bateri. Di Malaysia belum ada

Kereta elektrik terbaik di alam kelasnya.mempunyai petroleum dan juga elektrik untuk mengerakkan kereta.Memang efisyen bagi menjimatkan minyak,Kalau tak salah kereta ini sudah diperkenalkan sejak tahun lepas,tetapi masih mendominasi kereta menjimatkan minyak.'EV' bermaksud Electric Vehicle'. Diiktiraf di USA sepanjang 2011 - hingga awal 2012 sebagai kereta paling cekap menggunakan bahan api. Namun apa yang paling penting pada pandangan lovehijau kereta ini mesra alam ,ianya lebih dari kereta hibrid. Anggaran harga Malaysia RM 150k ke atas.



No 2: Toyota Prius




kereta Prius Plug In Hybrid ,generasi ketiga (terbaru 2012),dijana menggunakan elektrik
Atas kesedaran alam sekitar yang bersih Syarikat Toyota melancar Prius. Terjual di 70 buah negara.Jangan terkejut jika antara bahan dalaman Prius ini merupakan gentian kenaf dan Rami yang melalui teknologi tinggi (bioplastik berasaskan tumbuhan ). Namun apa yang lebih penting ianya memang menjimatkan minyak di alam kelasnya. Kereta Prius memang sudah lama di pasaran Malaysia, dengan harganya 150 k ke atas.


No 3: Lexus CT 200h


Kereta hibrid elektrik mewah,terdapat empat versi iaitu Normal ,sport, eco dan EV. EV menggunakan elektrik sepenuhnya.Walaupun begitu harga di pasaran Malaysia memang tinggi dan Toyota mensasarkan penjualan kereta jimat minyak yang mewah ini untuk pasaran Eropah




No 4 : Toyota iQ



Merupakan Car Of The Year 2008 di Jepun,memang merupakan kereta yang hampir sama dengan Mitshubishi MiEV.dengan mementingkan konsep mesra alam serta penjimatan sumber bahan api versi EV,atau kenderaan elektrik di katakan akan dilancarkan pada Ogos 2012. Menurut sumber Toyota hanya 600 unit versi EV akan dibina dengan 400 unit untuk pasaran Jepun dan selebihnya untuk Eropah dan USA.



No 5: Ford Fiesta



Memecah dominasi Toyota, Ford Fiesta 2012 memang merupakan kereta paling efisyen di dalam bahan bakar yang sempurna,serta hibrid




No 6: Toyota Prius V


Untuk tahun 2012 Toyota Prius V,merupakan kereta sepenuhnya menggunakan sistem hibrid gas. Merupakan 5 finalis kereta berteknologi hijau mesra alam 2012 di Los Angeles USA oleh Green Car Journal Nov 2011. Hanya akan dipasarkan pada pertengahan tahun 2012 di Eropah.





no 7: Wolkswagen Passat



Walaupun menggunakan diesel,namun mampu menghasilakan pembakaran bahan api yang sempurna serta menjimatkan minyak.

No 8: Ford Escape hibrid

Kerete SUV ini sememangnya menjimatkan minyak di dalam kelasnya dan dijangka menjadi pilihan Eropah



No 9: Nissan Juke



Memecah dominasi Toyota di dalam kereta paling jimat minyak. Merupakan mini SUV dan dijangka akan menguasai pasaran Eropah



Pada tahun tahun mendatang, teknologi kereta sudah pastinya akan menumpukan perhatian kepada tenaga yang boleh diguna pakai berulang kali, nampaknya kereta hibrid dan elektrik akan mengambil tempat,apabila sumber bahan api fosil semakin berkurangan.namun dengan faktor harga yang agak tinggi sukar untuk merealisasikan keadaan ini di banyak negara di Asia,walau pun di sana terdapatnya gergasi permotoran yang hebat seperti Jepun,bersediakah rakyat Malaysia ke arah teknologi hijau? Mampukah industri permotoran negara menghasilkan ciptaan kenderaan mesra alam serta mesra sumber? Atau biodiesel negara boleh terus di pacu bersama ciptaan yang hebat mesra alamnya

kredit pic:
topictroopers.com
autocarsnews.info
autosflow.com
modestorcclub.org
carspeedo.com
cardotcom.com
www.newcars.com
wikipedia.org

Thursday, January 26, 2012

Kenapa Allah SWT Cipta Neraka?

Assalamualaikum...






Ini adalah sebuah kisah benar. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. 

Gambar Hiasan
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la… setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga, kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”
Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu’alaikum.”

Wednesday, January 25, 2012

Pemain Bola Sepak Yang Berhati Mulia..

405524_314396765269923_100000988074221_907321_1812974014_n.jpg (320×154)

Dalam satu perlawanan UEFA Cup antara Athletic Bilbao (Spain) dan Trabzonspor (Turki), ketika perlawanan menuju minit-minit akhir, salah seorang penyokong Bilbao cuba untuk mengalih perhatian penjaga gol Trabzonspor, Tolga Zengin dengan melemparkan sebuku roti kepada penjaga gol tersebut.

Tetapi Tolga Zengin telah mengutip roti tersebut dan meletakkannya di dahi. Kemudian beliau memberikan roti tersebut kepada pengawal keselamatan bagi mengelakkan roti tersebut hancur dalam perlawanan itu.

Selepas perlawanan itu, atas permintaan wartawan Eropah, Tolga Zengin yg juga merupakan kapten pasukan Trabzonspor telah mengadakan sidang akhbar bagi menjawab tindakan beliau;

"Tiada apa yg mengejutkan dengan tindakan saya. Apa yg mengejutkan saya ialah apabila melihat sebuku roti telah dilemparkan ke atas padang untuk menyakiti saya sedangkan ramai manusia sedang kebuluran di Somalia"
 

Tuesday, January 24, 2012

Kebijaksanaan Suami Menjaga Hati Isteri


Pada suatu hari seorang lelaki datang ke rumah Umar bin Khattab ra. hendak mengadu keburukan isterinya. Namun setiba di samping rumahnya, ia mendengar isteri Umar bin Khattab mengeluarkan kata-kata yang keras dan kasar kepada suaminya, sementara Umar tidak menjawab sepatah kata pun. Akhirnya orang itu berfikir, sebaiknya ia membatalkan saja niatnya.

Ketika orang itu hendak berbalik pulang, Umar baru saja keluar dari pintu rumahnya. Umar segera berteriak memanggil orang itu. Umar langsung berkata kepadanya, "Engkau datang kepadaku tentu hendak membawa satu berita penting!"

Orang itu lalu berkata terus terang , "Ya sahabat Umar bin Khattab, aku datang kepadamu hendak mengadu keburukkan isteriku terhadapku. Akan tetapi setelah aku mendengar kelancangan isterimu tadi terhadapmu, dan sikap diammu terhadap perbuatannya, aku jadi mengurungkan niatku untk melaporkan hal itu."

Mendengar perkataan yang jujur itu, Umar tersenyum kecil seraya berkata, "Wahai saudaraku, isteriku telah memasakkan makanan untukku. Dia juga telah mencuci pakaianku, mengurus urusan rumahku, dan mengasuh anak-anakku sehingga tiada hentinya. Maka apabila ia berbuat satu dua kesalahan, tidaklah layak kita mengenangnya, sedang kebaikan-kebaikannya kita lupakan. Ketahuilah, wahai saudaraku, antara kami dan dia hanya ada dua hari. Kalau kami tidak meninggalkannya dan terbebas dari perangainya, maka dia akan meninggalkan kami dan terbebas dari perangai kami pula."

Setelah mendengar penuturan yang amat bijak dan penuh hikmah itu, orang itu pergi meninggalkan Umar bin Khattab dengan hati gembira dan puas.

Pengajaran dari cerita di atas

Setiap lelaki di bekali dengan sikap kesabaran dan kematangan dalam menghadapi setiap situasi yang sukar. Lelaki lebih berjaya dalam membuat keputusan-keputusan untuk keluar dari masalah yang dihadapi. Lelaki yang bijak adalah lelaki yang faham akan situasi isterinya dan tahu cara mengurus isterinya. Sebab itulah lelaki merupakan ketua keluarga. Suami perlu bersikap sabar apabila dimarahi dan dileter oleh isterinya, kerana suami yang sabar akan tingkah laku isterinya yang suka bercakap atau beleter, akan dihapuskan segala dosa-dosa masa lalunya. Hal ini berlaku kepada Nabi Allah Ilyas yang berdoa supaya dianugerahkan kepadanya isteri yang kuat beleter, kerana ia mengetahui inilah cara beliau menghapuskan dosa dan cara mudah untuk masuk kedalam syurga Allah.

Setiap suami kena bijak menghadapi isterinya, kadang-kadang isteri buat perangai atau marah tak tentu pasal mesti ada sebabnya, ada pepatah mengatakan bahawa wanita ini makhluk emosi dan angin tak tentu pasal. Jadi suami kena bijak menghadapinya, tindakan yang lebih baik adalah diam apabila mendengar isteri beleter atau sedang marah-marah, kerana isteri ini akan diam dan terasa perbuatannya itu salah dan dia akan segera memohon maaf kepada suaminya, waktu itulah kita kaunselingkan dia dengan nasihat-nasihat yang lembut dan kata-kata hati ke hati. Selalunya isteri lebih terbuka ketika mana ia minta maaf kepada suaminya atas perbuatannya.

Sering-seringlah menghargai diri isteri kita yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaganya untuk suaminya, seperti memasak, membasuh pakaian, menjaga anak, mengemas rumah, mengurus rumah dan sebagainya. Cara penghargaannya ialah setiap kali gaji, bawa isteri pergi makan di mana-mana restoran yang berkongsepkan romentik, kalau cara ini tidak mampu, maka keluarkan kata-kata penghargaan kepada isteri disebabkan tugas-tugas yang telah dilaksanakan. Selalunya suami payah untuk mengeluarkan kata-kata pujian dan penghargaan, kerana suami bersifat ego atau menganggap kata-kata tersebut sebagai buang masa. Hadiahkan isteri apa-apa barang yang berpatutan pada setiap saat-saat hari bahagianya seperti hari lahirnya, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya.

Sebenarnya dari sudut psikologi isteri akan rasa lebih dihargai dan lebih disayangi ketika mana suami tahu menghargai dirinya. Malah setiap perkara yang kita suruh mesti akan dibuat oleh isteri kita dengan hati yang penuh taat dan tidak membantah.

Ada pepatah yang mengatakan bahawa wanita ini diibaratkan seperti kulit bawang yang sangat halus, kalau nak menanggalkan kulit bawang tersebut perlu berhati-hati dan lembut kerana kulitnya mudah terkoyak. Kesimpulan dari falsafah ini, wanita itu sangat lembut dan mudah terasa dan berfikiran sensetif setiap kali ia diabaikan.

Waktu yang paling bahaya ialah waktu ia dalam keadaan haid atau tidak suci, selalunya wanita ini seringkali berkeadaan tidak menentu emosinya, kadang-kadang tak pasal-pasal dimarahi oleh isteri. Jadi waktu sebegini suami kena faham dan kena bersikap berdiamkan diri, berdiamkan diri ini adalah lebih baik, atau keluar dari rumah pergi mengeteh dan sebagainya. Waktu seperti ini kebiasaan wanita ia akan reda sendiri kemarahannya, dan dia sendiri tidak sedar akan kelakuannya.

Bagi suami janganlah terlalu garang dengan isteri dan terlalu kasar atau keras suara dengan isteri. Perbuatan ini akan menyebabkan isteri merasa dirinya tidak dihargai dan tidak berguna untuk suami dan paling bahaya apabila isteri mengatakan suaminya hanya baik ketika ingin bersama dengannya sahaja. Semua perbuatan ini akan menyebabkan kerenganggan dan keberontokan rumahtangga. Isteri takut menegur suami kerana takut dimarahi, suami pula anggap isteri tidak memberikan layanan yang sepatutnya. Kalau masakan isteri tawar atau terlebih garam, jangan terus melenting dan memarahi isteri. Gunakan cara yang hikmah untuk menegur isteri. Pernah ketika isteri Rasulullah menghidangkan kepadanya air yang tawar tanpa gula disebabkan isterinya terlupa masukkan gula dalam minuman Rasulullah. Apabila Baginda minum minuman tersebut sehingga berkedut kening Baginda, isterinya perasan disebabkan ternampak kening Rasulullah. Lantas isterinya bertanya, bagaimana rasa air tersebut, Baginda mengatakan ok sahaja, dan isterinya merasa sedikit air yang dibancuhnya dan tersenyum kerana airnya sangat tawar. Baginda tidak berkata apa-apa dan mendiamkan diri sahaja.

Setiap kali ada pertelingkahan, pergaduhan dan selisih faham, lebih baik suami yang dahulu memohon maaf atas kejadian tersebut dan menceritakan perkara yang sebenarnya tercetus pergaduhan tersebut. Kalau boleh cuba fahamkan isteri tentang situasi yang dihadapi oleh suami. Contoh situasi tersebut seperti dimarahi bos, banyak kerja yang belum siap, kesesakkan lalu lintas, bebanan hutang dan sebagainya. Kalau boleh peluk manja kepada isteri ada setiap sesi penjelasan dan memohon maaf, ini membantu untuk menurunkan kemarahan isteri dan membantu untuk memberikan kefahaman kepada isteri atas sebab-sebab berlakunya pertengkaran.

Yang penting di sini, setiap perkara yang dihadapi oleh suami, jadikanlah isteri itu sebagai teman bercerita dan meluahkan segala kepayahan yang dialami. Situasi seperti ini akan memberikan motivasi dan dorongan kepada suami untuk keluar dari masalah tersebut dengan disokong oleh isteri.

Jangan sesekali ada konsep seperti “isteri perlu diajar dengan secukupnya, pukul isteri, pulau isteri” ini semua akan mendatangkan masalah lagi dalam rumahtangga, ingatlah kepada anak-anak ketika timbul masalah rumahtangga, ia juga dapat menenangkan diri kita dan sekaligus menurunkan kemarahan kita. Islam sangat melarang suami memukul isteri dan menengking isteri, kecuali nasihat suami atas perkara-perkara yang wajib tidak dilakukan oleh isteri barulah boleh dimarahi dan seterusnya dipukul isteri tanpa mencederakan isteri. Sebab pukulan itu adalah untuk mengajar isteri bahawa perbuatannya itu adalah salah.

Penutup

Jadikan isteri sebagai teman yang paling rapat dan disayangi, jadilah isteri kita sebagai tempat penyejuk hati dan penunjuk jalan jika kita menghadapi kesukaran. Suami juga perlu bijak mengurus rumahtangganya, kerana suami yang bijak dapat mengurus rumahtangganya dengan baik. Suami yang bijak juga adalah suami yang mempunyai akhlak yang baik dan tidak melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah dan sentiasa melakukan perkara yang disuruh oleh Allah. Keluarga yang baik adalah keluarga mawardah warahmat dan menganggap rumahnya seperti rumahku syurgaku.

Di Jalan Dakwah Kita Bernikah.


Assalamualaikum...



Segala pujian bagi Allah SWT yang memiliki seluruh isi langit dan bumi ini. Selawat dan salam buat penghulu kepada segala nabi dan rasul, Nabi Muhammad SAW.


Kebahagiaan di dunia merupakan impian semua manusia. Tidak kiralah sama ada kaum lelaki mahupun kaum perempuan. Tetapi mereka yang hanya mencari kebahagiaan di dunia semata-mata pasti akan menyesali dengan perbuatan tersebut kerana kebahagiaan yang hakiki ialah kebahagiaan di akhirat.


Antara kebahagiaan yang ingin dikecapi ialah memiliki keluarga yang bahagia. Ketahuilah bahawa keluarga yang soleh dan solehah itu bermula daripada titik pertemuan antara pasangan lelaki dan perempuan yang mengikut batasan syarak.


Ada di antara pasangan lelaki dan perempuan yang terpaksa bernikah akibat berlaku fitnah yang cukup hebat antara keduanya. Hakikatnya fitnah tersebut adalah berpunca daripada diri pasangan tersebut.


Kadang-kadang si lelaki mengambil kesempatan untuk keluar bersama-sama dengan pasangannya, akhirnya timbul fitnah.


Kadang-kadang si perempuan yang tidak dapat menahan rindu pada pasangannya bercerita tentang perkara yang tidak sepatutnya kepada kawan-kawan di sekeliling. Akhir sekali timbul fitnah.


Saya sebenarnya tidak ingin bahas panjang tentang keadaan yang berlaku pada pasangan-pasangan yang terpaksa bernikah akibat berlaku fitnah yang cukup dahsyat antara mereka. Tetapi apa yang ingin saya bincangkan di sini ialah batasan-batasan ataupun adab-adab pergaulan bagi mereka yang inginkan keluarga bahagia di masa hadapan.


Saya ingin bincangkan salah satu muamalah antara lelaki dan perempuan yang timbul keinginan untuk melansungkan pernikahan iaitu tentang bab pertunangan.





DEFINISI PERTUNANGAN

Keinginan seseorang untuk melakukan pernikahan kemudian meluahkannya kepada orang yang ingin dinikahinya.


(Perlu diingatkan bahawa, Islam mengharuskan seseorang untuk melamar


1. Perempuan dara yang masih belum dilamar orang
2. Perempuan janda yang sudah berakhir tempoh iddahnya. Perempuan janda yang saya maksudkan di sini ialah mereka yang dicerai atau kematian suami.


Terdapat beberapa jenis wanita yang dilarang untuk seseorang melamarnya iaitu

1. Perempuan yang menjadi mahram kepada si lelaki seperti kakaknya, ibunya dan lain-lain.
2. Perempuan dara yang sudah dilamar orang.
3. Perempuan janda yang masih berada dalam tempoh iddahnya.
4. Perempuan yang sudah bernikah dan suaminya masih hidup.
5. Perempuan yang sudah ditalak tiga. Perempuan ini haram dilamar kembali oleh suaminya yang menjatuhkan talak tiga kecuali setelah diceraikan oleh suaminya yang kedua dan tamat tempoh iddah.
6. Perempuan yang mempunyai pertalian darah dengan isterinya (masih hidup dan belum bercerai) seperti kakak ipar, adik ipar dan lain-lain.


Seseorang lelaki yang memiliki 4 orang isteri (poligami) diharamkan untuk melamar perempuan lain kerana lelaki hanya dibenarkan bernikah 4 sahaja pada satu-satu masa.)

(perasaan cemburu akibat poligami)



DALIL-DALIL BERKAITAN PERTUNANGAN

Sabda nabi Muhammad SAW kepada sahabat beliau iaitu Al-Mughirah bin Syu'bah ketika beliau melamar seorang perempuan "Lihatlah kepada perempuan tersebut. Sesungguhnya perbuatan itu akan menimbulkan perasaan kasih sayang dan satu hati antara kedua-duanya". Hadis diriwayatkan oleh Imam Tirmizi


Jika terlintas di hati seseorang untuk melamar perempuan, maka diharuskan untuk dia melihatnya (perempuan yang ingin dilamar). Hadis riwayat Abu Daud.




HUKUM-HUKUM YANG BERKAITAN DENGAN PERTUNANGAN


ADAKAH HARUS MELIHAT WAJAH WANITA YANG INGIN DINIKAHI?

Adalah sunat bagi seseorang lelaki untuk melihat wajah perempuan yang ingin dinikahinya sebelum melamar dan setelah berazam untuk bernikah walaupun tanpa mendapat keizinan daripada perempuan tersebut atau walinya. Hanya memadai dengan keizinan daripada hukum syarak.


Tetapi sekiranya tidak ada keinginan untuk bernikah, maka hukum melihat perempuan tanpa hajat adalah haram. Ini merupakan pendapat Imam Syafie Rahimahullah, Imam Ibnu Hajar Al-Haitami dan Al-Imam Ramli. Walaupun begitu lebih elok sekiranya seseorang itu meminta izin terlebih dahulu.


(Hal ini kerana sekiranya seseorang hanya dibenarkan melihat wajah perempuan setelah melamarnya, maka akan timbul kesulitan sekiranya perempuan tersebut tidak berkenan di hati. Begitu telitinya agama Islam sehingga dalam perkara sebegini sekalipun.)

(muslimah solehah idaman pejuang Allah)

Manakala Imam Maliki Rahimahullah pula berpendapat bahawa perlu mendapat keizinan perempuan tersebut untuk melihat wajahnya.


Lelaki hanya dibenarkan melihatnya sahaja tanpa menyetuh perempuan tersebut walaupun berlapik. Hukumnya adalah haram walaupun lelaki itu buta.


Agama Islam mengajar supaya si lelaki hanya berdiam diri sahaja sekiranya perempuan tersebut tidak berkenan di hati. Islam tidak menganjurkan untuk berkata "aku tidak berkenan padanya" kerana perkara tersebut akan menyakiti hati perempuan.


Agama Islam juga memberikan keharusan kepada seseorang lelaki untuk berulang kali memandang perempuan tersebut untuk mengetahui keadaan dirinya yang sebenar supaya tidak timbul penyesalan setelah bernikah. Hal ini kerana wajah seseorang wanita itu menggambarkan kecantikannya dan kedua-dua tangan perempuan itu menggambarkan kesuburan tubuhnya.


Hukum melihat ini bukan hanya disunatkan kepada lelaki sahaja bahkan ianya juga disunatkan kepada perempuan. Wanita juga berhak untuk mengetahui ciri-ciri bakal suami yang akan mengemudi bahtera hidupnya.


(Tetapi harus diingatkan bahawa, hukum melihat kepada perempuan atau kepada lelaki itu akan bertukar menjadi haram sekiranya perbuatan tersebut boleh menimbulkan fitnah. Hukumnya juga menjadi haram sekiranya pandangan tersebut merupakan pandangan syahwat walaupun selamat daripada fitnah. )


Saya harap pembaca mampu untuk membezakan antara berlakunya fitnah dan perkara yang menimbulkan syahwat.



ADAKAH HARUS SAYA KELUAR BERSAMA-SAMA DENGAN TUNANG SAYA UNTUK MEMBELI BARANG WALIMAH?

Tidak menjadi kesalahan bagi seseorang lelaki untuk keluar bersama-sama dengan wanita kerana ada hajat atau keperluan. Hajat yang saya maksudkan di sini ialah keperluan yang memestikan kedua-duanya keluar bersama.


Sebagai contoh seorang wanita memerlukan seorang lelaki yang dipercayai yakni thiqah untuk menemaninya keluar di waktu malam. Pada masa yang sama wanita tersebut tidak mempunyai mahram lelaki. Maka dalam perkara sedemikian dibenarkan oleh syarak.

(setelah bernikah tidak ada masalah untuk keluar bedua-duaan)


Sekiranya barang walimah yang hendak dibeli itu memerlukan kedua-duanya keluar bersama, maka hukumnya adalah harus. Tetapi harus dipastikan bahawa perkara tersebut tidak menimbulkan fitnah.


Oleh itu, saya menyarankan supaya si lelaki tersebut supaya tidak hanya keluar dengan tunangnya sahaja tetapi keluar bersama-sama dengan mahram kepada bakal isterinya tersebut seperti bakal mertuanya, bakal abang iparnya dan lain-lain. Perkara ini boleh mengelakkan daripada berlakunya fitnah.


Harus diingatkan bahawa, godaan syaitan kepada mereka yang sudah bertunang adalah lebih dahsyat daripada mereka yang belum bertunang. Oleh itu, demi memiliki keluarga yang bahagia di masa hadapan maka kita harus berwaspada dan mengikut batasan syarak berdasarkan ilmu dan kefahaman yang dipelajari daripada para alim ulamak.




BAGAIMANA FAHAMAN TENTANG "TUNANG BERMAKSUD KEIZINAN DARIPADA KEDUA-DUA BELAH KELUARGA UNTUK KELUAR BERSAMA" ?

Fahaman ini banyak berleluasa di kalangan pemuda dan pemudi. Mereka menganggap bahawa apabila sudah bertunang maka sudah diizinkan oleh keluarga untuk keluar bersama-sama.

Akad pertunangan bukanlah bermaksud akad pernikahan. Perempuan yang dilamar masih lagi ajnabi (bukan mahram) kepada si lelaki. Oleh itu haram kepada si lelaki memegang atau menyentuh kulit perempuan tersebut. Haram juga bagi lelaki tersebut memandang perempuan dengan perasaan syahwat.

Pada hakikatnya, terdapat beberapa hikmah di sebalik suruhan Islam dalam bab pertunangan. Islam menyuruh umatnya bertunang untuk memulakan hubungan ikatan antara kedua-duanya. Antara hikmah pertunangan ialah kedua-dua belah pihak keluarga saling kenal mengenal antara satu sama lain. Tetapi perkenalan ini tetap mempunyai batasan syarak.

Ada di kalangan masyarakat yang mengenepikan batasan syarak ini lalu melakukan perbuatan mengikut hawa nafsu bukan berlandaskan ilmu dan kefahaman.

Ada juga di kalangan masyarakat yang terlalu syadid sehingga mengenepikan hikmah pertunangan sebagai contoh si lelaki tidak dibenarkan melihat wajah dan mengenali keluarga si perempuan (tunangnya). Mereka menyangkakan bahawa perbuatan tersebut dipuji oleh syarak padahal inilah salah satu daripada fahaman salah yang perlu diperbetulkan.

Perhatikan Usul 'Asyrin ke-16 yang disebutkan oleh Al-Imam Hasan Al-Banna di dalam kitab Risalah Ta'lim

" Kebiasaan ( u'ruf ) yang salah tidak merubah hakikat lafaz - lafaz syariat bahkan wajib dipastikan batas makna yang dimaksudkan oleh lafaz - lafaz itu dan terhenti diatas pengertian yang dimaksudkan sahaja sebagaimana jua wajib berwaspada dari tertipu dengan perkataan - perkataan dalam semua bidang , dunia dan agama . ( Iktibar berdasarkan hakikat sesuatu yang dinamakan bukan pada nama )


Oleh itu, saya menyarankan kepada diri saya dan pembaca sekalian untuk beramal merdasarkan ilmu dan kefahaman yang diambil daripada para alim ulamak. Islam mengeji orang yang terlalu memudahkan urusan agama. Dan Islam juga mengutuk orang yang terlalu menyempitkan urusan agama.


Tetapi bersikaplah sederhana berdasarkan ilmu dan kefahaman kerana itu merupakan sikap yang terpuji di sisi syarak.


SUMBER:

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH

Shahrizan bin Mohd. Hazime
Presiden
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Pakatan Rakyat 2

Popular Posts

Mutiara Kata

"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu"

Khalifah Umar bin Khatab

Alexa Internet

There was an error in this gadget

Blog Archive