Berita Terbaru :

Jom Baca!!!

Followers

Ayyuha al-Syabab


"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.

Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

-hassan al-banna-

Friday, March 30, 2012

Perang Konstantinopel, betulkah?

Assalamualaikum. Semoga bermanfaat untuk semua. Sebagai seorang manusia, daku sayang padamu :-)

Gadis itu menyambung, “Tahukah tuan bahawa sains dan teknologi Islam telah membangkitkan era Pembaharuan Eropah? Sebelum itu kalangan agamawan Kristian melalui pegangan pihak gereja menganggap bahawa sains adalah suatu aliran sihir yang berunsur syaitan. Ini sejarah yang tiada siapa pun yang harus berasa tersinggung. Sejarah merakamkan bahawa ada ahli sains pada waktu itu dibunuh kerana mempunyai pendapat berbeza dengan pegangan gereja, walaupun itu adalah penemuan sains oleh cerdik pandai mereka.”


Sebuah kisah dalam nukilan. Sudikan untuk menelitinya di sini.

Kemungkaran Dalam Facebook




Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
 
1)   Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
 
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami  serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu  jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
 
2)  Terlebih gambar
 
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekatsangat dekat ( sehingga memenuhi  kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).  Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar,  si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang  sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3)  Penyamaran
 
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4)  Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar. 

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5)  Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
 
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a-      Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b-      Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c-      Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

    Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
    
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
3 Mei 2010

ps: Petikan ini dipetik daripada website zaharuddin.net


mr-tazkirah

Thursday, March 22, 2012

Seorang Isteri Yang Tidak Bekerja


Assalamualaikum Wbr.


Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira..

Kiriman Sahabat
Panglima7

Wednesday, March 21, 2012

DIMANA SILAP KITA BILA SETIAP 17 MINIT LAHIR ANAK LUAR NIKAH?


 
Sedarkah anda.
Di Malaysia... Satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!...ini adalah salah satu petanda akhir zaman iaitu zina bermaharaja lela...
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa ca...tatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari.
Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.
Pecahan mengikut negeri: Selangor = 12,836 orang Perak = 9,788 orang Kuala Lumpur = 9,439 orang Johor = 8,920 orang Sabah = 8,435 orang Negeri Sembilan = 4,108 orang Pahang = 3,677 orang Kedah = 3,496 orang Pulau Pinang = 3,412 orang Melaka = 2,707 orang Kelantan = 1730 orang Perlis = 691 orang Sarawak = 617 orang Terengganu = 574 orang JUMLAH = 70,430 orang.
Dimana silap kita sebenarnya??

Tuesday, March 20, 2012

Refleksi Gila Kuasa Umno Kelantan !! - Oleh WAN NIK WAN YUSSOF




Pada 25 Februari lalu lepas “Majlis Tindakan Rakyat Kelantan dan Gerakan Tukar Kerajaan
PAhttp://ohazizah.com/wp-content/uploads/2011/04/Kelantan.pngS

Kelantan Demi Rakyat di Kota Bharu berhimpun mendesak tukar Kerajaan Negeri Kelantan alasan pengurusan air dan sebagainya.


Tahun lalu (16 Mei 2011) telah juga ada upacara penyerahan memorandum yang didalangi ketua pemuda Umno Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim atas isu ladang rakyat.



Pada 26 Februari pula Gerakan Tukar itu turut menyerahkan memorandum menuntut 22 perkara ditunaikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz.


Ia turut mengingatkan pula kepada satu lagi perhimpunan (1 Disember 2009) di depan pagar masuk Kota Darulnaim kerana yang meluah perasaan marah juak Umno menggunakan nama NGO Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan kerana marah kepada Tuan Guru Menteri Besar yang mendoakan agar Datuk Serti Mohd Najib melunaskan tuntutan royalti peteroleum kepada Kelantan.


Rejim Umno


Kesemuanya menggambarkan keghairahan rejim Umno untuk merampas kuasa Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS hasil mandat rakyat sejak 1990.


Namun keghairahan itu secara bandingannya tidaklah sehebat rakyat Mesir yang ingin gulingkan rejim Hosni Mubarak. Ini kerana landasan isu dan tuntutan antara Umno Kelantan dengan rakyat Mesir amat berbeza.


Paling berbeza, rejim Hosni Mubarak adalah pendokong Parti Demokratik Kebangsaan (Al-Hizbul Al-Watani) melaksanakan ketidakadilan ketara terhadap rakyat Mesir.


Sementara majoriti rakyat yang mendesak pengunduran rejim itu ialah para pengundi parti yang berlatarbelakangkan Islam, iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan (Al-Hurriyah wal 'Adalah/Freedom and Justice Party – FJP) dan Parti Salafi Al-Nour.


PAS di Kelantan yang mentadbir negeri tidaklah seperti rejim Mubarak yang menzalimi rakyat, kerana PAS adalah parti Islam.


Begitu pula, pihak Umno di Kelantan tidaklah seumpama FJP yang dinaungi Ikhwanul Muslimun (Ikhwan Muslimin), kerana Umno partinya berteraskan kebangsaan seperti parti rejim Mubarak yang memiliki Al-Hizbul Al-Watani.


Ikhwan bukan seperti Umno


Ikhwan Muslimin adalah satu gerakan politik dan dakwah di Mesir. Namun, gerakannya ditolak oleh Raja Farouk dan Jamal Abdul Nasir serta penguasa Mesir selepasnya, terakhirnya ialah Hosni Mubarak.


Sehinggalah berlakunya kebangkitan anak muda Mesir yang berhimpun di Dataran Tahrir menuntut kebenaran atas hak yang mewakili majoriti rakyat Mesir. Kesannya, suatu pilihan raya telah diadakan dan peranan Ikhwan Muslimin telah terserlah.


Ikhwan Muslimin sebelum itu telah mengadakan perikatan dengan parti politik, iaitu melalui FJP. Keputusan selepas tiga pusingan ialah Ikhwan Muslimin menerusi FJP telah memenangi 38 peratus atau 235 daripada 498 kerusi di parlimen.


Diikuti dengan Parti Salafi Al-Nour di tempat kedua sebanyak 29 peratus atau 121 kerusi Parti Wafd meraih 36 kerusi dan Parti Blok Gabungan Mesir mendapat 33 kerusi. Ini bermakna, dua parti Islam (FJP dan Salafi) telah menguasai 67 peratus kerusi atau menguasai lebih dua pertiga kerusi parlimen.


Kenapa FJP mendapat mandat terbesar antara lain kerana FJP merupakan bayangan politik-dakwah Ikhwan Muslimin yang komited dengan agenda perjuangan memartabatkan Islam.


Sementara pendekatan yang menggandingkan cendikiawan dan ulama telah mematangkan kepimpinan untuk menduduki birokrasi pemerintahan Mesir.


Justeru FJP menjadi popular dalam pilihan raya Mesir yang diadakan ketika rakyat dahagakan penyelesaian tekanan sosial dan ekonomi akibat rejim penguasa yang tidak bertanggungjawab. Rasionalnya rakyat Mesir menolak rejim yang tidak bertanggungjawab itu.


Umno dalang


Realiti ini sudah tentu berbeza sama sekali dengan apa yang dilihat terhadap rejim Umno di Kelantan. Lantaran Umno telah mendera rakyat Kelantan dengan pelbagai karenah amalan federalisme, menafikan royalti petroleum, memburukkan maruah rakyat Kelantan dengan imej miskin dan mundur serta pelbagai serangan saraf menerusi media massa saban hari.


Justeru di manakah rasional bagi Umno untuk merampas Kelantan sehingga ada satu gerakan tukar ynag menghasut rakyat untuk menukar Kerajaan Membangun Bersama Islam?


Maka sudah terang lagi bersuluh misi gerakan menghasut yang dikenali sebagai Tukar itu ialah “tukar Kerajaan PAS Kelantan” dan motonya pula “acu test sepenggal” adalah suatu refleksi kekecewaan sejak lima kali pilihan raya lepas.


Apa yang nyata, ia satu gerakan yang Umno Kelantan adalah dalang, kerana kempennya turut dihadiri pemimpin parti kebangsaan itu (foto di sebelah). Timbalan Pengerusi Umno Kelantan dan Setiausahanya antara yang hadir majlis pelancaran Tukar.


Justeru ia bukan NGO yang mewakili rakyat, kerana Pengerusi TUKAR, Kamarudin Mohd Kasim dikatakan salah seorang setiausaha biro dalam organisasi Umno.

Rakyat perlu rasional

Apa pun rakyat Kelantan harus bertindak rasional dan tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai kempen yang memburuk prestasi baik Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan ulama, Tuan Guru Nik Abdul Aziz.


Justeru wakjar sekali rakyat menjawab dengan bijak semua persoalan: Apakah Kerajaan Negeri Kelantan sudah tidak bertanggungjawab seumpama rejim penguasa Mesir yang dibenci oleh majoriti rakyat?

Apakah Umno yang menjadi payung Tukar itu menjanjikan yang terbaik selari dengan prinsip perjuangan seumpama Ikhwan Muslimin di Mesir?

Sejauh mana pula, pemimpin yang menaungi Tukar itu mempunyai wawasan Islam seumpama cendikiawan dan ulama yang memimpin parti FJP yang mesra Ikhwan Muslimin?


Jawabnya, Umno sang penguasa yang sudah setengah abad perlu ditolak di Kelantan hatta di peringkat Pusat dalam pilihan raya akan datang.


Justeru apa yang dibangkitkan tentang kelemahan termasuk kekuatan kepimpinan ulama di Kelantan hari ini, ia suatu bukti keagungan tamadun yang telah dicipta oleh rakyat Kelantan bersama PAS sejak 22 tahun lalu.


Ia juga suatu keunikan sejarah politik-dakwah yang ditakdirkan Allah SWT telah berlaku di Kelantan. Justeru ia bukan sesuatau yang mendera rakyat sebaliknya membahagiakan semua lapisan warga Kelantan.


Semoga Kelantan terus aman dengan amalan berkebajikan, kesejahteraan dan keharmonian selari dengan kehendak Islam.



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Ni Dia Bukti Kezaliman PTPTN.Melampau Sungguh




Ini adalah sebab utama peminjam PTPTN mendesak kos pentadbiran PTPTN dihapuskan. Kos pentadbiran yang dikenakan amatlah membebankan.

Inilah bukti PTPTN telah menzalimi para peminjam.

Inilah kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan malaysia kita nih.Ini bukannya membantu tapi membebankan pelajar lagi adalaaa...melampau sungguh kos pentadbiran sampai berbelas-belas ribu.Diharapkan rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan ke atas memorandum yang telah disampaikan kepada Datuk Seri Najib dengan menekan LIKE pada posting di bawah.

http://www.facebook.com/najibrazak/posts/10150597109265952

Tarik pinjaman pelajar: SMM rancang turun ke jalanan


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tidak menolak akan turun ke jalanan bagi membantah tindakan kerajaan negeri Terengganu yang menarik balik pemberian pinjaman kepada enam anak negeri itu yang belajar di Mesir selepas didapati terlibat dalam perhimpunan di ibu negara tahun lalu.

Menurut pengerusinya, Ahmad Syukri Ab Razab tindakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said itu adalah bercanggah dengan prinsip hak asasi yang menjadi teras dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Selain bercanggah dengan prinsip Hak Asasi, sikap yang diambil oleh kerajaan negeri Terengganu ini juga dilihat mengetepikan toleransi sesebuah kerajaan negeri terhadap mahasiswa.

“Tindakan membatalkan pinjaman merupakan hukuman yang sangat menganiaya mahasiswa apatah lagi mahasiswa yang menuntut di luar negara.

“Hukuman ini sudah semestinya merencatkan kos sara hidup dan sudah pasti akan menganggu proses penganjian mahasiswa yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Ahmad Said (kanan) berkata, tindakan menarik balik pinjaman itu dibuat selepas kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan penjelasan pelajar terbabit ketika menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan.

"Kita biayai mereka untuk pergi belajar, bukannya untuk terlibat dengan demonstrasi atau perkara yang tidak diingini," katanya.

Keenam-enam pelajar berkenaan didapati terbabit dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu dan perhimpunan membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) awal tahun ini.

Ketinggalan zaman

Menurut Ahmad Said, beliau berharap tindakan itu akan menjadi pengajaran kepada pelajar lain agar tidak terbabit dengan kegiatan tidak sepatutnya.

Walau bagaimanapun Ahmad Syukri berpendapat kenyataan menteri besar Terengganu itu sebagai sikap ketinggalan zaman dan juga memperlihatkan kaedah pemerintahan kerajaan negeri Terengganu yang terlalu sempit dan tertutup.

“Datuk Seri Ahmad Said perlu sedar bahawa sistem hukuman yang melampaui hak asasi ini semakin ditolak masyarakat.

“Ini dibuktikan apabila Perdana Menteri Malaysia juga sejak akhir-akhir ini telah membuat keputusan untuk memansuhkan beberapa akta rimba seperti pemansuhan ISA dan pindaan AUKU.

“Sesebuah kerajaan sama ada di peringkat pusat ataupun negeri seharusnya bersifat lebih terbuka dalam melayani hak demokrasi yang dimiliki setiap rakyat. Hal ini penting bagi membolehkan sesebuah kerajaan berkembang dengan lebih pesat apabila setiap rakyat dibenarkan untuk bersuara dan mengkritik tanpa intimidasi daripada pihak pemerintah.

Sambil meminta menteri besar Umno itu, bertindak lebih profesional, SMM juga menuntut Ahmad Said memisahkan sentimen politik dan seterusnya membuat keputusan yang lebih adil.

“Sekiranya sifat ketinggalan zaman ini dikekalkan, maka tidak keterlaluan sekiranya mahasiswa sifatkan bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Ahmad Said akan ditolak rakyat dalam pilihan raya yang akan datang.

“SMM juga tidak akan teragak-agak untuk melancarkan protes terhadap terhadap Kerajaan negeri Terengganu sekiranya Datuk Seri Ahmad Said tetap berkeras dengan hukuman yang telah dikenakan,” katanya mengakhiri kenyataan media itu. - Malaysiakini

* Tindakan Ahmad Said dilihat seperti mengishtihar 'perang' terhadap mahasiswa...

Monday, March 19, 2012

[KEJAM -Video/Gambar] Mereka DITEMBAK Sejurus Gambar Ini Dirakam....




Menurut jurugambar tentera AS, Ronald L. Haeberle yang mengikuti misi tentera AS menghapuskan anggota Vietcong di Kampung My Lai, Vietnam, wanita dan kanak-kanak yang terpancar di wajah mereka rasa takut yang teramat sangat ini ditembak mati tanpa perikemanusiaan sejurus gambar tersebut dirakam. Tembakan bertubi-tubi itu membunuh kesemua wanita dan kanak-kanak yang tidak berdaya itu.

Itulah antara kekejaman tentera AS yang sebelum ini cuba ditutup, namun terbongkar dan dikecam oleh pelbagai pihak di seluruh dunia. Dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai itu, dianggarkan lebih 500 penduduk kampung yang kebanyakannya orang tua, wanita, kanak-kanak, dan bayi dibunuh dengan kejam oleh tentera AS daripada Kompeni Charlie Batalion Pertama Regimen Infantri Ke-20 dan Briged ke-11 tentera AS.

 Menurut saksi kejadian, ada penduduk kampung yang didera secara seksual dan dicederakan dengan senjata tajam sebelum ditembak mati. Wanita, kanak-kanak, dan orang tua yang tinggal nyawa-nyawa ikan ditembak berkali-kali bagi memastikan mereka benar-benar mati. Mayat-mayat penduduk kemudiannya dibakar untuk melupuskan bukti kekejaman tentera AS.

Menurut Wiki, pada malam sebelum serangan itu, Kapten Ernest Medina memberitahu pasukannya bahawa penduduk Kampung My Lai akan meninggalkan rumah untuk ke pasar pada pukul 7:00 pagi. Mana-mana penduduk yang masih tinggal di rumah adalah ahli Vietcong atau orang yang bersimpati kepada Vietcong. Ketika sesi taklimat itu, ada yang bertanya sama ada perintah itu termasuk membunuh wanita dan kanak-kanak. Mereka yang hadir kemudian memberikan pengakuan yang berbeza-beza tentang respons Medina. Biar apa pun lebih 500 penduduk yang tidak berdosa mati dibunuh tentera AS yang diketuai oleh Leftenan William Calley pada pagi 16 Mac 1968.

 
 Setelah menerima kecaman yang hebat dari serata dunia, AS mengambil keputusan untuk menyiasat kes ini. Hasilnya, 26 orang tentera AS disiasat atas kesalahan jenayah yang dilakukan oleh mereka di My Lai. Namun hanya Leftenan William Calley, ketua platun dalam Kompeni Charlie, telah disabitkan bersalah. Dia yang didapati bersalah membunuh 22 penduduk kampung telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Yang amat mengejutkan apabila hukuman tersebut telah diringankan dan ketua pasukan pembunuh ini hanya menjalani tahanan rumah selama 3 tahun setengah. Puluhan askar dan pegawai tertinggi yang turut terlibat tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang. - DCM



Lebih 40 tahun selepas pembunuhan kejam di My Lai, William Calley yang telah disabitkan bersalah kerana peranannya dalam pembunuhan itu telah memohon maaf secara terbuka. Semasa memperkatakan kejadian itu, selain memohon maaf dan menyatakan rasa kesalnya, Calley mendakwa tindakannya pada waktu itu berdasarkan arahan yang telah diberikan kepadanya. 




Gambar: Ronald L. Haeberle

Hari ini AS masih membunuh orang yang tidak berdosa di Afghanistan, di Iraq...di....

Celaka Amerika Syarikat!

Semua Wanita di Penjara Bashar Al-assad telah diperkosa


Aktivis Syria, Hadeel Bashaar Kuki yang keluar dari penjara baru-baru ini menyatakan, para tahanan di penjara-penjara Assad mengalami tindakan penyiksaan dan perkosaan.
Kuki sendiri telah memberikan kesaksiannya di hadapan Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva untuk tempoh penahanannya di penjara Aleppo, dan membantah tuntutan regim Syria bahawa pertengkaran di Syria melibatkan Al-Qaeda. Ia menekankan bahawa semua warga Syria - termasuk Kristian dan Alawi - mengalami amalan penyiksaan yang mengerikan yang dilakukan oleh pasukan

Dia menekankan bahawa semua wanita yang ditangkap oleh pasukan Assad mengalami tindakan penyiksaan dan perkosaan, namun banyak dari mereka yang tidak berani mengumumkan secara terbuka apa yang telah mereka alami selama di tahanan.

Dia mencatat bahawa teknik penyiksaan terhadap para tahanan berbeza. Ada yang diseksa dengan elektrik, atau apa yang dikenali sebagai "Carpet of the Wind", dan teknik penyiksanaan dengan cara memukul kaki para tahanan sampai cedera parah dan kemudiannya melemparkan mereka ke dalam bekas yang diisi dengan air dan garam.

-tranungkite-

Sunday, March 18, 2012

Kuasa beli rakyat Kelantan antara tertinggi di Asia



Pengerusi Richhworks Group of Companies Dr Azizan Osman (gambar) berkata kuasa beli rakyat Kelantan  adalah antara yang tertinggi di Asia.

Ini berdasarkan kepada rekod dan ‘top sale’ pada supermarket yang ada di negeri ini. Justeru beliau mengagumi kuasa beli rakyat negeri ini.

“Setahu saya, kuasa beli di sini sangat hebat. Dan Kelantan adalah antara yang tertinggi di Asia, berdasarkan rekod dan ‘top sale’.

“Banyak rekod hypermarket di sini menunjukkan kuasa beli rakyat tertinggi di Asia," kata beliau
ketika bercakap kepada pemberita pada Klinik Usahawan Dr Azizan Osman - Seminar Marketing Power  (SMP) 2012 di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini tengahari tadi.

Seminar bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tenghari itu bertujuan mempertingkat,  mengubah diri usahawan dan perniagaan mereka melalui perkongsian pakar dalam pemasaran.

Peserta seminar (usahawan) diajar tentang strategi pemasaran berkesan dalam meningkatkan pendapatan sehingga 400 peratus selain potensi kekayaan dan kejayaan tanpa mengira jenis perniagaan.

Turut hadir peguam, doktor perubatan, doktor rawatan alternatif, jurutera, perunding hartanah, perunding kewangan dan insurans selain pendidik dan penjawat awam.

Sejak dilancarkan 11 Februari lalau di Kuala Lumpur, hingga kini lebih 18,000 peserta menghadiri Klinik Usahawan tersebut,Azizan berkata potensi usawahan Kelantan adalah sangat luar biasa.

“Sebab itu saya berada di sini , dan saya juga kenal banyak pengilang di sini, yang boleh ‘dibawa keluar’," katanya.
Beliau berkata masyarakat muslim di negeri ini berpotensi untuk meningkat lebih jauh dalam perniagaan, bahkan  mereka mempunyai produk yang baik untuk dibawa keluar daripada Kelantan.
Justeru selepas mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, syarikatnya memilih Kelantan untuk ‘berkolabrasi’ (collaboration) bersama usahawan muslim di sini dengan memberi input lebih banyak.
“Terutama di Kelantan, ramai usahawan Melayu muslim.
“Jadi kita nak cari jalan supaya kita boleh bagi input dan support lebih banyak supaya mereka boleh ‘bawa keluar’ produk atau perkhidmatan mereka.  Itulah misi dan ‘usahasama’ kita," katanya.
Dr Azizan berkata barangan dan produk Islam adalah baik tetapi mestilah (usahawan) mengetahui teknik pemasarannya.
“Orang kita banyak produk yang bagus, tetapi tidak diuar-uarkan, tidak dipromosikan dengan baik," ujarnya.Hrkh

Thursday, March 15, 2012

Saya Orang Pertama Sokong Hudud Jika Dilaksanakan-Malek Nor



 
(Malek Nor dan Aziz Desa dalam sessi sembang petang di KTC)
 
Kerajaan diminta mengkaji semula undang-undang yang ada termasuk menimbang untuk melaksanakan hukum hudud khususnya berhubung jenayah memandangkan hukuman yang dikenakan terhadap ‘pendera’ kanak-kanak begitu ringan.

Bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor, berkata sekiranya kerajaan ingin melaksanakan hukuman hudud beliau adalah orang pertama yang akan menyokongnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis sembang petang bersama Datuk Malek Nor sempena Pekan Buku anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pusataka Wilayah Timur, Kelantan Trade Canter (KTC) dan Buroqoil.

Sembang Petang itu dikendalikan Ketua Pegawai Operasinya, Aziz Desa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataannya dalam ucapan sembangnya diawal majlis yang mengutuk kekejaman manusia mendera kanak-kanak termasuk ibubapa sendiri yang mencampak anak dari bangunan yang tinggi.

Ketika mengulas penderaan kanak-kanak, beliau tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir.

Malek seterusnya berkata, kerana undang-undang yang ada dalam negara begitu longgar menyebabkan pesalah termasuk orang lain tidak pernah berasa insaf dengan hukuman yang dikenakan.

“Setakat hukuman setahun, dua tahun kemudian lepas, tidak akan menginsafkan mereka.

“Andainya kerajaan berhasrat untuk melaksanakan hukuman hudud, saya adalah orang pertama yang akan menyokongnya kerana yakin hanya syariat Allah yang dapat mendidik manusia,”ujarnya.

Turut hadir pada program khas yang dianjurkan untuknya adalah isteri beliau, Datin Wan Asma Wan Ismail.

Pasangan pengantin ini melangsungkan perhakwinan mereka di Kota Bharu pada 12 Mac lalu dan majlis repsepsinya berlangsung di Hotel Renaissance yang turut dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri.

Katanya lagi, begitu juga hukuman yang dikenakan ke atas mat rempit yang dianggapnya begitu longgar menyebabkan golongan terbabit tidak pernah insaf untuk berhenti.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu berharap Kelantan akan sentiasa dirahmati disamping mengharapkan negeri itu menjadi yang terbaik di negara ini.

“Hasrat saya untuk melihat negeri ini menjadi contoh pada negeri-negeri lain di negara ini kerana keistimewaannya yang tersendiri khususnya penerapan Islam,”ujarnya.
 
sumber: Kerengga

Wednesday, March 14, 2012

Subhanallah, baru 5 tahun kanak-kanak ini sudah menjadi Imam


Subhanallah, Baru 5 Tahun Anak Ajaib ini Sudah Menjadi Imam 
 
Usianya masih sekitar lima tahun. Namun, kemampuannya dalam menghafal dan menguasai Al-Quran tak perlu diragui.

Umat ​​Islam di sekitarnya menjadikannya imam solat, kerana ilmu yang dikuasainya. Subhanallah, bacaan Alqurannya begitu fasih.

Fenomena ini mengingatkan kita pada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

Amr ibn Salamah berkata, "Suatu ketika Nabi SAW bersabda, 'Jika waktu solat tiba, hendaknya ada di antara kamu yang melakukan azan. Lalu yang paling banyak bacaan Al Qur'annya hendaknya diangkat menjadi imam.' Mereka melihat tidak ada yang bacaan Alqurannya melebihi diriku. Maka aku diangkat sebagai imam, padahal aku masih enam atau tujuh tahun. "(HR Bukhari).
 
sumber:Detik Islam

[Sadis&Tragis] Dirang Dicekik, Dibakar, Semuanya Kerana...


Motif Dendam


[HM] KUALA LUMPUR: Polis tidak menolak kemungkinan dendam peribadi terhadap keluarga Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang menjadi motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, setakat ini, empat suspek termasuk tiga ditahan beberapa jam selepas laporan kehilangan Nur Nadirah dibuat neneknya pada 1 Mac lalu.

Katanya, suspek keempat yang juga bapa Dirang ditahan beberapa hari lalu.

“Bantuan segera daripada masyarakat membolehkan polis menangkap tiga suspek beberapa jam selepas laporan kehilangan Dirang dibuat. Suspek keempat ditahan beberapa hari kemudian. Dengan empat penangkapan ini, kami percaya polis berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan kes ini.

“Kami menyiasat dari semua sudut untuk memastikan motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kanak-kanak ini dapat dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan yang dibuat dalam facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Katanya, polis juga ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang membantu polis dalam kes ini, terutama dalam memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek dan penemuan mayat.


“Sekali lagi pihak polis mengingatkan ibu bapa untuk mengawasi anak mereka terutama yang masih kecil pada setiap masa dan tidak meninggalkan mereka tanpa pengawasan,” katanya.

Dirang Dibunuh dan Dibakar pada Hari Hilang
Milnah (baju putih) bersama ahli keluarga sedih melihat lubang tempat mayat Dirang (gambar kecil) dibakar di Nusa Damai, Masai, Johor Bahru semalam.
 
[Kosmo] JOHOR BAHRU: Nyawa Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini.

Satu sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, 5, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.

Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar.

Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.

“Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac,” kata sumber itu.

sumber:  DCM

Tuesday, March 13, 2012

SURUH TGNA LETAK JAWATAN!!! Farhana Jamaludin tiba-tiba bertukar imej jadi Ustazah Celop UMNO


Setelah Menyamakan Tok Guru Nik Aziz Dengan Ayah Pin, Semalam Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin Menggesa TG Nik Aziz Mencontohi Shahrizat Jalil Letak Jawatan.

Buat Apa Nak Suruh Nik Aziz Letak Jawatan? Kerana Takut UMNO Tak Dapat Rampas Kelantan?

Atau Cuba Alihkan Isu Skandal Lembu... Kut Yer Pun Nak Ampu Agak-Agaklah...

Shahrizat Memang Jelas Dengan Skandal Yang Tercalit Berhubung Pecah Amanah Suaminya. Memang Wajar Dia Letak Jawatan.

Dan, Ulama Yang Perjuangkan Islam Takkan Penat Untuk Berhenti Memperjuangkan Agamanya. Itu Beza TG Nik Aziz Dengan Shahrizat Jalil.

Sehingga Hari Ini TG Nik Aziz Nik Mat Tidak Pernah Terlibat Dengan Salahlaku Sepanjang Menjadi MB Kelantan. Kes menantunya pun dah disahkan SPRM tiada unsur rasuah.Janganlah Hanya Pandai "Berlakon" Mengaburi Mata Orang Ramai Wahai Farahana.

Mencari VS Menjadi

 

"Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.

"Åna memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya? Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga?

Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan. .

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ÁÊtu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Pakatan Rakyat 2

Popular Posts

Mutiara Kata

"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu"

Khalifah Umar bin Khatab

Alexa Internet

There was an error in this gadget

Blog Archive