Berita Terbaru :

Jom Baca!!!

Followers

Ayyuha al-Syabab


"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.

Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

-hassan al-banna-

Thursday, June 28, 2012

Misteri Dajjal Hampir Terbongkar Pada 1901


Muhammad Isa Dawud bukanlah orang pertama yang mempercayai bahawa Dajjal (Antichrist) merupakan perancang utama terhadap konspirasi Yahudi. Setiap apa yang dilakukan oleh Yahudi dalam gerak kerja mereka sejak dari zaman Nabi Musa as hinggalah sekarang dipercayai dipengaruhi oleh seseorang yang amat berkuasa. 
Muhammad Isa Dawud mula memperkenalkan teorinya tentang Dajjal mengatur segala konspirasi dunia pada tahun 1996. Teorinya itu diperkenalkan di dalam buku kontroversinya yang bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda”. Buku ini adalah terbitan Darul al-Basyir, Kaherah dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Pustaka Hidayah (Indonesia) danPustaka Syuhada (Malaysia).
|Prof. Sergius A. Nilus|

Namun demikian, 95 tahun sebelum Isa Dawud menulis buku tentang Dajjal, terdapat seorang cendekiawan dari Russia yang telah pun mengesyaki bahawa Dajjal adalah perancang utama konspirasi Yahudi. Cendekiwan yang sedar ini bernama Prof. Sergius A. Nilus yang hidup sezaman dengan Henry Ford ketika itu. 

HASIL KERJA PROF. NILUS 

Prof. Nilus menerbitkan buku yang bertajuk “The Great Within the Small” yang diterbitkan pada 1901 dalam bahasa Rusia. Hasil kerja Prof Nilus telah dibawa keluar dari Rusia oleh seorang rakannya yang bernama G. Butmi untuk disebarkan kepada masyarakat dunia. Senaskah daripadanya berjaya disimpan diMuzium British pada 10 Ogos 1906. 
|Dr. Theoder Herzl, Pengasas Pertubuhan Zionist Antarabangsa|

Buku karangan Prof. Nilus mengandungi himpunan-himpunan Protokol Pertubuhan Zionis yang mana pada zaman itu, organisasi Zionis masih dipimpin oleh pengasasnya iaitu Dr Theoder Herzl. Apa yang mengejutkan ialah Prof. Nilus berjaya membawa keluar minit-minit mesyuarat kongres Zionis di Bassel yang diadakan paa tahun 1897.

Amat dipercayai bahawa, maklumat-maklumat yang dimiliki oleh Prof. Nilus adalah hasil kerjasamanya dengan seorang perisik Rusia yang bernama Miss Glinka. Beliau (Glinka) telah mengupah seorang pencuri yang bernama Joseph Schorstuntuk mencuri dokumen-dokumen mesyuarat Zionis selepas kongress Zionis itu berlangsung. Sebenarnya Schorst juga seorang Yahudi tetapi dia tidak terikat dengan ideologi ekstrim Yahudi Zionist. Apa yang diketahui ialah Schorst adalah salah seorang ahli Mizrain Lodge di Paris. 
|Kongress Zionist di Basel|

Dipercayai juga bahawa, rakan Prof. Nilus iaitu Prof. Philip P. Stephanov juga memiliki dokumen protokol Yahudi itu. Stephanov telah mencetak dokumen tersebut lebih awal secara persendirian pada tahun 1897. Kemudian pada 1901, barulah Prof. Nilus menerbitkan dokumen tersebut dalam buku kontroversinya yang bertajuk “The Great Within the Small”. Bezanya ialah, dokumen protokol Yahudi yang diterbitkan oleh Prof. Nilus mengandungi ulasan-ulasan yang mistirius dan hanya dapat difahami oleh masyarakat Islam sedangkan beliau berada di Rusia ketika itu bukannya di negara Arab.

Pada Januari 1917, Nilus menerbitkan edisi kedua, tetapi tidak sempat kerana tercetusnya Revolusi Rusia pada Mac 1917. Perampas kuasa ketika itu,Kerenski (berbangsa Yahudi) telah mengarahkan Prof. Nilus ditangkap. Beliau dipenjarakan dan diseksa, malahan semua hasil karangannya dihapuskan. Ramai pengkaji mempercayai Kerenski adalah salah seorang ahli pertubuhan Yahudi sama ada Zionis atau Freemason. 
|Rejim Kerenski yang berjaya menguasai Rusia 1917|

Dengan kuasa tuhan, beberapa naskah Prof. Nilus berjaya di selamatkan dan diterbitkan di Jerman pada 1919, di Perancis dan Amerika pada 1920 dan di beberapa negara lain iaitu Arab, Itali dan Jepun. 

ULASAN ANEH PROF. NILUS MENGENAI RAJA YAHUDI 

Berikut di bawah ini adalah ulasan-ulasan aneh Prof. Nilus yang mana saya pecaya Muhammad Isa Dawud bukanlah orang pertama yang mengesyaki Dajjal sebagai perancang utama. Atau pun, Muhammad Isa Dawud sendiri telah mendapat ilham dari hasil ulasan Prof. Nilus. Wallahualam… 

ULASAN PROF. NILUS DALAM BUKUNYA "THE GREAT WITHIN THE SMALL"



“….sudah hampir empat tahun Protokol-Protokol Para Ilmuwan Zionis ini berada di dalam simpanan saya. Hanya Tuhan sajalah yang mengetahui, betapa saya telah berusaha untuk membawanya ke pengetahuan ramai – tetapi sia-sia – malah untuk memberikan amaran kepada mereka yang berkuasa, dengan mendedahkan punca-punca keributan yang melanda Rusia yang seolah-olah bersikap tidak acuh…..”

“…..hanya sekarang, apabila saya khuatir ianya mungkin sudah terlambat, saya telah berjaya menerbitkan hasil kerja saya ini, dengan harapan ia dapat memberi amaran kepada mereka yang masih mempunyai telinga untuk mendengar dan mata untuk melihat.”

“…seseorang itu tidak dapat meragui lagi bahawa kemenangan kerajaan Raja Israel dicapai setelah dunia mengalami kemorosotan samalah seperti kuasa Syaitan, dengan kuasa dan sifatnya yang menggerunkan; Raja yang dilahirkan dari keturunan Zionis (Yahudi) iaitu AntiChrist (Dajjal) – makin hampir untuk menduduki takhta empayar sejagat (masyarakat dunia)….”

“….peristiwa-peristiwa dicetuskan dalam jangkamasa yang pantas di dunia: perkelahian, peperangan, kebuluran, khabar angin, wabak penyakit, gempa bumi – kesemuanya yang kelihatan mustahil sebelumnya, pada hari ini menjadi kenyataan…..Seseorang itu mungkin tidak terfikir hari-hari berlalu terlau pantas untuk menyegerakan matlamat insan pilihan (Dajjal).”

“….di sanubari saya, saya dapat merasakan bahawa masanya telah tiba untuk mengadakan Majlis Oecumenical ke-8 yang akan menyatukan pastor dan wakil-wakil semua umat kristian. Semua perbalahan sekular dan perpecahan akan dilupakan bagi menyiapkan diri untuk menentang ancaman AntiChrist (Dajjal) yang mendatang.”


Prof. Nilus seorang yang berpegang teguh kepada ajaran Kristian dan beliau tidak meragui bahawa Dajjal (AntiChrist) itu wujud dan ada bersembunyi di suatu tempat rahsia. Saya juga percaya bahawa Prof. Nilus mengetahui semua perancangan rahsia Yahudi Zionis adalah diatur oleh Dajjal sendiri yang memberikan maklumat dari suatu tempat lain yang rahsia dan misteri.
Dan kemudian sehinggalah pada 1996, Muhammad Isa Dawud memecahkan kebuntuan Prof. Nilus (walaupun tidak disebut dalam karyanya) tentang tempat perancangan Dajjal tersebut. Muhammad Isa Dawud dengan hujah-hujahnya yang tersendiri dengan yakin menyatakan Dajjal sedang bersembunyi di Segitiga Bermuda.
Pembaca-pembaca yang telah membaca buku Muhammad Isa Dawud yang bertajuk, “Dajjal akan Muncul….” juga harus ingat bahawa Muhammad Isa Dawud ada menulis dalam bukunya seperti berikut, “….Dajjal melalui agen-agennya….” Perkataan tersebut diulang berkali-kali seolah-olah ingin memberitahu kita bahawa ada manusia-manusia Yahudi yang mengetahui Raja mereka sedang bersembunyi di suatu tempat yang misterius dan hanya menunggu masa untuk keluar.

Dengan terbitnya buku Muhammad Isa Dawud tentang Dajjal dipasaran, ia telah merungkai dan membuktikan kebenaran beberapa ulasan-ulasan penyiasat konspirasi Dajjal sebelumnya seperti Henry Ford, Victor E. Marshden dan Prof Nilus sendiri.

Namun begitu, kesemua hipotesis-hipotesis di atas sangat abstrak untuk difikirkan secara logik oleh kebanyakan masyrakat. Oleh itu, terpulanglah kepada kebijaksanaan kita untuk menilai dan mencari maklumat yang sebenarnya.

Rujukan :
  • Buku-buku Marshden edisi Amerika, 1937, edisi Brazil 1937, edisi Poland 1943 
  • Victor E. Marsden, The Protocols of the Meetings of the Learned Elders of Zion, 1923 (pembaca digalakkan membaca buku ini)
  • Sergius A. Nilus The Great Within the Small“, 1901 (Terjemahan Inggeris)

Bekas penjaring gol terbanyak Liga Sepanyol 2006-2007 derma wang setahun gaji untuk masjid


 
Kehangatan  bola sepak Eropah tidak membuat Frederic Oumar Kanoute lupa daratan. Hasil pendapatn dari sukan termegah di dunia itu digunakan penyerang kelahiran Perancis itu untuk kemaslahatan umat.

Kanoute yang kini bermain untuk kelab Sepanyol, Sevilla, tidak pernah segan menampakkan ketaatannya sebagai seorang Muslim di mana pun beliau berada. Penjaring gol terbanyak Liga Sepanyol 2006-2007 itu bahkan rela menyisihkan sebahagian hartanya untuk memelihara syiar Islam.
 
Pada tahun 2007, komuniti muslim Sevilla terancam tidak boleh menggelar solat Jumaat berjamaah ketika masjid di bandar itu nyaris ditutup. Izin penggunaan masjid di wilayah Ponce De Leon itu habis dan terpaksa dijual kepada awam. Kanoute tampil sebagai penyelamat dengan membeli masjid itu dengan harga 700 ribu dolar AS.

Untuk menyelamatkan masjid itu, Kanoute harus rela menyisihkan sekitar satu tahun gajinya di Sevilla. Meski demikian, Kanoute tetap tawadhu dan enggan mengulas atas amal mulianya itu.
 
 
"Jika Kanoute tidak membelinya, mungkin kami tidak akan lagi boleh beribada solat Jumaat," kata seorang jurucakap Islamic Community of Spain kepada media tempatan Diario de Sevilla.

Kanoute menjadi mualaf pada tahun 1997. Ia memutuskan untuk pindah kewarganegaraan dan membela pasukan kebangsaan Mali pada tahun 2004. Ia kemudian dinobatkan menjadi pemain terbaik Afrika 2007.
 
sumber: Detik Islam

Tuesday, June 26, 2012

Pendaratan Hasil Bumi Negeri Kelantan ke Luar Negeri Kelantan.





Kenyataan Media Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak & Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)

Pendaratan Hasil Bumi Negeri Kelantan ke Luar Negeri Kelantan.

Merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia 22hb. Jun, 2012 bertajuk: PETRONAS Labur 15.6 Billion.

Pihak ROYALTI ingin menuntut penjelasan daripada PETRONAS berkenaan Laporan Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, bahawa PETRONAS akan melabur USD5.2 Billion (RM15.6 Billion-Utusan, RM16.64 Billion-Berita Harian) bagi pembangunan Projek Lembangan Melayu Utara (Malay North Basin) dalam tempoh 5 tahun akan datang yang membabitkan pengeluaran Rizab Gas sekitar 1.7 Trillion kaki padu di kawasan Perairan Negeri Kelantan, iaitu di Blok PM302, Blok PM325 dan PM326B yang membabitkan pembinaan saluran paip sepanjang 300 kilometer dari Pelantar Carigali dalam Perairan Negeri Kelantan ke Kerteh, Terengganu. Mengapa Gas yang dicarigali dalam Perairan Negeri Kelantan perlu didaratkan ke Kerteh, Terengganu?

Pihak ROYALTI ingin mencadangkan agar pembinaan hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas serta pembinaan paip saluran dibina bagi didaratkan ke Negeri Kelantan kerana jarak Blok PM301 yang berada dalam Perairan Kelantan adalah lebih dekat berbanding ke Kerteh.
Jarak kawasan Carigali yang dinyatakan (PM302, PM325 & PM326B) ke Pantai Senok, Bachok (kawasan yang dirizab untuk Pendaratan Gas oleh Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 1990-an) hanya sekitar 140-160 km sahaja berbanding ke Kerteh sejauh lebih kurang 300 km.

Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos yang sangat tinggi dan impak ekonomi yang sangat baik kepada pertumbuhan Ekonomi Negeri Kelantan dimana sekiranya Gas didaratkan di Negeri ini (Kelantan) ia dapat membuka peluang pekerjaan yang bukan sedikit bagi Golongan Profesional & juga separa Profesional.

Mengambil kira contoh projek pembangunan Loji Pemprosesan minyak dan gas yang di rancang pembinaannya di Pengerang, Johor, dijangkakan akan membuka peluang pekerjaan kepada hampir 4500 golongan Profesional manakala bagi golongan separa Profsional pula, sekurang-kurangnya 8500 berpeluang untuk berkongsi manfaat hasil dari peluang pekerjaan dalam bidang Minyak dan Gas dan secara tidak langsung ia akan meningkatkan KDNK Negeri Kelantan selari dengan Konsep Federalisme Negara.

Mohd. Hishamuddin bin Ghazali
Setiausaha Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)
23hb. Jun, 2012

Sunday, June 24, 2012

BUAT PERTAMA KALINYA ORANG UMNO AKAN DEMAM BILA TENGOK TV



mana tak demam Big Boh masuk TV.......

Mesut Ozil baca Al Fatihah sebelum perlawanan

Mesut Ozil Mesut Ozil of Germany in action during the UEFA EURO 2012 group B match between Denmark and Germany at Arena Lviv on June 17, 2012 in L'viv, Ukraine.


Mesut Ozil dikenali sebagai pemain bola sepak Muslim yang taat. Kerana itu, menjelang pertandingan dia selalu tidak lupa memanjatkan doa agar boleh bermain apik di lapangan.

Kalau selama ini aksi berdoa yang dilakukan Ozil hanya terakam di lapangan sebelum pengadil meniup wisel tanda pertandingan bermula, kali ini lain lagi. Pemain Der Panzer tersebut juga tertangkap kamera berdoa ketika para pemain Real Madrid tengah menunggu di lorong stadium bagi menuju lapangan.

Sambil menunggu Arahan pengadil, Ozil kelihatan tidak mensia-siakan waktu yang ada untuk mengingati Sang Pencipta. Kalau Cristiano Ronaldo membuang masa di lorong stadium sebelum berjalan ke padang dengan cara melakukan pemanasan dan regangan kaki, Ozil lebih memilih mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Pemain keturunan Turki tersebut, seperti dikutip dari keterangan di bawah video yang diposting ke Youtube, tertangkap tengah menengadahkan tangannya ke atas sambil membaca surat Al Fatihah.

Ozil dikenal tidak ragu-ragu untuk menunjukkan identiti Muslim-nya di depan rakan-rakannya. Ia disebut sebut berdoa kerana ingin mendapat ketenangan dan dimudahkan selama merumput 90 minit di lapangan dengan berkostum Los Blancos.

Setelah menyelesaikan bacaan Al Fatihah, Ozil pun mengusapkan kedua telapak tangannya ke wajahnya, sebagaimana ritual yang dilakukan Muslim lain di seluruh dunia.

sumber: Detik Islam

Friday, June 22, 2012

INSHA ALLAH ORANG YANG JAHAT BOLEH TAUBAT BILA TENGOK CERMIN KERETA INI (GAMBAR)


Menusuk Kalbu....

Pemain bola sepak Brazil Kaka pelajari Islam


 
 
Bintang bola sepak Brazil, Ricardo Kaka ternyata memiliki perhatian khusus terhadap Islam.

Pemain Real Madrid ini bahkan mengaku tertarik mempelajari lebih dalam tentang dunia Islam dan Arab saat berlibur ke Timur Tengah beberapa waktu lalu.

Awal tahun ini, Kaka bersama isteri dan adiknya, Digão, berkunjung ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Dalam bercuti selama 10 hari itu, Kaka melawat bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, Palm Jumeirah, Burj Al Arab, dan Jebel Ali Port.

Selain menyambangi bangunan-bangunan megah itu, pemain bola sepak terbaik dunia 2007 juga menyempatkan diri mampir ke masjid.

Di masjid yang direka khusus untuk para pelancong itu, playmaker 29 tahun tersebut dengan khusyuk mendengar penjelasan tentang cara hidup kaum Muslim dan bangsa Arab pada umumnya.

Pemain berbanderol 65 juta euro saat dibeli Real Madrid dari AC Milan mengaku sangat terkesan dan ingin lebih mendalami penjelasan yang baru didengarnya.

"Dubai adalah bandar yang indah dan salah satu yang paling ramah di dunia. Saya sangat beruntung boleh bercuti ke sini. Saya sangat terkesan dengan sambutan yang saya dapatkan dan saya ingin kembali lagi ke Dubai secepat mungkin, "kata pencetak gol terbanyak Liga Champions 2006-2007 dengan torehan 10 gol itu.
 
foto Kaka ketika mengunjungi Dubai

Thursday, June 21, 2012

Subhanallah, Keajaiban Kunang-kunang

 
 
Penerangan menjadi suatu simbol penting bagi peradaban di era moden. Namun, di alam semesta ini, anda tentu pernah menjumpai cahaya kecil yang menerangi kegelapan malam hari.

Meski kecil, namun cahayanya begitu kuat dan terang, namun sumber penerangan ini sangatlah berbeza dengan bola lampu. Sumber cahaya itu sama sekali bukanlah benda, melainkan makhluk hidup.

'' Ia adalah seekor kunang-kunang,'' ujar cendekiawan Muslim, Harun Yahya.

Menurut dia, makhluk kecil itu menghasilkan cahaya dalam tubuhnya meski ia tidak mempunyai bola lampu.

Meskipun tidak menggunakan elektrik, ia mempunyai teknologi yang jauh lebih hebat.

'' Teknologi ini lebih berkesan dari bola lampu yang mampu merubah sepuluh peratus saja dari tenaganya menjadi cahaya, sedangkan sembilan puluh peratus selebihnya berubah dan hilang menjadi panas,'' papar pemilik nama asli Adnan Oktar.

Sebaliknya, kata dia, kunang-kunang mampu menghasilkan hampir seratus peratus cahaya dari tenaga yang ada. Ini kerana reka bentuk sempurna pada sistem sinar-cahaya yang dimilikinya. Tubuhnya berisi bahan kimia khusus bernama lusiferin, dan enzim yang disebut lusiferase.

Untuk menghasilkan cahaya, dua bahan kimia ini bercampur, dan percampuran ini menghasilkan tenaga dalam bentuk cahaya. Molekul kompleks ini telah direka secara khusus untuk memancarkan cahaya. Penempatan setiap atom yang membentuk molekul tersebut telah ditentukan sesuai dengan tujuan ini.

Tidak ada keraguan bahawa rekabentuk biokimia ini bukanlah sebuah kebetulan. Ia sengaja diciptakan secara khusus. Sebagaimana Allah telah memberi semua makhluk hidup ciri mereka masing-masing, Dia juga telah mengajarkan kunang-kunang cara membuat cahaya.

Tapi, untuk apakah kunang-kunang membuat cahaya melalui teknologi yang sedemikian maju. Untuk mencari jawapan atas soalan ini, kita harus melihat lebih dekat sekawanan kunang-kunang. Sekumpulan kunang-kunang dalam jumlah yang besar, hingga beratus-ratus ribu, di malam hari memunculkan pemandangan yang membuat kita seolah sedang berjalan di bawah bintang-bintang.

Cahaya ini adalah penting bagi kunang-kunang sebagai alat komunikasi. Sepanjang sejarah, manusia telah menggunakan pelbagai cara untuk berkomunikasi. Salah satunya adalah kata laluan morse, yang terdiri daripada gabungan isyarat panjang dan pendek, dan dipakai pada telegram. Kunang-kunang menggunakan isyarat cahaya untuk berkomunikasi, cara yang menyerupai kata laluan morse.

Kunang-kunang jantan menyalakan dan memadamkan cahayanya untuk menghantar mesej kepada sang betina. Mesej ini mengandungi kod tertentu. Dan kunang-kunang betina menggunakan kod yang sama untuk menghantar mesej balasan kepada sang jantan. Sebagai hasil dari mesej timbal-balik ini, sang jantan dan betina mendekat satu sama lain.

Sejak saat ia dilahirkan, tiap kunang-kunang mengetahui bagaimana menghantar mesej dengan cara ini, dan bagaimana memahami mesej yang dihantar oleh yang lain. Ringkasnya, masing-masing dari ribuan kunang-kunang yang kita lihat bersama di kegelapan malam adalah sebuah keajaiban penciptaan. Pencipta sistem yang luar biasa ini adalah Allah, Pencipta semua makhluk hidup.

Dalam sebuah ayat dinyatakan: "Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-nama Yang Paling Baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi dan Dialah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (QS. Al-Hasyr, 59:24)
 
sumber Detik Islam

Tuesday, June 19, 2012

Dunia Menanti Kedatangan Imam Mahdi


 
 
Setelah Rasulullah SAW wafat pada 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah / Jun 632 M, muncul sebuah pengharapan di kalangan umat Islam akan kedatangan seorang ratu adil atau dikenali dengan Imam Mahdi. Keyakinan akan datangnya seorang juru penyelamat atau Imam Mahdi berakar kuat, baik di kalangan Sunni mahupun Syiah.

Menurut Ensiklopedi Islam, Imam Mahdi adalah seorang juru selamat dia akhir zaman. Imam Mahdi diyakini sebagai seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah SWT untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.

'' Istilah Imam Mahdi muncul dan berkaitan dengan aqidah mahdawiyyah,'' tulis Ensiklopedi Islam. Yakni, keyakinan bahawa pada akhir zaman akan datang seorang juru selamat yang akan menyelamatkan kehidupan umat manusia di muka bumi dari ketidakadilan, kesengsaraan, dan kekejaman yang akan membawa pada kebahagian dan kedamaian.

John L Esposito dalam Ensiklopedi Oxford, mendedahkan, Mahdi (orang yang diberi petunjuk ilahiah) merujuk pada figur eskatologis yang akan hadir untuk memimpin pada masa keadilan dan keyakinan sejati menjelang tibanya hari kiamat.

'' Asal usul kata Mahdi tak ditemui dalam Al-Quran, kaum Muslim awal menggunakan gelar kehormatan itu untuk Nabi SAW dan empat khalifah pertama,'' ujar Esposito. Keyakinan umat Islam akan datangnya Imam Mahdi pada akhir zaman tak lepas dari kewujudan hadis Nabi SAW.

Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda,'' Dunia akan dipimpin oleh seseorang dari keluargaku. Namanya sama dengan namaku. Seandainya dunia ini hanya tinggal sehari saja, maka Allah akan panjangkan hari itu, sehingga ia akan memimpinnya.''

Rasulullah juga bersabda,'' Al-Mahdi berasal dari keturunanku. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan pemerataan sebagaimana telah dipenuhi oleh kezaliman dan dan ketidakadilan, ia akan berkuasa selama tujuh tahun.'' (HR At-Tirmizi).


                                                                                ***

Menurut Ensiklopedi Islam, sebahagian ulama menganggap hadis mengenai kedatangan Imam Mahdi itu bersifat mutawatir, kerana diriwayatkan oleh banyak pihak, sehingga dipastikan hadis itu benar-benar berasal dari Nabi Muhammad SAW.

Lalu sejak bila-bila harapan akan munculnya harapan dan sosok yang didakwa sebagai Imam Mahdi itu muncul? Menurut Esposito begitu banyak pengklaim Imam Mahdi dalam sejarah peradaban Islam. Guru Besar Pengajian Islam di Universiti Universiti Georgetown, Amerika Syarikat (AS) itu mendedahkan, istilah Imam Mahdi dibangunkan oleh kalangan Syiah untuk menjuluki Muhammad Ibnu Hanafiyah.

Putra Khalifah Ali yang mengorganisasikan sebuah revolusi pada 685 M itu sangat dihormati oleh pengikut Syiah. Muhammad Ibnu Hanafiyah, kata Esposito, dipandang sebagai'' orang yang mendapat petunjuk'', tidak dianggap mati, tetapi diyakni tersembunyi.

'' Dia diyakni mempunyai pengetahuan esoteris yang diperlukan untuk membebaskan para pengkitnya dari penindasan dan untuk menegakkan masyarakat yang adil,'' papar Esposito. Kaum Syiah juga menganggap Muhammad bin Hasan Al-Askari - Imam ke-12 - yang ghaib pada tahun 878 M, dianggap sebagai Imam Mahdi.

Dalam perkembangan sejarah Islam, susuk yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi tak terhitung jumlahnya. Pada setiap abad, selalu ada saja tokoh yang mempunyai pengikut yang banyak sebagai seorang Imam Mahdi. Pada abad ke-10 M, misalnya, Khalifah Dinasti Fatimiyah yang pertama, Muhammad Ubaid Allah (wafat 934 M) mengaku sebagai Imam Mahdi.

'' Dengan menampakkan diri di Jabal Massa yang terletak di wilayah Maghribi (Afrika Utara), dia mengaku sebagai keturunan dari anak perempuan Nabi SAW, Fatimah, dan sebagai saudara laki-laki dari Imam ke-12 yang tersembunyi,'' ungkap Esposito.

                                                                                ***


Pada abad ke-12 M, pengasas gerakan reformasi Al-Muwahhidun, Muhammad Ibnu Tumart (wafat 1130 M), juga mengaku sebagai Imam Mahdi yang berasal dari keturunan Khalifah Ali. Memasuki abad ke-15, pelbagai kumpulan Islam mulai menghidupkan kembali harapan mereka akan masa depan yang lebih baik.

Di kota suci Makkah dan Madinah, papar Esposito, sejumlah ulama menulis pendapat mereka untuk menegaskan keyakinan umum akan kemunculan seorang mujaddid (pembaharu) pada abad peralihan.

Bahkan, seorang ahli fikih Sunni terkemuka, Ibnu Al-Hajar Al-Maliki, menyatakan Imam Mahdi akan muncul pada milenium itu. Menurut Ibnu Al-Hajar, Imam Mahdi itu berasal dari keturunan Fatimah, puteri Nabi. Namanya akan sama dengan nama Nabi, serta orang tuanya sesuai dengan nama orang tua Nabi.

Pada abad ke-15 M, di anak Benua India juga muncul tokoh yang mengaku sebagai Mahdi. Pada 1495 M, seorang tokoh bernama Sayyid Muhammad dari Jaunpur mengaku sebagai Imam Mahdi. Uniknya, ia mengaku sebagai Imam Mahdi saat berada di Makkah, sambil melaksanakan tawaf mengelilingi Kaabah.

Saat kembali ke India, di Masjid Utama Taj khan Salar di Ahmebad, Sayyid Muhammad kembali mengumumkan klaimnya sebagai Imam Mahdi. Untuk memperkuat pengakuannya sebagai Mahdi, disebutkan pula bahawa nama kedua orang tuanya adalah Abdullah dan Aminah.

Esposito mencatat, datangnya abad ke-13 Hijriah (1785-1883) sempat memunculkan harapan besar dari kaum Muslim akan datangnya Imam Mahdi. Pada zaman itu, paling tidak ada tiga orang pemimpin gerakan reformasi di Afrika Barat yang mengaku sebagai Mahdi untuk memperkuat jihad yang mereka lakukan. Ketiga-tiganya adalah Syeik Usuman Dan Fodio dari Sakoto, Syeikh Ahmadu Bari dari masina, dan Al-Hajj Umar Tal dari Kerajaan Tukolor.

Harapan akan datangnya Imam Mahdi dari Timur, kata Esposito, sempat menarik gelombang pendatang Afrika Barat sampai ke Nil. Pada abad ke-19, lalu muncullah seorang yang mengaku Imam Mahdi di Sudan, bernama Mahdi Muhammad Ahmad dari Sudan.

Di Mesir juga sempat muncul beberapa tokoh yang mengaku sebagai Imam Mahdi. Para tokoh yang mengaku sebagai Mahdi itu menjadi pemimpin pemberontakan rakyat melawan penjajah Perancis. Bahkan, menjelang akhir abad ke-19 M, revolusi Mahdi melawan penjajah Eropah merebak di negara-negara berpenduduk Islam, seperti India, Algeria, Senegal, Ghana, dan Nigeria.

sumber Detik Islam

Monday, June 4, 2012

Alasan Utama tarikh PRU 13 belum ditetapkan lagi....


UMNO/BN dalam bahaya?? Tahu jgak puak2 ni takut pada Pakatan Rakyat...Kita tumbangkan UMNO/BN PRU 13 ni....Takbir!!!

AKU BACA PUN TERKEJUT, KALAU ORANG UMNO BACA LAGILAH TERKEJUT ( GAMBAR )


Orang kafir pun menyintai ulamak...orang melayu UMNO/BN macam mana plak ye?

Cara Mengacau Makanan?




APA rahsia meneliti bagaimana Muhammad SAW kacau makanan atau minuman? Berpandukan sunnah Rasulullah, beliau sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam.

Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.


Lihat semua pergerakan ini:

Pada struktur atom, terdapat electrons yg merupakan satu-satunya objek yang bergerak dalam atom. Ia mengandungi cas negatif dan berputar mengelingi nucleus dlm kedudukan arah lawan jam.

Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.


Bumi dan bulan berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.

Begitu juga peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.



Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam.
Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.

Tidak dilupakan, galaksi juga bergerak mengikut arah lawan jam.


Lihat pula syarat tawaf dalam ibadah haji, harus mengikut arah lawan jam.

Tawaf dalam ibadah haji, dilakukan mengikut arah lawan jam.

Mengikut artikel "Rahsia Kaabah" yang di sini, dijelaskan bahawa antara faktor-faktor yang menyebabkan pusaran tenaga sangat besar di Kaabah dan mengapa berdoa di Multazam sangat mustajab ialah kerana arah tawaf mengikut arah lawan jam. Bagaimana?

Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule)

Hukum Tangan Kanan

Dalam fizik, Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule) menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikut arah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.

Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar, terjana daripada bio electrons dalam tubuh manusia, bergerak mengikut arah lawan jam yang mengelilingi Kaabah. Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.

Jadi dari situlah rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah. Maka kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda.


Dalam persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, dikatakan bahawa pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia menggunakan prinsip yang sama, berpandukan Hukum Tangan Kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya dikacau minuman tersebut melalui lawan arah jam. Wallahu a'lam.
Maka terbuktilah keajaiban sunnah. Subhanallah!
-Allah Maha Besar, Allah Maha Agung. Allahuakbar !
(IH/DM dll) 

Friday, June 1, 2012

Perbaiki bacaan Al-Qur'an dengan mendengar berulangkali dan mengulangi bacaan tersebut sendiri

Assalamu'alaikum  semua serta para pembaca yang dikasihi


Disini saya ingin berkongsi website utk membantu perbaiki bacaan Al-Qur'an dengan cara dengar berulangkali dan mengulangi bacaan tersebut sendiri. 

Sebagai tambahan untuk memperelokan sebutan dan bacaan, elok juga sekiranya para pembaca yg dikasihi dapat sediakan dan refer pada Al-Qur'an Tajweed sambil mendengar bacaan dari website ini. Qur'an tak bertanda tajweed pon boleh juga. Maka dapatlah kita menanda tempat-tempat waqaf dan sebaginya. Disamping usaha2 ini, berguru dengan guru tajweed amatlah penting sekali untuk menambah lagi kemahiran bacaan dan sebutan huruf.


Website ini, dapat membantu dan membolehkan kita

- membuat pilihan surah, serta membuat pilihan untuk mendengar bacaan setiap ayat berulangkali.

- kita juga boleh memilih mana2 ayat dari mana2 surah

- kita juga boleh membuat carian bab-bab hukum mengenai topic2 yang kita mahu.


Insyaallah, semuga usaha kita untuk memperbaiki bacaan Al-Qur'an secara tartil, diberkati Allah SWT (Tartil, maknanya: mengelokkan bacaan huruf-huruf al-Qur'an dengan terang dan teratur, mengenal tempat2 waqaf secara betul sesuai dgn hukum-hakam tajwid dan bacaan tidak secara terburu-buru)


Ini website tersebut, dan dibawah ini, saya juga cuba untuk memberi guideline secara ringkas utk manafaat bersama. 

http://www.islamicity.com/QuranSearch/?AspxAutoDetectCookieSupport=1


Apabila website ini di buka, akan dipaparkan menu utama. Cara menggunakna website ini sangat mudah sekali.


RUANG SEBELAH KANAN:


Petak "Chapter index"

- click utk pilih surah. Boleh juga pilih bahasa utk terjemahan, click didalam petak "Translation to display". kemudian click "go" untuk kesurah tersebut

- surah akan dipaparkan.

- Utk mendengar bacaan, ada 3 nama qari; Basit, Hussari, Minshawi. Click atas mana2 nama, dan bacaan akan kedengaran


Petak "Verse Search"

- Petak ini membolehkan kita cari surah yg perlu, contoh.. type 3:24 didalam petak, pilih bahasa terjemahan, dan click "Go".Ayat yg dipilih akan dipaparkan. 

- Click diatas mana2 nama qari utk mendengar bacaan.




RUANG SEBELAH KIRI:


Petak "Word Search"

- pilih bahasa yg hendak diguna pakai sebagai keyword, boleh pilih didalam petak English ke atau malay ke

- kalau bahasa melayu dipilih, maka kena lah type (Contoh) "neraka", maka akan dipaparkan semua surah yg berkaitan dgn keyword tersebut. Dan setrusnya kalau english telah dipilih, maka kenalah type keyword didalam bahasa english juga.


Petak "Phonetic Search"

- didalam petak ini, kalau kita tahu bunyi dan sebutan ayat, contoh "walayauduhu", kita type saja didalam petak ini seperti bacaan didalam bahasa rumi. apabila kita tekan enter atau click go, maka application ini akan matchkan bunyi phonetic dan memaparkan semua ayat dari surah2 yg berkaitan dengan sebutan "walayauduhu"

- kalau nak dengar bacaan, sama seperti diatas juga, click lah diatas mana2 nama qari.


Petak "Topic search"

- kalau kita nak tau mengenai bab2 hukum yg berkaitan dengan (contoh) haji atau death, atau zakat, maka type didalam petak dan click go atau tekan enter.

- atau pun, klau tak pasti nak type apa tapi nak refer kepada surah dan ayat tentang hukum haji, sila lihat "Topic Index"(dibawah petak topic search), yg memaparkan huruf dar A hingga ke Z, click pada hurf H (utk carian Haji), huruf D (utk carian tentang Death) dan seterusnya mengikut pilihan anda.


Selamat mencuba!


Wassalam


(Ya Allah, aku mohon keredaan dan keampunanMu, rahmat dan belas kasihanMu keatas semua guru2ku yang telah memberiku ilmu yang bermanafaat. Permudahkan lah urusan mereka untuk terus mengajar dan mambantu kami yang memerlukan ilmu. Aku juga mohon kebaikan didunia dan diakhirat keatas mereka ya Allah, ameen)


sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Pakatan Rakyat 2

Popular Posts

Mutiara Kata

"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu"

Khalifah Umar bin Khatab

Alexa Internet

There was an error in this gadget

Blog Archive