Berita Terbaru :

Jom Baca!!!

Followers

Ayyuha al-Syabab


"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.

Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

-hassan al-banna-

Tuesday, July 31, 2012

Bagaimana Cara Ganti Imam Batal Solat




Apa yang aku dengar kata Ustaz Azhar ni, dia kata hukum untuk ganti solat imam bila dia terbatal solat disebabkan wudu dia terbatal sebagai contoh adalah sunat bukannya wajib.



Tapi, kalau sunat pun macam mana makmum yang lain nak teruskan solat kalau imam dah terbatal solat? Boleh ke dia sembahyang biasa secara sendirian atau kena tunggu makmum lain yang menggantikan imam tadi.

Kalau ikutkan logik, seeloknya ada makmum yang gantikan imam tu lah sebelum orang lain mula fikir lain. Daripada batalkan solat di mana dosanya amatlah besar, baiklah ada orang tolong gantikan.

Apa-apa pun berikut video nak kongsi dengan korang serba sedikit cara nak gantikan imam yang terbatal solat (pernah jadi ke?)-s



Olimpik 2012 kemuncak teori konspirasi?



Binaan segi tiga di sekeliling Stadium Olimpik juga didakwa menyerupai piramid dalam logo Illuminati
Binaan segi tiga di sekeliling Stadium Olimpik juga didakwa menyerupai piramid dalam logo Illuminati.

Salah satu kad, Combined Disasters (gabungan bencana) dalam permainan Illuminati
Salah satu kad, Combined Disasters (gabungan bencana) dalam permainan Illuminati ini dikatakan bakal menjadi kemuncak teori konspirasi.

Logo 2012 ini jika disusun semula akan menjadi perkataan Zion (Zionis).
Logo 2012 ini jika disusun semula akan menjadi perkataan Zion (Zionis).

Maskot Wenlock (kiri) dan Mandeville ini juga dikatakan menyerupai dajjal.
Maskot Wenlock (kiri) dan Mandeville ini juga dikatakan menyerupai dajjal.

Sukan Olimpik London 2012 baru sahaja membuka tirai Jumaat lalu, di mana Britain sekali lagi diberi penghormatan untuk menganjurkan temasya berprestij itu. Majlis pembukaan turut diadakan dengan gilang-gemilang dan disaksikan lebih satu bilion penonton di seluruh dunia.

Penganjur memilih untuk mengetengahkan majlis perasmian yang penuh dengan kejutan termasuk kemunculan Ratu Elizabeth II diiringi oleh James Bond (aktor Daniel Craig).

Bagaimanapun, di sebalik kemeriahan itu, beberapa maklumat yang boleh diperoleh menerusi YouTube berpendapat Sukan Olimpik 2012 tersebut adalah kemuncak bagi segala teori konspirasi yang direncanakan oleh Illuminati (pertubuhan Yahudi terbesar di dunia yang bergerak secara rahsia tanpa diketahui siapa menganggotainya).

Illuminati dikatakan bergerak secara terancang dan telah menguasai hampir 80 peratus pelosok dunia. Pertubuhan rahsia itu juga telah menguasai pelbagai aspek termasuk ekonomi, politik dan pendidikan dengan menerapkan pemikiran Illuminati yang dirancang sejak lebih 300 tahun lalu.

Sebagai contoh logo 2012 yang diperkenalkan pada Jun 2007 didakwa menelan kos sehingga 400,000 pound (RM2 juta) itu turut memaparkan maksud tersembunyi yang menjadi perkataan Zion (Zionis) serta lambang swastika (Nazi) jika ia disusun semula.

Petunjuk dan maksud tersembunyi tersebut dikaitkan dengan Freemason, sebuah lagi pertubuhan rahsia Yahudi mempunyai matlamat sama seperti Illuminati.

Aspek lain dalam Olimpik London yang mempunyai pengaruh Illuminati adalah dua maskot bermata satu diperbuat daripada logam digelar Wenlock dan Mandeville.

Sesetengah pihak mungkin menganggap kedua-dua maskot tersebut seperti watak animasi filem Monsters, Inc. tetapi jika diamati dengan teliti ia sebenarnya menyerupai dajjal yang diketahui sebagai makhkluk bermata satu.

Kedudukan mata maskot tersebut turut dikaitkan dengan lambang mata satu (all seeing eye) iaitu mata yang melihat semua  yang terdapat dalam puncak segi tiga simbol Illuminati.

Sebagai contoh, pada bahagian atas kepala Wenlock yang kononnya direka sebagai teksi di London juga sebenarnya menunjukkan lambang segi tiga piramid dalam logo Illuminati.

Selain itu, beberapa pemerhati turut mempertikaikan reka bentuk Stadium Olimpik London yang telah meraih Anugerah Institut Arkitek Diraja Britain 2012 (Riba).

Mereka mendakwa binaan segi tiga di sekeliling stadium itu menyerupai piramid separuh siap lambang Illuminati walaupun arkitek firma Populous itu, Philip Johnson menyatakan idea reka bentuknya menandakan era baru dalam acara sukan.

Seperti apa yang dipaparkan menerusi YouTube, mungkinkah akan berlaku satu lagi kejadian dahsyat seperti serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat?

Ini kerana, ada beberapa peristiwa yang terdapat pada 330 kad permainan Illuminati tersebut telah benar-benar berlaku sebelum ini, sekali gus membuktikan teori konspirasi sememangnya sudah lama wujud walaupun kad tersebut dikeluarkan pada 1995.

Ada pengguna YouTube membuat kajian mereka sendiri berdasarkan fakta yang boleh diterima akal.
Dan, mereka menganggap salah satu kad tertera perkataan Combined Disasters (gabungan bencana) adalah kemuncak bagi teori konspirasi ini.

Rancangan jahat yang didalangi oleh agen Illuminati dan Freemason ini sebenarnya bertujuan untuk mencapai matlamat One World Government (satu kerajaan dunia) dengan melaksanakan dasar Novus Ordo Seclorum (Pemerintahan Dunia Baru).

Pertubuhan itu kini bertapak dengan kukuh di Amerika Syarikat (AS) dan melaksanakan pelbagai konspirasi yang berlindung di sebalik undang-undang serta hanya memberi keuntungan kepada sekutunya.

Situasi ini dapat dilihat dengan jelas dalam Kongres AS, yang mana kebanyakan ahlinya terdiri daripada bangsa Yahudi dan keseluruhan dasar negara Barat itu turut menyokong sepenuhnya segala keputusan Israel terutamanya jika ia berbentuk penindasan terhadap orang Islam.

Adakah ia hanya kebetulan? Atau sememangnya telah dirancang dengan teliti oleh pertubuhan rahsia Yahudi ini?


ALLAH telah berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 120;

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad SAW) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) sesungguhnya petunjuk ALLAH (Islam) itulah petunjuk yang benar.”


Sumber

Monday, July 30, 2012

Tafsiran salah Islam agama rasmi


MUHAMAD NASER (kiri di barisan depan) dan Salehuddin (dua dari kiri) memperkatakan sesuatu pada program Bicara Rakyat di Wisma Angkasapuri, Jumaat lalu.


KUALA LUMPUR – Orang ramai perlu mengubah tafsiran salah terhadap pengertian mengenai Islam sebagai agama rasmi negara kerana sebenarnya Islam merupakan agama Persekutuan seperti yang tertakluk dalam Perlembagaan.

Peguam bela dan peguam cara, Datuk Salehuddin Saidin berkata, status agama Islam sebagai agama Persekutuan meletakkan martabat agama tersebut lebih tinggi berbanding agama lain di Malaysia.

“Tanggapan masyarakat bahawa Islam merupakan agama rasmi memberi makna seolah-olah rakyat di negara ini memiliki lebih daripada satu agama, satu yang rasmi dan satu lagi tidak.

“Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan 1963 menetapkan agama Islam memiliki hak keistimewaan berbanding agama lain di Malaysia,” katanya yang merupakan salah seorang ahli panel pada program Bicara Rakyat bertajuk Islam Dalam Perlembagaan yang disiarkan di TV1 Jumaat lalu.

Turut hadir sebagai ahli panel pada program yang dikendalikan oleh Syed Munawar Syed Mustar itu ialah Ahli Jawatankuasa Biro Undang-Undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Muhamad Naser Desa.

Menurut Salehuddin, keistimewaan tersebut memberi kuasa kepada kerajaan menyediakan dana membiayai institusi-institusi yang dikhaskan bagi penganut agama Islam untuk melaksanakan pelbagai program berkaitan.

“Sekiranya masyarakat masih berpendapat Islam sebagai agama rasmi, ia bermaksud agama itu digunakan untuk acara rasmi negara dan pada masa tertentu sahaja.

Presiden Mesir dikritik kerana pilih Kandil sebagai Perdana Menteri



KAHERAH – Presiden Mesir, Mohammed Morsi dikritik sekutunya kelmarin kerana memilih Hesham Kandil sebagai Perdana Menteri.

Menurut perikatan Barisan Nasional, Morsi berjanji untuk memilih seorang ahli politik yang bebas dan nasionalis.

“Adalah mengejutkan, individu itu dinamakan,” kata seorang anggota Barisan Nasional, Heba Raouf.
Menurutnya, pemilihan itu tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Pada Selasa lalu, Morsi mengumumkan pelantikan Kandil yang merupakan bekas Menteri Air Mesir.

Kandil merupakan seorang jurutera yang mendapat pendidikan di Amerika Syarikat dan berusia dalam lingkungan 40-an.

Kelmarin, beliau menyatakan barisan Kabinet akan diumumkan pada Khamis ini.

Sumber

Sunday, July 29, 2012

Subhanallah | Tasik Muncul Di Tengah-tengah Gurun Gobi

Kebesaran Allah | Tasik Muncul Di Tengah-tengah Gurun Gobi

Kira-kira 6 kilometer dari selatan bandar Dunhuang, China terdapat sebuah keajaiban alam yang mana ia mempunyai satu lanskap tasik yang sangat menarik. Ia juga turut dikelilingi dengan gunung pasir.

Kebiasaannya kita sering dibayangi dengan suasana gurun yang hanya berlatarkan tempat yang kurang menarik. Terdapat sebuah gurun yang terletak kira-kira 6 kilometer dari selatan bandar Dunhuang, China. Ia dikelilingi oleh gunung pasir menjadikan tempat ini satu keajaiban alam. Jika dilihat seolah-olah tempat ini menyerupai bentuk bulan sabit Sejak tahun 1960 kedalaman tasik disini terus menurun, tapi pada tahun 2006 kerajaan tempatan dengan bantuan kerajaan pusat mula memulihkan kembali kedalaman tasik ini. Jom lihat gambar di bawah ini.





















Subhanallah, sungguh hebat ciptaan Allah. Terdapat sebuah tasik di tengah-tengah gurun tersebut. Apa yang menariknya, ia turut dikelilingi dengan gunung-gunung pasir. Alhamdulillah, pihak sana telah mengambil inisiatif mencantikkan lagi tempat tersebut walaupun ia jauh dan agak sukar untuk orang ramai bertandang ke sana.



SUMBER

Saturday, July 28, 2012

Tip untuk ibu bapa membesarkan anak yang berakhlak baik




Tip untuk ibu bapa membesarkan anak yang berakhlak baik.

Bukan mudah untuk membendung anak terutamanya yang telah mencapai umur remaja dari di pengaruhi gelaja tidak sihat seperti rokok, dadah, alcohol, seks bebas, gangsterism dan berbagai gejala – gegala sosial yang lain. Anak remaja sekarang sangat rendah jati dirinya, tidak berdaya menahan diri dari terlibat dengan gejala – gejala yang tidak sihat. Jika anda mahu mengelak anak remaja anda dari terlibat perkara - perkara yang tidak sihat, anda perlu ada untuk membimbing mereka.


Antara cara untuk membendung anak dari terlibat dengan gejala tidak sihat adalah melalui komunikasi. Melalui komunikasi, anda boleh ajar mereka yang mana baik dan yang mana buruk. Di bawah, saya sertakan beberapa cara untuk berkomunikasi dengan anak – anak anda.

Sentiasa berkomunikasi dengan anak – anak anda.

Anak – anak yang masuk umur baligh, biasanya akan mula menjarakkan diri dari anda. Ini kerana, mereka merasakan mereka sudah dewasa dan tidak perlukan anda sebagai teman mereka. Mereka mahu membuat keputusan sendiri dan tidak mahu campur tangan dari anda.  Jangan benarkan perkara ini dari berlaku, anda perlu sentiasa berkomunikasi pada mereka.

 Tingkatkan cara anda berkomunikasi dengan mereka supaya mereka selesa dengan anda. Jangan anggap mereka masih kecil tetapi anggap mereka sudah pandai menjaga diri dan anda hanya berkomunikasi untuk membimbing mereka memilih jalan yang betul.

Disiplinkan anak anda dengan peraturan.

Tetapkan peraturan untuk anak – anak patuh pada anda. Contohnya tidak boleh keluar malam, tidak boleh keluar tanpa pengetahuan anda, tidak boleh berjaga malam dan sebagainya. Peraturan yang anda wujudkan perlulah selari dengan perkembangan minda mereka. Peraturan perlu ada supaya mereka hormat anda sebagai orang tua mereka.

Makan bersama – sama.

Dalam sehari, anda perlu makan bersama – sama dengan seluruh ahli keluarga. Anak – anak akan lebih rapat dengan anda jika mereka selalu melihat anda ketika anda makan. Ketika ini, anda boleh ambil tahu perkembangan terbaru yang terjadi pada mereka.

Beri hadiah pada mereka.

Jika anak anda berjaya memajukan dirinya sendiri, berilah dia hadiah walaupun kecil atau sedikit. Hadiah akan membuatkan hati anak cair dan mendengar apa yang anda cadangkan  untuk mereka.

Rancang aktiviti bersama – sama dengan anak anda.

Anda boleh rancang aktiviti keluarga bersama – sama dengan anak – anak anda. Antaranya menonton wayang, berbasikal, melancong, menonton konsert dan sebagainya.

Gunakan teknik – teknik di atas untuk membing anak anda ke jalan yang betul. Anak akan mendengar cakap anda jika mereka sedia untuk berkomunikasi dengan anda.

shalehudin: Berita Terkini dari Burma



shalehudin: Berita Terkini dari Burma: 1) 52 ribu umat Islam disembelih dalam masa hanya 6 minggu 2) 22 buah masjid dibakar, sebahagiannya dibakar bersama dengan jemaah ketika ...

Friday, July 27, 2012

TERKINI ~ Masjid Dibakar dan umat Islam Rohingya di bunuh...



 
Terkini...peristiwa tragis dan menyayat hati umat Islam 
 
Rohingya...Masjid tempat beribadah hangus dibakar!
 
Kirimkan doamu teman...kita mengadu pd Allah yg Maha 
 
Kuasa...
 
Difahamkan hampir 2.8 juta orang Islam Rohingya telahpun 
 
menjadi mangsa penindasan di Myanmar...

 
Melarikan diri dari kampung halaman untuk mencari tempat yang selamat...hanya doa dan sumbangan  kita sahaja yang dapat meringankan beban mereka. amin.

sumber

Olimpik 2012: [Bola Sepak] Jepun kejutkan Sepanyol 1-0


Yuki Otsu meraikan gol yang dijaringkannya
LONDON - Jepun membuat kejutan dalam sejarah bola sepak Sukan Olimpik selepas melakarkan kemenangan sensasi 1-0 ke atas juara dunia dan Eropah, Sepanyol di Hampden Park.

Gol pada separuh masa pertama daripada Yuki Otsu memastikan Jepun mengutip tiga mata penuh dan mengulangi kembali memori kemenangan terbesar mereka semenjak tahun 1996 apabila menewaskan Brazil 1-0 di Atlanta.

jaringan tunggal perlawanan itu hadir pada minit ke-34, sepakan penjuru yang diambil Takahiro Ohgihara disambut Otsu yang melepaskan sepakan leret menewaskan penjaga gol Manchester United, David De Gea.

Dalam satu lagi perlawanan yang membabitkan wakil Asia, Korea Selatan seri tanpa jaringan dengan Mexico dalam Kumpulan B. - UTUSAN

Thursday, July 26, 2012

Kereta Perodua harga RM40 ribu, cukai kerajaan BN RM16,500 untuk setiap kereta [ Sharpshooter ]


KEADILAN memandang serius butiran pendapatan isi rumah dan bebanan isi rumah yang disiarkan oleh Jabatan Statistik melalui Laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 (Household Income and Basic Amenities Survey Report 2009). Maklumat yang kini boleh diteliti oleh rakyat Malaysia ternyata menunjukkan bebanan isi rumah yang makin meruncing.

Ada beberapa fakta penting dari laporan tersebut yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak; iaitu:

1. 53% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia hanya berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan;

2. 71.9% dari keseluruhan isi rumah di Malaysia mempunyai atau menggunakan kereta;

3. Jumlah hutang kereta persendirian adalah hutang kedua terbesar selepas hutang rumah kediaman, berjumlah RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012; dan

4. Jumlah hutang kereta persendirian telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14% dalam tempoh 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.

Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta, yang disebabkan oleh harga kereta yang tinggi adalah salah satu beban hutang utama kepada rakyat, pada kala sebahagian besar dari rakyat Malaysia hanya membawa pulang pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 sebulan.

Pentadbiran Umno/Barisan Nasional yang mengabaikan pelaburan dalam pengangkutan awam juga menyebabkan pergantungan rakyat kepada kenderaan persendirian, yang disahkan oleh laporan tersebut apabila 71.9% dari seluruh isi rumah di Malaysia mempunyai atau menggunakan kereta sebagai pengangkutan.

Oleh itu, dasar automotif Umno/Barisan Nasional yang menyebabkan harga kereta melambung tinggi adalah penyebab kepada tekanan hutang yang ditanggung oleh rakyat. Peningkatan hutang kenderaan persendirian yang kini dibiayai oleh sektor perbankan negara juga perlu dipantau supaya tidak melonjak naik pada kadar yang membimbangkan.

Makanya, satu-satunya jalan yang adil kepada rakyat adalah dengan mengambil tindakan drastik memperkenalkan mekanisme untuk menurunkan harga kereta. Kaedah ini akan mengurangkan bebanan hutang rakyat seterusnya meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) dalam keadaan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia rata-ratanya di bawah RM3,000 sebulan.

Rakyat Malaysia tahu bahawa harga kereta di Malaysia yang mahal adalah akibat dasar Umno/Barisan Nasional yang mahu melindungi kepentingan kroni mereka dengan menindas rakyat. Walaupun hanya 2 juta rakyat Malaysia yang perlu membayar cukai kerana pendapatannya melebihi had minima yang ditetapkan, hakikatnya setiap keluarga di Malaysia membayar cukai yang tinggi dalam bentuk pelbagai cukai yang dikenakan terhadap kenderaan persendirian.

Harga setiap kereta dilonjakkan oleh 3 jenis cukai yang dikenakan Umno/Barisan Nasional iaitu duti eksais ke atas setiap kereta, cukai import dan cukai jualan.

Kereta yang paling kecil dengan saiz enjin di bawah 1,500 cc akan dikenakan duti eksais 60% dan cukai jualan 10% (jika dikilang di Malaysia). Ini meningkat kepada 100% jika kereta itu diimport, dengan tambahan cukai import sebanyak 30%.

Ini bermakna, bagi sebuah kereta Perodua yang terkecil pada harga RM40,000, rakyat perlu membayar cukai sebanyak RM16,500 kepada kerajaan akibat dasar Umno/Barisan Nasional. Kadar cukai ini sudah tentu lebih tinggi bagi kereta-kereta yang lebih besar.

Lebih teruk apabila rakyat terpaksa pula mengambil pinjaman kereta pada kadar faedah yang tinggi untuk membayar cukai-cukai yang dikenakan kerajaan Umno/Barisan Nasional ini, bermakna rakyat dibebankan dua kali.

Isu ini adalah isu rakyat yang akan diperjuangkan oleh KEADILAN.

Pimpinan muda di dalam KEADILAN akan memastikan bahawa janji untuk menurunkan harga kereta akan dimasukkan menjadi salah satu janji utama di dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk pilihanraya umum ke-13.

KEADILAN juga akan mula menganjurkan pelbagai sessi untuk mula meningkatkan sokongan politik supaya mana-mana parti yang bertanding di dalam pilihanraya umum akan datang berjanji akan merombak semula sistem cukai kereta yang sangat membebankan rakyat.



MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

YB NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN

YB SIM TZE TZIN
TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN
 
sumber


Wednesday, July 25, 2012

[ Wajib Baca ] Penderitaan Umat Islam Rohingya


Ummah yang dilupakan…..

rohingya 1 dihina Thailand1 Ummah yang dilupakan.....
Pelarian Rohingya yang dilayan seperti hamba di Thailand


Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat islam hari ini dan bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat jawapan Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat Islam Rohingya.

Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).

Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.

Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal..

Siapakah umat Islam Rohingya?


Rohingya refugees map 1 238x300 Ummah yang dilupakan.....

Umat ​​Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.


Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.

Apakah nasib mereka?
Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.


Rohingya refugee1 Ummah yang dilupakan.....
Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a)      Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.
b)     Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan
c)      Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.
d)     Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran


anak anak rohingya Ummah yang dilupakan.....
Anak-anak Rohingya menagih simpati dunia antarabangsa
e)      Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan
f)       Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar
g)      Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.
h)     Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.


Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka


Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.


Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.

Boat people1 300x225 Ummah yang dilupakan.....
Diheret ke tengah lautan dalam dan dibiarkan di dalam kapal yang telah dicabut enjinnya

Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.

Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.


pelarian rohingya di acheh Ummah yang dilupakan.....
Pelarian Rohingya di Acheh

Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara  Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.

Kalau bukan kita, siapa lagi ?
ummah yang dilupakan foto Ummah yang dilupakan.....

Kenapakah kami dilupakan ?
Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.

Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”


Beberapa saranan :


  1. Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil inisiatif untuk menjuarai isu umat Islam Rohingya samada di peringkat antarabangsa dengan menyuarakan permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya.
  2. Badan-badan kerajaan di peringkat nasional dan negeri seharusnya mengambil tanggung-jawab kerana semakin ramai di kalangan umat Islam Rohingya yang telah mendarat bagi mendapatkan perlindungan di Malaysia. Mereka adalah pendatang yang jauh lebih baik untuk dibantu jika dibandingkan daripada kebanyakan pendatang Afrika yang kerap melakukan kekacauan di sana sini terhadap masyarakat temnpatan mahupun sebahagian daripada pelancung dari beberapa Negara yang terlibat dengan aktiviti pelacuran.
  3. NGO dan badan kebajikan yang ada di Malaysia harus mengambil bahagian bagi meringankan bebanan yang dihadapi oleh pelarian Rohingya yang sangat memerlukan bantuan di sudut sosial, ekonomi, kesihatan, pendidikan terutamanya di kalangan anak-anak mereka.
  4. Kalau rakyat Malaysia begitu perihatin dan pelbagai NGO telah ditubuh bagi menangani masalah umat antarabangsa seperti Palestin dan lain-lainnya, kenapa kita kita mengagihkan sedikit tenaga dan bantuan kepada saudara seaqidah yang kini terdampar di negara kita sendiri.
  5. Orang ramai di Malaysia seharusnya mengambil peluang menunjukkan keperihatinan terhadap isu kemanusiaan yang kronik ini dengan membantu meringankan bebanan kehidupan demi masa depan mereka.
  6. Kita juga boleh membantu dengan mendoakan keselamatan dan masa depan mereka serta mengambil tahu perkembangan semasa terhadap keperitan umat yang berpanjangan ini.
nasib baik Ummah yang dilupakan.....

Keceriaan mereka, kegembiraan kita....
Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.”



SUMBER

Penjelasan Terkini Ustaz Nasruddin Berkenaan Isu "Make Up" | Addin |

Ramadhan Kareem ! Sahabat semua ....

1. Sedarkah kita sekarang berada di bulan Ramadhan Al Mubarak ? Bulan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah swt.

2. Justeru itu , saya harap sangat - sangat agar kita tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk : PRU 13 , Orang Muda Pilih Siapa ? baru - baru ini.

3. Saya bersetuju bahawa juru 'touch up' wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya. Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru touch up lelaki untuk lelaki pada masa - masa akan datang. Teguran itu dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai. Penganjur bersetuju dengan teguran saya.

4. Saya sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas touch up muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru - baru ini. Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi saya. Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium. Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani ]

5. Pun begitu, apa yang berlaku sangat dikesali. Terima kasih kepada semua pihak yang melontarkan nasihat dan teguran. Insyaallah di lain masa kami akan lebih berhati - hati. Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan Sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan.

Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa. Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa.

Tuesday, July 24, 2012

Nasrudin Hassan tetap mempertahankan fakta ...

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan hari ini tetap mempertahankan fakta berhubung kesediaan Karpal Singh berkompromi untuk melaksanakan hukum hudud walaupun ia disanggah oleh Pengerusi DAP itu.


 Bukan itu sahaja, malah Nasrudin turut mempertahankan fakta yang menyatakan bahawa Pas merupakan parti dominan dalam pakatan pembangkang.


 Sehubungan itu beliau mencabar mana-mana pihak menganjurkan satu lagi perdebatan sekiranya mereka mendakwa dua fakta yang dikemukakannya itu ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya pada Khamis lalu sebagai satu pembohongan.  


''Kedua-dua fakta ini saya kemukakan dalam debat. Sepatutnya kalau ia satu pembohongan maka ia perlu dipatahkan dalam debat tersebut. Jika mereka tidak berpuas hati aturkan satu lagi siri debat terbuka dan jemput kami. ...


Monday, July 23, 2012

Biaqpila™: Ura-ura pilihanraya September semakin kuat


Biaqpila™: Ura-ura pilihanraya September semakin kuat

KUALA LUMPUR: Ura-ura Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya mengejut September ini iaitu selepas seminggu umat Islam beraya semakin kuat.

The Malaysia Insider melalui tulisan yang dibuat Pengarangnya, Jahabar Sadiq juga membuat ramalan yang sama berdasarkan sumbernya.

Pentadbiran Najib dijangka mengadakan pilihan raya mengejut pada September sebelum Hari Malaysia, jika rancangan untuk membubarkan parlimen bulan hadapan menjadi kenyataan, kata sumber dalaman dan penganalisis, lapor TMI.

The Malaysian Insider difahamkan, penasihat dan pembantu perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak telah memberitahu beberapa orang tentang rancangan untuk mengadakan pilihan raya diantara Hari Raya Aidilfitri pada 19 Ogos dan hari pembentangan bajet pada 28 September. Hari Malaysia adalah pada 16 September.

“Pilihan raya mengejut adalah sebelum 16 September supaya memberi masa yang cukup untuk membentangkan bajet 2013 pada 28 September jika BN masih menguasai Putrajaya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Baru-baru ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyebut, Najib dijangka akan memanggil pilihan raya tidak lama selepas umat Islam pulang ke tempat kerja masing-masing selepas bercuti raya.

“Kami jangka BN akan menggunakan peluang Aidilfitri sebaikmya kerana pengundi akan berfikir serius untuk kembali kepada kampung halaman mereka untuk mengundi hanya selepas mereka pulang dari cuti," katanya kepada wartawan Harakahdaily, Nazri Abdullah di Rabat, Maghribi.

Sebelum ini, PAS telah menyerang BN berikutan adanya ura-ura untuk mengadakan pilihan raya di musim haji.

Ini kerana, tindakan ini bermakna BN menafikan hak 30,000 umat Islam untuk mengundi.

Ekoran itu, ura-ura untuk mengadakan pilihan raya di musim haji dikatakan sukar untuk dilakukan BN.

Dengan mengadakan pilihan raya selepas umat Islam baru sahaja pulang ke tempat kerja selepas bercuti di kampung bermakna BN cuba menafikan pula hak golongan ini mengundi.

Dalam pilihan raya 2008, fenomena pulang mengundi di kampung memberikan kesan besar kepada sokongan PAS khasnya di Kelantan dan Kedah.

Tanpa mereka, PAS tidak akan menang dengan selesa di Kelantan khasnya dalam PRU 12 lalu, kata seorang penganalisis.


Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Pakatan Rakyat 2

Popular Posts

Mutiara Kata

"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu"

Khalifah Umar bin Khatab

Alexa Internet

There was an error in this gadget

Blog Archive