Berita Terbaru :

Jom Baca!!!

Followers

Ayyuha al-Syabab


"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.

Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

-hassan al-banna-

Thursday, November 22, 2012

Apalah Pendirian Kerajaan Malaysia?




Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan kerajaan Malaysia kerana masih enggan mengakui kerajaan Hamas sebagai kerajaan dan pertubuhan yang sah mewakili rakyat Palestin.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata Kerajaan Malaysia seperti menghina hak rakyat Palestin yang memilih kerajaan Hamas mewakili seluruh rakyat Palestin.

“Apakah ertinya kerajaan Malaysia meluluskan kecaman terhadap Israel tetapi dalam masa yang sama enggan mengiktiraf kerajaan Hamas yang telah dipilih oleh rakyat?” ujarnya kepada Harakahdaily.

Dalam hal ini, ujarnya DPPM merasa kesal kerana kerajaan Malaysia menganggap Hamas sama seperti Pakatan Rakyat di Malaysia serta negeri-negeri yang diperintah oleh PR seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang dilayan seperti warga kelas kedua.

Justeru, katanya DPPM mengingatkan kerajaan supaya jangan bersikap bermuka-muka dalam mengangani isu Palestin.


Katanya lagi, kerajaan sepatutnya bertindak lebih agersif dan serius dalam menangani keganasan terhadap bumi Gaza.

Menurutnya, setakat kecaman bukanlah suatu tindakan yang konkrit dan meninggalkan kesan mendalam terhadap Israel.

Beliau berkata, Kerajaan perlu bertegas sebagaimana yang dilaungkan oleh Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi serta Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan yang memberi amaran keras terhadap Israel.

Justeru, kata beliau DPPM mendesak supaya kerajaan Malaysia bersama negara umat Islam yang lain di bawah OIC untuk memberi amaran keras terhadap Israel serta tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dengan menghantar tentera bagi membantu perjuangan umat Islam Palestin.

“Sudah sampai masanya negara umat Islam dibebaskan dari belenggu ketakutan terhadap Israel dan naungannya, Amerika Syarikat,” tegasnya yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa DPPM.

Sumber: KedahLanie

Friday, November 9, 2012

PDRM hanya untuk orang kenamaan?

oleh: Malaysiacrisis
Kes penahanan semula Ahmad Abd Jalil atas dakwaan menghina Sultan Johor menarik perhatian penulis, kali ini di bawah Akta Multimedia. Saudara Ahmad hanya pemuda biasa, tidak dikenali langsung sebelum ini, berbeza dengan kes penahanan Uncleseekers yang sememangnya dikenali umum dan datang dari keluarga yang dihormati. 
Walaupun masih tidak diketahui apa sebenarnya yang ditulis oleh saudara Ahmad di dalam facebook sehingga dikatakan sebagai satu penghinaan, tetapi bagaimana kes ini berjalan begitu menarik perhatian.
1. Ahmad Abd Jalil tidak langsung dikenali umum. Sokongan yang diberikan oleh ahli keluarganya dengan melancarkan kempen “Bebaskan Ahmad” secara besar-besaran melalui facebook, disambut pula dengan sokongan yang diberikan oleh kumpulan facebook lain seperti Kita Semua Uncleseekers dan sebagainya menjadikan kes ini adalah “Kes Besar”. Rakyat ternanti-nanti perkembangan kes Ahmad. 
Apabila menjadi kes besar, penulis yakin saudara Ahmad tidak akan di-apa-apa kan, baik daripada pasukan Polis Johor mahupun dari dalam Istana. Tetapi perkara sebaliknya mungkin berlaku jika kes ini tidak dihebohkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Laporan Malaysiakini bertarikh 4 November 2012 bertajuk “Facebook hina Sultan Johor – lebih ramai akan ditahan?” memberi gambaran lebih ramai rakyat akan ditahan atas kes menghina Sultan Johor.  
Jika berlaku lagi tangkapan, dinasihatkan keluarga dan rakan-rakan mangsa untuk mencontohi apa yang dibuat oleh keluarga Ahmad Abd Jalil supaya kes itu menjadi kes besar. Sebarkan juga berita itu ke media antarabangsa untuk mendapat liputan yang lebih besar. Berita penahanan Ahmad tersebar di Channel News Asia, Gulf News, Bangkok Post, Zee News India dan lain-lain media dunia (boleh lihat berita-berita dunia mengenai Ahmad Abd Jalil disini).
2. Portal berita Malaysia Kini hari ini melaporkan Polis Johor telah membuat laporan polis terhadap Malaysia Kini dan Malaysian Insider yang menyiarkan berita-berita berkaitan penyiasatan dan penahanan saudara Ahmad Abd Jalil. Jika dilihat kembali laporan-laporan berita yang disiarkan, kebanyakannya adalah laporan daripada peguam Ahmad dan komen daripada ahli keluarganya. Adakah pihak Polis Johor ingin menjadikan kes ini kes terpencil yang tidak diketahui umum? 
Rata-rata rakyat yang membuat komen mengenai isu ini di portal Malaysia Kini mentertawakan apa yang dibuat oleh pihak Polis Johor – buat laporan polis sendiri dan kemudiannya menjalankan siasatan sendiri dan pendakwaan sendiri.
Lebih memelikkan apa sahaja yang berkaitan dengan penghinaan terhadap Sultan Johor, polis akan bertindak dengan begitu cepat sekali! Mungkin kah kerana termakan budi dengan pemberian kereta-kereta mewah dan motorsikal Harley Davidson? Kenyataan media yang dibuat oleh Peguam Kamal Hisham hari ini memberikan contoh-contoh berkaitan Polis Johor, sila lihat di bawah.
3. Adakah dengan penangkapan rakyat yang dikatakan menghina Sultan Johor akan menjadikan rakyat terus takut dan diam? Percaturan Polis Johor dan pihak Istana adalah salah. Kes-kes seperti ini akan menjadikan lebih ramai rakyat bangkit menentang kezaliman.
Kenyataan akhbar hari ini yang dibuat oleh Peguam Kamal Hisham di Dubai mengenai isu penahanan semula Ahmad Abd Jalil menceritakan pengalaman beliau yang pernah bertugas dengan Sultan Johor dan menyuarakan kebimbangan beliau atas campurtangan pihak Istana dalam mengendalikan kes ini.
Bukan itu sahaja, SUARAM (Suara Rakyat Malaysia), Malaysian Civil Liberties Movement, Lawyers For Liberty juga telah bersuara. Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang juga telah membuat kenyataan media. Candlelight Vigil in Solidarity with Ahmad Abd Jalil juga akan dianjurkan esok hari Rabu 7 November 2012 di Dataran Merdeka.
Petikan daripada Kenyataan Media Peguam Kamal Hisham mengenai kes Ahmad Abd Jalil
4. Kebanyakan rakyat sekarang ini bukan bodoh. Bukan setakat rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia melihat bagaimana kes ini berjalan. Sehingga kini masih tidak dapat dipastikan atas kesalahan apa dan apakah kenyataan Ahmad Abd Jalil yang dikatakan satu penghinaan.
Kes ini tidak mendiamkan rakyat. Di media-media elektronik sama ada di facebook, twitter mahu pun di forum-forum, rakyat berbincang secara terbuka menceritakan salah-laku Sultan Johor. Lebih banyak pendedahan dikeluarkan. 
Adakah rakyat Malaysia takut selepas berlakunya penangkapan Uncleseekers dan saudara Ahmad? Nampaknya tidak, malahan rakyat semakin berani bersuara!Dilampirkan beberapa komen di dalam facebook untuk dikongsi dengan pembaca Malaysian in Crisis. Ini hanya sebahagian kecil sahaja, rakyat semakin berani bersuara! Untuk menghormati tuan empunya post, penulis padam nama-nama facebook mereka. Adakah semuanya bakal ditangkap dan memenuhkan lokap Johor?

Wednesday, November 7, 2012

Lagu Dalam Filem Diharamkan, Hina islam


Lagu Dalam Filem Diharamkan Kerana Penari Gelek

Mesir – Kerajaan Mesir mengharamkan sebuah lagu dalam filem  `Abdu Mouta’ selepas sebuah kumpulan memfailkan saman ke atas penerbitnya mendakwa lagu berkenaan menghina Islam.

Abdu Mouta yang mula ditayangkan di pawagam di Mesir pada Hari Raya Aidiladha lalu, telah mencatatkan sejarah sebagai filem yang mencatatkan kutipan tertinggi pada hari pertama tayangan.

Ia berjaya mengumpul $409,668 dolar pada tayangan pertama Jumaat lalu dan kini dimainkan di pawagam seluruh negara.

Babak yang dianggap menghina Islam ialah apabila penari gelek, Dina telah menari gelek ketika lagu menyentuh nama puteri Nabi Muhammad S.A.W, Fatimah dan cucu baginda, Hassan serta Hussein dinyanyikan.

Tindakan berkenaan telah mencetuskan kemarahan pengikut Syiah di Mesir.
Menurut pengarah penafisan filem, Abdel Sattar Fathy, pihaknya akan menonton filem berkenaan bagi memastikan babak yang menghina Islam itu dipotong.

Selain itu, pengarah filem berkenaan, Ahmed al-Sobky turut meminta supaya bahagian berkenaan ditapis.
Dalam pada itu, pemimpin parti Ghad al-Thawra, Bahaa Anwar Mohamed yang juga tokoh syiah, memaklumkan, beliau akan mengemukakan tuntutan di mahkamah bagi mendesak filem berkenaan diharamkan.

Baha yang dipetik akhbar al-Sabah dilaporkan berkata, aduan akan dikemukakan kepada peguam negara agar tayangannya diharamkan kerana menghina Islam.
Beliau turut meminta Mufti dan ulama di Universiti al-Azhar supaya mengecam penghinaan berkenaan yang ditujukan kepada keluarga Nabi Muhammad S.A.W.

Sementara itu, penari gelek berkenaan, Dina menafikan persembahannya itu telah menghina Islam ketika lagu memuji Fatimah didendangkan, biarpun babak tarian gelek itu tidak wajar dilakukan ketika lagu berkenaan dimainkan.

sumber

Tuesday, November 6, 2012

Senarai Kekayaan Anak-Anak Menteri Malaysia.Gila Punya Kaya...

Pemimpin BN diketahui umum mempunyai gaya hidup mewah.elaun ahli Parlimen mahu pun menteri tidak melayakkan mereka memiliki rumah atau kereta mewah.
~ apatah lagi individu yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli politik.kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi jawatan parti.
- kini gaya bermewah yang dipertikai rakyat mula menular ke sebahagian besar anak anak pemimpin BN.
~ tidak masuk akal dgn gaji ahli parlimen RM4,000 sebulan, Senator Dewan Negara RM6,000, Timbalan Menteri RM10,847 atau Menteri Kabinet RM14,907 mereka mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit dan kereta brharga ratusan ribu ringgit. Persoalan yang lebih menarik,bagaimanakah mereka mampu membelikan kereta kereta mewah untuk anak-anak?
~tentukan sekali pemimpin BN mendapat wang sampingan dari pelbagai sumber. pendapatan mereka dikatakan brjuta juta ringgit stahun dan tidak menjadi masalah untuk membiayai kehidupan mewah. kemewahan itu membuat rakyat MELUAT!. dengan gelagat gaya hidup mewah keluarga dan anak beranak pemimpin BN yg tak sedar diri, melantak hasil titik peluh Rakyat, Jelas dengan sikap Keborosan mereka merakalah membuat ramai lagi nasib si miskin di Malaysia tidak terbela ...

KEKAYAAN ANAK ABDULLAH AHMAD BADAWI

~ kamaludin diisytiharkan sebagai salah salah seorg 10 tokoh peniagaan Melayu teratas dgn aset melebihi RM320 JUTA sebaik PAK LAH menjadi Perdana Menteri. kamaluddin didakwa merupakan org dibelakang syarikat Scomi walaupun namanya tidak ada di dalam senarai Lembaga Pengarah Scomi yg brjumlah 9 org.
~ pada 2006 akhbar The Star melaporkan Petronas Carigali Sdn Bhd telah memberi kontrak sekurang kurangnya RM2 BILLION bagi membina pelantar minyak dari 2004 hingga 2006 kepada SCOMI.

KEMEWAHAN ANAK NAZRI AZIZ

~ anak kepada Menteri di jabatan Perdana Menteri nazri abdul aziz, Mohamad Nediam dilaporkan menjadi bintang dikalangan anak2 menteri kerana dibelit kontroversi berkenaan paparan pelbagai fotonya di beberapa blop brsama gadis2 jelita ~Nedim dilaporkan mempunyai sebuah kereta PORSCHE berharga sekitar RM700,000.beliau juga mempunyai pengawal peribadi yang sentiasa mengiringnya menaik kereta mewah.
~ baru2 ini pengawal peribadinya myerang seorg pengawal keselamatan kerana berlaku salah faham mendaftar masuk ke sbuah kondominium mount kiara.
~ Angkatan Muda Keadilan menuntut polis menyiasat Nedim yang pernah dikaitkan dalam 1 kes pembunuhan,Darren Kang di Sri Hartamas pada 2004.satu ironi, seorang anak menteri undang2 tidak faham undang2 dan trlajak ke dalam kes2 jenayah.

KEMEWAHAN ANAK LIM LEONG SIK
~ anak Dr. Ling leong sik,ling hee leong Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA pada zaman Dr mahathir didakwa telah mengumpul kekayaan sebanyak RM 1.2 BILLION!.
~ hee leong yang baru berumur 27 thn ketika itu tidak selayaknya mengumpul kekayaan yang sebegitu banyak.
~ pemimpin DAP,Lim Kit siang pada 1997 telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah agar kerajaan BN menyiasat skandal pengumpulan harta yng sebegitu besar dikhuatiri mengunakan kedudukan Lim Leong sik sbg menteri pengangkutan.namun sehingga ke hari ini tiada siasatan dijalankan.

KEMEWAHAN ANAK NAJIB RAZAK

~ ada beberapa org anak najib razak yg menjadi topik perbualan di internet.salah seorg dipercayai anak beliau bernama Ashman Najib,dan masih menuntut .foto dalam carian di beberapa blog mendedahkan gaya ashman yg mewah.
~ beliau didaka memiliki sebuah kereta mewah jenama Bantley yang tidak selayaknya dinaiki seorg remaja yang masih blajar. 

~anak kdua najib bersama isteri pertamanya tengku puteri zainah tengku eskandar,mohd nazifudin najib merupakan salah seorg ahli lembaga pengarah syarikat Harvest Court Industries Bhd pada Oktober 2011.
~ beliau juga Pengerusi Sagajuta (sabah) Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan 1 Borneo mall di Kota Kinabalu.mempunyai kepentingan sebanyak 13.83% selepas dilantik sbg ahli lembaga pengarah (BOD) Syarikat Harvest Court Industries Sdn Bhd.
~ pertunangan anak sulung najib bersama rosmah mansor,Nooryana najwa dengan warga kazakkhtan,Daniar nazarbayev,17 jun 2011.menelan pmbelanjaan RM79,053.
~ bil2 yang dikenal pasti sbg invois perbelanjaan jelas mengesahkan majlis itu ditanggung oleh kerajaan.sedangkan hanya majlis rasmi sahaja yang dibenar dari segi undang undang mengunakan wang negara.

KEKAYAAN ANAK SHAHRIZAT JALIL

~ dua anak shahrizat jalil dalam usia 20-an ,wan shahinur izran dan wan izzana fatimah zabedah memegang saham syarikat NFC.
~ anak2 shahrizat memiliki saham dalam Global Biofuture Pte Ltd,meatwork (singpore) Ptd Ltd.kdua duj syarikat itu didakwa memiliki modal berbayar S$3.65 juta,atau RM8.85 JUTA.
KEKAYAAN ANAK TAIB MAHMUD
~ taib mahmud yang memerintah Sarawak sejak 1980-an dianggap jelmaan Raja brooke ( James Brooke) di Sarawak.adik. Bradik dan anak beranaknya di berikan kekayaan yang melimpah ruah.
~ salah seorg anak taib mahmud,jamilah taib memiliki kekayaan luar biasa.beliau menguruskan kekayaan taib di Kanada melalui Sakto Corporation yg nilainya menjangkau ratusan juta Dollar dibawah nama menantu lelaki beliau,sean murray.
~ jamilah memiliki rumah mewah di malaysia dan luar negara.keluarga taib juga memiliki perniagaan Sakti International yang berpusat di Amerika Syarikat.
~ seorg lagi anak taib,abu bekir taib abdul taib mjadi kontrolversi selepas tuduhan pnceraiannya berjumlah RM500 juta dimahkamah syariah.
~ abu bekir brkahwin kali kdua dengan wanita Russia. isteri pertamanya Shahnaz a.majid,memohon penceraian.dalam permohonan pembahagian harta sepencarian istrinya menuntut :
1) RM100 JUTA tuntutan mutaah
2) RM300 JUTA harta sepencarian
~ slain itu menurut Shahnaz, suaminya,mempunyai perniagaan berbillion ringgit, juga mempunyai kereta Mercedes Benz, Lamboghini,Murcielago,Ferrari Spider,Bentley New Continental GT,Maserati Quortoporudi dan Alphard
KEKAYAAN ANAK DR MAHATHIR MOHAMAD

~ Mirzan mahathir,menguasai beberapa syarikat peniagaan besar seperti Sunway Building Tecnologies berhad,Capetronic Consumer Electronics Holdings berhad,World wide holdings berhad,Artwright holdings berhad dan lain2 lg.
~ mirzan pada 2011 muncul sbg salah seorg pgarah syarikat San Miguel Corp,syarilat konglomerat makanan terbesar di Filipina yang juga trlibat dgn perniagaan Arak.
~ terbaharu,mirzan dinamakan dalam afidavit di mahkamah India brkaitan siasatan pembangunan pelabuhan kakinada di Andra Pradesh.kerja2 pembinaan itu terlewat beberapa tahun dan perbendaharaan negeri mendakwa kerugian kira2 RM 33 juta antara 1999 dan 2007 disebabkan kelewatan itu.
~ Mokhzani mahathir majalah perniagaan Malaysia Business pernah 
melaporkan Mokhzani mahathir sbg antara 3 tokoh perniagaan melayu terkaya di Malaysia.beliau memiliki syarikat Kenchana Petroleum dan menduduki tangga ke 19 dalam senarai majalah itu dgn memiliki kekayaan sbyak RM 1.6 BILLION selain itu Mokhzani juga memiliki saham di dalam THB Industries Berhad,Tongkah holdings berhad dan Pantai Holdings berhad.
SEBEGINILAH MANUSIA YG HDUP DIALAS WANG KERTAS DUIT RAKYAT, SEJAHTERA LAH MEREKA HIDUP DIDUNIA, DAN YANG AMAT PERIT SEKALI KETIKA MATI DALAM KEALPAAN, SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH KESEDARAN KEPADA MEREKA DAN SEDIA BRTAUBAT MENERIMA HUKUMAN DIDUNIA. MESTI  DI BACA DAN HARUS DI TEKA, --> "HIDUP UMNO!" atau "HIRUP UMNO HIRUP!"...Tepuk dada tanyalah selera.

Sunday, November 4, 2012

Protokol Yahudi - Dakwah melalui lagu?

Jika kamu mengikutnya

Cuba kita renungkan kebenaran artikel ini sebagai rujukkan kita bersama dan sebagai ingatan kepada kita.

Di ingatkan semula agar kita tidak lupa dan lalai terhadap apa yang dunia hidangkan kepada kita.

Protokol Yahudi

Di bawah adalah Protokol ke 10 Yahudi (jumlah protokol 24 kesemuanya) mengandungi 8 perkara untuk melalaikan manusia. Sekaligus memudahkan mereka menguasai dunia seperti yang terjadi sekarang ini.

Dakwah melalui lagu? Setakat ini saya tak dapat lihat kesannya

Song

Lagu-lagu amat menghiburkan dan melalaikan. Ada anak-anak yang tidak tahu mengucap tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela. Tidak menghafal ayat-ayat al-Quran meskipun sependek al-Fatihah tetapi boleh menghafal lagu dalam bahasa yang tidak difahaminya. Berjayakah Yahudi? Sememangnya mereka berjaya sehinggakan kita terfikir, bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu? Boleh ke hidup tanpa lagu? Tanya diri anda sendiri. Al-Quran atau Protokol Yahudi yang anda ikut?

Sex

Sex sudah menjadi kegilaan remaja dan orang tua sekalipun. Sex senang didapati di mana-mana. Di kaca tv, di dalam filem, dalam iklan, babak sex amat lumrah. Filem 18SX amat laris di pasaran. VCD lucah amat mudah didapati dan harganya amat murah. Kini kita seakan-akan tidak kisah dengan filem yang mempunyai unsur sex. Lagi sekali Yahudi berjaya.

Smoke

Rokok adalah hasil ciptaan Yahudi. Tetapi mereka tidak merokok. Rokok telah menjadi kegilaan para remaja sehingga dikatakan tidak lelaki jika tidak merokok. Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi perempuan yang kononnya mahu di gelar 'up to date'. Kita seakan-akan mendokong penuh dalam merialisasikan matlamat yahudi.

Sport

Pelbagai jenis sukan telah dipopularkan. Lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba untuk mencapai target dan kemenangan. Bila bersukan, jarang yang menutup aurat, sembahyang dan puasa juga boleh di tangguhkan dan dibaikan. Yang menonton pun leka dan lupa menunaikan solat. Ramai yang fanatik dengan pasukan sukan masing-masing. Sampaikan ada yang bergaduh. Menangis kerana menang atau kalah. Pernah kita menangis kerana Allah? Atau menagis kerana permainan Yahudi?

Berbaloikah tangisan ini?

Fun

Kita seolah-olah tidak dapat lari dari hiburan. Hiburan ada disekeliling kita. Betul ke kita tak dapat lari dari ini semua? Adakah pancaindera yang dianugerahkan kepada kita hanya untuk berhibur? Semua lapisan peringkat umur meminati hiburan. Akademi Fantasia contohnya memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat. penonton melekat di depan tv berjam-jam lamanya. Seolah-olah itulah dunia mereka. Mereka gelak dan menangis bersama. Yang pasti yahudi gelakkan kita.

Apakah masa hadapan kanak-kanak ini?

Female

Perempuan, tawaran Yahudi ini amat mengasyikkan. Perempuan dijadikan sebagai 'pelacur' untuk melariskan produk-produk syarikat dan memeriahkan event seperti lumba kereta dan sebagainya. Apa relevannya meletakkan perempuan separuh bogel di dalam iklan bateri kereta? Ini adalah untuk merendahkan martabat dan maruah perempuan. Hak-hak perempuan? Apa itu? Dari Quran atau pemikiran Yahudi?

Adakah Nabi Muhammad s.a.w ingin hadir ke festival fesyen islam ini?

Fashion

Fesyen terutama perempuan ada bermacam-macam. Sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka sudah tidak menutup aurat. Macam mana hendak dikatakan menutup aurat jika bertudung tetapi berbaju dan berseluar ketat? Yahudi lebih mengetahui nafsu syawat lelaki berbanding wanita. Faham apa yang saya sampaikan? Fesyen lelaki juga semakin pelik. Gambar lucah terpampang di dada-dada mereka. Gah berjalan seolah-olah bangga dengan fesyen mereka tampilkan. Yahudi ketawakan kita lagi.

Food

Lagi satu kegilaan Umat Islam ialah obses terhadap makanan dari Barat seperti MC D, Kentucky , Pizza hut dan seribu satu macam lagi. Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina. Hanya dibeli setahun sekali apabila bulan Ramadan tiba. Tetapi makanan Barat menjadi kebanggaan walaupun memudaratkan kesihatan. Makanan-makanan ini memang dicipta supaya Umat Islam lemah berfikir dan akan menjadi 'pak turut' kepada Yahudi.


Itu semua adalah hasil dari kejayaan protokol yang ke 10. Yang lain-lain akan dirumuskan di dadalam artikel yang akan datang.

Jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah, pilihlah Allah.

Thursday, November 1, 2012

Apa kena mengena budak-budak darjah 6 dengan Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan bersama Perdana Menteri ni?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat menghargai pemimpin yang sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang diberikan serta menepati janji.

“Kita (pemimpin yang) tidak pernah bercakap bohong, kita bercakap benar, jadi kita mesti faham bahawa apa yang kita lakukan itu memang menepati kehendak agama kita, menepati hadis Rasulullah SAW.

“Ini amanah yang kita galas, tidak pernah khianati dan setiap janji kepada rakyat kita tepati,” katanya dalam ucapan pada majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Kedah di Pantai Merdeka di sini hari ini.

Kira-kira 15,000 orang menghadiri majlis anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu.

Najib bercakap soal amanah..

Tapi amanahkah Najib jika beliau menggunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri berkempen untuk kepentingan UMNO/BN dalam satu majlis rasmi kerajaan iaitu 'Majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan bersama Perdana Menteri?





Amanahkah Najib jika beliau hadir ke majlis rasmi itu sebagai Perdana Menteri tapi disambut sebagai Presiden Parti?













Najib bercakap soal amanah tapi dalam masa yang sama beliau sendiri tidak tahu membezakan antara tugas yang diamanahkan sebagai Perdana Menteri kepadanya dan Presiden Parti.

Jika pelajar-pelajar sekolah Menengah digunakan untuk menyambut kehadiran Najib sebagai Perdana Menteri ianya mungkin bukan satu masaalah tapi malangnya mereka digunakan untuk menyambut Najib sebagai Presiden Parti..





Lebih malang lagi.. budak-budak sekolah Rendah Darjah 6 pun dikerah..




Apa kena mengena budak-budak darjah 6 dengan Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan bersama Perdana Menteri ni?

Semua gambar-gambar sambutan buat Najib diatas aku rembat dari Blog-blog pencacai UMNO.. surat kerahan untuk murid Tahun 6 di atas darangnya dari ( SINI )


sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Pakatan Rakyat 2

Popular Posts

Mutiara Kata

"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu"

Khalifah Umar bin Khatab

Alexa Internet

There was an error in this gadget