Berita Terbaru :

Jom Baca!!!

Followers

Ayyuha al-Syabab


"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.

Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

-hassan al-banna-

Friday, December 21, 2012

Jenazah Ulama Syiah Rafidah, Sheikh Mirza Jawad Tabrizi Hangus..Semoga dijadikan Pengajaran!


Oleh: takusahrisau
4
 
Beliau adalah ulama terbilang mazhab Syiah Rafidah. Sheikh Mirza Jawad Tabrizi mempunyai ribuan pengikut dan menjadi antara ulama kegemaran ramai di Qom, Iran. Namun, akidah beliau jauh tersasar daripada akidah ahli sunnah wa jamaah. Mulutnya lancang mengutuk para sahabat antaranya adalah Saidina Umar al-Khattab ra.
Kutukan beliau ke atas sahabat Rasulullah ini ditulis dalam kitabnya, al-Syudzudz al-Jinzi Ladaa Umar bin al-Khaththab (kelainan seks pada diri Umar bin Khattab). Pelbagai fitnah dicipta oleh beliau dan kebencian beliau meluak-luak sehingga pernah terpacul daripada lidahnya berkata,
“Kalau Allah memasukkan saya ke syurga dan di sana saya dapati Umar ibn Khattab maka nescaya saya meminta kepada Allah agar saya dikeluarkan dari syurga”
SubhanaAllah, lihatlah betapa angkuhnya dajal kecil ini. Allah swt membayar segala-gala di dunia. Pada hari kematiannya, Allah swt menampakkan kekuasaan-Nya dengan menghitamkan wajah putih beliau. Tubuhnya yang kurus melidi seakan-akan hitam dibakar. Foto di bawah menceritakan segala-galanya. Allah swt menghinakan ulama ini supaya menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja tidak kira bermazhab Syiah mahupun Sunni agar sentiasa menghormati para sahabat dan bersangka baik kepada mereka.
 
a
 
Imej di atas dirakam semasa Sheikh Mirza Jawad Tabrizi dibaringkan di tanah perkuburan di satu kawasan di Iran. Perhatikan bagaimana pengikut mereka menulis pelbagai tulisan pada kafan imam syiah ini. Jelas juga memaparkan wajah imam ini menghitam seakan-akan terbakar sedangkan beliau memiliki wajah putih semasa hayatnya. Semoga kita dijauhkan daripada seksaan seumpama ini.
Ketika terlantar sakit
 
c
 
Ketika mengajar
 
d
 
Diarak ke tempat pengebumian
 
g 
 
h

Thursday, December 13, 2012

Serangan 8 hari Israel: Keajaiban, jumlah kelahiran lebih tinggi berbanding mati syahid

Pencerobohan lapan hari Zionist Israel ke Jalur Gaza bulan lalu mencatat seramai 1197 bayi lahir di Gaza dilaporkan oleh Mi'raj News Agency (MINA) dari Gaza, Selasa (11/12).


Korban dari pihak Gaza tercatat seramai 156 Syahid. Sebahagian besarnya adalah kanak-kanak dan wanita. Namun pada masa yang sama seramai 1197 bayi dilahirkan dengan selamat di Semenanjung Gaza,

Pentadbiran Urusan Awam di Kementerian Dalam Negeri Gaza mengeluarkan statistik yang menyatakan jumlah bayi yang lahir di Semenanjung Gaza selama lapan hari serangan Israel mencapai 1197 bayi iaitu 592 lelaki dan 605 perempuan.

Gaza city mencatat 421 kelahiran, sementara Khan Younis lebih dari 300 kelahiran, Gaza Utara mencatat 197, Gaza Tengah 163, dan Rafah 151 kelahiran.

Statistik mencatat, sejak bulan November lalu, ada 4.110 bayi lahir, yang terdiri dari 2.082 laki-laki dan 2.028 wanita dengan rata-rata 137 kelahiran perhari.


Sementara UNICEF melaporkan, lebih dari 50 mangsa akibat keganasan   Israel selama lapan hari itu adalah anak-anak.

Ini juga berlaku semasa operasi Cast Lead 2009 lalu iaitu daripada 4000 wanita hamil, 3500 di antaranya telah melahirkan bayi mereka dengan selamat selama serangan Israel tersebut di Gaza.

Jumlah tersebut tentu cukup besar jika dibandingkan jumlah korban syahid yang dianggarkan mencapai 1300 jiwa.
 
rakyat Marhean

Sunday, December 9, 2012

Wine dari najis manusia ?


Boleh membayangkan minuman beralkohol yang difermentasi dari kotoran manusia? Minuman ini benar-benar ada di Korea! Meski terdengar menjijikkan, konon minuman tersebut bermanfaat bagi kesihatan.

Namanya 'Tsongsul' atau wine feses. Soju, minuman beralkohol dari Korea, dituangkan ke dalam liang berisi kotoran ayam, anjing, atau manusia. Kemudian, campuran ini diperam 3-4 bulan untuk berfermentasi. Setelah diekstrak, minuman ini langsung ditenggak. Masyarakat Korea percaya bahawa Tsongsul dapat menyembuhkan penyakit dan membantu penyembuhan tulang patah.

Tsongsul memang nyata, namun minuman ini tidak popular. Reporter Web Rocket News 24 penasaran dan melakukan riset selama enam bulan untuk mendapatkannya. Akhirnya, dia dapat menghubungi penjual Tsongsul di Korea Selatan dan terbang ke sana untuk melakukan transaksi.

Entah apakah hukum Korea melarang penjualan minuman mengandung feses, namun seluruh prosesnya dilakukan secara rahsia. Sambil melakukan transaksi di pinggir jalan, si penjual dan reporter membicarakan minuman tersebut.

Dari sini, diketahui bahan-bahan dan cara membuat Tsongsul. "Saya harus memanggang kotoran anak saya di oven elektrik dengan suhu 250 C selama 30 minit... Kemudian, rendam dalam alkohol minimal dua bulan sebelum diminum," kata si penjual.

Menurutnya, Tsongsul tak boleh dibuat sembarangan. Jika tidak dipanggang dengan cara tadi, baunya akan sangat menyengat. Selain itu, kalau dipanggang di rumah, baunya akan menyebar ke seluruh rumah sampai-sampai boleh dimarahi tetangga.

Minuman ini berwarna cokelat bening dan bersih tanpa hampas, seperti brandy. Menurut si penjual, warnanya menjadi cokelat kerana campuranubat-ubatan tradisional seperti ash tree, hanyak, dan kucing. Kucing? Ya, si penjual mengaku memasukkan tulang kucing dalam pembuatan minuman ini!

Setelah mendapat informasi tersebut, si reporter membayar 70.000 won    untuk dua botol besar Tsongsul. Saat dituang, minuman ini seperti minuman beralkohol biasa yang sedikit berbueh. Anehnya, minuman ini memang tak berbau.

Menurut staf Rocket News 24 yang mencubanya, kadar alkoholnya terasa tinggi. "Saya juga merasakan jejak herba ubat-ubatan China. Baunya tidak seperti kotoran. Saya tidak akan tahu di dalamnya ada feses kalau anda tidak memberitahukannya," ia berkomentar pada (13/11/12). Selain itu, aftertaste-nya terasa pahit.
 
Detik Islam.

Thursday, December 6, 2012

Konstantinopel | Prelude to the final battle



27 – 29 Mei 1453 Masihi

Mesej dan arahan Sultan Muhammad al-Fateh sudah sampai ke telinga semua tentera Islam. Tarikh 29 Mei sudah ditetapkan. Siap siaga, formasi dan kelengkapan senjata dikumpul. Undur sudah sirna dari kamus bala tentera Uthmaniah. Semangat ghazi mengalir ke seluruh serat-serat pembuluh darah.

Pasukan artileri masih tetap menembak dan mengebom tembok Konstantinopel sebagai strategi supaya pasukan pertahanan musuh tidak boleh berehat. Sementara batalion dan kontijen tentera darat Uthmaniah dibiarkan berehat.

Di sebelah laut pula, armada perang Uthmaniah dipastikan oleh laksamana dan komander bertugas agar bersedia dan berwaspada.

Pada sebelah malamnya, semua khemah tentera Uthmaniah dinyalakan obor dan api. Sirah perang Rasulullah (SAW) semasa menakluk kota Mekah diperikan. Mereka bermunajat dan bertakbir lantang.

Sultan Muhammad al-Fateh dan Panglima Tharhan mengelilingi semua khemah di sebelah malam. Para ulama melawat tentera dan membaca ayat-ayat al-Quran, terutamanya surah al-Anfal yang mengisahkan perjuangan jihad.

Para ulama bersepakat untuk mengisahkan peranan dan keberanian Sahabat Rasulullah (SAW), Abu Ayub al-Ansari, di malam-malam terakhir sebelum gempuran besar-besaran dilancarkan.

“Tuan-tuan yang dimuliakan Allah, Rasulullah (SAW) berhenti di rumah Abu Ayub al-Ansari ketika hijrah ke Madinah. Di sini, di tembok kota ini, jenazah beliau disemadikan. Kita akan mencari kuburnya sebaik sahaja berjaya memasuki kota ini.”

Sepanjang malam ucapan “Laa ilaaha illaAllah, Muhammad Rasulullah” bergema menjulang langit, lalu dibawa angin memasuki kota Konstantinopel. Penat hilang serta merta.

Sementara itu hati-hati musuh Islam semakin kecut dan kecil.

Monday, December 3, 2012

Guru Bodoh Kerana Umno...

Amaran Kerajaan Malaysia, Guru Hanya Boleh Aktif Bersama umno.


Semua guru sekolah di negara ini hanya boleh bergiat aktif dalam parti umno sahaja, ini bermakna mereka haruslah sedia menjadi robot yang akan patut pada arahan, dan sanggup jadi bodoh kerana umno, 

Kalau kerajaan yang dipimpin oleh umno buat benda tak betul, mereka sebagai kakitangan kerajaan pun kene sokong umno jugak, nak sokong parti lain selain umno tak boleh walaupun parti lain lebih baik pentadbirannya berbanding umno.

Portal Malaysiakini mendedahkan berita mengenai nasib seorang guru yang  dari Labuan yang dipecat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas menghadiri ceramah Pakatan Rakyat beberapa hari lepas. ( baca sini )


Laporan berita itu juga mendakwa selepas insiden pemecatan tersebut, guru itu mendakwa telah menerima borang keahlian Umno selepas ditelefon seorang pemimpin Umno setempat.

Guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi mendakwa borang itu dihantar secara serahan tangan dua hari selepas beliau 'dinasihati' pemimpin Umno berkenaan yang juga seorang senator Dewan Negara.

Qatrun mendakwa dalam perbualan telefon sebelum itu beliau dinasihatkan bahawa sebagai kakitangan kerajaan beliau hanya boleh bergiat aktif dalam parti Umno.

Rupanya umno nak tutup kes ini, dia mintak guru terbabit jadi orang umno, dan kemudian ganjarannya apa?... apakah guru ini diberi balik kerja sebagai guru hanya selepas bersetuju jadi ahli umno?... 

Rupanya umnolah penentu hidup mati orang lain, sesuka hati boleh buang kerja dan sesuka hati boleh ambik balik asalkan mahu sokong umno... atau ini menunjukkan betapa jahatnya umno yang konon jaga sangat orang melayu ( orang melayu ialah orang yang paling mudah ditipu oleh umno ) .. hanya kerana hadir ke ceramah guru berbangsa melayu ini dibuang kerja. apakah itu adil?

Bodohnya lah kita bila membenarkan kata-kata pembodohan pemimpin umno yang juga kini senator itu.. guru tidak selayakknya dikongkong, guru yang akan mendidik seharusnya bebas mahu menyokong siapa pun, bagaimana mahu melahirkan pelajar yang bijak jika guru sipaksa jadi robot yang hanya tahu menyokong 1 parti?

Sikap beginilah yang membuatkan ramai guru dan kakitangan kerajaan muak dengan umno.. nah kini masa untuk sama-sama kuburkan umno.. ini kali la..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Pakatan Rakyat 2

Popular Posts

Mutiara Kata

"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu"

Khalifah Umar bin Khatab

Alexa Internet

There was an error in this gadget