Berita Terbaru :

Jom Baca!!!

Followers

Ayyuha al-Syabab


"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.

Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

-hassan al-banna-

Friday, March 8, 2013

Selamat Hari Raya !!! ~ PM Sementara




KUALA LUMPUR: ”Adakah Najib menerima konsep dan kebiasaan sebuah kerajaan sementara untuk pentadbiran harian kerajaan yang telah luput tempoh parlimennya, paling ketara di antara pembubaran parlimen dan pembentukan kerajaan baru selepas pilihan raya umum?” tanya Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang.

Katanya dalam satu kenyataan semalam, soalan itu amat penting dalam kes Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri tidak diundi paling lama dalam percubaan tanpa mandatnya sendiri daripada pengundi untuk hampir empat tahun penuh.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu turut bertanya apakah Najib bersedia untuk menghormati dan mematuhi Konvensyen Kerajaan Sementara dan amalan terbaik di negara lain yang mempunyai demokrasi berparlimen yang berfungsi, termasuklah:
  • Tiada keputusan dasar yang utama boleh dibuat oleh Kerajaan Sementara melainkan dalam hal-hal mendesak dan selepas rundingan rasmi dengan Oposisi.
  • Tiada perlantikan signifikan pegawai awam utama, melainkan sebagai pemangku atau tempoh masa pendek.
  • Tiada kontrak atau akujanji sepanjang tempoh menjadi kerajaan sementara. Jika tidak mungkin untuk menangguhkan komitmen sehingga selepas tempoh pentadbiran sementara, untuk tujuan perundangan, komersil dan lain-lain sebab, akan terdapat rundingan dengan Oposisi untuk memastikan bahawa kontrak turut menyediakan fasal bagi menamatkannya jika kerajaan yang baru tidak mahu meneruskan. Syarat yang sama termasuk di dalam memberikan tender.
  • Tiada rundingan dan lawatan antarabangsa.
  • Tiada penglibatan penjawat awam di dalam aktiviti pilihan raya dengan penjawat awam mengambil pendirian neutral sementara terus menasihati Kerajaan.
Menurut Penasihat DAP Kebangsaan itu lagi, melihat kepada dua fakta iaitu Najib sebagai Perdana Menteri tidak diundi paling lama dalam percubaan yang tidak berani mendapatkan mandatnya sendiri dari pengundi dan ulangtahun kelima Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac, 2008, moraliti umum dan politik menuntut Najib supaya menganggap dirinya sebagai Perdana Menteri Sementara dan Kabinetnya sebagai Kabinet Sementara pada hari ini.

Justeru, katanya mereka tidak sepatutnya membuat sebarang keputusan substantif sama ada berkenaan dasar, perlantikan, kewajipan berkontrak atau penyalahgunaan perkhidmatan awam, sama ada pegawai, hasil dan dana awam tanpa berunding dengan Oposisi.

“Biar Najib secara terbuka  menyatakan sama ada beliau bersedia untuk menerima konsep dan kebiasaan sebagai Kerajaan Sementara apabila Parlimen ke-12 secara rasminya terbubar; dan tambahan lagi, sama ada beliau bersedia untuk menerima moraliti politik bahawa secara moralnya, beliau hanyalah Perdana Menteri Sementara bermula 8 Mac 2013, ulang tahun terakhir ‘tsunami politik 308,” ujarnya. Harakah Daily

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Pakatan Rakyat 2

Popular Posts

Mutiara Kata

"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu"

Khalifah Umar bin Khatab

Alexa Internet

There was an error in this gadget

Blog Archive