Friday, November 29, 2013
Friday, November 22, 2013
Sepuluh Arahan Presiden Simpulan Ucapan Dasar...
SHAH ALAM: Ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar PAS Pusat ke-59 kali ini mencatat kelainan apabila Tuan Guru Abdul Hadi Awang di fasa akhir ucapannya menyebut sepuluh arahan yang patut dilaksanakan aktivis PAS di setiap peringkat organisasi.
Sepuluh arahan itu menyentuh peranan yang perlu dilaksanakan oleh Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS negeri dan Wilayah Persekutuan bagi merealisasikan tema “Rahmat Untuk Semua”.
Sepuluh arahan yang terkandung dalam ucapan dasar Presiden itu adalah:
Semua pihak dalam Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS Negeri dan Wilayah serta Kawasan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas terhadap tema ”RAHMAT UNTUK SEMUA”, dan seterusnya bertindak merangka perancangan dan strategi pelaksanaan agar intipati ini dapat berada dalam masyarakat dan difahami bahawa dasar Islam ini dibawa oleh PAS. Jadikanlah tema ini sebagai sesuatu yang benar bernafas, bukan sekadar slogan kosong yang sedap didengar sebagai halwa telinga untuk Muktamar semata-mata.
Badan Perhubungan PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan juga perlu lebih dinamik dalam gerakerja tersusun yang mempunyai sasaran bulanan dan tahunan, menambahkan ahli yang berkualiti, mendekati medan baharu dalam masyarakat, dan mempunyai sekurang-kurangnya 50% program di kalangan ahli baharu atau masyarakat awam di luar lingkungan ahli jamaah. Penentuan petunjuk prestasi perlu dibangunkan, sebagai sasaran kerja yang lebih terarah. Kukuhkan organisasi parti dengan berbagai ilmu pengurusan, kepimpinan perlu dibajai dengan tarbiyah untuk membentuk diri seterusnya mengikhlaskan niat perjuangan. Usaha yang berterusan untuk mengaktifkan ILHAM, dan modul-modul pembinaan diri ahli di berbagai peringkat mestilah diperkukuhkan dengan menjadikannya sebagai salah satu sasaran tahunan.
Sabah dan Sarawak adalah rakan penting dalam pembentukan Malaysia. Rakyat di sana telah bersama dalam referendum yang melahirkan negara Malaysia, maka hargailah hasil yang turut sama dibina oleh rakyat Sabah dan Sarawak ini. Maka seluruh jentera PAS di medan ini perlulah berusaha gigih untuk menyedarkan rakyat tentang hak mereka ini supaya tidak dibuli oleh UMNO-BN disetiap masa dan ketika. Badan Perhubungan PAS di Sabah dan Sarawak pula perlulah melengkap dan memperkemaskan organisasi, mempertingkatkan kerja dakwah, menghilangkan phobia masyarakat di sana terhadap PAS, dan seterusnya merakyatkan PAS supaya diterima sebagai parti yang berupaya menjadi tempat bergantung mereka.
Dewan Ulama pula merupakan nadi denyutan jamaah yang perlu bertindak pantas menjadi jurubicara jamaah dan menjelaskan isu di sekitaran dengan merujuk kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah, ijma dan qiyas. Bahan-bahan penerbitan dalam pelbagai rupa dan bentuk yang bersesuai dengan masyarakat perlu lebih dinamik dan bertenaga menjelaskan pendirian jamaah khususnya menterjemahkan Islam bagi menangani masalah semasa, juga membantu kerajaan negeri melaksanakan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam. Perbincangan ilmiah dan seminar khusus dalam memahami persoalan maqasid syariah, siyasah syari’yyah, perlu dijalankan dari masa ke semasa untuk menangani ketidakfahaman dalam masyarakat kita ini dan seterusnya menyediakan penyelesaian yang sesuai untuk sepanjang zaman.
Dewan Pemuda pula mestilah sentiasa dinamik, melengkapkan diri dengan ilmu Islam dan kefahamannya, serta bersedia menyambung legasi perjuangan kepimpinan terdahulu sehingga mampu untuk melakukan islah di dalam masyarakat Malaysia yang masih sarat dengan berbagai fikrah yang berlawanan dengan Islam. Inovasi baharu dakwah perlu diterokai. Pemuda juga perlu mendepani isu semasa nasional, tempatan dan antarabangsa; dan mampu mengenengahkan permasalahan ummah dan mencadangkan penyelesaiannya dengan menonjolkan Islam sebagai rahmat untuk sekalian alam. Program siyasah yang bersifat inklusif perlulah diterokai untuk mendekatkan diri kepada masyarakat awam di luar sana.
Dewan Muslimat perlulah mendepani berbagai isu dalam bahasa yang mudah dan menyentuh hati nurani masyarakat dalam negara kita ini, bahkan menerokai isu-isu antarabangsa. Program dalaman seperti tarbiyah wajar dimantapkan lagi, sejajar dengan keperluan semasa terutamanya untuk berdepan dengan zaman penggunaan pelbagai media supaya Dewan Muslimat berperanan besar dalam masyarakat terkini yang meletakkan kaum wanita menjadi penentu kepada wajah umat dan negara.
Dewan Himpunan wajar untuk diperkembangkan peranan mereka dengan mempunyai modul-modul latihan khusus kepada ahlinya. Modul ini perlu dibangunkan, untuk melahirkan ahli Dewan Himpunan yang mampu bergerak dengan lebih baik lagi sebagai satu dari sayap parti yang penting, menjadi jambatan atau pintu yang menghubungkan rahmat Islam perjuangan PAS kapada kaum bukan Islam.
Kawasan dan Cawangan perlu mempunyai sasaran kerja yang jelas yang dan dipantau oleh pimpinan negeri. Zaman mesyuarat tanpa fail dan tidak berkala itu adalah sudah berlalu. Program dalaman seperti program tarbiyah dan latihan mestilah menjadi agenda yang penting dalam aktiviti Kawasan dan Cawangan.
Ahli dan kepimpinan PAS yang memikul amanah sebagai Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis dan Anggota Lembaga Pengarah, Ketua Kampung dan semua yang berkaitan perlulah melaksanakan amanah dengan sepenuhnya mengikut adab dan batas-batas akhlak, kerana peranan mereka yang telah dipilih oleh rakyat ini adalah sebagai wajah depan PAS. Prestasi mereka akan dipantau, dinilai dan akan dibantu oleh jemaah sekiranya terdapat kelemahan dalam melaksanakan tugas mereka. Semua dari kalangan mereka ini akan dijemput menyertai forum, perbincangan meja bulat, bengkel dan sesi latihan yang bersesuaian supaya lebih mahir dan dapat membantu dalam menjalankan tugas masing-masing.
Ahli – ahli PAS secara keseluruhannya perlulah mempunyai disiplin dan akhlak yang tinggi, merapatkan saf ahli, mempunyai hubungan dengan Allah yang kuat, berada dalam suasana sentiasa dahagakan ilmu, dan seterusnya terlibat dalam aktiviti majlis ilmu, usrah, tamrin, muqayyam dan sebagainya dengan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan waqi’ dan keupayaan masing-masing.
Nov 22, 2013 Harakahdaily
Sunday, November 17, 2013
Waktu Doa Paling Mustajab..
Riwayat: Muslim
Hadith:
Dari Ibnu Abbas RA katanya:� Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:� Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud.
Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.�
Huraian Hadith:
Kedudukan sujud ialah dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Ketika Allah meminta para malaikat bersujud kepada nabi Adam AS bererti inilah tingkat tertinggi dari sebuah penghormatan.
Sujud hanyalah untuk Allah S.W.T. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan mengajar kita bahawa tingkat paling tinggi dari rasa hormat adalah “Sujudlah pada Ku.” Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud. Itulah sebabnya mengapa umat Islam berbeza daripada umat agama lain. Mereka meletakkan dahinya atau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini sekaligus membuang sifat angkuh seseorang dan menggantinya dengan berserah kepada Tuhan-Nya yang paling Agung. Inilah nilai kehambaan yang sebenar yang mengundang rahmat dan keberkatan daripada Allah.
Tuesday, November 12, 2013
Rumusan mahasiswa terhadap Bajet 2014

Dari sudut prestasi ekonomi pada tahun 2013, dalam tempoh separuh pertama tahun ini, ekonomi negara berkembang sebanyak 4.2 peratus manakala ekonomi dunia berkembang perlahan dengan kadar 2.9 peratus. Malaysia sememangnya tidak terkecuali daripada tempias kelembapan ekonomi global. Seterusnya, peruntukkan bagi Bajet 2014 ialah sebanyak RM264.2 billion yang lazimnya dibahagikan kepada dua bentuk perbelanjaan iaitu RM217.7 billion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM46.5 billion bagi perbelanjaan pembangunan. Daripada peruntukkan tersebut, ia disediakan untuk sektor ekonomi, sektor sosial dan pelbagai lagi perbelanjaan. Kerajaan Persekutuan menjangkakan kutipan hasil sebanyak RM224.1 billion pada tahun 2014 dan memperoleh tambahan sebanyak RM4 billion berbanding tahun 2013.
Seterusnya, dalam teras pertama iaitu merancakkan aktiviti ekonomi, menarik untuk saya ulas mengenai pelaburan awam dan swasta. Dalam bajet ini Kerajaan Persekutuan telah menetapkan sebanyak RM189 billion bagi pelaburan swasta sementara RM106 billion bagi pelaburan awam. Bagi pelaburan swasta, insentif tersebut akan disalurkan ke bidang minyak dan gas, industry tekstil, kelengkapan pengangkutan serta pembangunan hartanah.
Manakala, antara projek yang bakal dilaksanakan bagi pelaburan awam ialah pembinaan Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping, pembinaan landasan keretapi berkembar Ipoh ke Padang Besar dan kemudiannya dari Gemas ke Johor Bahru. Menurut bajet yang dibentangkan tempoh hari, jarak Lebuh Raya Pantai Barat ialah sepanjang 316 kilometer. Dalam perihal ini saya ingin membangkitkan persoalan mengenai apakah tindakan kerajaan dalam membantu untuk memudahkan perhubungan antara penduduk yang berada di Pantai Timur dan Pantai Barat khususnya bagi negeri yang seringkali berhadapan dengan kesesakkan lalu lintas dan struktur jalan yang kurang baik.
Jika sebelum ini kerajaan Negeri Kelantan telah melaksanakan projek Lebuh Raya Rakyat yang menghubungkan antara Kota Bharu dan Kuala Krai, tetapi proses perlaksanaannya masih kurang efektif bahkan di dalam bajet 2014, tiada peruntukkan diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. Pada pandangan sisi, saya mengharapkan agar pihak kerajaan daripada mana-mana blok parti politik dapat berkhidmat dan membantu rakyat merentasi jurang perbezaan politik dan bertindak secara profesional.
Bagi teras kedua pula ialah mengukuh pengurusan fiskal dan semestinya umum ketahui bahawa dalam teras ini terkandungnya perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang kini menjadi topik hangat diskusi bagi ahli-ahli akademik dan pakar-pakar ekonomi serta turut juga menjadi bahan kempen bagi sesetengah ahli politik. Walaupun tarikh perlaksanaannya bermula pada 1 April 2015 tetapi perlaksanaannya dan perancangannya mendapat kritikan dan ulasan daripada banyak pihak.
Pelaksanaan GST akan memberikan implikasi terhadap golongan pertengahan ke bawah dan menambah beban rakyat berpendapatan rendah, khususnya dalam soal kenaikkan harga barang. Namun, pelaksanaan GST ini tidak semestinya akan membebankan golongan pertengahan ke bawah, kerana pelaksanaan cukai ini adalah penggantian cukai yang sedia ada dan mungkin dapat menstabilkan harga barang bahkan ada sesetengah harga barang akan turun.
Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata, antaranya rakyat hanya perlu membayar GST empat peratus ketika menjamu selera di restoran makanan segera berbanding cukai perkhidmatan lebih tinggi dikenakan sekarang.“Kos perniagaan lain juga berkurangan selepas GST menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kerana restoran berkenaan tidak lagi perlu membayar cukai jualan atas pembelian meja, kerusi dan kemudahan lain.“Dengan pelaksanaan GST, peniaga boleh menawarkan harga yang lebih murah hasil penjimatan daripada pembayaran cukai,” katanya.
Memang tidak boleh dinafikan bahawa pelaksanaan GST juga akan menaikkan harga sebahagian barang dan pastinya membawa impak kepada golongan bawahan sama ada positif ataupun negatif.
Selain dapat mengenalpasti pengelak cukai dan menyumbang kepada pengutipan cukai dan duti yang lebih cekap di masa depan. Pendapat saya, jika pelaksanaan GST ini lebih menguntungkan rakyat dan dapat menambah hasil mahsul kerajaan sememangnya pelaksanaan ini perlu diteruskan tetapi kerajaan perlulah meyakinkan rakyat terlebih dahulu jika pelaksanaan GST mampu memberi kebaikan. Dalam pada itu juga, penetapan gaji minimum juga sangat penting bagi menguatkan keyakinan rakyat terhadap perlaksanaan cukai baru ini serta dalam pada itu juga pihak kerajaan secara serius perlulah menghapuskan segala gejala-gejala negative dan ketirisan dalam sektor awam.
Selain itu, teras ketiga dan teras keempat pula ialah mengunggul modal insan dan mempergiat pembangunan Bandar dan luar Bandar. Saya lebih ingin fokuskan pada teras yang ketiga iaitu mengunggul modal insan, yang mana elemen-elemen yang diletakkan antaranya ialah meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan latihan, bantuan persekolahan dan baucar buku, pendidikan tertiari dan memperkukuh latihan kemahiran. Pada elemen kecemerlangan pendidikan dan latihan, Kerajaan Persekutuan akan melancarkan Tabung Khas Pembinaan Penambahbaikan & Penyelenggaraan Sekolah. Berdasarkan bajet yang dibentangkan beberapa minggu lepas, peruntukkan bagi tabung khas ini adalah sebanyak RM450 juta dan agihan peruntukkan masih samar. Adalah lebih baik Kerajaan Persekutuan dapat memberikan agihan peruntukkan khas kepada sekolah dan institusi pendidikan di Sabah dan Sarawak agar saluran peruntukkan lebih terfokus seterusnya kebajikan rakyat lebih tertumpu.
Dan seterusnya, teras yang terakhir bagi Bajet kali ini ialah Mensejahtera Kehidupan Rakyat. Elemen-elemen yang diketengahkan dalam teras ini antaranya ialah pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber, pembangunan wanita dan keluarga, kesihatan, keistimewaan bumiputra, kebajikan golongan OKU, bantuan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana, pembangunan sukan dan lain-lain lagi.Bantuan Rakyat 1 Malaysia juga terkandung dalam teras yang kelima ini, yang mana pemberian ini akan dipertingkatkan dan diperluaskan. Namun begitu, adakah pemberian ini lebih efektif dan mampu mengubah kelas kehidupan rakyat ke arah yang lebih baik berbanding daripada penambahan pemberian subsidi daripada kerajaan.
Akhir Kalam, sebagai mahasiswa yang prihatin dan cakna terhadap isu semasa, bagi saya tidak salah untuk saya memberikan sedikit lontaran kata dan kritikan terhadap bajet yang dibentangkan tempohari. Menjadi harapan buat saya agar bajet kali ini dapat direalisasikan dengan sepenuhnya dan berjaya mengubah tahap ekonomi Malaysia kearah yang lebih baik, terkehadapan serta yang paling penting dapat menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang dicintai.
Muhammad Muzakkir ialah Setiusaha Agung Ikatan Studi Islam UKM.
Monday, November 11, 2013
Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin...
Oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila di
Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi dan seterus pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.
MANGSA NAFSU SOMBONG

“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; ‘kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?”. Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.

“Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Maka, menderitakan bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.
KERENAH KURSUS KAHWIN
TOK KADI TAK FAHAM HUKUM

“Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi:

(Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”).Juga al-Imam al-Bukhari (meninggal 256H) menyebut:

(Apabila bakal suami berkata kepada wali (bakal isteri) kahwinkanlah aku dengannya, lalu wali berkenaan diam seketika, atau bertanya: “apa yang awak ada (mahar)?”, atau kedua mereka diam lalu wali itu berkata: “aku nikahkan engkau dengannya”, maka itu adalah harus (sah). Ada hadis mengenainya yang diriwayatkan oleh Sahl daripada Nabi s.a.w).Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Tiada cerita satu nafas atau sekali lafaz dalam akad seperti yang ditokok tambah oleh jurunikah. Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah. Syaratnya, ia lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi, ia menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.
KHURAFAT AKAD SATU NAFAS

KERENAH ‘MAHKAMAH’

(maksudnya) “Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik, dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat (hukum) Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan), dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat (sunnah), untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala-galanya” (Surah al-Baqarah, ayat 231).Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan, maka talak itu disuruh oleh al-Quran. Malanglah kaum wanita yang sepatutnya telah dikeluarkan oleh al-Quran dari kezaliman atau kemudaratan si suami, tiba-tiba terjatuh dalam kezaliman batin akibat proses birokrasi sesetengah mahkamah atas nama syariah. Maka, wanita hari ini ada yang terseksa batinnya kerana menunggu proses mahkamah yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana mungkin isteri yang sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin tetap disahkan oleh mahkamah bahawa dia masih suami sekalipun isteri berulang meminta dipisahkan.

“Jika suami gagal menunaikan nafkah untuk isteri, kadi memisah antara mereka jika isteri memilih untuk berpisah…Hal ini diriwayatkan dari sejumlah para sahabat dan tabi’in” (al-Mufassal, 7/217).Beliau juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir:
“Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab yang dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat”.Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Taimiyyah:
“Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (dipasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Samada suami sengaja atau tidak sengaja”. (ibid 8/439).Semua perbahasan yang begitu banyak boleh didapati dalam khazanah Islam itu menggambarkan rumahtangga untuk kebahgiaan hidup insan bukan untuk kedukaan mereka. Jika rumahtangga itu mengundang kedukaan, insan diberi peluang keluar oleh syarak untuk keluar dari daerah itu dengan segera. Malanglah, jika pintu keluar itu dihalang oleh kerenah biorokrasi mahkamah. Hakim barang kali ringan lidahnya menyebut: “kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir” sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri
Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.
Saturday, November 9, 2013
CALON SPM SOLAT TEPI DEWAN PEPERIKSAAN...

Insya-Allah dik. Kalau pun tak dapat markah cun dalam SPM tue ko dah dapat markah cun dari malaikat dik. Usaha tangga kejayaan. SPM pintu aje. Bukan penentu. Moga2 adik ini mendapat kejayaan yang dia idam2kan.- aCIK-
Tuesday, November 5, 2013
Monday, November 4, 2013
DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN DIBACA PADA 04/11/13.

DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
Friday, November 1, 2013
Bajet dan nasihat Nabi Syuaib
Kita baru sahaja mendengar pembentangan Bajet 2014. Pelbagai ulasan dibuat oleh pelbagai pihak. Ada yang pakar, ada yang tidak pakar. Ahli ekonomi apabila berkata-kata banyak istilah dan angka yang mereka lafazkan. Orang awam mungkin tidak semua yang faham.
Jika pun mereka tahu maksud, mereka tidak tahu pula antara angka yang benar dan angka yang di‘silapmata'kan. Apabila hutang negara bertambah, beban rakyat meningkat, kehidupan menjadi sukar, jenayah dan ketakutan mula merayap ke segenap kehidupan rakyat dan sebagainya, maka bala dan derita itu dirasai semua peringkat.
Mereka yang faham dengan segala istilah dan angka, juga mereka yang kurang faham atau langsung tidak faham pun akan merasai derita dari segala bala tersebut.
Saya tidak mahu mengulas bajet secara detil. Biarlah hal itu dilakukan oleh pakar-pakarnya. Saya sekadar mahu berkongsi apa yang Nabi Syuaib nyatakan kepada kaumnya tentang punca kemusnahan ekonomi sesuatu umat.
Nabi Syuaib merupakan seorang nabi yang yang diutuskan kepada kaum Madyan. Beliau terpaksa menghadapi karenah penyelewangan pengurusan ekonomi dan harta yang mereka lakukan. Kaum Madyan dicatatkan sebagai kaum yang awal mengenakan cukai kepada orang yang lalu-lalang dalam kawasan mereka.
Al-Quran merakamkan ucapan-ucapan Nabi Syuaib bagi mengingatkan sesiapa yang terlibat dengan harta orang lain tentang asas-asas penting dalam menguruskan harta. Bahasa Nabi Syuaib bahasa asas yang dapat difahami oleh semua peringkat.
Penipuan harga
Penipuan harga adalah antara ibu penipuan dalam urusan ekonomi. Meletak harga bohong pada sesuatu adalah kezaliman. Penipuan ini boleh berlaku sama ada dengan cara menipu ukuran ataupun timbangan. Dalam kerangka projek-projek kerajaan bererti meletakkan harga yang tidak sepadan dengan nilai yang sepatut.
Sehingga projek-projek itu dibayar oleh kerajaan dengan harga yang tinggi melebihi ‘sukatan' ataupun ‘timbangan' yang sepadan. Wang awam menjadi mangsa dan negara menjadi korban. Ini semua kerana ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memakan harta secara tidak sepatutnya. Inilah yang Nabi Syuaib tegaskan dalam seruannya.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan kepada penduduk Madyan Kami utuskan saudara mereka Syuaib, dia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tiada tuhan bagi kamu selain dari-Nya, dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi." (Surah Hud ayat 84).
Menipu timbangan ataupun sukatan bukan bererti tidak langsung menimbang ataupun menyukat, tetapi sukatan dan timbangan secara tipu. Inilah punca kemusnahan kehidupan penduduk Madyan kerana ada pihak yang menipu dalam berurusan dengan pihak yang lain.
Justeru, negara yang baik hendak mempratikkan ‘good monetary policy' yang dapat menyelamat harta awam dari ditipu ataupun dirompak secara ‘lulus di atas kertas'. Kebanyakan penipu silam dan moden memperlihatkan seakan mereka jujur pada mata yang tertipu, tetapi hakikatnya mereka penipu. Hal ini akan menyebabkan negara yang zahirnya kaya, tetapi rakyatnya susah sebab timbangan dan sukatan mereka sudah ditipu. Nampak banyak, hasilnya sedikit.
Mengurangi hak
Ingatan Nabi Syuaib yang lain yang bermaksudnya: "Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85).
Dalam konteks negara, jika kita membicarakan tentang hak, maka hak rakyat menikmati kekayaan bagi setiap negara tidak sama. Ia bergantung kepada latar kekayaan negara tersebut. Jangan samakan Malaysia dengan negara yang lebih miskin dari kita ataupun sebaliknya.
Sebab itu al-Quran apabila menyebut tentang mut'ah yang suami patut berikan kepada isteri yang diceraikan, Allah memerintahkan agar kadarnya ditentukan oleh kemampuan masing-masing.
Allah menyebut: "..hendaklah kamu memberi "mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu), iaitu suami yang senang (hendaklah memberi) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan". (Surah al-Baqarah, ayat 236).
Suami yang kaya tidak boleh memberikan saguhati ataupun mut'ah itu seperti kadar yang diberikan oleh suami yang miskin. Dia tidak boleh bandingkan hak isterinya dengan isteri orang tidak sekaya dirinya. Demikian hak-hak rakyat dalam setiap negara itu berbeza berdasarkan kekuatan kekayaan negara berkenaan.
Tidak boleh mana-mana kerajaan yang kaya menyamakan hak rakyat di negaranya dengan rakyat di negara yang lebih miskin daripadanya. Lebih buruk lagi jika sebahagian ‘bangsawan' dan ‘atasan' menikmati kekayaan sesebuah negara secara berlebihan sementara sebahagian rakyat hanya menjilat lebihan kuah yang tumpah ke lantai sahaja.
Keberkatan
Intipati yang penting dalam penghayatan amalan ekonomi yang jujur ialah mencari keberkatan yang diperolehi melalui harta yang terhasil dari sumber yang halal.
Kata Nabi Syuaib a.s yang bermaksudnya: "Baki (yang halal) Allah kepada kamu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman, dan aku bukanlah orang yang mengawasi kamu". (Surah Hud, ayat 86).
Inilah asas jiwa insan yang jujur dalam pengurusan ekonomi. Jiwa yang memadai dengan yang halal dengan tidak mengambil harta orang lain atau pun mengurangkan hak mereka. Memadai dengan apa yang tinggal dari pengurusan yang halal itu lebih baik dan diberkati Tuhan. Dilimpahkan kedamaian dan kebaikan dari pelbagai sudut dalam kehidupan.
Kebahagiaan bukan hanya diukur dengan jumlah harta tetapi kurniaan keberkataan limpahan Tuhan kepada kehidupan ini. Keberkatan adalah elemen yang ditekankan dalam pengurusan ekonomi Islam yang tiada dalam sistem ekonomi yang lain. Keberkatan itu seperti kata Al-Asfahani (meninggal 425H) bermaksud kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu. (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran m.s 119, Damsyik: Dar al-Qalam)
Lihatlah bila keberkatan hilang maka orang yang kaya-raya pun hidup tanpa bahagia. Pencuri-pencuri harta awam hendaklah faham hakikat ini. Pengurus harta awam juga hendaklah faham. Justeru itu kita kena sedar bahawa jumlah jenayah dan keadaan tekanan hidup yang sedang meningkat dalam negara kita adalah antara tanda hilangnya keberkatan kehidupan.
Good governance
Good governance atau urus tadbir baik adalah istilah yang digunapakai pada hari ini bagi menggambarkan bagaimana institusi awam yang mengendalikan urusan dan harta awam ditadbir. Ia menggambarkan urustadbir yang bertanggungjawab lagi baik.
Beberapa anasir diletakkan oleh pelbagai pihak seperti UN, IMF, World Bank dan lain-lain dalam menetapkan karekteristik sesuatu urus tadbir yang baik. Sesiapa yang mengkaji tentang international development boleh menperincikannya.
Apapun, nasihat-nasihat Nabi Syuaib adalah kunci kepada urustadbir harta yang baik. Para pemerintah hendaklah insafi diri masing-masing ketika menguruskan harta negara. Sekali lagi saya ulangi apa yang Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) dalam kitabnyaAs-Siyasah asy-Syar'iyyah fi Islah ar-Ra'i wa ar-Ra'iyyah sebut:
"Tidak boleh para pemerintah membahagikan harta negara mengikut nafsu mereka seperti mana seorang pemilik harta membahagikan harta miliknya. Sebaliknya, para pemerintah hanyalah pemegang amanah, wakil dan utusan. Mereka bukan pemilik harta.
Ini seperti yang Nabi S.A.W sabda: "Aku - demi Allah - tidak boleh memberi (harta awam) ataupun menghalang seseorang. Aku hanya pembahagi yang meletakkannya di mana sahaja aku diperintahkan".
Ini diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.
"Inilah rasul Tuhan semesta alam yang memberitahu bahawa dia tidak mempunyai hak menghalang dan memberi dengan kehendak dan pilihannya seperti mana seorang pemilik harta yang boleh berbelanja dengan hartanya, dan seperti raja-raja yang memberikan kepada sesiapa yang mereka suka.

Sebaliknya dia (Rasulullah S.A.W) hanya seorang hamba Allah, membahagikannya mengikut arahan Allah. Dia meletakannya di mana yang Allah perintahkan".
Sambung Ibn Taimiyah lagi: "Demikian apabila seseorang berkata kepada (Khalifah) ‘Umar bin al-Khattab: "Wahai Amir al-Mukminin! Andainya engkau tambah peruntukanmu dari harta Allah ta'ala (harta negara).
Jawab ‘Umar: "Tahukah engkau apakah bandingan antara aku dan rakyat? Ia umpamanya satu kaum yang berada dalam satu perjalanan, lalu mereka menghimpunkan harta mereka kemudian mereka menyerahkannya kepada seseorang untuk membelanjakannya untuk mereka. Apakah halal untuk lelaki itu mengutamakan dirinya dengan menggunakan harta mereka?." [m/s 51-52. Kuwait: Dar al-Arqam (1406H)]

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN adalah bekas mufti Perlis.
sumber: Malaysiakini