Berita Terbaru :

Jom Baca!!!

Followers

Ayyuha al-Syabab


"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.

Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

-hassan al-banna-

Saturday, March 30, 2013

Kejamnya Cara Rejim Syiah Bashar Assad



SURIAH (Arrahmah.com) -Lembaga hak azasi manusia Human Rights Watch (HRW) telah menyiarkan sketsa-sketsa yang dibuat berdasarkan hasil wawancara dengan bekas para tawanan rezim Suriah. Dokumentasi tersebut memfokuskan perhatian pada cara-cara penyiksaan yang digunakan oleh rezim Suriah.
Menurut Pusat Dokumentasi HAM Suriah, sampai hari ini sudah hampir 200 ribu orang yang dipenjara atau pernah dipenjara oleh rezim Basyar Al-Assad sejak rakyat melawan Maret 2011. Penangkapan dan penyiksaan itu masih dilakukan sampai hari ini. Berikut ini sketsa-sketsa tersebut:


siksa 1siksa 2siksa 3siksa 4siksa 5siksa 6


- See more at: http://www.arrahmah.com/news/2013/03/30/beginilah-sebagian-cara-rezim-syiah-bashar-assad-menyiksa-tahanan-muslimin-suriah.html#sthash.cowzW9gI.dpuf

Wednesday, March 27, 2013

3 Cara Penipuan BN




Mohd Sabri Said,



PERMATANG PAUH: Para pengundi diingat tiga cara menipu yang cuba dibuat oleh pihak tertentu termasuk petugas Umno dan BN menjelang pilihan raya ini.

Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Sheikh Ismail(gambar) mendedahkan, terdapat tiga perkara sedang dirancangkan oleh jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kuasa Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Perkara ini baru sahaja di kesan dan beliau meminta semua pihak berwaspada dengannya.

Katanya, mereka diminta mengawasi gerak geri Wanita Umno yang akan berlakun sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang turun ke rumah-rumah khususnya di luar bandar untuk mengajar cara mencelup jari kelingking dengan dakwat hitam.

Bila kelingking dicelup dakwat tersebut katanya,  ia akan mengambil masa tujuh hari untuk luntur. 
Bila berlaku begitu mereka dianggap sudah mengundi dan tidak sama sekali diberikan peluang memasuki bilik pengundian pada hari pilihan raya nanti.

"Lazimnya jentera tajaan BN menggunakan nama NGO untuk menyenangkan mereka menyelinap masuk ke kampung-kampung kononnya untuk mengajar terutamanya kaum ibu tentang kaedah penggunaan dakwat hitam oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) ketika mengundi kelak. 

"Mereka akan bertindak dalam masa tiga hari sebelum hari pengundian, " tegasnya di majlis ceramah Pentas Wanita di perkarangan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti semalam.

Perbuatan kedua yang dirancang ialah mereka akan menyamar sebagai pegawai TEKUN, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sebagainya untuk meninjau projek atau bertemu dengan kelompok yang membuat pinjaman.

Mereka akan meminta kad pengenalan dan mengambil gambarnya lalu memproses untuk diklonkan kad pengenalan individu terbabit. 

Bila proses ini berjaya kad pengenalan itu nanti diiberikan kepada pengundi hantu dan bila pemilik asal hendak masuk mengundi namanya telah pun dipotong tanda sudah ada orang mengundi bagi pihaknya.

Ketiga sambung Siti Aishah, mereka akan menggunakan ruang di sebelah tengahari hari mengundi iaitu petugas kita alpa dan tinggalkan pondok panas atau balik ke rumah untuk mandi, solat dan sebagainya.

Petugas jelasnya,  hendaklah senantiasa berada di pondok panas dan sepanjang perayu undi bertugas. 
"Jika sampaI waktu solat, makan dan seumpamanya berikan tugasan orang lain sekejab. Jangan biarkan hadapan pintu masuk tempat mengundi tiada petugas Pakatan Rakyat," tegasnya.

"BN dan Umno mesti laksanakan perkara tersebut di kala kita alpa. Justeru itu, para petugas yang dilatih khas kena bersedia setiap masa," jelasnya diiringi laungan  'Lawan Tetap Lawan'.

Berceramah sama ialah Pemangku Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang, Aida Yusuf Rawa, bekas penyanyi, Dayangku Intan, Ketua Wanita DAP, Choong Eng dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Sunday, March 24, 2013

Hanya 10 minit untuk menghormati demokrasi?

Oleh Adil Mat Selamat
MENTERI Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim menyatakan bahawa selepas pembubaran Dewan Rakyat, semua parti politik yang bertanding pada PRU-13 dibenar membentangkan manifesto masing-masing di RTM.

Menurut beliau, setiap parti akan diberi masa selama 10 minit dengan syarat ketat yang ditetapkan RTM, agensi di bawah kementerian beliau yang mana kementerian itu diketuai beliau sendiri dengan menyiarkan berita dan laporan pro-BN semata-mata..

Rais memberi justifikasi atas tindakan ini sebagai ‘penghormatan kepada demokrasi’. Bagus tu, enak benar bunyinya. Inilah yang rakyat dambakan dari kerajaan. Soalnya sekarang, adakah ini satu pengakuan daripada pemimpin BN, adakah bermakna sebelum ini selama berdekad lamanya kerajaan BN tidak menghormati demokrasi?

Apa pun, bukan saja yang ditawarkan hanya 10 minit, diletakkan pula syarat-syarat termasuk mesti disediakan dalam bentuk rakaman, yakni bukan “live” atau secara langsung. Rakaman visual dan suara atau suara sahaja, atau siapa yang membuat rakaman? Siapa yang tentukan rakaman yang sah?

Namun kita percaya bahawa siaran 10 minit dalam bentuk rakaman ini dibuat untuk memastikan RTM boleh menyunting mana-mana bahagian menurut budi bicara mereka. Nampaknya kementerian Rais mahu jadi Lembaga Penapis Filem, mahu gunting mana-mana bahagian yang tidak disukai. Sudahlah ruang yang diberi itu 10 minit saja, nak kena potong lagi.

Apatah lagi Rais itu Menteri BN. Saban hari ia gunakan RTM untuk puji BN, hetam Pakatan Rakyat. Selama ini pun para pemimpin PR tak pernah diberi ruang untuk menjelaskan dasar, apa lagi mempertahankan diri daripada serangan zalim BN. Malah, tohmahan Rais terhadap PR pun tak diberi peluang menjawab.

Nampak gayanya, pemberian ini sangat tidak ikhlas. Bak kata orang, kalau nak beri, berilah betul-betul. Kalau ragu-ragu, baik jangan buat. Inikah namanya ‘penghormatan kepada demokrasi’?

Demokrasi bagi UMNO BN adalah menurut apa yang mereka fahami, jika dia nak beri itu maka diberinya, pandangan rakyat dan pembangkang ditolak tepi. Beginilah keikhlasan BN kepada rakyat. Upin dan Ipin pun dapat 30 minit setiap minggu, manifesto Pakatan Rakyat hanya 10 minit setiap lima tahun?

PR ini kalilah…BN lain kalilah.

Sumber: roketkini.com

Friday, March 22, 2013

Kematian Ramadhan Al-Buti kehilangan buat umah


  
KUALA LUMPUR: Kematian ulama tersohor, Sheikh Saeed Ramadhan Al-Buti disifatkan PAS sebagai satu kehilangan besar buat umat Islam seluruh dunia.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biarpun berbeza pandangan dalam beberapa perkara, namun penghormatan terhadap ilmu dan keperibadian ulama itu sangat disanjung tinggi.

"Saya banyak mengambil manfaat dari kitab-kita karangan beliau khususnya Fiqh Sirah yang saya jadikan teks dalam kuliah pengajaran saya sejak dahulu.

"Sekalipun ada sedikit perbezaan pemikiran dlm beberapa isu dengannya, ia tidak mengurangi kasih sayang kita semua kepada ulama agung ini.

"Semoga Allah SWT mengampuni beliau dan dimasukkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Sheikh Mohammed Saeed Ramadan al-Bouti, 84, dilaporkan terbunuh dalam serangan bom penyerang berani mati semalam di Masjid Al-Iman Dimasyq, Syria.

Beliau terkenal dengan siri buku-buku dakwah tulisannya termasuk Fiqh Sirah yang menjadi rujukan ahli gerakan Islam seluruh dunia.

Harakahdaily/-

Haflah Ilmu di Kota Bharu (Gambar)



 
Gambar : Puluhan Ribu Banjiri Kuliah Perdana Tok Guru Nik Aziz Dan Ust Azhar Idrus Di Kota Bharu semalam.
 

















 
Gambar : Berbagai sumber di FB

Puluhan ribu membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan untuk mengikuti Kuliah Perdana Tok Guru Nik Aziz dan Bual Bicara bersama Ustaz Azhar Idrus. Turut serta penampilan istimewa dari Ustaz Syed Norhisham dan Ustaz Haslin Bollywood.Semuga Pas terus memerintah Kelantan selepas PRU 13 nanti.

Wednesday, March 20, 2013

Ribuan rakyat Terengganu bantah tarik balik saman Petronas


(Antara rakyat Terengganu yang berarak ke pejabat Ahmad Said di Wisma Darul Iman hari ini - Gambar Yahya Ali)


KUALA TERENGGANU: Ribuan rakyat Terengganu hari ini turun bagi membuat bantahan terhadap tindakan kerajaan negeri menarik balik saman terhadap Petronas berkaitan royalti minyak negeri itu.


Mereka berarak kira-kira setengah kilometer dari perkarangan Ibu Pejabat Polis Terengganu hinggalah ke perkarangan Wisma Darul Iman.


Perarakan ini dibuat sempena genap setahun Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad said menarik balik saman yang dikemukakan oleh kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang terhadap Petronas dan Kerajaan Pusat dahulu.


20 Mac 2012 lalu, Ahmad Said mengumumkan kerajaan negeri Terengganu menarik balik saman ke atas Petronas dan Kerajaan Pusat yang dikemukakan kerajaan negeri sebelum itu.


Kerajaan Pusat pimpinan Tun Dr Mahathir telah memansuhkan royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu.


Ia digantikan dengan wang ehsan dari kerajaan Pusat kepada Terengganu yang tidak lagi disalurkan kepada kerajaan negeri tetapi Umno atau pihak-pihak yang dikehendaki olehnya.


Ekoran itu, hari ini kumpulan yang menuntut royalti untuk Terengganu, 'R' mengadakan perhimpunan dan menyerahkan memorandum kepada Ahmad Said.


Perhimpunan ini dipimpin oleh Bapa Saudara kepada Sultan Terengganu, Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ismail. HD

Selepas umum 7 dosa, ribut pun datang (Gambar Mangsa)


TANAH MERAH: Tidak lama sejurus Datuk Seri Najib Razak merasmikan Majlis Bekwoh Bersama PM di sini Jumaat lalu, tiba-tiba datang ribut kuat menumbangkan enam khemah.


(Seorang peserta perhimpunan bersama PM cedera selepas khemah roboh akibat terkena ribut)


Ekoran itu 10 penduduk yang hadir di majlis berkenaan cedera ringan dan beberapa orang lagi agak parah sehingga terpaksa diusung ke hospital.


“Sebaik sahaja selesai Perdana Menteri berucap merasmikan program berkenaan di Sekolah Menengah kebangsaan Tanah Merah 1 tiba-tiba langit menjadi gelap.


“Saya ingat seperti jam 8 malam. Semua orang menjadi panik. Perdana Menteri masih lagi berada di dalam dewan ketika kejadian berlaku.


“Banyak kerusi terbalik, peti televisyen litar di bawah khemah jatuh ke bawah kerana meja terbalik. Hujan turun dengan lebat sekali,” kata beberapa saksi ketika ditemui di tempat kejadian. HD

Tuesday, March 19, 2013

8 aktivis mahasiswa ditahan di UiTM Shah Alam


SHAH ALAM 19 MAC: Sekurang-kurangnya lapan aktivis mahasiswa ditahan Polis Bantuan UiTM Shah Alam sebelum sempat berpidato pada program Jelajah Sudut Pidato Mahasiswa di Speakers Corner, Dataran Cendekia dalam kampus berkenaan.
 

Seorang aktivis mahasiswa, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham yang turut ditahan berkata, mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM kira-kira jam 9.15 malam tadi.
“Sebab sebenar penahanan belum jelas. Mula-mula kata kerana orang luar dilarang masuk ke kampus.
“Tetapi Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath yang belajar di kampus ini, turut ditahan,” katanya kepada Keadilan Daily.
 

Beliau berkata, tujuan mereka hadir ke program itu ialah untuk menyampaikan pidato berhubung polisi pengajian tinggi di negara ini.
 
“Kami ditahan sebelum sempat berucap. Selain saya dan Khalid Ismath, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang turut ditahan,” katanya.
 
Penahanan itu mengulangi kejadian 9 Disember 2011 apabila enam aktivis mahasiswa ditangkap ketika mengadakan program di Speakers Corner UiTM Shah Alam.
 
Short URL: http://www.keadilandaily.com/

Sunday, March 17, 2013

Tujuh Dosa Besar UMNO BN

Dosa Pertama : KALIMAH ALLAH

http://2.bp.blogspot.com/-BG3BEa7Jszs/UPNROuhk_MI/AAAAAAAANIg/YZDzFZj6pPE/s1600/2013-01-14_081417.jpg


Dosa Kedua : TANAH RIZAB MELAYU

http://www.mapim.org/wp-content/uploads/2012/10/tanah-3.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-Q6WvOl2cFd4/T2lqgHX6sII/AAAAAAAAJeM/FWO-oJ9PfvE/s1600/rizab.jpg

Dosa Ketiga : IC PERCUMA KEPADA WARGA ASING

http://4.bp.blogspot.com/-khxFlM-wI9E/UPgHwgoBueI/AAAAAAABGds/Xo11iGo-jjA/s1600/555417_524606990905913_1668630260_n.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-01F4wzqnRds/USzXqGs9Q0I/AAAAAAAAg_E/qYDx3OdEqrY/s1600/projek+ic.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-BPYS7URVmxA/UTDq4JNuzTI/AAAAAAABMZo/Knt8CyVKl9A/s1600/165919_560406077325849_849567456_n.png

Dosa Keempat : DEB GAGAL

http://cdn1.beritasemasa.com/wp-content/uploads/2012/02/orang-terkaya.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-QXp4i0rwSuY/UR8ZBjlf8KI/AAAAAAAAPv8/8kMhujsbEVU/s1600/KRONI+umno+khianat+melayu.jpg
https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/426000_528584490506155_1923234764_n.jpg

Dosa Kelima : ISLAM DI HINA

http://2.bp.blogspot.com/-bnzJm0TTzMA/UDCDpvACZmI/AAAAAAAA2NA/2-HBY1VDj-8/s640/umno-hina-islam2.jpg
http://2.bp.blogspot.com/_AnovcU-a9ZY/TTmpNUmlGgI/AAAAAAAAOuk/DuMV_dfGe8A/s1600/chua%2Bsoi%2Blek%2Bhina%2Bislam.JPG
http://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2013/01/Amanat1.jpg

Dosa Keenam : PEMIMPIN RASUAH

http://3.bp.blogspot.com/_6d7Ig9gJXgs/TNC4g5nNQRI/AAAAAAAABgY/s_ylwHyAOdY/s400/umno+rasuah3.JPG
http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/591/470x275x045b3e75c52ceccbe4fff3eee51d54dd.jpg.pagespeed.ic.Bn067IlFeq.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-RfVRVtPl44E/USSdBcWwovI/AAAAAAABJwY/i_uf3o_PC8I/s1600/391945_333936440048812_747131538_n.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-KN2VTCbQOCQ/T2AE_QWcglI/AAAAAAAAEf4/7XIaabFiq10/s1600/rasuah+pemimpin+umno+bn.jpg

Dosa Ketujuh : HINA RAJA-RAJA

http://2.bp.blogspot.com/-06md0uC9hlU/TqoES9Tj8PI/AAAAAAAAD8s/FPC0a4P8owg/s1600/utusan+umno+hina+raja+melayu.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-BhH2qOnAZxI/ToVsZIjfNpI/AAAAAAAAPkQ/hK7KLyaBl80/s1600/umno%2Bhina%2Braja-raja%2Bmelayu.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-YjWpr4dUVBw/T9yFdPOmbKI/AAAAAAAAEyY/oU3PFMu969U/s1600/hina+raja+melayu2-utusan+umno.jpg
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Pakatan Rakyat 2

Popular Posts

Mutiara Kata

"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu"

Khalifah Umar bin Khatab

Alexa Internet

There was an error in this gadget

Blog Archive