Berita Terbaru :

Jom Baca!!!

Followers

Ayyuha al-Syabab


"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.

Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

-hassan al-banna-

Thursday, April 25, 2013

Anwar tuntut penjelasan SPR peti undi ‘meragukan’ dipindah ke Kajang.


Anwar menunjukkan gambar yang memaparkan dua peti undi dibalut menggunakan polister dan dicop dengan logo SPR sebagai bukti. – Gambar Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 25 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memberi penjelasan berhubung kenderaan badan pengendali berkenaan memindahkan peti undi meragukan ke Taman Perindustrian Sungai Chua di Kajang daripada ibu pejabatnya di Putrajaya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Ketua Pembangkang itu menunjukkan kepada pemberita gambar yang memaparkan dua peti undi dibalut menggunakan polister dan dicop dengan logo SPR sebagai bukti mereka memindahkannya menggunakan Pajero di Jalan SC 2.
“Saya mahu penjelasan SPR. Apa permainan mereka?” soalnya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini.
The Malaysian Insider/-

Wednesday, April 24, 2013

PANAS!! Lagi hasil kaji selidik menunjukkan Manifesto BN ditolak rakyat...




10 April 2013 yang lalu Sinar Harian OnLine telah mengadakan satu kaji selidik untuk mendapatkan pandangan pembacanya tentang manifesto PR dan BN untuk PRU13 ini.

Dalam kaji selidik kali ini berkisar tentang Manifesto untuk pilihanraya ini .. sejumlah 6822 orang pembaca telah..

Hasilnya sehingga jam 4.00 petang hari kaji selidik tersebut dijalankan dengan 6822 orang pembaca mengambil bahagian menunjukkan majority pembacanya menolak Manifesto Barisan Nasional.

Ini terbukti apabila soalan "Jika anda seorang pengundi, manifesto parti mana yang memikat perhatian anda".. menerima jawapan dari 81% pembaca yang meletakkan Manifesto Pakatan Rakyat sebagai lebih menarik.. sila lihat di ( SINI )

Oleh kerana Kaji selidik tersebut memudaratkan UMNO/BN.. maka ada suara ghaib dikatakan telah memberikan arahan agar kaji selidik tersebut dikeluarkan..

Hari ini satu lagi kajiselidik telah dijalankan.. bukannya oleh portal on-line berbahasa Melayu tetapi portal berita on-line berbahasa Inggeris pula..

Dan hasilnya juga tidak menyebelahi Manifesto UMNO/BN..


Dengan soalan “Whose manifesto will benefit you directly: Barisan Nasional or Pakatan Rakyat's?”

Sehingga jam 12.30 tengahari tadi sejumlah 8,166 orang pembaca telah mengambil bahagian..


Hasilnya 67% menyatakan manifesto Pakatan Rakyat memberikan kebaikkan secara terus kepada mereka.

24% menyatakan manifesto Barisan Nasional memberikan kebaikkan secara terus kepada mereka (dipercayai kroni-kroni UMNO/BN yang bakal mendapat keuntungan dari manifesto BN ini)..

Jadi kesimpulannya di sini ialah biar apa sekalipun yang dijanjikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN dalam manifesto mereka kali ini, ianya tetap gagal menarik perhatian rakyat…

Kaji selidik ini sedang berjalan di ( SINI ).. boleh bertahan berapa jam lagi entahlah..

Tuesday, April 23, 2013

Panas!!! 1MDB pindah RM7 bilion ke akaun sulit



KUALA LUMPUR: PKR hari ini mempersoal maklumat bahawa 1MDB, badan pelaburan milik rakyat yang dikawal sepenuhnya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Cayman Island.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, maklumat tersebut turut dilaporkan dalam Laporan Tahunan 1MDB dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge.

Akhbar itu turut mempersoalkan kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.

berikut adalah kenyataan penuh beliau:


1MDB pindah RM7 bilion wang rakyat ke akaun sulit


KEADILAN memandang serius maklumat bahawa 1MDB, badan pelaburan milik rakyat yang dikawal sepenuhnya oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Cayman Island.

Maklumat ini terkandung di dalam Laporan Tahunan 1MDB dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut sama mempersoalkan kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.

Akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana pusat kewangan pesisir pantai mempunyai undang-undang yang melindungi urusniaga sebegini walaupun berunsur jenayah atau rasuah. Sebelum ini pun, laporan antarabangsa telah mempersoalkan tokoh-tokoh yang rapat dengan Barisan Nasional seperti Mirzan Mahathir, Raja Nong Chik dan Michael Chia yang mempunyai akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai kerana ia disyaki bersabit dengan urusniaga yang tidak betul.

1MDB mendapat modal melalui terbitan bon sebanyak RM5 bilion yang dijamin oleh kerajaan. Dari modal ini, ia melabur di dalam beberapa pelaburan di luar negara terutamanya di dalam Petro Saudi International (PSI) yang diragui kewujudan dan aktivitinya.

Dari urusniaga dengan PSI yang penuh kerahsiaan inilah, sejumlah RM7 bilion dilaporkan dipindahkan ke akaun rahsia di Cayman Island, sebuah pusat kewangan pesisir pantai.

Pemindahan wang RM7 bilion oleh 1MDB ini perlu dijawab segera oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana beliau berkuasa penuh ke atas 1MDB. Pemindahan wang ke sebuah akaun rahsia pesisir pantai seperti Cayman Island bertentangan prinsip ketelusan dan tata kelola baik yang sepatutnya diamalkan oleh sebuah badan pelaburan kerajaan seperti 1MDB.

Saya khuatir sekiranya Barisan Nasional kalah dalam PRU13, wang RM7 bilion ini tidak dapat dijejaki dan hilang begitu sahaja, bermakna kerajaan menanggung kerugian besar ke atas hutang RM5 bilion yang diambil sebagai modal 1MDB.

Saya memberi amaran keras kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa beliau akan bertanggungjawab ke atas setiap satu sen kerugian yang ditanggung 1MDB. Pemindahan wang RM7 bilion ke akaun rahsia di Cayman Island adalah satu tindakan yang berunsurkan jenayah yang perlu disiasat segera.

Oleh yang demikian, untuk membolehkan satu siasatan dimulakan serta merta sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa dalam 2 minggu akan datang, saya akan membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia, Polis diRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada hari Rabu dan Khamis minggu ini supaya wang RM7 bilion ini dibawa balik ke Malaysia secepat mungkin dan mereka yang bertanggungjawab memindahkan wang ke akaun rahsia di Cayman Island dihadapkan ke muka keadilan.


RAFIZI RAMLI

Pengarah Strategi PKR

Monday, April 22, 2013

Rakyat Malaysia Yang DiDahuLukan Patut Ambil Tahu...!!!
































Setakat Dapat Lima Ratuss...Apa Ada Hal...Bagi Rakyat..Pastu di BahuluKan Selagi Mahuu..
 
Hasil Kautan Aktiviti Syaitan Hanya Mengenyangkan Kroni Kesayangan.

Saturday, April 20, 2013

900 pengundi bernama 'Fatimah Ismail' ditemui.

Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu mempunyai bilangan pengundi yang ramai berkongsi nama yang sama, termasuk 900 bernama 'Fatimah Ismail'.

NONEDaripada jumlah ini, terdapat 14 contoh 'Fatimah Ismail' berkongsi 
tarikh hari lahir yang sama, dan 10 daripadanya juga mempunyai kad pengenalan yang dikeluarkan di negeri yang sama.

"Bayangkan dua orang yang bernama 'Ismail' yang mempunyai anak perempuan mereka dilahirkan pada hari yang sama dan menamakan mereka 'Fatimah', dan ianya di kampung yang sama," kata penolong penyelidik Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap), Lee Wee Tak.

NONESebagai perbandingan, beliau berkata, negeri-negeri lain seperti Perak
dan Negeri Sembilan dan mempunyai bilangan yang kurang pengundi dengan nama yang sama.

Nama pengundi yang paling popular di Perak adalah 'Fatimah Ahmad' dengan hanya 55 kes, sebagai contoh, berbanding dengan 412 'Fatimah Ismail' di Kedah.

Malah apabila Merap cuba mengurangkan kebetulan itu dengan mencari NONEsekurang-kurangnya tiga padanan nama dan tarikh lahir, Lee berkata, beliau masih ada 263 pengundi di seluruh Malaysia yang memenuhi kriteria itu.

Dalam kebanyakan kes, pengundi ini nampaknya tinggal berdekatan 
dengan satu sama lain, tetapi kira-kira dua pertiga daripada mereka mempunyai alamat yang tidak lengkap.

Mendahuluinya ialah Kedah dengan 50 pengundi, Perak (41), Kelantan (21), dan Kedah (26).

NONEDalam satu contoh, katanya, terdapat tiga pengundi bernama 'Ab 
Rapar Awang' berkongsi  tarikh hari jadi yang sama pada 15 Julai 1949. Dua daripada mereka mendaftar untuk mengundi di parlimen Indera Mahkota, manakala seorang lagi mengundi di kawasan berjiran Paya Besar.

Sementara itu, Sabah dan Sarawak mempunyai jumlah tertinggi pengundi berusia lebih 100 - masing-masing 1,062 dan 475 orang.


~Malaysiakini~

PRU13: Ibrahim Ali pertahan Pasir Mas, lawan Nik Abduh..Calon BN takut, tak serah borang penamaan



Di luar jangkaan ramai, kerusi Parlimen Pasir Mas menyaksikan pertembungan satu sama satu antara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak menteri besar Kelantan. 

Persaingan kedua-duanya disebabkan calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi tersebut, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon biarpun hadir di situ pagi ini.

Rakyat Marhean

Friday, April 19, 2013

Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP : Akhirnya Roket Mendarat Di Bulan....


Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada petang ini bahawa calon-calon DAP akan menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah dan Sarawak di dalam pilihanraya umum 5 Mei ini. Ini berikutan sehingga jam 3 petang hari ini, DAP belum mendapat mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari. Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman. Isu logo sekalipun mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia melambangkan maruah dan harga sebuah perjuangan.

Dari sudut yang lain, kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan. Dalam melayari bahtera politik tanah air, PAS dan DAP sering dilagakan oleh UMNO/Barisan Nasional. Di hadapan bangsa Melayu, pemimpin UMNO menakut-nakutkan mereka dengan bahaya DAP dan begitu juga sebaliknya di hadapan bangsa Cina, mereka digembar-gemburkan dengan imej PAS sebagai taliban, radikal dan sebagainya. Natijahnya, Melayu Islam dan bukan Melayu terus hidup dalam keadaan syak wasangka antara satu sama lain. 

Hari ini, benteng tersebut telah runtuh sepenuhnya. DAP tanpa takut-takut lagi telah merobohkan persepsi ini apabila bertindak berani memilih logo PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan yang telah diperuntukkan kepada mereka khususnya kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina. Saya kira, inilah saat di mana perjuangan PAS sudah tidak menjadi kegerunan lagi kepada bangsa Cina. Sekalipun ia masih belum diterima sepenuhnya, namun sedikit demi sedikit ia telah hilang.

Saya mengimbau kembali saat ketika Perjanjian Hudaibiyyah dimeterai antara Rasulullah SAW dan orang-orang Musyrikin Mekkah. Kabilah-kabilah Arab di sekitar Madinah yang masih belum memeluk Islam mengambil keputusan untuk bernaung di bawah naungan kerajaan Islam Madinah. Di saat itulah, sahabat-sahabat Rasulullah SAW diuji dengan rasa terhina akibat melihat secara zahir bagaimana perjanjian tersebut berat sebelah. Namun kesabaran mereka segera diganjari oleh Allah SWT apabila perjanjian tersebut membuka peluang Rasulullah SAW menakluki kota Makkah apabila perjanian tersebut dilanggar di mana Bani Khuzaah yang masih belum memeluk Islam dan berlindung di bawah naungan Islam diserang oleh kaum Musyrikin. 

Alhamdulillah, ketika UMNO masih menjaja keris tumpulnya merata-rata, perjuangan PAS sudah mula diterima di kalangan non muslim. Ketika UMNO main kayu tiga dengan perjuangan bangsa Melayu, PAS terus ke hadapan membawa misi dakwah dengan slogan PAS for All. Non Muslim di sana sini tidak lagi segan silu membawa bendera PAS dan sebaliknya tidak pernah kita saksikan mereka membawa bendera keris tidak bersarung milik UMNO.

Saya yakin, benih Islamphobia yang disemai UMNO semakin mati tunasnya. Keputusan DAP ini insya-Allah satu rahmat besar buat PAS. Ia sebenarnya rezeki buat perjuangan Islam. Mungkin Barisan Nasional merasakan langkah ini bakal membantutkan gerak langkah Pakatan Rakyat, namun sesungguhnya ia mengandungi rahmat yang sangat besar. Jika Perjanjian Hudaibiyyah membuka jalan kepada pembukaan kota Makkah, maka tidak mustahil langkah kerajaan Barisan Nasional ini sedang membuka kepada pembukaan Putrajaya dan pembinaan Malaysia Baru. Tidak mustahil tarikh 6 Mei 2013 nanti, perayaan besar-besaran kemenangan rakyat akan berlangsung di seluruh negara menyaksikan keruntuhan Barisan Nasional. 

Yakinlah keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman. Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan!

Salam hormat,
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 8 Jamadil Akhir 1434H bersamaan 19 April 2013

10 Sebab Orang Melayu Kena TOLAK UMNO/BN !!!



 

OLEH: MAT MAD, PULAU PINANG

Thursday, April 18, 2013

PRU 13 : SIAPA GADAI MELAYU. INI BUKTINYA



PR sering dilemparkan dengan fitnah sebagai menggadaikan ketuanan Melayu dan sebagainya.

Tetapi hakikatnya cuba tuan-puan lihat statistik di sebelah. Bilangan calon-calon Melayu dalam Pakatan Rakyat jauh lebih ramai berbanding calon-calon Melayu dalam BN.

Ternyata BN menggadaikan kerusi-kerusi Melayu.

Jadi usah bicara tentang perkauman kalau diri sendiri sebenarnya TIDAK MEMBELA MELAYU malah menggadaikan politik Melayu.

Wednesday, April 17, 2013

BN tumbang, Melayu makin kukuh - Aziz Bari



KUALA LUMPUR: Kedudukan orang Melayu, bahasa kebangsaan, agama Islam dan Raja-raja Melayu akan terus kekal kukuh kerana perlembagaan telah memahat mati semua peruntukan yang berkenaan.

Jika Pakatan perolehi majoriti dua pertiga sebanyak 148 kerusi sekalipun, ia hanya di Dewan Rakyat.

Tetapi Dewan Negara majoritinya masih senator lantikan Umno-BN yang dengan sendirinya tidak membolehkan sebarang pindaan Perlembagaan kerana syarat majoriti dua pertiga itu di kedua-dua Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Ia juga memerlukan perkenan Majlis Raja-Raja berdasarkan peruntukan perlembagaan itu.

Sebab itu, tidak timbul soal Pakatan meminda atau memansuh peruntukan-peruntukan berkenaan bahkan Pakatan bakal mengukuhkannya lagi.

Inilah ulasan pakar undang-undang perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari yang bakal disiarkan Harakah dalam edisi Jumaatnya.

Monday, April 15, 2013

Tok Pa pun percaya dengan Video lucah


Mustapa berkata sebarang tuduhan mengaitkan Umno dengan isu itu adalah fitnah paling besar. - Gambar failGUA MUSANG, 15 April — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali wajar meletak jawatan dalam parti itu kerana isu video lucah yang dikaitkan dengan beliau membabitkan soal moral dan maruah parti pembangkang itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata lazimnya pemimpin politik yang berada dalam situasi serupa akan mengambil keputusan meletak jawatan.
“Yang lebih penting ialah perlu menjaga maruah parti,” katanya ketika berucap pada program bersama warga peneroka Felda di Chiku Satu dekat sini, semalam.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri, berkata sebarang tuduhan mengaitkan Umno dengan isu itu adalah fitnah paling besar.
“Memang pemimpin pembangkang sukar menerima hakikat berhubung isu itu walaupun kita (Umno) tidak tahu menahu,” katanya.

Sementara itu, Mustapa memuji sokongan kuat warga peneroka Felda Kelantan terhadap perjuangan Barisan Nasional (BN) dan berharap ia membantu membawa kemenangan kepada BN pada pilihan raya umum ke-13 di Kelantan. - Bernama

Saturday, April 13, 2013

Calon Bukan Islam Pertama Bertanding Atas Tiket Pas (Gambar)

Ketua Kongres Penyokong PAS (PSC), Hu Pang Chow hari ini diumumkan sebagai calon PAS bagi kerusi Ayer Hitam - dan merupakan orang bukan Islam yang pertama pernah calon bertanding di bawah tiket parti Islam itu.

pas announce candidates for johor ge13 130413 hu pang chawPengumuman tersebut dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Johor Bahru pagi ini.

Hu yang dijangka berdepan dengan Ketua Pemuda MCA, Datuk 
Wee Ka Siong, adalah antara lapan calon PAS yang akan bertanding kerusi Parlimen di Johor.

Pada tahun 2008, PAS meletakkan calon bukan Islam Kumutha Rahman yang juga dari Kelab Penyokong PAS  tetapi di bawah tiket PKR.

PAS telah meminda perlembagaan parti itu  untuk menaikkan taraf kelab penyokong kepada sayap parti, sekaligus membolehkan ahli bukan Islam bertanding secara langsung di bawah tiket PAS.

Ribuan Menujat KEKAL..


Solat Hajat Sempena Himpunan " KEKAL"  di Padang Perdana Kota Bharu


Walau hujan rakyat tetap bersama untuk Kekal Kelantan

 

Hanya kepada Allah,tempat kita mengadu dan berserah diri..banyakkan berdoa demi kesejahteraan Negara Malaysia yang tercinta ini...Undilah Pakatan Rakyat pada PRU13 ni..

Wednesday, April 10, 2013

TG Nik Aziz berkhidmat sehingga ‘hujung nyawa’...


Nik Abdul Aziz Nik 
Nik Abdul Aziz Nik
KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menghiraukan desakan supaya beliau meletakkan jawatan tetapi sebaliknya akan terus berkhidmat sehingga ke ‘hujung nyawa’.

“Selagi saya bernafas saya akan terus pegang jawatan dan memainkan peranan saya dalam membentuk Islam,” katanya kepada media semalam menjawab pelbagai desakan termasuk mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau berundur.

Ketika pelbagai pihak mempertikaikan kemampuan beliau untuk terus mentadbir Kelantan, Nik Aziz  terus mengulangi kenyataan akan tetap bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana sebelum ini.

“Masalah siapa yang akan menjadi menteri besar selepas PRU13 nanti itu masalah kedua, tetapi saya akan terus bercakap dalam Islam,” katanya.

Bulan lalu, Nik Aziz juga menyatakan beliau akan berundur sekiranya parti tidak memerlukan beliau lagi, manakala PRU13 pula Pas Pusat telah membuat keputusan wajib bertanding.

Sementara itu, ditanya siapa calon yang paling sesuai untuk menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara pada PRU13 nanti, Nik Aziz menegaskan, paling penting individu itu adalah Islam.

Untuk rekod pada PRU12 keputusan menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar iaitu 4,249 dengan mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar di Dun Chempaka.

Pada tahun 2008 Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) telah menganugerahkan  beliau sebagai  menteri besar yang memiliki rekod  paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan.

Selain itu, sebagaimana kenyataan Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan, Nik Abdul Aziz mengakui beliau sememangnya bukan pemegang kunci pintu syurga  sehingga boleh menilai dosa dan pahala seseorang./SinarHarianOnline

Tuesday, April 9, 2013

PRU13 : BN ciplak 22 idea manifesto Pakatan - Rafizi

APABILA politik nasional lebih banyak berkisar kepada persoalan dan perdebatan dasar (bukannya politik perkauman, kebencian dan cacian peribadi), rakyat berpeluang untuk menilai sendiri perbandingan program ekonomi dan kerajaan yang ditawarkan oleh parti-parti politik.

 Justeru, saya menyambut baik peluncuran manifesto Barisan Nasional dan ingin mengambil kesempatan ini untuk membentangkan analisis perbandingan di antara manifesto Rakyat dan Manifesto Barisan Nasional.

TEMA

- Manifesto Barisan Nasional yang bertemakan “Menepati Janji, Membawa Harapan” secara jelas dan tanpa segan silu menciplak tema “Pakatan Harapan Rakyat” yang telah lama diluncurkan oleh Pakatan Rakyat

- Saya mengambil pendekatan positif dan berpendapat bahawa pemikir Barisan Nasional pun menerima hakikat bahawa agenda ekonomi rakyat yang bersabit dengan penurunan harga barang, kempen #Turunkanhargakereta, pendidikan percuma, hapuskan tol dan lain-lain yang dibawa oleh Pakatan Rakyat akhirnya diterima pakai oleh Barisan Nasional

-  Ini kerana mereka juga sedar bahawa agenda ekonomi rakyat ini telah menjadi harapan rakyat yang bakal digalaskan kepada kerajaan baru yang dipilih.

- Oleh itu, PRU13 adalah persoalan parti manakah yang lebih wibawa dalam mengotakan harapan rakyat ini – sebab itu Barisan Nasional tidak ada pilihan kecualilah menggunakan perkataan “harapan” seperti mana Pakatan Rakyat, untuk memberi isyarat mereka juga faham dengan harapan yang telah disuarakan rakyat


PENDEKATAN DASAR

- Barisan Nasional kontang idea dan tidak berjaya membawa program baru. Manifesto Barisan Nasional ditulis secara umum, tanpa sasaran khusus yang boleh meyakinkan rakyat berbeza dengan manifesto Rakyat yang jelas mekanisme, tempoh masa dan sasarannya.

- Contohnya, apabila Barisan Nasional berjanji untuk menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang pekerjaan baru – mekanisme dan pelan khusus untuk mencapai sasaran ini tidak dinyatakan, berbeza dengan Manifesto Rakyat yang secara jelas menumpukan usaha menambah kemahiran pelajar lepasan SPM yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi untuk mengambil alih satu juta pekerjaan yang kini diusahakan oleh pekerja asing. Strategi mewujudkan peluang pekerjaan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat adalah lebih jelas, berbanding janji kabur yang dibawa Barisan Nasional.

- Semakan ke atas keseluruhan manifesto Barisan Nasional menunjukkan bahawa tidak ada sebarang perubahan dasar ekonomi, politik dan sosial yang akan dilaksanakan untuk mengotakan janji-janji Barisan Nasional.

- Ini bermakna Barisan Nasional masih menggunakan kaedah dan pendekatan yang sama tetapi berharapkan keadaan menjadi lebih baik

- Tanpa perubahan dasar yang merubah struktur ekonomi, politik, pendidikan dan sosial negara, Malaysia akan terus bergelumang dengan rasuah, ketirisan, ketidakcekapan ekonomi, penguasaan monopoli kroni, harga barang yang ditentukan oleh pihak tertentu dan mutu pendidikan yang semakin merosot.

- Manifesto Barisan Nasional akhirnya hanyalah senarai janji-janji tanpa membentangkan kaedah dasar dan pelaksanaan untuk merealisasikan janji-janji itu

PERBANDINGAN PROGAM: KONTANG IDEA BARU, CIPLAK IDEA PAKATAN RAKYAT

- Analisia terhadap janji-janji Barisan Nasional menunjukkan bahawa sebahagian besar dari janji-janji yang dimasukkan bukanlah idea baru, tetapi diciplak dari Pakatan Rakyat atau adalah idea yang sama yang kini digunakan di oleh Barisan Nasional.
APABILA politik nasional lebih banyak berkisar kepada persoalan dan perdebatan dasar (bukannya politik perkauman, kebencian dan cacian peribadi), rakyat berpeluang untuk menilai sendiri perbandingan program ekonomi dan kerajaan yang ditawarkan oleh parti-parti politik.
- Janji-janji berikut diciplak dari Pakatan Rakyat (walaupun pelaksanaannya tidak akan memenuhi harapan rakyat kerana tidak dilaksanakan sepenuhnya):

1. Menurunkan harga kereta dengan penurunan 20 hingga 30 peratus secara berperingkat

2. Menyeragamkan harga barang keperluan asas di antara Semenanjung dan Sabah Sarawak

3. Menggunakan dana kerajaan melalui penglibatan terus kerajaan untuk menambah rumah mampu milik sebagai usaha mengawal harga rumah

4. Memperbaiki perumahan estet dan memastikan perumahan selesa bagi bekas pekerja estet

5. Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk perumahan rakyat

6. Menambah baik perkhidmatan bas untuk digunakan secara bersepadu untuk mengurangkan penggunaan kenderaan awam

7. Memberikan permit teksi individu

8. Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi (high speed rail)

9.  Membina Lebuhraya Pan Borneo

10.  Mengurangkan bayaran tol secara berperingkat-peringkat

11.  Reformasi percukaian untuk mengurangkan beban cukai pendapatan kepada golongan bawahan

12.  Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana mengikut peratusan perolehan minyak

13.  Peruntukan khas kepada semua jenis sekolah

14.  Menawarkan status sekolah bantuan penuh kerajaan bagi sekolah-sekolah Tamil

15.  Penekanan kepada pendidikan kemahiran dengan menaiktaraf sekolah vokasional menjadi kolej

16.  Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum

17.  Mewujudkan mahkamah khas untuk menangani isu-isu tanah pribumi

18.  Mewartakan semua tanah adat

19.  Menjana pendapatan dari pembangunan tanah wakaf

20.  Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru KAFA dengan menyediakan pakej penggajian yang lebih baik

21.  Menaikkan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok

22.  Memastikan keseimbangan kaum yang lebih adil di dalam perkhidmatan awam


Tindakan Barisan Nasional menciplak idea-idea asal yang sudah pun sinonim dengan Pakatan Rakyat seperti menurunkan harga kereta, menghapuskan tol dan lain-lain mengesahkan bahawa negara mempunyai kewangan yang kukuh selama ini untuk melaksanakan program-program ini.

Alasan yang diberikan selama ini hanyalah dolak-dalih politik, tetapi oleh kerana tekanan yang kuat dari rakyat akhirnya Barisan Nasional tidak ada pilihan lain kecuali menciplak idea-idea ini.

 Perbandingan keberkesanan program
Keseluruhan kempen Barisan Nasional kini disandarkan kepada pemberian BR1M yang selepas ini akan dibuat setiap tahun pada kadar yang lebih tinggi, iaitu RM1,200 untuk keluarga dan RM600 untuk individu bujang.

Jumlah ini bersamaan dengan RM100 setiap bulan untuk keluarga dan RM50 sebulan untuk individu bujang, pada ketika Barisan Nasional tidak mengemukakan apa-apa cadangan untuk menurunkan harga barang.

Akhirnya, inflasi dan kenaikan harga barang akan melunturkan kesan pemberian wang terus ini kepada rakyat yang dijangka akan menelas belanja RM7.2 bilion dalam tahun pertama. Mengambil kira pertumbuhan penduduk sebanyak dua peratus secara purata dan inflasi pada kadar purata dua peratus untuk tempoh sedekad dari sekarang, menjelang tahun 2023 jumlah pembayaran BR1M akan mencecah RM11 bilion.
Pendekatan ini kurang bijaksana kerana ia menelan belanja yang besar tanpa mengubah struktur ekonomi, sedangkan peruntukan RM7 bilion hingga RM11 bilion setahun itu lebih berkesan jika digunakan untuk menurunkan harga barang, menghapuskan tol, menurunkan harga kereta dan lain-lain.

Perbandingan janji-janji utama Pakatan Rakyat dan BN
Membantu meredakan tekanan sara hidup – Pakatan Rakyat mencadangkan reformasi menyeluruh untuk merubah struktur ekonomi dengan menghapuskan monopoli yang akan menurunkan harga barang keperluan, berbanding Barisan Nasional yang menawarkan RM100 sebulan

Menurunkan harga kereta – Pakatan Rakyat berjanji menghapuskan terus cukai eksais secara berperingkat supaya harga kereta adalah separuh dari harga sekarang dalam tempoh lima tahun, berbanding Barisan Nasional yang hanya akan memotong cukai sebanyak 20 hingga 30 peratus sahaja secara berperingkat tanpa disebut jangka masanya

Menghapuskan tol – Pakatan Rakyat berjanji menghapuskan tol bermula dengan lebuhraya yang sudah mendapat pulangan modal, berbanding dengan Barisan Nasional yang hanya akan menurunkan tol secara berperingkat tanpa disebut jumlah dan tempoh masanya

Menghapuskan PTPTN dan menawarkan pendidikan percuma – Pakatan Rakyat akan menghapuskan PTPTN dan menawarkan pendidikan percuma, berbanding Barisan Nasional yang tiada cadangan balas

Caruman Wanita Malaysia untuk surirumah tidak bekerja – Pakatan Rakyat akan mewujudkan skim caruman seperti KWSP untuk surirumah tidak bekerja dengan caruman minima RM720 setahun, berbanding Barisan Nasional yang tiada cadangan balas

Menurunkan harga minyak – Pakatan Rakyat komited untuk menurunkan harga minyak, berbanding Barisan Nasional yang tiada cadangan balas

Memberikan royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak – Pakatan Rakyat berjanji mengembalikan royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak, berbanding Barisan Nasional yang meneruskan pendekatan membelanjakan wang minyak
sebagai peruntukan pusat
Saya akan terus mengemukakan analisis khusus terhadap isu perumahan, ekonomi dan lain-lain sepanjang minggu ini melalui penulisan dan video agar rakyat dapat membandingkan kedua-dua manifesto.

* Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR

Monday, April 8, 2013

Sentiasa tafakur dan muhasabah diri kunci ketenangan



Baginda SAW mengajar kita bagaimanakah usaha yang perlu bagi melahirkan hati yang bersih dan tenang, antaranya ialah tafakur dan muhasabah dengan merenung kehidupan serta memikirkan mengenai hubungan hati kita dengan Allah SWT. 



  • Beristighfar dengan memohon ampun terhadap Allah SWT. Baginda SAW yang bersifat maksum daripada dosa beristighfar sebanyak 70 kali sehari semalam walaupun baginda bersifat maksum dan diampunkan dosanya oleh Allah SWT sebagai tanda bersyukur Baginda SAW.
    Firman Allah SWT: “Tiadalah Tuhan akan menyeksa mereka, sedangkan engkau berada di antara mereka dan tiadalah Tuhan hendak menyeksa mereka selama mereka beristighfar.” (Surah al-Anfal, ayat 33).
  • Berselawat kepada Nabi SAW sekadar bilangan yang termampu untuk mendapat syafaat baginda di hari akhirat nanti. Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang berselawat kepadaku sekali, nescaya Allah SWT akan membalasnya dengan selawat ke atasnya sepuluh kali.”

    Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi, wahai orang yang beriman, berselawatlah ke atasnya dan mengucap salamlah kepadanya dengan sepenuh kehormatan.” (Surah Ahzab, ayat 56) 
  • Mengingati mati yang tetap akan mengunjungi kita pada bila-bila masa. Sabda Rasulullah SAW: “Perbanyakkan mengingati mati kerana yang demikian itu akan mengurangkan seseorang itu melakukan dosa dan tidak tamak pada dunia.”
    Zikir elak sifat riak 
  • Berzikir secara tersembunyi bagi mengelakkan sifat menunjuk-nunjuk (riak). Sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik zikir ialah yang dirahsiakan (dalam hati) dan sebaik-baik rezeki ialah apa yang mencukupi.”

    Firman Allah SWT: “Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan perasaan rendah hati dan perasaan takut.” (Surah al-A’raf, ayat 205) 
  • Berdoa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh. Firman Allah SWT: “Dan Tuhan kamu berfirman: Mohonlah kepada-Ku nescaya Aku akan memperkenankan permohonan kamu.” (Surah al-Mukminin, ayat 180)

    Perbanyakkan berdoa kepada Allah SWT setiap masa. Selepas solat fardu, membaca al-Quran, solat tahajud di tengah malam dan di tempat yang afdal doa kerana dengan banyaknya doa, hati akan menjadi bersih, lembut dan sejahtera.

Manifesto BN " COPY"




INILAH HAKIKATNYA...




BN xleh nak fikir dah....manifesto pun ciplak..

Friday, April 5, 2013

marina mahathir jemput ketua pelbagai agama doakan bapanya

Saya baru dapat email dari seorang sahabat yang mengesahkan program bacaan doa pelbagai agama yang dianjurkan oleh Marina Mahathir di rumahnya di Bukit Damansara bagi memohon kesejahteraan untuk Tun Mahathir. Program yang berlangsung pada 9 September lalu mendapat sambutan, khususnya dari kumpulan yang mengerakkan IFC dan sister In Islam. 
Program ini dimulakan dengan solat maghrib dan bacaan doa oleh Imam Feisal Abdul Rauf dan disusuli dengan bacaan doa mengikut adab agama masing-masing yang disertai oleh ;

  1. Archbishop Murphy Packiam, Christian Federation of Malaysia
  2. Swami Samyam Ananda, Divine Life Society (Hindu prayers)
  3. Mr BS Tan, Federation of Taoist Associations of Malaysia
  4. Buddhist community (TBC)
  5. Sikh community (TBC)
  6. Baha'i community (TBC)
Kita tidak menolak sebarang acara bagi mendoakan kesejahteraan bekas Perdana Menteri itu, tetapi ia tidak seharusnya digabungkan dengan upacara doa agama-agama lain dalam satu Majlis.

Dalam beragama kita tidak boleh pegang prinsip Liberal atau Pluralisme kerana surah al-Kafirun telah jelas menyatakan bahawa "Bagi engkau agama engkau dan aku agamaku. aku tak akan sembah apa yg engkau sembah dan engkau tak akan sembah apa yg aku sembah".

Tindakan Marina yang juga salah seorang pengerak Sister In Islam ini seolah-olah mencabar sistem agama yang telah digariskan Allah dalam Al-Quran.
Sikap beliau ini sama sahaja dengan Inayah Gus Dur, anak bekas Presiden Indonesia yang baru-baru ini menganjurkan program sahur di Gereja secara on-line.

Mereka ini semakin jauh terpesong dan menghina adab dan syariah Islam secara perlahan-lahan.

Malangnya, tiada satu pun tindakan yang diambil oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan atau pun JAKIM.

Apa dah jadi pada Ustaz dan Ustaz yang ada di JAKIM. Kalau mereka boleh pecah kepala fikir tentang cara solat di angkasa lepas, kenapa perkara yang dah jelas sebegini perlu didiamkan dan tidak diambil tindakan.

Rakyat semakin risau kerana pada masa ini, Kerajaan sendiri pun sudah mulai meragui Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sehingga mencadangkan agar kumpulan profesional yang tiada pendidikan agama dibenarkan menyertai Majlis Fatwa dan membuat sesuatu ijtihad atau fatwa.

Ke mana arah tuju Islam di Negara Islam Hadhari ini. Apa lagi bala yang Allah akan turunkan kerana kebejatan pemimpin dan kumpulan Sister In Islam serta IFC ini.

Kita harus bangkit, semarakkan kecaman terhadap mereka dengan segera agar negara ini tidak jadi seperti negara ROJAK!!!


Herman Samsudeen - Ketua Penerangan 
DPP Wilayah Persekutuan



Inilah Isi Surat Jemputan dari Datuk Marina Mahathir,

Dear friends,
You are cordially invited to a multifaith doa selamat
on Sunday Sept 9 2007
at 7pm
at Blog House, 66, Lorong Setiabistari 2, Bukit Damansara, KL

Programme:
7pm Arrival of guests
7.15pm Maghrib prayers led by Imam Feisal Abdul Rauf
7.30pm Prayers by each faith to be led by:

Archbishop Murphy Packiam, Christian Federation of Malaysia

Swami Samyam Ananda, Divine Life Society (Hindu prayers)
Mr BS Tan, Federation of Taoist Associations of Malaysia
Buddhist community (TBC)
Sikh community (TBC)
Baha'i community (TBC)
Imam Feisal will end with a doa.
8.00pm Dinner
(Times are approximate)

Please do join us if you can. The gathering is to do a thanksgiving to God Almighty for my father's successful operation and continued recovery. It is also an opportunity for us to thank all well-wishers for the kind prayers and support that they have extended to me and my family.        

Inilah doa agama satu Malaysia
wakaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Pakatan Rakyat 2

Popular Posts

Mutiara Kata

"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu"

Khalifah Umar bin Khatab

Alexa Internet

There was an error in this gadget

Blog Archive