Pengalaman pasukan Malaysia dalam Sukan SEA 2011 dan diakhiri dengan kemenangan dramatik dalam acara "pingat segala pingat" bolasepak sewajarnya memberi pengajaran buat UMNO.
Pengalaman
pasukan negara yang dibuli, diejek, dihina, di diskriminasi di semua
lokasi acara sukan yang mana kemuncaknya di Stadium Gelora Bung Karno
membayangkan itulah semangat rakyat Malaysia untuk melawan bentuk buli,
kezaliman, penindasan, diskriminasi UMNO terhadap rakyat yang menyokong
Pakatan Rakyat.
Kita melihat pada malam kemuncak final bolasepak
ada sesuatu yang menarik untuk kita fahami. Pasukan kita bersama semua
penyokong terutama di negara ini begitu bersemangat adalah kerana mereka
merasakan perlunya "menimbus"
segala keangkuhan dan kesombongan penyokong Indonesia yang memandang
hina terhadap pasukan Malaysia. Mereka merasakan perlunya penyokong
Indonesia diajar akibat perangainya yang kurang ajar.
Apabila
kita dihina, dibuli dan diejek terutama semasa lagu Negaraku dimainkan
dan maruah negara di hina, ianya menimbulkan satu kekuatan dan semangat
yang luar biasa kepada semua pemain bolasepak dan rakyat negara ini.
Semangat untuk mememadamkan ego dan kesombongan Indonesia begitu tinggi.
Hasilnya tercapai dalam final bolasepak.
Sama halnya dengan UMNO
yang kena mengerti, apabila rakyat dihina, dibuli, dipandang rendah
terutama atas sikap UMNO terhadap negeri Pakatan Rakyat dan penyokong PR
maka ianya bakal menaikkan semangat juang yang amat tinggi di kalangan
rakyat sama seperti pasukan bolasepak Malaysia ketika bermain di Stadium
Gelora Bung Karno.
Apabila Kelantan dibuli lebih 20 tahun oleh
Kerajaan Pusat UMNO, ianya menimbulkan satu kekuatan luar biasa rakyat
Kelantan untuk "mengajar" UMNO. Begitu juga kini rakyat Selangor, Pulau
Pinang dan Kedah akan "mengajar" sikap kurang ajar Kerajaan UMNO.
Rakyat Perak juga akan bertindak juga keatas Kerajaan UMNO yang merampas kuasa rakyat Perak.
UMNO
perlu diajar seperti mana penonton Indonesia yang kurang ajar itu.
Bezanya cuma rakyat Indonesia menghina pasukan Malaysia atas dasar
maruah dan kedaulatan negara manakala UMNO menghina dan membuli sesama
Melayu dan Islam atas dasar politik sempit dan dendam!
No comments:
Post a Comment