Anwar janji realisasikan sistem pendidikan percuma dalam temph setahun menjadi PM

- Isu PTPTN masih belum selesai dan
Pakatan Rakyat berazam mahu menjadikan sistem pendidikan percuma sebagai
salah satu daripada matlamat mereka jika dapat menumbangkan kerajaan
BN.
- Ketika berucap di Shah Alam hari ahad
lalu dalam perhimpunan sempena menyambut hari pekerja. Anwar Ibrahim
memberikan janjinya untuk melaksanakan sistem pendidikan percuma dalam
tempoh satu tahun selepas duduk di kerusi Perdana Menteri.
- Tempoh satu tahun yang dijanjikan oleh
Anwar Ibrahim adalah berdasarkan keupayaan negara Turki merealisasikan
program pendidikan percuma itu selepas 3 tahun Recep Tayyip Erdogan
memegang tampok pemerintahan Turki. Jika negara Turki yang tidak punyai
sumber minyak yang kaya seperti negara kita mampu melaksanakannya, maka
sudah pasti kita lebih mampu lagi berbanding mereka.
- Salah satu faktor yang menyebabkan
lambakan IPTS di negara kita adalah apabila PTPTN diadakan. Dengan
peluang untuk menyambung pelajaran terbuka kepada semua orang dengan
dimudahkan rakyat berhutang bagi membayar yuran kemasukan ke IPTS atau
IPTA maka lebih ramai rakyat akan berupaya menyambung pelajaran.
- Peningkatan pelajar yang boleh
berhutang untuk belajar menyebabkan industri pendidikan berorientasikan
keuntungan tumbuh macam cendawan lepas hujan. Dan majoritinya adalah
usahawan yang mesra BN atau lebih tepat lagi golongan Kroni
Umno/BN. PTPTN berjaya melahirkan ramai jutawan segera dari kalangan
kroni Umno/BN maka tidak hairanlah bila PR mahu mansuhkan PTPTN mereka
melompat marah menentangnya.
- Salah satu bukti bahawa sistem
pendidikan berorientasikan keuntungan ini sebenarnya gagal melahirkan
graduan yang berkualiti ada dibentangkan di Amerika. Kajian mendapati
graduan keluaran IPTS berorintasikan keuntungan majoritinya sukar
mendapatkan peluang pekerjaan dan jika dapatpun mereka dibayar dengan
gaji yang rendah.
- Terbukti bahawa sistem pengajian awam
yang tidak berorientasikan keuntungan berjaya melahirkan graduan yang
lebih berkualiti kerana mereka berjaya memberikan fokus kepada kualiti
pendidikan itu sendiri berbanding keuntungan. Lihat laporannya di sini.
- Oleh itu marilah kita sokong hasrat
Pakatan Rakyat mahu menjadikan sistem pendidikan percuma di negara kita
dalam tempoh setahun menawan Putrajaya. SUMBER
No comments:
Post a Comment