Berita Terbaru :

Jom Baca!!!

Followers

Ayyuha al-Syabab


"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.

Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

-hassan al-banna-

Thursday, February 20, 2014

Di mana kesudahan kenaikan harga barang?

Oleh MOHAMMAD A HAMID 


KENAIKAN harga barang keperluan mutakhir ini memberi kesan besar kepada kehidupan rakyat.Kenaikan harga ini bukanlah kali pertama malah sebelum ini pun ia telah berlaku terutama apabila harga bahan api dinaikkan kerajaan. Isu kenaikan harga barang ini secara langsung menyumbang kepada kos sara hidup lebih tinggi.

Indeks Harga Pengguna bagi tempoh Disember 2012 sehingga Disember 2013 menunjukkan kenaikan keseluruhan sebanyak 3.3%. Kenaikan lebih ketara apabila dilihat pada barang makanan dan minuman bukan alkohol dan pengangkutan iaitu masing-masing sebanyak 4.6% dan 5.0% pada tempoh sama Bukan itu sahaja, rakyat juga dibebankan dengan tarif elektik yang meningkat bermula 1 Januari 2014 iaitu dengan kadar baru dinaikkan secara purata di Semenanjung Malaysia sebanyak 4.99 sen setiap kilowat sejam (kWj) atau 14.89 peratus daripada kadar pada tahun 2013. Bagi warga kota yang berhadapan dengan kos sara hidup yang sedia tinggi sebelum ini, kenaikan ini tentunya memberi kesan lebih mendalam terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila kenaikan gaji tidak seiring dengan kenaikan kos sara hidup.

Apa yang dibimbangi, isu ini bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi sesebuah keluarga, malah ia juga mempunyai kesan sosial yang mempunyai implikasi besar di dalam masyarakat.
Kesempitan hidup warga kota boleh mengakibatkan kehidupan yang lebih tertekan, pertambahan masalah sosial, pertambahan kes jenayah dan sebagainya.

Sebagai contoh, kajian menunjukkan remaja daripada keluarga yang rendah sosioekonominya lebih terdedah kepada jenayah. Dengan meningkatnya kos sara hidup, dibimbangi lebih banyak keluarga akan termasuk di dalam kategori ini.

Penyelesaian menyeluruh yang melibatkan pelbagai pihak daripada pelbagai kepakaran dan latar belakang diperlukan untuk menangani isu ini.

Antara cabaran paling besar adalah untuk mengumpulkan pihak-pihak daripada pelbagai kepentingan untuk duduk semeja dan membincangkan masalah besar yang melibatkan kepentingan umum dan mempunyai kesan kepada pembangunan negara keseluruhannya, sama ada pembangunan dari sudut material mahupun pembangunan rohani dan jati diri rakyat.

Walaupun jalan penyelesaian berkemungkinan besar rumit dan memerlukan tempoh yang panjang, usaha-usaha yang konkrit dan inklusif mestilah bermula dari sekarang. Usahausaha yang dilakukan secara berperingkat walaupun dengan skala yang lebih kecil tentunya lebih mampan berbanding dengan inisiatif-inisiatif yang bersifat populis.

Apa yang penting, penyelesaian dicari mestilah menangani punca sebenar masalah dan diselesaikan sehingga ke akar umbi.

Dengan sumber kepakaran yang ada di kalangan rakyat Malaysia pada hari ini, kita yakin jalan penyelesaian kepada isu kenaikan harga ini dapat ditemui sekiranya semua pihak dapat mengetepikan kepentingan kumpulan masingmasing dan dengan syarat isu ini diterajui oleh kepimpinan yang berwibawa.

Rakyat Marhean

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Pakatan Rakyat 2

Popular Posts

Mutiara Kata

"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu"

Khalifah Umar bin Khatab

Alexa Internet

There was an error in this gadget