Segala
pujian bagi Allah SWT yang memiliki seluruh isi langit dan bumi ini.
Selawat dan salam buat penghulu kepada segala nabi dan rasul, Nabi
Muhammad SAW.
Kebahagiaan di dunia merupakan impian semua manusia. Tidak kiralah sama ada kaum lelaki mahupun kaum perempuan. Tetapi mereka yang hanya mencari kebahagiaan di dunia semata-mata pasti akan menyesali dengan perbuatan tersebut kerana kebahagiaan yang hakiki ialah kebahagiaan di akhirat.
Antara kebahagiaan yang ingin dikecapi ialah memiliki keluarga yang bahagia. Ketahuilah bahawa keluarga yang soleh dan solehah itu bermula daripada titik pertemuan antara pasangan lelaki dan perempuan yang mengikut batasan syarak.
Ada di antara pasangan lelaki dan perempuan yang terpaksa bernikah akibat berlaku fitnah yang cukup hebat antara keduanya. Hakikatnya fitnah tersebut adalah berpunca daripada diri pasangan tersebut.
Kadang-kadang si lelaki mengambil kesempatan untuk keluar bersama-sama dengan pasangannya, akhirnya timbul fitnah.
Kadang-kadang si perempuan yang tidak dapat menahan rindu pada pasangannya bercerita tentang perkara yang tidak sepatutnya kepada kawan-kawan di sekeliling. Akhir sekali timbul fitnah.
Saya sebenarnya tidak ingin bahas panjang tentang keadaan yang berlaku pada pasangan-pasangan yang terpaksa bernikah akibat berlaku fitnah yang cukup dahsyat antara mereka. Tetapi apa yang ingin saya bincangkan di sini ialah batasan-batasan ataupun adab-adab pergaulan bagi mereka yang inginkan keluarga bahagia di masa hadapan.
Saya ingin bincangkan salah satu muamalah antara lelaki dan perempuan yang timbul keinginan untuk melansungkan pernikahan iaitu tentang bab pertunangan.

DEFINISI PERTUNANGAN
Keinginan seseorang untuk melakukan pernikahan kemudian meluahkannya kepada orang yang ingin dinikahinya.
(Perlu diingatkan bahawa, Islam mengharuskan seseorang untuk melamar
1. Perempuan dara yang masih belum dilamar orang
2. Perempuan janda yang sudah berakhir tempoh iddahnya. Perempuan janda yang saya maksudkan di sini ialah mereka yang dicerai atau kematian suami.
Terdapat beberapa jenis wanita yang dilarang untuk seseorang melamarnya iaitu
1. Perempuan yang menjadi mahram kepada si lelaki seperti kakaknya, ibunya dan lain-lain.
2. Perempuan dara yang sudah dilamar orang.
3. Perempuan janda yang masih berada dalam tempoh iddahnya.
4. Perempuan yang sudah bernikah dan suaminya masih hidup.
5. Perempuan yang sudah ditalak tiga. Perempuan ini haram dilamar kembali oleh suaminya yang menjatuhkan talak tiga kecuali setelah diceraikan oleh suaminya yang kedua dan tamat tempoh iddah.
6. Perempuan yang mempunyai pertalian darah dengan isterinya (masih hidup dan belum bercerai) seperti kakak ipar, adik ipar dan lain-lain.
Seseorang lelaki yang memiliki 4 orang isteri (poligami) diharamkan untuk melamar perempuan lain kerana lelaki hanya dibenarkan bernikah 4 sahaja pada satu-satu masa.)

DALIL-DALIL BERKAITAN PERTUNANGAN
Sabda nabi Muhammad SAW kepada sahabat beliau iaitu Al-Mughirah bin Syu'bah ketika beliau melamar seorang perempuan "Lihatlah kepada perempuan tersebut. Sesungguhnya perbuatan itu akan menimbulkan perasaan kasih sayang dan satu hati antara kedua-duanya". Hadis diriwayatkan oleh Imam Tirmizi
Jika terlintas di hati seseorang untuk melamar perempuan, maka diharuskan untuk dia melihatnya (perempuan yang ingin dilamar). Hadis riwayat Abu Daud.
HUKUM-HUKUM YANG BERKAITAN DENGAN PERTUNANGAN
ADAKAH HARUS MELIHAT WAJAH WANITA YANG INGIN DINIKAHI?
Adalah sunat bagi seseorang lelaki untuk melihat wajah perempuan yang ingin dinikahinya sebelum melamar dan setelah berazam untuk bernikah walaupun tanpa mendapat keizinan daripada perempuan tersebut atau walinya. Hanya memadai dengan keizinan daripada hukum syarak.
Tetapi sekiranya tidak ada keinginan untuk bernikah, maka hukum melihat perempuan tanpa hajat adalah haram. Ini merupakan pendapat Imam Syafie Rahimahullah, Imam Ibnu Hajar Al-Haitami dan Al-Imam Ramli. Walaupun begitu lebih elok sekiranya seseorang itu meminta izin terlebih dahulu.
(Hal ini kerana sekiranya seseorang hanya dibenarkan melihat wajah perempuan setelah melamarnya, maka akan timbul kesulitan sekiranya perempuan tersebut tidak berkenan di hati. Begitu telitinya agama Islam sehingga dalam perkara sebegini sekalipun.)

Manakala Imam Maliki Rahimahullah pula berpendapat bahawa perlu mendapat keizinan perempuan tersebut untuk melihat wajahnya.
Lelaki hanya dibenarkan melihatnya sahaja tanpa menyetuh perempuan tersebut walaupun berlapik. Hukumnya adalah haram walaupun lelaki itu buta.
Agama Islam mengajar supaya si lelaki hanya berdiam diri sahaja sekiranya perempuan tersebut tidak berkenan di hati. Islam tidak menganjurkan untuk berkata "aku tidak berkenan padanya" kerana perkara tersebut akan menyakiti hati perempuan.
Agama Islam juga memberikan keharusan kepada seseorang lelaki untuk berulang kali memandang perempuan tersebut untuk mengetahui keadaan dirinya yang sebenar supaya tidak timbul penyesalan setelah bernikah. Hal ini kerana wajah seseorang wanita itu menggambarkan kecantikannya dan kedua-dua tangan perempuan itu menggambarkan kesuburan tubuhnya.
Hukum melihat ini bukan hanya disunatkan kepada lelaki sahaja bahkan ianya juga disunatkan kepada perempuan. Wanita juga berhak untuk mengetahui ciri-ciri bakal suami yang akan mengemudi bahtera hidupnya.
(Tetapi harus diingatkan bahawa, hukum melihat kepada perempuan atau kepada lelaki itu akan bertukar menjadi haram sekiranya perbuatan tersebut boleh menimbulkan fitnah. Hukumnya juga menjadi haram sekiranya pandangan tersebut merupakan pandangan syahwat walaupun selamat daripada fitnah. )
Saya harap pembaca mampu untuk membezakan antara berlakunya fitnah dan perkara yang menimbulkan syahwat.

ADAKAH HARUS SAYA KELUAR BERSAMA-SAMA DENGAN TUNANG SAYA UNTUK MEMBELI BARANG WALIMAH?
Tidak menjadi kesalahan bagi seseorang lelaki untuk keluar bersama-sama dengan wanita kerana ada hajat atau keperluan. Hajat yang saya maksudkan di sini ialah keperluan yang memestikan kedua-duanya keluar bersama.
Sebagai contoh seorang wanita memerlukan seorang lelaki yang dipercayai yakni thiqah untuk menemaninya keluar di waktu malam. Pada masa yang sama wanita tersebut tidak mempunyai mahram lelaki. Maka dalam perkara sedemikian dibenarkan oleh syarak.
Sekiranya
barang walimah yang hendak dibeli itu memerlukan kedua-duanya keluar
bersama, maka hukumnya adalah harus. Tetapi harus dipastikan bahawa
perkara tersebut tidak menimbulkan fitnah.
Oleh itu, saya menyarankan supaya si lelaki tersebut supaya tidak hanya keluar dengan tunangnya sahaja tetapi keluar bersama-sama dengan mahram kepada bakal isterinya tersebut seperti bakal mertuanya, bakal abang iparnya dan lain-lain. Perkara ini boleh mengelakkan daripada berlakunya fitnah.
Harus diingatkan bahawa, godaan syaitan kepada mereka yang sudah bertunang adalah lebih dahsyat daripada mereka yang belum bertunang. Oleh itu, demi memiliki keluarga yang bahagia di masa hadapan maka kita harus berwaspada dan mengikut batasan syarak berdasarkan ilmu dan kefahaman yang dipelajari daripada para alim ulamak.

BAGAIMANA FAHAMAN TENTANG "TUNANG BERMAKSUD KEIZINAN DARIPADA KEDUA-DUA BELAH KELUARGA UNTUK KELUAR BERSAMA" ?
Fahaman
ini banyak berleluasa di kalangan pemuda dan pemudi. Mereka menganggap
bahawa apabila sudah bertunang maka sudah diizinkan oleh keluarga untuk
keluar bersama-sama.
Akad pertunangan bukanlah bermaksud akad
pernikahan. Perempuan yang dilamar masih lagi ajnabi (bukan mahram)
kepada si lelaki. Oleh itu haram kepada si lelaki memegang atau
menyentuh kulit perempuan tersebut. Haram juga bagi lelaki tersebut
memandang perempuan dengan perasaan syahwat.
Pada hakikatnya,
terdapat beberapa hikmah di sebalik suruhan Islam dalam bab pertunangan.
Islam menyuruh umatnya bertunang untuk memulakan hubungan ikatan antara
kedua-duanya. Antara hikmah pertunangan ialah kedua-dua belah pihak
keluarga saling kenal mengenal antara satu sama lain. Tetapi perkenalan
ini tetap mempunyai batasan syarak.
Ada di kalangan masyarakat
yang mengenepikan batasan syarak ini lalu melakukan perbuatan mengikut
hawa nafsu bukan berlandaskan ilmu dan kefahaman.
Ada juga di
kalangan masyarakat yang terlalu syadid sehingga mengenepikan hikmah
pertunangan sebagai contoh si lelaki tidak dibenarkan melihat wajah dan
mengenali keluarga si perempuan (tunangnya). Mereka menyangkakan bahawa
perbuatan tersebut dipuji oleh syarak padahal inilah salah satu daripada
fahaman salah yang perlu diperbetulkan.
Perhatikan Usul 'Asyrin ke-16 yang disebutkan oleh Al-Imam Hasan Al-Banna di dalam kitab Risalah Ta'lim
" Kebiasaan ( u'ruf ) yang salah tidak merubah hakikat lafaz - lafaz
syariat bahkan wajib dipastikan batas makna yang dimaksudkan oleh lafaz -
lafaz itu dan terhenti diatas pengertian yang dimaksudkan sahaja
sebagaimana jua wajib berwaspada dari tertipu dengan perkataan -
perkataan dalam semua bidang , dunia dan agama . ( Iktibar berdasarkan
hakikat sesuatu yang dinamakan bukan pada nama )
Oleh itu, saya menyarankan kepada diri saya dan pembaca sekalian untuk beramal merdasarkan ilmu dan kefahaman yang diambil daripada para alim ulamak. Islam mengeji orang yang terlalu memudahkan urusan agama. Dan Islam juga mengutuk orang yang terlalu menyempitkan urusan agama.
Tetapi bersikaplah sederhana berdasarkan ilmu dan kefahaman kerana itu merupakan sikap yang terpuji di sisi syarak.
SUMBER:
KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH
Shahrizan bin Mohd. Hazime
Presiden
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010.