Memandangkan Kerajaan Persekutuan masih gagal melaksanakan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai telah dicadangkan oleh Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia ke 5 (1986-1990), kerajaan negeri terpaksa mengambil insiatifnya sendiri untuk menjayakannya. Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dan R9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R & R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5 hingga RM1.8 billion. Menurut Datuk Husam Musa, berkata Kelantan telah membuka tawaran bagi cadangan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai pada 2 Januari lalu dan ditutup pada 9 Februari 2012.
Kerajaan Kelantan terpaksa berbuat demikian memandangkan lebuh raya berkenaan amat diperlukan oleh rakyat di negeri ini termasuk pelancong luar terutama waktu menyambut hari raya atau sewaktu musim cuti sekolah. Selain terpaksa membina sendiri Lebuhraya, rakyat Kelantan juga mengambil inisiatif membina RNR sendiri di dua tempat di Gua Musang dan untuk persinggahan, keperluan surau serta tandas yang bersih serta gerai-gerai makan yang menarik.
R&R Gua Musang (Ruang rehat yang selesa sebelu atau selepas menunaikan solat)
(ruang solat yang selesa)
(Tempat wudhuk yang bersih)
(Kafetaria yang bersih dan tersusun)
Kerajaan Kelantan pimpinan PAS terpaksa merancang sendiri pembinaan jalan raya ini berikutan kegagalan Kerajaan Pusat menjalankan tanggungjawabnya hingga ke hari ini walaupun ianya telah diluluskan sekali lagi dalam Rancangan Malaysia ke 9 dan sebuah syarikat pemaju telah dilantik untuk melaksanakan pembinaan projek tersebut.Kerajaan Kelantan terpaksa berbuat demikian memandangkan lebuh raya berkenaan amat diperlukan oleh rakyat di negeri ini termasuk pelancong luar terutama waktu menyambut hari raya atau sewaktu musim cuti sekolah. Selain terpaksa membina sendiri Lebuhraya, rakyat Kelantan juga mengambil inisiatif membina RNR sendiri di dua tempat di Gua Musang dan untuk persinggahan, keperluan surau serta tandas yang bersih serta gerai-gerai makan yang menarik.