Tuesday, March 6, 2012

SKR

Kajian: Anak Muda Mahukan Debat Najib-Anwar


                 Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan pengundi muda negara ini mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

                 Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, agensi kaji selidik itu mendapati 54 peratus daripada mereka menyokong debat itu diadakan.
Kajian tersebut dibuat terhadap 1022 pengundi berdaftar di Semenanjung Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.

Golongan paling tinggi menyokong menurut kajian itu adalah golongan muda yang berumur 21 hingga 30 tahun iaitu sebayak 67 peratus.

Mereka masing-masing mahu melihat kedua-dua tokoh politik tanah air itu mengutarakan 'idea dan dasar' masing-masing kepada rakyat.


Hasil kajian yang dibuat dari 10 Februari hingga 21 Februari itu juga mendapati, topik pilihan paling tinggi untuk diperdebatkan oleh kedua-dua pemimpin itu adalah berkaitan isu ekonomi negara iaitu sebanyak 17 peratus.

Isu semasa negara pula menduduki tempat kedua dengan 9 peratus, kebajikan rakyat dan pembangunan masing-masing (7%) dan memerangi rasuah (5%).

Najib sedia

Dalam perkembangan berkaitan, Najib dalam entri terbarunya di blog www.1malaysia.com.my berkata, beliau sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa saja yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan yang serius mengenai masa depan negara.

Beliau berkata, sebagai seorang ahli politik dalam sebuah negara demokrasi, beliau tidak dapat elak daripada orang bercerita perkara buruk mengenai diri beliau.

"Saya terima dengan adanya. Saya sedia berdebat mengenai politik dengan sesiapa, sama ada lelaki atau perempuan, yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan saya hargai suasana politik di Malaysia yang meriah," katanya tanpa merujuk secara spesifik kepada sesiapa.

Sebelum ini Anwar mencabar Najib berdebat berhubung isu ekonomi negara.

Cabaran itu juga turut diulangi beberapa kali dalam siri ceramahnya.

Selain isu ekonomi, Anwar juga turut mencabar Najib berdebat berhubung isu Israel-Palestin.

sumber

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :