Penerangan
menjadi suatu simbol penting bagi peradaban di era moden. Namun, di
alam semesta ini, anda tentu pernah menjumpai cahaya kecil yang
menerangi kegelapan malam hari.
Meski
kecil, namun cahayanya begitu kuat dan terang, namun sumber penerangan
ini sangatlah berbeza dengan bola lampu. Sumber cahaya itu sama sekali
bukanlah benda, melainkan makhluk hidup.
'' Ia adalah seekor kunang-kunang,'' ujar cendekiawan Muslim, Harun Yahya.
Menurut dia, makhluk kecil itu menghasilkan cahaya dalam tubuhnya meski ia tidak mempunyai bola lampu.
Meskipun tidak menggunakan elektrik, ia mempunyai teknologi yang jauh lebih hebat.
''
Teknologi ini lebih berkesan dari bola lampu yang mampu merubah sepuluh
peratus saja dari tenaganya menjadi cahaya, sedangkan sembilan puluh
peratus selebihnya berubah dan hilang menjadi panas,'' papar pemilik
nama asli Adnan Oktar.
Sebaliknya,
kata dia, kunang-kunang mampu menghasilkan hampir seratus peratus
cahaya dari tenaga yang ada. Ini kerana reka bentuk sempurna pada sistem
sinar-cahaya yang dimilikinya. Tubuhnya berisi bahan kimia khusus
bernama lusiferin, dan enzim yang disebut lusiferase.
Untuk
menghasilkan cahaya, dua bahan kimia ini bercampur, dan percampuran ini
menghasilkan tenaga dalam bentuk cahaya. Molekul kompleks ini telah
direka secara khusus untuk memancarkan cahaya. Penempatan setiap atom
yang membentuk molekul tersebut telah ditentukan sesuai dengan tujuan
ini.
Tidak
ada keraguan bahawa rekabentuk biokimia ini bukanlah sebuah kebetulan.
Ia sengaja diciptakan secara khusus. Sebagaimana Allah telah memberi
semua makhluk hidup ciri mereka masing-masing, Dia juga telah
mengajarkan kunang-kunang cara membuat cahaya.
Tapi,
untuk apakah kunang-kunang membuat cahaya melalui teknologi yang
sedemikian maju. Untuk mencari jawapan atas soalan ini, kita harus
melihat lebih dekat sekawanan kunang-kunang. Sekumpulan kunang-kunang
dalam jumlah yang besar, hingga beratus-ratus ribu, di malam hari
memunculkan pemandangan yang membuat kita seolah sedang berjalan di
bawah bintang-bintang.
Cahaya
ini adalah penting bagi kunang-kunang sebagai alat komunikasi.
Sepanjang sejarah, manusia telah menggunakan pelbagai cara untuk
berkomunikasi. Salah satunya adalah kata laluan morse, yang terdiri
daripada gabungan isyarat panjang dan pendek, dan dipakai pada telegram.
Kunang-kunang menggunakan isyarat cahaya untuk berkomunikasi, cara yang
menyerupai kata laluan morse.
Kunang-kunang
jantan menyalakan dan memadamkan cahayanya untuk menghantar mesej
kepada sang betina. Mesej ini mengandungi kod tertentu. Dan
kunang-kunang betina menggunakan kod yang sama untuk menghantar mesej
balasan kepada sang jantan. Sebagai hasil dari mesej timbal-balik ini,
sang jantan dan betina mendekat satu sama lain.
Sejak
saat ia dilahirkan, tiap kunang-kunang mengetahui bagaimana menghantar
mesej dengan cara ini, dan bagaimana memahami mesej yang dihantar oleh
yang lain. Ringkasnya, masing-masing dari ribuan kunang-kunang yang kita
lihat bersama di kegelapan malam adalah sebuah keajaiban penciptaan.
Pencipta sistem yang luar biasa ini adalah Allah, Pencipta semua makhluk
hidup.
Dalam
sebuah ayat dinyatakan: "Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang
Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-nama Yang Paling
Baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi dan Dialah
yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (QS. Al-Hasyr, 59:24)
sumber Detik Islam