Pada masa ini, ramai orang menganggap golongan mahasiswa tidak mempunyai kepedulian politik dan isu semasa.
Berbanding dengan mahasiswa zaman 1960-an dan 1970-an, memang mahasiswa pada hari ini nampak lebih akur dengan pihak berkuasa.
Golongan mahasiswa kini turut menghadapi pelbagai cabaran yang rumit.
Hal ini termasuklah sistem pendidikan kita yang caca merba; ekonomi upah rendah; polarisasi kaum; penolakan terhadap konsep berkhidmat untuk masyarakat; dan kekurangan pemimpin muda yang beribawa.
Kemelut melanda demokrasi kita sejak 1980-an di samping cengkaman pemerintahan autoritarian telah menyebabkan ramai anak muda negara kita sinis, malah kecewa dengan politik.
Berikutan kurangnya saluran sesuai untuk mereka menyuarakan pandangan mereka , menerusi undang-undang seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti serta akta 174 melemahkan lagi golongan yang sepatutnya menjadi penggerak politik semula jadi.
Itulah sebabnya mengapa mereka bersikap tidak kisah bermaharajalela.
Lebih menyedihkan lagi ialah kekurangan pemimpin muda yang beribawa dan kesedaran politik dalam kalangan generasi muda Malaysia.
Masalah kepimpinan muda ini berpunca daripada kempimpinan pemuda parti politik yang sering menjadi alat bagi wang dan kuasa, bukannya platform aktivivisme tulen.
Kurangnya kesedaran politik pula menghalang generasi muda menjadi suara dan kuasa dalam politik negara.
Dengan cabaran-cabaran ini, kita boleh memahami mengapa ramai yang pesimis terhadap masa hadapan golongan mahasiswa kita.
Tetapi, janganlah perkecilkan potensi mereka untuk membuat perubahan.
Mari kita ungkap, mari kita singkap kembali sejarah perubahan yang telah dibawakan oleh mahasiswa.
Kembali ke Kampus: Percubaan Sarjana Keenam
-
Sahabat-sahabat pembaca mungkin mengenali saya, Hasrizal Abdul Jamil,
sebagai seorang penulis buku. Dengan 28 buah buku yang telah diterbitkan,
ramai beran...
2 months ago