Berita Terbaru :

Jom Baca!!!

Followers

Ayyuha al-Syabab


"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.

Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

-hassan al-banna-

Sunday, December 25, 2011

KENYATAAN BALAS KETUA PEMUDA PAS TERHADAP TUDUHAN PRESIDEN ISMA MENGENAI ISU 'PAS MENGALAMI KRISIS IDENTITI'!!


PAS : Berindentitikan Islam.

1. Parti Islam Se Malaysia [PAS] didakwa mengalami krisis identiti oleh Ustaz Abdullah Zaik selaku Presiden ISMA berasaskan kenyataan beberapa individu lalu menyifatkan PAS tidak konsisten dan mengalami kekeliruan terhadap hala tuju partinya. Asas dakwaan ini tidak valid.

2. Pertama : Saya ucapkan terima kasih atas perhatian yang diberikan oleh Presiden ISMA terhadap PAS sekaligus menarik perhatian umum khasnya anggota ISMA sendiri kepada PAS untuk mengenalinya dengan lebih dekat dan biasanya apabila dicetuskan sesuatu polemik, maka ia akan menarik perhatian serta perasaan ingin tahu terhadap perkara tersebut. Dalam kes ini, PAS menjadi subjek polemik yang dicetuskan oleh Presiden ISMA, sekaligus memberikan publisiti kepada PAS.

3. Kedua : Identiti ialah pengenalan dan jati diri. Apabila kita bercakap soal Identiti PAS, ertinya kita bercakap mengenai pengenalan dan jati diri PAS. Kepada siapa yang belum mengenali PAS atau buat - buat tidak kenal, maka izinkan saya memperkenalkan buat kesekian kalinya setelah PAS ditubuhkan sejak 1951 berasaskan undang - undang tubuhnya. Inilah Pengenalan dan Jati diri PAS : a] Fasal 3 . Perlembagaan PAS : Dasar PAS ialah Islam . b] Fasal 4 . Perlembagaan PAS : Seruan PAS ialah Allahu Akbar. c] Fasal 5 . Perlembagaan PAS : Tujuan PAS ialah : ~ Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai – nilai hidup Islam dan hukum – hukumnya menuju keredhaan Allah . ~ Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara . d] Fasal 6 . Perlembagaan PAS : Usaha – usaha : ~ Menyeru ummat Manusia kepada syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan , tulisan dan amalan . ~ Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai – nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran , ekonomi dan social serta pelajaran dan pendidikan .

4. Isu negara berkebajikan sering dijadikan turning point untuk menyerang PAS kononnya PAS telah tersasar dari landasan perjuangan asal iaitu Negara Islam, lalu mereka mendesak supaya PAS kembali menggunakan istilah Negara Islam bukannya Negara Berkebajikan.

5. Lebih menarik, UMNO juga menyatakan demikian sedang UMNO lah antara yang paling kuat menentang hasrat PAS sewaktu PAS menggunakan istilah Negara Islam sebelum ini. Sekarang apabila PAS menggunakan istilah Negara Berkebajikan, mereka sibuk pula mendesak supaya PAS tukar kembali kepada istilah Negara Islam. Mengada - ngada betul lah mereka ni !

6. Suka saya jelaskan di sini bahawa langkah dan usaha PAS Membangun Negara Berkebajikan adalah merupakan Fasa 2 pembinaan Negara Islam. Setelah PAS menerbitkan dokumen Negara Islam tempoh lalu, maka ia seperti plan induk bagi PAS menjayakan hasrat mendaulatkan Syariat Allah swt. Itulah Fasa 1 projek PAS.

7. Fasa ke 2 , PAS bergerak dengan lebih praktikal. Bukan sahaja membentang plan induk [ Fasa 1 ] yang lengkap dengan teorinya, kini PAS tampil dengan Negara Berkebajikan sebagai subtance kepada Negara Islam. Ia adalah pengisian dan perlaksanaan. Sekaligus menjawab pelbagai tohmahan kononnya Negara Islam adalah negara hukum semata - mata atau juga di tohmah sebagai negara mullah.

8. Negara Islam ialah negara yang dibina berasaskan bimbingan syariat Islam. Sementara elemen utama dalam Syariat Islam ialah adil, telus, integriti dan amanah selain ubudiyyah [pengabdian diri kepada Allah] . Ia menepati pembentukan Good Governence yang menjadi sendi utama bagi Negara Berkebajikan yang mahu dibangunkan oleh PAS.


9. Menganggap PAS telah tersasar dari landasan asal perjuangannya adalah berpunca dari salah faham atau buat - buat tidak faham terhadap matlamat dan objektif perjuangan PAS. Selayaknya mereka terlebih dahulu membuka dan melihat Plan Lengkap Projek PAS bagi memahami keseluruhan Fasa yang akan dibina oleh arkitek PAS.


10. Negara Berkebajikan bukan krisis identiti tetapi ia adalah Pengukuhan Identiti. Justeru ia memantapkan lagi pengenalan dan jati diri PAS dengan usaha bina dan tawaran yang lebih praktikal, mudah dan boleh laksana.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Pakatan Rakyat 2

Popular Posts

Mutiara Kata

"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu"

Khalifah Umar bin Khatab

Alexa Internet

There was an error in this gadget

Blog Archive