Berita Terbaru :

Jom Baca!!!

Followers

Ayyuha al-Syabab


"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.

Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

-hassan al-banna-

Wednesday, February 22, 2012

Subhanallah, kisah menakjubkan isteri solehah yang dimadu


 
 
Dahulu di Baghdad ada seorang laki-laki penjual kain yang kaya. Tatkala dia sedang berada di kedainya, datanglah seorang gadis muda mencari-cari sesuatu yang hendak dibeli. Ketika sedang bercakap, tiba-tiba gadis itu menyingkap wajahnya di sela-sela perbincangan tersebut sehingga laki-laki terrebut terkesima dan berkata, "Demi Allah, aku terpana dengan apa yang kulihat."

Gadis itu pun berkata, "Kedatanganku bukan untuk membeli apa-apa. Selama beberapa hari ini aku keluar masuk pasar untuk mencari seorang lelaki yang menarik hatiku dan bersedia menikah denganku. Dan engkau telah membuatku tertarik. Aku memiliki harta. Apakah engkau mahu berkahwin denganku? "

Laki-laki itu berkata, "Aku telah menikahi sepupuku, dialah isteriku. Aku telah berjanji kepadanya untuk tidak membuatnya cemburu dan aku juga telah mempunyai seorang anak darinya. "

Wanita itu mengatakan, "Aku rela jika engkau hanya mendatangiku dua kali dalam seminggu." Akhirnya laki-laki itu pun setuju lalu bangkit bersamanya. Akad nikah pun dilakukan. Kemudian dia pergi menuju rumah gadis tersebut dan berkaitan dengannya.

Setelah itu, si pedagang kain pulang ke rumahnya lalu berkata kepada isterinya, "Ada teman yang memintaku tinggal semalam di rumahnya." Dia pun pergi dan bermalam bersama isteri barunya.

Setiap hari selepas zuhur dia mengunjungi isteri barunya. Hal ini berlangsung selama lapan bulan, hingga akhirnya isterinya yang pertama mulai merasa aneh dengan keadaannya. Dia berkata kepada pembantunya, "Jika suamiku keluar, perhatikanlah ke mana dia pergi."

Si pembantu pun membuntuti suami majikannya pergi ke kedai, namun ketika tiba waktu zuhur dia pergi lagi. Si pembantu terus membuntuti tanpa diketahui hingga tibalah suami majikannya itu di rumah isteri yang baru. Pembantu itu mendatangi jiran-jiran sekitar dan bertanya, "Rumah siapakah ini?" Mereka menjawab, "Rumah milik seorang wanita yang telah berkahwin dengan seorang penjual kain."

Pembantu itu akan pulang menemui majikannya lalu menceritakan hal tersebut. Majikannya berpesan, "Hati-hati, jangan sampai ada seorang pun yang lain mengetahui hal ini." Dan isteri lama si pedagang kain juga tetap bersikap seperti biasa terhadap suaminya.

Si pedagang kain menjalani kehidupan bersama isterinya yang baru selama satu tahun. Lalu dia jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia dengan meninggalkan warisan sebanyak lapan ribu dinar. Maka isteri yang pertama membahagikan harta warisan yang berhak diterima oleh putranya, iaitu tujuh ribu dinar. Sementara bakinya yang berjumlah seribu dinar ia bagi menjadi dua. Satu bahagian ia letakkan di dalam beg, kemudian ia berkata kepada pembantunya, "Ambillah beg ini dan pergilah ke rumah wanita itu. Maklumkan kepadanya bahawa suaminya telah meninggal dengan mewariskan wang sebanyak lapan rib dinar. Putranya telah mengambil tujuh ribu dinar yang menjadi haknya, dan selebihnya seribu dinar aku bagi denganmu, masing-masing memperoleh setengah. Inilah bahagian untukmu. Dan sampaikan salamku juga untuknya. "

Si pembantu pun pergi ke rumah isteri kedua si pedagang kain, kemudian mengetuk pintu. Setelah masuk, disampaikannyalah berita tentang kematian si pedagang kain, dan mesej dari isteri pertamanya. Wanita itu pun menangis, lalu membuka kotak miliknya dan mengeluarkan sehelai kertas seraya berkata kepada si pembantu, "Kembalilah kepada majikanmu dan sampaikan salamku untuknya. Maklumkan kepadanya bahawa suaminya telah menceraikanku dan telah menulis surat cerai untukku. Maka kembalikanlah harta ini kepadanya kerana sesungguhnya aku tidak berhak mendapatkan harta warisannya sedikitpun. "

- sumber dari menujuhidayah.wordpress.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Pakatan Rakyat 2

Popular Posts

Mutiara Kata

"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu"

Khalifah Umar bin Khatab

Alexa Internet

There was an error in this gadget

Blog Archive