Monday, July 23, 2012

SKR

Biaqpila™: Ura-ura pilihanraya September semakin kuat


Biaqpila™: Ura-ura pilihanraya September semakin kuat

KUALA LUMPUR: Ura-ura Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya mengejut September ini iaitu selepas seminggu umat Islam beraya semakin kuat.

The Malaysia Insider melalui tulisan yang dibuat Pengarangnya, Jahabar Sadiq juga membuat ramalan yang sama berdasarkan sumbernya.

Pentadbiran Najib dijangka mengadakan pilihan raya mengejut pada September sebelum Hari Malaysia, jika rancangan untuk membubarkan parlimen bulan hadapan menjadi kenyataan, kata sumber dalaman dan penganalisis, lapor TMI.

The Malaysian Insider difahamkan, penasihat dan pembantu perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak telah memberitahu beberapa orang tentang rancangan untuk mengadakan pilihan raya diantara Hari Raya Aidilfitri pada 19 Ogos dan hari pembentangan bajet pada 28 September. Hari Malaysia adalah pada 16 September.

“Pilihan raya mengejut adalah sebelum 16 September supaya memberi masa yang cukup untuk membentangkan bajet 2013 pada 28 September jika BN masih menguasai Putrajaya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Baru-baru ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyebut, Najib dijangka akan memanggil pilihan raya tidak lama selepas umat Islam pulang ke tempat kerja masing-masing selepas bercuti raya.

“Kami jangka BN akan menggunakan peluang Aidilfitri sebaikmya kerana pengundi akan berfikir serius untuk kembali kepada kampung halaman mereka untuk mengundi hanya selepas mereka pulang dari cuti," katanya kepada wartawan Harakahdaily, Nazri Abdullah di Rabat, Maghribi.

Sebelum ini, PAS telah menyerang BN berikutan adanya ura-ura untuk mengadakan pilihan raya di musim haji.

Ini kerana, tindakan ini bermakna BN menafikan hak 30,000 umat Islam untuk mengundi.

Ekoran itu, ura-ura untuk mengadakan pilihan raya di musim haji dikatakan sukar untuk dilakukan BN.

Dengan mengadakan pilihan raya selepas umat Islam baru sahaja pulang ke tempat kerja selepas bercuti di kampung bermakna BN cuba menafikan pula hak golongan ini mengundi.

Dalam pilihan raya 2008, fenomena pulang mengundi di kampung memberikan kesan besar kepada sokongan PAS khasnya di Kelantan dan Kedah.

Tanpa mereka, PAS tidak akan menang dengan selesa di Kelantan khasnya dalam PRU 12 lalu, kata seorang penganalisis.


Read more

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :