Berita Terbaru :

Jom Baca!!!

Followers

Ayyuha al-Syabab


"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.

Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

-hassan al-banna-

Wednesday, July 25, 2012

Penjelasan Terkini Ustaz Nasruddin Berkenaan Isu "Make Up" | Addin |

Ramadhan Kareem ! Sahabat semua ....

1. Sedarkah kita sekarang berada di bulan Ramadhan Al Mubarak ? Bulan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah swt.

2. Justeru itu , saya harap sangat - sangat agar kita tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk : PRU 13 , Orang Muda Pilih Siapa ? baru - baru ini.

3. Saya bersetuju bahawa juru 'touch up' wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya. Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru touch up lelaki untuk lelaki pada masa - masa akan datang. Teguran itu dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai. Penganjur bersetuju dengan teguran saya.

4. Saya sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas touch up muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru - baru ini. Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi saya. Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium. Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani ]

5. Pun begitu, apa yang berlaku sangat dikesali. Terima kasih kepada semua pihak yang melontarkan nasihat dan teguran. Insyaallah di lain masa kami akan lebih berhati - hati. Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan Sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan.

Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa. Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Pakatan Rakyat 2

Popular Posts

Mutiara Kata

"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu"

Khalifah Umar bin Khatab

Alexa Internet

There was an error in this gadget

Blog Archive