Berita Terbaru :

Jom Baca!!!

Followers

Ayyuha al-Syabab


"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.

Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.

Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"

-hassan al-banna-

Wednesday, August 1, 2012

Islam | Hanya 28.7% Remaja Solat Penuh 5 Waktu


Assalamualaikum, nak berkongsi dengan rakan blogger hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia dikalangan remaja Islam Malaysia. Penyelidikan ini diketuai olehProf. Datuk Shamsul Amri Baharuddin antara ProfessorUKM yang sangat terkenal di Malaysia. Banyak kenangan aku selama 5 tahun belajar di UKM ni mungkin lain entri boleh berkongsi.
Banyak soalan yang ditanya kepada remaja Islam Malaysia tetapi hanya 3 sahaja yang paling penting nak dikongsikan di sini iaitu :
  • Menunaikan solat 5 waktu penuh sehari semalam – 28.7%
  • Puasa penuh bulan Ramadhan – 64.2%
  • Wajib menutup kepala untuk wanita – 69.3%
Jawapan yang paling ekstrim
  • Tidak pernah menunaikan solat 5 waktu – 3.5%
  • Tidak pernah puasa di bulan Ramadhan – 0.2%
  • Tidak wajib menutup kepala – 0.5%
Pasti rakan blogger mempunyai penilaian tersendiri apabila melihat angka peratusan kajian ini. Melihat hasil kajian ini menjadi tugas sangat berat untuk aku sebagai seorang Khalifah dalam keluarga untuk memastikan generasi pertama kami sehingga generasi kami sampai hari kiamat sentiasa mendapat hidayah dari ALLAH SWT. Bukan mudah dalam dunia informasi teknologi untuk memastikan anak remaja memahami Islam walaupun belajar di sekolah aliran Islam.
plkn1 28.7% sahaja remaja Islam Malaysia Solat 5 waktu penuh
Anak muda harapan Bangsa
Berdoalah kita setiap kali selepas solat semuga ALLAH SWT terus memberi hidayah kepada kita, anak-anak, cucu, cicit dan keturunan kita hingga hari kiamat. Jangan masukan mereka dalam golongan yang tidak mendapat hidayah sehingga tidak menjaga solat fardu 5 waktu, tidak puasa wajib bulan Ramadhan dan tidak menutup aurat mengikut syariat. Jangan sesekali kisah seperti dalam entri wanita bertudung nampak peha menjadi amalan terutama kepada anak remaja perempuan yang memang terdedah dengan berbagai fesyen terkini.
Hidayah itu sangat mahal harganya tidak ternilai dengan emas dan wang ringgit kerana hidayah hanya milik ALLAH SWT untuk yang terpilih sahaja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Pakatan Rakyat 2

Popular Posts

Mutiara Kata

"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu"

Khalifah Umar bin Khatab

Alexa Internet

There was an error in this gadget

Blog Archive