Wednesday, November 7, 2012

SKR

Lagu Dalam Filem Diharamkan, Hina islam


Lagu Dalam Filem Diharamkan Kerana Penari Gelek

Mesir – Kerajaan Mesir mengharamkan sebuah lagu dalam filem  `Abdu Mouta’ selepas sebuah kumpulan memfailkan saman ke atas penerbitnya mendakwa lagu berkenaan menghina Islam.

Abdu Mouta yang mula ditayangkan di pawagam di Mesir pada Hari Raya Aidiladha lalu, telah mencatatkan sejarah sebagai filem yang mencatatkan kutipan tertinggi pada hari pertama tayangan.

Ia berjaya mengumpul $409,668 dolar pada tayangan pertama Jumaat lalu dan kini dimainkan di pawagam seluruh negara.

Babak yang dianggap menghina Islam ialah apabila penari gelek, Dina telah menari gelek ketika lagu menyentuh nama puteri Nabi Muhammad S.A.W, Fatimah dan cucu baginda, Hassan serta Hussein dinyanyikan.

Tindakan berkenaan telah mencetuskan kemarahan pengikut Syiah di Mesir.
Menurut pengarah penafisan filem, Abdel Sattar Fathy, pihaknya akan menonton filem berkenaan bagi memastikan babak yang menghina Islam itu dipotong.

Selain itu, pengarah filem berkenaan, Ahmed al-Sobky turut meminta supaya bahagian berkenaan ditapis.
Dalam pada itu, pemimpin parti Ghad al-Thawra, Bahaa Anwar Mohamed yang juga tokoh syiah, memaklumkan, beliau akan mengemukakan tuntutan di mahkamah bagi mendesak filem berkenaan diharamkan.

Baha yang dipetik akhbar al-Sabah dilaporkan berkata, aduan akan dikemukakan kepada peguam negara agar tayangannya diharamkan kerana menghina Islam.
Beliau turut meminta Mufti dan ulama di Universiti al-Azhar supaya mengecam penghinaan berkenaan yang ditujukan kepada keluarga Nabi Muhammad S.A.W.

Sementara itu, penari gelek berkenaan, Dina menafikan persembahannya itu telah menghina Islam ketika lagu memuji Fatimah didendangkan, biarpun babak tarian gelek itu tidak wajar dilakukan ketika lagu berkenaan dimainkan.

sumber

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :