Tuesday, October 14, 2008

SKR

Mansuhkan KPT

Pada 15 Oktober menyaksikan universiti seperti Universiti Utara Malaysia (UUM) manakala pada hari berikutnya akan melibatkan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan berpilihanraya.

Persoalannya, sejauhmana pilihanraya kampus yang pasti ASPIRASI Barisan Nasional menang membantu mahasiswa manjadi pemimpin negara?.

Kampus yang bertanding pada pilihanraya pada bulan Oktober kali ini boleh disifatkan kampus yang akan menang secara total oleh ASPIRASI Barisan Nasional. Ini adalah disebabkan, setiap kampus yang berpiliharaya bulan ini tiadanya berlaku pertandingan satu lawan satu dan kemungkinan besar kebanyakkan kampus yang bertanding akan menang tanpa bertanding.Kita lihat keputusannya nanti.

Kebiasaannya, calon ASPIRASI boleh digelarkan sebagai boneka HEP kerana menjadi pak turut HEP akan ditaja sepenuhnya dan dengan menggunakan sistem HEP akan menyebabkan mereka akan menang mudah pada pilihanraya kali ini.

Inilah taktik, bagaimana KPT dan juga HEP memandulkan idealisme mahasiswa. Calon tajaan mereka, tak tumpah seperti ayam ternakan yang dibela dan diberikan makanan sehingga gemuk.

Pada hari Jumaat, 10 Oktober yang lepas, lebih 100 mahasiswa berkumpul depan KPT untuk mendesak Menteri KPT, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, umumkan tarikh pilihanraya. Namun sehingga ke saat ini, KPT hanya berdiamkan diri sambil mahu melihat apakah aksi yang akan dilakukan oleh mahasiswa selepas ini.

Maklumat terkini dimaklumkan bahawa, tarikh pilihanraya kampus bagi Lembah Kelang akan berlangsung 2 minggu selepas masuk sem tahun hadapan iaitu pertengahan Januari 2009. Makluman ini dimaklumkan kepada wakil mahasiswa oleh Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Dr. Zulkefli A.Hasan.

Sewajarnya Malaysia mengimplimentasikan demokarasi sebenar kepada rakyatnya, dan tempat yang tepat untuk menguji sistem demokrasi ini adalah dikampus untuk pendedahan awal. Namun perkara ini berlaku disebalikknya.

Demokrasi kampus lebih teruk dan kotor berbanding dengan Pilihanraya Umum di luar. Campurtangan KPT & HEP dalam pilihanraya benar-benar menjadikan mahasiswa tak ubah seperti budak sekolah dan tadika.

Pada hemat saya, Kementerian Pengajian Tinggi harus dimansuhkan kerana bukan sahaja tidak membantu daya kualiti universiti malah membenarkan kelahiran produk mahasiswa yang mandul pemikirannya. Cukuplah produk ASPIRASI Barisan Nasional seperti SAiful Bukhari memalukan mahasiswa ASPIRASI dengan membenarkan maruah dijualbeli oleh pihak atasan UMNO.

Sangat menyedihkan lagi, Majlis Perwakilan ASPIRASI hanya mampu menjadi kerani HEP di kampus masing-masing selepas tamat belajar seperti mantan YDP MPMUM 0405, yang hanya menjadi penyelia dan kerani di sebuah kolej di UM. Adakah ini hajat KPT & HEP manjadikan pimpinan mahasiswa seperti ini? Benar, Mansuhkan KPT dari bumi Malaysia.

Wahai, Khaled Nordin dan Idris Haron lihatlah mahasiswa di hadapan kamu. Adakah amanah dan tugasan kamu adalah untuk menjadikan mahasiswa lebih baik daripada kamu ataupun sebaliknya.

Ingatlah, sewajarnya kamu patut berbangga dengan hidupnya gerakan mahasiswa seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia, DEMA, Pro Mahasiswa Nasional, Barisan Bertindak Mahasiswa Nasional, JKMI dan lainya kerana tanpa mahasiswa, KPT dan universiti tidak akan wujud.

Manusia yang masuk ke universiti akan bergelar mahasiswa yang sangat tinggi martabatnya.Adakah anda mahu menurunkan darjat kemampuan mahasiswa ke tahap pelajar sekolah? Jika benar, buang sahaja nama universiti semuanya.

Jadilah seperi Pak Lah Badawi, yang mendapat gelaran Bapa Demokrasi Malaysia kerana sifatnya yang mendengar pandangan orang lain. Jangan sampai mahasiswa mengelarkan KPT dengn gelaran yang tidak senonoh. Cukuplah dengan pencapaian KPT sekarang yang sangat memalukan mahasiswa.

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :