40,000 siswazah IPT seluruh negara masih mencari pekerjaan
September 22, 2012
KUALA LUMPUR, 22 Sept — Seramai 40,000 siswazah Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara masih mencari pekerjaan berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan 2011 yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi KPT.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT, Datuk Omar Abd Rahman
berkata angka itu melibatkan siswazah yang gagal mendapat pekerjaan
tetap meskipun selepas enam bulan tamat pengajian. –TMI
Masalah
Respon kerajaan terhadap isu ini selalunya ialah mahasiswa memilih pekerjaan.
Memanglah, mereka ada degree, diploma dan sijil takkan nak kerja
bidang SPM pula, tambahan pula sekarang semua orang boleh beli degree
tanpa mengira kepandaian.
Maka berlakulah lambakan pemegang degree, diploma dan sijil.
Berbeza dengan mahasiswa yang dapat ilmu di IPT mereka laku disektor
swasta dan mampu berdikari, kalau bukan di sini di luar, sebaliknya bagi
mahasiswa yang hanya dapat kertas, mereka tidak laku disektor swasta,
jauh sekali mahu berdikari maka jalan keluar bagi mereka, kerja gomen.
Masalah berlaku bila berlaku lambakan pemegang degree dan kurangnya pekerjaan dalam gomen untuk menampung mahasiswa looser ini.
Langkah penyelesaian
Pertama, kontrol pengeluaran degree, langkah ini bagus kerana dalam
masa yang sama kualiti degree juga terjaga. Cadangan, SPM 5A buat
degree.
Langkah ini tidak akan menghalang orang ramai memajukan diri, buka
peluang ambil degree kepada sesiapa sahaja jika budak 14 tahun skor SPM
benarkan dia buat degree, begitu juga jika orang tua umur 60,
cuma wajibkan mengambil SPM dan skor 5A ke atas, jika gagal benarkan
ulangan, begitulah seterusnya, maka pemegang degree adalah terhad
seiring dengan jawatan dalam gomen yang terhad dan paling penting
kualiti degree tidak dicemari oleh tangan orang-orang yang tak skor SPM.
Ini tidak, degree main bagi-bagi je, semua orang boleh buat tanpa kawalan,
kerani yang buat degree akan komplein bila jawatan pegawai ditawarkan kepada fresh graduate kerana kerani ini graduate PJJ universiti mana tah, dapat 1A boleh jadi YDP Poli, apa lah ertinya begitu boleh berlagak saja.
kerani yang buat degree akan komplein bila jawatan pegawai ditawarkan kepada fresh graduate kerana kerani ini graduate PJJ universiti mana tah, dapat 1A boleh jadi YDP Poli, apa lah ertinya begitu boleh berlagak saja.
Kedua, hadkan tempoh perkhidmatan kepada 30 tahun sahaja, jika
seseorang itu mula berkhidmat pada usia 18 maka beliau akan bersara pada
usia 48 begitu pula bagi yang mula pada usia 30 akan berhenti pada usia
60 tahun, cukup untuk mengumpul pengalaman dan kekayaan untuk membuka
perniagaan sendiri dan paling penting membuka peluang kepada fresh
graduate untuk menyertai perkhidmatan awam. Ini tidak usia dah layak
pencen, boleh pula sambung kontrak lagi tak ingat nak beribadat ke?
Ketiga, hapuskan kronisme dan neopotisme, seorang kaki tangan
kerajaan negeri terengganu yang sedang buat master di UK ayahnye juge
kakitangan kerajaan negeri itu, datuknya tak tahulah, siap perli org
lain kerja bukan bidang yang dia waris jawatan dari bapa die tak sedar
diri. Seorang graduate Unitep guna kawannya yang kahwin dengan anak
penolong pengarah pendidikan untuk masuk KPLI kini berkhidmat di Johor
kemudian N9. Kabel dan waris adalah tidak adil, tidak adil adalah zalim,
zalim adalah haram!
Keempat, wujudkan exit policy (pintu keluar) dalam jawatan kerajaan,
bayangkan anda ada sebuah kedai dan menggaji beberapa orang pekerja,
malangnya perniagaan anda sering menerima kritikan tidak puas hati
kerana produk dan servis yang tidak berkualiti,
setelah disiasat ada antara pekerja anda yang suka buat masalah, suka
curi tulang, buat bisnis luar, berkira kerja, famili first dan banyak
lagi paling sadis yang bawa masalah ini paling banyak meminta itu ini
daripada anda, apakah tindakan anda?
Ya, gantikan pekerja tersebut dengan pekerja baru (fresh graduate),
kenapa simpan pekerja yang tidak ada fungsi dan tidak berfungsi dalam
bisnis anda?
Kesimpulannya, jangan guna pendidikan untuk pancing undi maka tiada masalah akan berlaku.