Seorang
gadis asal Arab Saudi meninggal dunia, setelah berjaya menghafal 30 juz
Al-Quran. Gadis 15 tahun itu itu meninggal sehari sebelum ia
mendapatkan penghargaan dari sekolahnya kerana berjaya menghafal seluruh
isi Al-Quran.
Sebelum
wafat, gadis yang berasal dari Ibukota Riyadh itu mengatakan kepada
orang tuanya, bila hafalan 30 juz Al-Quran adalah mahkota yang ingin
diberikan di atas kepala kedua orang tuanya.
Sejatinya,
Rabu (9/5) kemarin, ia bakal mendapat penghargaan atas prestasi
tersebut. Tapi, Selasa petang ia dilarikan ke rumah sakit kerana demam
tinggi dan sekujur tubuhnya mati rasa, sebelum akhirnya dinyatakan
meninggal dunia.
"Saya
pergi ke rumahnya untuk mengucapkan selamat. Aaya mencari dia dan
seluruh keluarga sedang gembira. Sebab ia memberitahu mereka tentang
prestasinya menghafal 30 juz Al-Quran dengan air mata bercucuran di
matanya," ungkap seorang kerabat gadis tersebut kepada surat khabar
Sabq, sura kabar terbitan Saudi .
"(Tapi)
ia kemudian dilarikan ke rumah sakit kerana demam tinggi. Kepada doktor
ia mengaku tubuhnya mati rasa dan kakinya tidak boleh digerakan. Mati
rasa itu menjalar ke seluruh tubuhnya, sebelum akhirnya ia meregang
nyawa," kisah kerabat tersebut.
Pihak
rumah sakit mengaku, mereka tidak boleh menyelamatkan hidup gadis
tersebut, kerana mereka tidak boleh mendiagnosis penyakit yang
menyerangnya tiba-tiba. Hingga kini, para doktor yang mengendalikan
gadis itu masih berusaha mencari penyebabnya kematian Hafidzah tersebut.
Sebelum
meninggal, gadis tersebut sempat menitipkan mesej kepada
teman-temannya. "Saya berjaya menghafal Al-Quran. Saya menangis kerana
bahagia untuk prestasi ini, dan saya ucapkan selamat kepada orang tua
saya kerana saya berjanji untuk membuat prestasi ini menjadi sebuah
mahkota di kepala mereka. Ya Allah, jadikan prestasi ini di dalam hati
saya dan jadikan prestasi ini senjata saya dalam hidup. "
sumber Detik Islam