Saturday, May 12, 2012

SKR

Umur 14 Tahun Masih Menghisap Susu Botol

Remaja 14 Tahun Masih Menghisap Susu Botol

             Remaja 14 tahun, Farah Sauffiah Rahmat yang masih menghisap susu botol “Rasa susu yang sedap menyebabkan saya menjadi ketagih dan kurang berminat dengan minuman lain hingga kadangkala tidak perlu makan sehari suntuk,” kata Farah Sauffiah Rahmat, yang masih ‘setia’ menghisap susu botol walaupun usianya kini sudah mencecah 14 tahun. Pelik tetapi itulah hakikatnya apabila Farah yang juga pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan, sanggup membeli susu tepung menggunakan wang poket sendiri demi memenuhi tabiat peliknya itu.
 
             Anak ketiga daripada empat beradik itu kebiasaannya minum hampir 15 botol sehari dan dia juga gemar meratah susu yang dianggapnya terlalu enak berbanding minuman lain. Menurut Farah, ketagihannya sejak kecil itu menyebabkan dia perlu ‘menyusu’ hampir setiap jam termasuk ketika melakukan kerja rumah atau sekolah. Bagaimanapun, Farah hanya minum susu botol ketika berada di rumah yang dianggap sebagai keperluan walaupun ada menjamu makanan lain sama ada masakan ibu atau kantin sekolah.

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :