Saturday, July 30, 2011

SKR

Bagaimana Syeikh Abd Qodir Jilani mendidik ???



Suatu hari Syeikh Abdul Qadir Jailani didatangi oleh pemuka-pemuka kota Baghdad untuk diajak bersama menyertai program ibadah malam secara beramai-ramai. Dia menolak, tetapi pemuka-pemuka tersebut berkeras juga mengajak beliau hadir. Untuk mendapat berkat, katanya. Akhirnya, dengan hati yang berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju untuk hadir.

Pada malam berkenaan beratus-ratus orang hadir di program berkenaan. Di satu tempat yang terbuka itu, para hadirin melakukan ibadah masing-masing. Ada yang bersolat, berwirid, membaca Quran, bermuzakarah, bertafakur dan sebagainya. Syeikh Abdul Qadir hanya duduk di satu sudut dan memerhatikan gelagat orang-orang yang beribadah itu.

Di pertengahan malam, pihak penganjur menjemput Syeikh Abdul Qadir untuk memberi tazkirah. Dia cuba mengelak tetapi didesak berkali-kali oleh pihak penganjur. Untuk dapat berkat, kata mereka lagi. Akhirnya dengan hati yang sungguh berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju.

Tazkirah Syeikh Abdul Qadir ringkas dan pendek sahaja. Dia berkata:

" Tuan-tuan dan para hadirin sekelian. Tuhan tuan-tuan semua berada di bawah tapak kaki saya ".

Semua orang terkejut dan menjadi gempar serta riuh rendah. Para hadirin terasa terhina dan tidak puas hati dengan kenyataan tersebu. Bagaimanakah seorang Syeikh yang dihormati dan terkenal dengan ilmu dan kewarakannya boleh berkata begitu terhadap Tuhan mereka. Ini sudah menghina Tuhan. Mereka tidak sanggup Tuhan mereka dihina sampai begitu rupa.

Mereka sepakat hendak melaporkan perkara itu kepada pemerintah. Apabila pemerintah dapat tahu, diarahnya kadhi untuk menyiasat dan mengadili Syeikh Abdul Qadir dan jika diadapati bersalah, hendaklah dihukum pancung.

Pada hari pengadilan yang dibuat di khalayak ramai, Syeikh Abdul Qadir dibawa untuk menjawab tuduhan.
Kadhi bertanya, " Benarkah pada sekian tempat, tarikh dan masa sekian, Tuan Syeikh ada berkata di khalayak ramai bahawa Tuhan mereka ada di bawah tapak kaki Tuan Syeikh ?.

Dengan tenang Syeikh Abdul Qadir menjawab, " Benar, saya ada kata begitu ".

Kadhi bertanya lagi, " Apakah sebab Tuan Syeikh berkata begitu?

Jawab Syeikh Abdul Qadir , " Kalau tuan kadhi mahu tahu, silalah lihat tapak kaki saya ".

Maka kadhi pun mengarahkan pegawainya mengangkat kaki Syeikh Abdul Qadir untuk dilihat tapak kakinya. Ternyata ada duit satu dinar yang melekat di tapak kakinya. Kadhi tahu Syeikh Abdul Qadir seorang yang kasyaf. Fahamlah kadhi, bahawa Syeikh Abdul Qadir mahu mengajar bahawa semua orang yang beribadah pada malam itu sebenarnya tidak beribadah kerana Tuhan. Tuhan tidak ada dalam ibadah mereka. Hakikatnya, mereka bertuhankan dunia dan duit satu dinar itu sebagai simbolnya.


Fikir-fikir :

1. Ramai orang buat program kebajikan dan keAgamaan kerana mengharapkan pujian dan habuan

2. Ramai orang terlalu suka menonjolkan diri dalam kerjaya untuk mengejar pangkat dan kedudukan

3. Amat payah membentuk keikhlasan dalam amalan

4. Selalu tanya diri, " Apa tujuan aku buat ni ". Jika kerana Allah, insyaAllah diberkati. Pahala dapat ganjaran dunia pun dapat. Jika sebaliknya......


Adaptasi dari : Kisah Syeikh Abdul Qadir

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :