ULASAN: Bukan main dulu mereka fitnah Kerajaan Penang kerana
merobohkan gerai. Rupanya, di negeri mereka perintah, mereka buat benda
yang sama. Itulah dia UMNO. Itulah dia perangai UMNO.
Janganlah
kita percaya apa2 yang datang dari UMNO. Dan , UMNO pun sedar rakyat
sudah tidak percaya mereka. Maka, mereka terpaksa guna HIMPUN, PERKASA,
Yusri ABIM danb ramai lagi untuk bercakap bagi pihak mereka.
MBJB didakwa roboh gerai tanpa notis
Oleh SITI NADIRAH HAFIDZIN
nadirah@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: Tindakan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merobohkan tiga gerai di Kampung Melayu Majidee Baru di sini, tanpa notis pemberitahuan mengundang rasa tidak puas hati beberapa pemilik gerai terbabit.
Lebih mengecewakan apabila pemilik gerai itu mendakwa, MBJB merobohkan gerai mereka ketika pelanggan sedang menikmati juadah menyebabkan peniaga kerugian ribuan ringgit.
Peniaga, Mohd Fuad Jais, 29, berkata, 15 penguat kuasa MBJB datang ke gerainya kira-kira pada jam 10.30 pagi dan tanpa berlengah merampas barangan perniagaan seterusnya merobohkan gerainya.
"Ketika itu, beberapa pelanggan sedang makan di gerai dan saya terkejut apabila tanpa sebarang pemberitahuan, kumpulan penguat kuasa itu datang lalu merobohkan gerai saya dan dua gerai bersebelahan.
"Memang saya hampa dan sedih atas perkara ini kerana gerai makan ini adalah sumber mata pencarian saya sekeluarga, kami sudah berniaga di sini hampir 23 tahun," katanya ketika ditemui di tapak bekas gerainya, semalam.
Menurut Mohd Fuad, dia berasa ditindas oleh MBJB kerana tidak menerima notis pemberitahuan atau amaran terlebih dulu.
"Saya tidak menafikan pernah menerima notis tetapi ia pada awal 2010 dan notis terbabit tidak menyatakan tarikh atau bulan yang tepat untuk gerai kami dirobohkan," katanya.
Seorang lagi peniaga, Hassan Osman, 52, berkata, tindakan merobohkan gerai buah-buahan miliknya yang diusahakan sejak setahun lalu benar-benar menghampakan.
"Dengan hasil menjual buah-buahan inilah yang saya gunakan untuk menampung kehidupan saya sekeluarga.
"Kini saya tidak tahu di mana perlu mengadu dan apa yang perlu dilakukan, cuma saya berharap ada pihak atau individu yang tampil untuk membantu kami menyelesaikan perkara ini," katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MBJB, Mohd Firdaus Abdul Hamid berkata, pihaknya menolak dakwaan peniaga terbabit kerana sudah memaklumkan kepada mereka terlebih dulu.
"MBJB sudah memberikan notis peringatan untuk mengosongkan tapak gerai mereka kerana tapak itu dibina di atas rizab tanah kerajaan dan terbabit dalam proses pelebaran jalan,” katanya.