Monday, October 17, 2011

SKR

RM 9.4 BILION!!! Hutang Pusat kepada Kelantan, itu pun berlagak dengan Bajet Hutang 2012



KOTA BHARU–Putrajaya perlu men­jelaskan hutang tertunggak RM9.4 bilion kepada Kelantan, mencakupi hasil royalti minyak dan pampasan tanah yang diambil untuk dijadikan kawasan Taman Negara.

Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata, anggaran hutang merangkumi RM7 bilion bagi hasil royalti minyak dan RM2.4 bilion bagi pampasan kawasan Taman Negara.
 

"Jumlah itu besar dan Kerajaan Pusat sepatutnya bertanggungjawab dengan perkara ini," katanya semasa menjadi berucap di Majlis Forum Rakyat di Balai Islam di sini, yang turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.
 

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, tuntutan di Taman Negara melibatkan kawasan 1,043 kilometer persegi termasuk kawasan hutan.
 

"Berdasarkan kajian awal tuntutan itu ada asas, berikutan kerajaan kehilangan nilai sewa ekonomi terlepas kerana hutan balak daripada hutan kekal tidak dibenarkan dengan nilai bersih terkini iaitu RM1.2 bilion.
 







"Asas kedua adalah pulangan terlepas bagi menerokai sektor perladangan kelapa sawit dengan nilai bersih terkini RM585 juta seluruh kawasan.
 

"Manakala, bagi komoditi getah untuk lateks dan balak pula, kerajaan kehilangan yang dianggarkan bernilai RM353 juta, manakala ladang getah hutan kini bernilai RM242 juta," katanya di hadapan 1,000 penyokong Pakatan Rakyat.



ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :