Friday, November 25, 2011

SKR

AUKU : PM Berjanji Lagi....

Masih terngiang-ngiang janji PM untuk mansuhkan terus ISA .... Imbas kembali perutusan PM sempena sambutan Hari Malaysia 2011...

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

23. Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.

Namun ... segalanya adalah sekadar janji tinggal janji ...
Apabila penangkapan terbaru membabitkan sekurang-kurangnya 10 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Sabah pada 14 Noverber yang lalu...
 
Hari ini sekali lagi PM 1Mlaysia membuat pengumuman untuk meminda AUKU... Apakah seluruh rakyat 1Malaysiaakan di tipu lagi dengan janji-janji PM...  Kita sama-sama tunggu dan lihat...

Berita dipetik dari Malaysiakini....

Seksyen 15 AUKU halang pelajar berpolitik akan dipinda....

Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan dipinda bagi membolehkan pelajar institusi pengajian tinggi berusia 21 tahun ke atas menganggotai parti-parti politik.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, hari ini.

"Pindaan ini bagi membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti politik dan menjadi ahli parti politik,” katanya semasa membentangkan usul bagi memansuhkan tiga perisytiharan darurat berusia lebih 40 tahun di Dewan Rakyat pagi ini.

Namun tegasnya, kebenaran itu hanya terhad kepada mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas sahaja dan mereka masih tidak boleh membawa politik kepartian ke kampus.

Pada 31 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim itu memutuskan seksyen tersebut tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.

Bagaimanapun pada ucapannya, Najib berkata kerajaan akan membuat rayuan berhubung penghakiman Mahkamah Rayuan itu.

Katanya, ini adalah perlu kerana pelbagai implikasi berkaitan undang-undang.

Larangan pelajar terbabit dalam politik diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 1971 berikutan demonstrasi pelajar di Baling, Kedah.

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :