Ramai akan menjawab sebab Tuhan suruh. Lalu ada pula yang menyertakan jawapan itu dengan petikan ayat al-Quran atau hadis. Apakah mereka akan berpuashati dengan jawapan anda itu?
Cina atau India yang tidak beragama Islam itu, tahukah apadia firman atau hadis? Senang cakap, mereka akan diam, tetapi dalam hati mereka agaknya apa yang mereka fikirkan?
Dalam menghadapi soalan-soalan yang sebegini, kita yang Islam ni, patut mempunyai kefahaman yang rasional, dapat diterima oleh mereka yang bukan Islam. Jawapan kita mestilah bersandarkan yang dapat mereka terima, logik. Misalnya, Islam melarang kita makan darah, walaupun darah binatang yang memang halal dimakan (ini juga akan menimbulkan satu persoalan lain, kemudian). Jadi cara untuk mengeluarkan darah ayam, lembu dan sebagainya ialah dengan menyembelih.
Menyembelih binatang yang dicadangkan oleh agama (Islam) ialah di lehernya. Mengapa? Kerana di leher ayam atau lembu terdapat dua salur darah (urat marikh) yang besar, jika terpotong akan mengalirkan darah dengan banyaknya. Dengan itu, darah ayam atau lembu tadi akan keluar sebanyak-banyaknya. Inilah yang diajarkan oleh agama (Islam).
Mengapa tidak dipotong di tempat-tempat lain? Islam agama wahyu, Allah sahaja Yang Maha Mengetahui kejadian makhluk yang diciptaNya. Allah menjadi ayam, lembu dan binatang-binatang lain, mempunyai salur darah yang paling besar ialah di leher. Kerana itu mesti disembelih di leher. Cara menyembelih yang betul ialah dengan memotong urat marikh ini (ada 2 - satu di sisi kiri dan satu lagi di sisi kanan). Kedua-duanya mesti putus supaya semaksima darah akan mengalir keluar. Jika tidak putus salah satunya, makan haram dimakan, kerana tidak sempurna sembelihannya. Di tempat-tempat lain, tidak ada salur darah yang sebesar seperti di leher. Jika dipotong di kaki atau kepak ayam misalnya, tidak banyak darah yang keluar, maka tidak halal dimakan. Sehubungan ini, tentu anda dapat mengagak jawapannya, mengapa tidak dipukul sahaja ayam itu?
Jawapan yang logik begini akan lebih meyakinkan mereka yang bukan Islam. Mereka akan lebih berpuashati, kerana di sana ada logik.
Persoalan di atas tadi, mengapa kita diharamkan makan darah? Saya cadangkan agar anda sendiri membuat penyelidikan yang saintifik, apakah mudaratnya jika makan darah. Cuba carikan dari aspek kandungan darah itu. Yang kita pasti, darah ayam atau lembu tentu berlainan kandungannya dengan arah kita. Anda darah group mana? Saya darah O. Harap dapat maklum balas. Terima kasih.
FAHAMIlah ISLAM.
sumber : portalawani