Saturday, January 14, 2012

SKR

Husam: Mahasiswa Kelantan Bebas PTPTN




Exco kananan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata negeri itu akan menghapuskan hutang yang ditanggung warganya daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Dalam perbahasannya di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar hari ini, Husam berkata bayaran itu akan dibuat sebaik Kelantan berjaya menuntut bayaran royalti minyak daripada kerajaan persekutuan.

Kenyataannya itu bagi menjawab satu cabaran yang dikemukakan seorang wakil pelajar di konvensyen berkenaan dalam sesi terdahulu. Husam mengulas, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005.

SKR wrote:

Ada sebab dan alasan mengapa sejak sekian lama minyak Kelantan dituntut Royaltinya oleh Kerajaan Kelantan. Setiap anak Kelantan akan dilupuskan semua pinjaman PTPTN dan diganti dengan terma 'biasiswa'. 

Sebenarnya saya begitu yakin dan percaya dengan sifir yang pernah diungkap oleh DS  Anwar Ibrahim dalam siri ceramahnya, betapa sekiranya semua hasil petrolium dan gas negara diurus dengan baik terutama dari aspek pulangan hasil kepada tabung dana kerajaan, pasti setiap rakyat mampu disediakan pelajaran percuma hingga ke peringkat Universiti. Itu baru soal petrolium dan gas, belum masuk hasil bumi yang lain jika diurus telus.

Rakyat bukan pinta setiap darinya dikurnia bungalow semewah istana, kami rakyat cuma mengemis pelajaran percuma dengan kelengkapan yang selesa dan ia termasuklah penyediaan biasiswa. Usaha oleh Kerajaan Kelantan untuk melupuskan PTPTN dengan menggunakan dana wang royalti hasil minyak Kelantan (yang kini dibicarakan di mahkamah) adalah sangat wajar dicontohi. 

Membela rakyat merupakan satu amanah yang dijulang oleh Pakatan Rakyat, yang kini sedang berkongress di Alor Star. Bersama kita ubah kerajaan demi untuk selamatkan Malaysia! Asalkan Bukan Umno adalah jawapan mutlak untuk Malaysia baru.

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :