(Malek Nor dan Aziz Desa dalam sessi sembang petang di KTC)
Kerajaan
diminta mengkaji semula undang-undang yang ada termasuk menimbang
untuk melaksanakan hukum hudud khususnya berhubung jenayah memandangkan
hukuman yang dikenakan terhadap ‘pendera’ kanak-kanak begitu ringan.
Bekas
jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor, berkata sekiranya kerajaan
ingin melaksanakan hukuman hudud beliau adalah orang pertama yang akan
menyokongnya.
Beliau
berkata demikian kepada media selepas majlis sembang petang bersama
Datuk Malek Nor sempena Pekan Buku anjuran bersama Dewan Bahasa dan
Pusataka Wilayah Timur, Kelantan Trade Canter (KTC) dan Buroqoil.
Sembang Petang itu dikendalikan Ketua Pegawai Operasinya, Aziz Desa.
Beliau
berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataannya dalam
ucapan sembangnya diawal majlis yang mengutuk kekejaman manusia mendera
kanak-kanak termasuk ibubapa sendiri yang mencampak anak dari bangunan
yang tinggi.
Ketika mengulas penderaan kanak-kanak, beliau tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir.
Malek
seterusnya berkata, kerana undang-undang yang ada dalam negara begitu
longgar menyebabkan pesalah termasuk orang lain tidak pernah berasa
insaf dengan hukuman yang dikenakan.
“Setakat hukuman setahun, dua tahun kemudian lepas, tidak akan menginsafkan mereka.
“Andainya
kerajaan berhasrat untuk melaksanakan hukuman hudud, saya adalah orang
pertama yang akan menyokongnya kerana yakin hanya syariat Allah yang
dapat mendidik manusia,”ujarnya.
Turut hadir pada program khas yang dianjurkan untuknya adalah isteri beliau, Datin Wan Asma Wan Ismail.
Pasangan
pengantin ini melangsungkan perhakwinan mereka di Kota Bharu pada 12
Mac lalu dan majlis repsepsinya berlangsung di Hotel Renaissance yang
turut dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan
isteri.
Katanya
lagi, begitu juga hukuman yang dikenakan ke atas mat rempit yang
dianggapnya begitu longgar menyebabkan golongan terbabit tidak pernah
insaf untuk berhenti.
Terdahulu
ketika berucap pada majlis itu berharap Kelantan akan sentiasa
dirahmati disamping mengharapkan negeri itu menjadi yang terbaik di
negara ini.
“Hasrat
saya untuk melihat negeri ini menjadi contoh pada negeri-negeri lain
di negara ini kerana keistimewaannya yang tersendiri khususnya
penerapan Islam,”ujarnya.
sumber: Kerengga