Tuesday, April 3, 2012

SKR

Fakta Mengenai Saka Yang Perlu Kita Tahu



Syaitan amat gembira apabila ada dikalangan manusia yang menyeru untuk berdamping dengan golongan mereka kerana mereka sememangnya mahu menyesatkan manusia sepertimana firman Allah Ta’ala didalam surah al-Hijr yang bermaksud: “Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.” (Surah Al-Hijr 15:39)

Saka adalah antara perbuatan Ilmu Hitam yang sudah lama wujud dan diamalkan oleh individu tertentu di dunia ini termasuk di Malaysia. Pelbagai kesan buruk dan masalah yang akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar dengan menyekutukan Allah iaitu syirik kepada Allah Ta’ala, Syirik adalah suatu perbuatan yang termasuk didalam dosa-dosa besar. “Barangsiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah An Nisaa’: 48)


Antara Fakta Mengenai Saka:

1- Berbanding sihir dan santau, saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati, lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya.

2- Pewaris akan menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana roh sukar keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa sehingga menemui ajal.

3- Saka bermula dengan upacara yang jelas bertentangan dengan syariat serta menghina Islam antaranya seseorang itu akan memuja kubur atau tengkorak, meminum darah, membaca surah suci secara terbalik atau memijak al-Quran terlebih dulu.

4- Upacara saka dilakukan berserta jampi mantera bertujuan menyeru kehadiran syaitan. Seterusnya selepas berjaya menyeru kehadiran jin atau syaitan, perjanjian berserta syarat dan pantang larang akan dimeterai antara manusia dengan makhluk ghaib berkenaan.

5- Syaitan akan sentiasa mendampingi tuannya sehingga manusia terbabit boleh menggunakan kebolehan makhluk halus itu untuk kepentingan dirinya.

6- Manusia yang menggunakan Saka (bantuan jin) untuk pelbagai kepentingan seperti ingin menjaga keselamatan diri, ahli keluarga dan harta, menjadi kuat, berharta, disayangi atau digeruni ramai pihak selain mahukan makhluk ghaib itu membantunya bekerja di ladang atau lautan.

7- Permulaannya Saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka bagi menyesatkan manusia.

8- Apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya. Keadaan itu menyebabkan saka berkenaan “menumpang” pada jasad tuannya sehingga pemilik saka itu kelihatan seolah-olah masih hidup dan bergerak walaupun dia sebenarnya sudah meninggal dunia.

9- Jin yang menjadi saka juga boleh mencemari maruah keluarga pemiliknya dengan mengadakan hubungan kelamin bersama isteri atau anak perempuan tuannya. Dan gangguan saka juga menyebabkan seseorang mengalami penyakit misteri yang amat menyeksakan.

10- Syarat yang perlu dipatuhi pemilik saka adalah jin berkenaan perlu diwariskan kepada individu lain apabila pemiliknya hampir menemui ajal selain pemilik perlu menjamu saka peliharaannya dengan darah, kemenyan atau sebagainya.

11- Saka akan mengganggu apabila pemilik berkenaan meninggal dunia tanpa sempat mewariskan saka berkenaan menyebabkan jin berkenaan akan merewang serta mengganggu dan menyakiti ahli keluarga serta orang lain.

12- Anak yang mewarisi saka tetapi tidak mengetahui syarat dan pantang larang ketika perjanjian dimeterai menyebabkan mereka tidak menunaikan perjanjian itu seperti tidak menyediakan makanan kepada jin menyebabkan makhluk itu akan mengganggu dan menyakiti mereka kerana marah. (Hukum mengguna atau mewarisi saka adalah haram disisi Islam.)

13- Syaitan adalah jin yang kafir dan ketua syaitan adalah Iblis, Saka yang dipelihara wanita digelar “pelesit” dalam budaya Melayu manakala Saka yang dipelihara lelaki digelar “hantu raya”. Hantu raya terdiri daripada jin berjenis Ifrit (golongan jahat).

14- Dalam kebanyakan kes, antara barang tuannya yang dijaga saka tetapi dijual kepada orang lain termasuklah barang antik dan bersejarah malah ada juga hiasan berupa tulisan ayat Al-Quran.

15- Antara jenis-jenis saka ialah, Saka Harimau: Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh, Saka Buaya: Mampu mengawal dan menjinakkan buaya, Saka Ular: Mampu mengawal dan menjinakkan ular, Saka Bomoh: Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. (Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.), Saka Kuat atau Saka Penimbul: Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal, Saka susuk: Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik dan Saka Toyol: Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.

16- Untuk merawat atau membuang saka, pesakit perlu dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah serta mengelak daripada berjumpa bomoh atau pengamal perubatan yang berasaskan jin, mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah haram.

17- Antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi menghadapi gangguan saka dan makhluk halus adalah mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa panas apabila berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan.

Susunan HasnulHadiAhmad.Com

Wallahu’alam….

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :