KUALA LUMPUR – Kerajaan telah meluluskan penambahan dana
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM6 bilion bagi
tahun ini dan tahun 2013.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled
Nordin berkata, permohonan daripada kementeriannya itu telah diluluskan pada
mesyuarat mingguan Kabinet kelmarin memandangkan penting dan relevannya tabung
itu bagi membiayai pengajian pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).
“Sehingga 29 Februari lepas, seramai 1.9 juta peminjam
telah menerima pembiayaan PTPTN berjumlah RM43.6 bilion,” katanya di sini
semalam.
Mohamed Khaled berkata, bagi sesi akademik 2012/2013,
bilangan tempat yang akan ditawarkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA),
Institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT), Politeknik, Kolej
Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dijangka meningkat
sebanyak 8.8 peratus berbanding sesi akademik lepas iaitu daripada 185,966
tempat kepada 202,339 tempat.
“Peningkatan ini membuktikan komitmen kerajaan dalam
merealisasikan hasrat mengarusperdanakan pengajian TEVT terutamanya bagi
melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam negara,” katanya.
-KOSMO online-
KAH KAH KAH KAH KAH….
Baca elok2 berita kat atas ni siswa siswi
KERAjaan BN setuju tambah peruntukan PTPTN..
Penuntut universiti kene berterima kasih kepada pak menteri..
Susah payah dia p bentang kertas kerja tambah dana ni..
KAH KAH KAH KAH….
Apalah nasib rakyat malaysia dapat menteri lembab macam ni
Oi pak menteri..
Siswa siswi x nak tambah hutang la pak menteri oi..
Pelajar suma nak mansuh.. lupus.. waive..tutup terus tabung ni..
buat pendidikan free sampai ke universiti..
Nampak gayanya suara siswa siswi x didengari
Suara mahasiswa tidak lansung difahami oleh pak menteri ni lagi
Pelajar minta mansuh..dia mesyuarat mintak tambah..
Ni yang kene buat sesuatu ni..
KAH KAH KAH KAH….
Kerajaan suka rakyatnya dihimpit bebanan hutang keliling
pinggang
Umur 23 tahun lepasan ijazah sudah berhutang dekat 50K..
Tu belum masuk hutang nak beli kenderaan sebab public transport
macam hampeh..
Ade hati lagi ke nak
beli property spt rumah atau tanah?
dengan kadar upah yg
tidak memadai..dengan harga brg yg makin lame makin tinggi...
KAH KAH KAH KAH…
Pesanan buat siswa siswi..kalo dah boleh mengundi sok2…pangkah
le BN lagi..banyak lagi tambahan dana hutang siswasiswi….
KAH KAH KAH….
GERAI TIGA ABDUL