Wednesday, May 16, 2012

SKR

Anwar janji realisasikan sistem pendidikan percuma dalam temph setahun menjadi PM



  • Isu PTPTN masih belum selesai dan Pakatan Rakyat berazam mahu menjadikan sistem pendidikan percuma sebagai salah satu daripada matlamat mereka jika dapat menumbangkan kerajaan BN.
  • Ketika berucap di Shah Alam hari ahad lalu dalam perhimpunan sempena menyambut hari pekerja. Anwar Ibrahim memberikan janjinya untuk melaksanakan sistem pendidikan percuma dalam tempoh satu tahun selepas duduk di kerusi Perdana Menteri.
  • Tempoh satu tahun yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim adalah berdasarkan keupayaan negara Turki merealisasikan program pendidikan percuma itu selepas 3 tahun Recep Tayyip Erdogan memegang tampok pemerintahan Turki. Jika negara Turki yang tidak punyai sumber minyak yang kaya seperti negara kita mampu melaksanakannya, maka sudah pasti kita lebih mampu lagi berbanding mereka.
  • Salah satu faktor yang menyebabkan lambakan IPTS di negara kita adalah apabila PTPTN diadakan. Dengan peluang untuk menyambung pelajaran terbuka kepada semua orang dengan dimudahkan rakyat berhutang bagi membayar yuran kemasukan ke IPTS atau IPTA maka lebih ramai rakyat akan berupaya menyambung pelajaran.
  • Peningkatan pelajar yang boleh berhutang untuk belajar menyebabkan industri pendidikan berorientasikan keuntungan tumbuh macam cendawan lepas hujan. Dan majoritinya adalah usahawan yang mesra BN atau lebih tepat lagi golongan Kroni Umno/BN. PTPTN berjaya melahirkan ramai jutawan segera dari kalangan kroni Umno/BN maka tidak hairanlah bila PR mahu mansuhkan PTPTN mereka melompat marah menentangnya.
  • Salah satu bukti bahawa sistem pendidikan berorientasikan keuntungan ini sebenarnya gagal melahirkan graduan yang berkualiti ada dibentangkan di Amerika. Kajian mendapati graduan keluaran IPTS berorintasikan keuntungan majoritinya sukar mendapatkan peluang pekerjaan dan jika dapatpun mereka dibayar dengan gaji yang rendah.
  • Terbukti bahawa sistem pengajian awam yang tidak berorientasikan keuntungan berjaya melahirkan graduan yang lebih berkualiti kerana mereka berjaya memberikan fokus kepada kualiti pendidikan itu sendiri berbanding keuntungan. Lihat laporannya di sini.
  • Oleh itu marilah kita sokong hasrat Pakatan Rakyat mahu menjadikan sistem pendidikan percuma di negara kita dalam tempoh setahun menawan Putrajaya. SUMBER

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :