Filem sains fiksyen Starwars arahan Steven Spilbearg
adalah antara filem yang paling berjaya dalam sejarah perfileman
Hollywood. Pengaruh sains fiksyen yang dibawa Starwars menjangkau
seluruh planet bumi dan segenap lapisan agama, bangsa dan negara. Maka tidak hairanlah jika dikatakan setiap watak dalam filem menjadi idola bagi kebanyakan kanak-kanak dan orang dewasa.
Satu-satunya watak yang amat mencurigakan ialah watak Darth Vader
yang bertindak sebagai bapa kepada si hero iaitu Skywalker. Watak jahat
yang agak gentlement ini tidak dibenci oleh kebanyakan penonton kerana
ia membawa imej yang bersih, berkaliber dalam setiap aksi kejamnya.
Namun begitu, kemusykilan kami adalah berdasarkan pereka grafik yang
mencipta watak dan wajah Darth Vader ini. Dari manakah idea mencipta
wajah Darth Vader ini diambil oleh pereka grafik filem Starwars?
Ini kerana imej topeng Darth Vader kelihatan terpampang di salah satu menara Washington National Cathedral
dengan ciri-ciri yang jelas dan tinggi kedudukannya. Imej itu tidak
dapat dilihat dengan mata kasar dan perlu menggunakan teropong untuk
melihatnya.
Penerbitan Filem Starwars
Filem Starwars mula ditayangkan kepada orang ramai secara komersial pada 25 Mei 1977 oleh Universal Studio
di Amerika Syarikat. Penerbitan filem ini telah menjadikan ia pencetus
kepada filem-filem sains fiksyen berteknologi tinggi yang membawa era
perang galaksi.
Walaupun ditayangkan pada 1977, tetapi gerak kerja menghasilkan filem
ini telah pun dilakukan sejak 1971 yang mana ketika itu Malaysia masih
lagi gah dengan sentuhan karya P.Ramlee, Jins Shamsudin dan kebanjiran
filem-filem Bombay.
Idea menghasilkan Starwars sebenarnya dicetuskan oleh penerbit Yahudi terkenal iaitu George Lucas yang kini adalah pemilik Lucas Film. Lucas adalah orang yang pertama menulis idea tentang kepahlawanan angkasa yang digelar Jedi.
Namun, ketika mula-mula memperkenalkan idea ini, Lucas terpaksa
menulis dua kali tentang konsep Jedi kepada beberapa pengarah terkenal
untuk memahamkan idea uniknya itu. Dari mana Lucas mendapat idea ini
tidak diketahui dan ia amat mencurigakan sekali.
Lucas yang berdarah campuran British dan Jerman sekarang ini adalah
pemilik Lucas Film yang mana amat terkenal dengan pembikinan filem-filem
episod Starwars dan Indiana Jones.
Keraguan Tentang Watak Darth Vader
Watak Darth Vader juga dibina sendiri oleh George Lucas tetapi aspek
watak fizikal pula direka oleh David Prowse yang pernah bergiat sebagai
ahli sukan bina badan dan pelakon sambilan. Segala tingkahlaku dan
perwatakan Darth Vader adalah mengikut sentuhan Prowse sendiri walaupun
ianya dicipta oleh Lucas. Seperti juga Lucas, Prowse tidak juga
mendedahkan di mana ia peroleh imej topeng Darth vader tersebut.
(Gambar) David Prowse dan kostum Darth Vader ciptaannya
Pada 1980, majalah National Geographic bersama gereja besar ini telah
menganjurkan pertandingan melukis bagi kanak-kanak untuk diletakkan di
National Cathedral. Amat menghairankan, tiga pemenang yang dipilih yang
lukisan yang menggambarkan watak-watak jahat.
Budak lelaki yang bernama Christopher Rader telah dipilih sebagai
pemenang tempat ke-3, dan watak yang dilukisnya ialah Darth Vader.
Pemenang-pemenang lain pula melukis objek yang menjurus kepada
unsur-unsur kejahatan.
Misteri Penghakiman Pertandingan oleh Pihak Gereja
(Gambar) Amat pelik, pihak pengurusan gereja memilih 3 watak jahat untuk diletakkan di menara Washington National Cathedral pada 1980.
Pihak gereja tahu bahawa pada 1980, pengaruh filem Starwars terhadap
masyarakat khususnya kanak-kanak amat kuat. Memilih watak dan memberikan
anugerah kepada objek yang sudah diketahui masyarakat umum adalah amat
mencurigakan.
Pihak gereja seolah-olah mahu menutup ‘kehendak’ tersembunyi mereka
untuk meletakkan topeng Darth Vader ciptaan David Prowse itu.
Kemungkinan pertandingan melukis itu hanyalah suatu topeng palsu untuk
menutup hasrat sebenar pihak gereja Washington.
Sekiranya pihakpengurusan gereja meletakkan watak Darth Vader begitu
sahaja, sudah pasti ramai orang tertanya-tanya, dan kemungkinan wartawan
akan menyerang pihak gereja dan David Prowse tentang perletakan arca
Darth Vader dengan beratus-ratus soalan.
Kami percaya pertandingan melukis itu hanyalah topeng dan kemenangan tempat ke-3 oleh Christopher Rader
adalah dirancang dan apa yang dilukis oleh Rader sebenarnya di suruh.
Objek topeng Darth Vader adalah sejenis lakaran ergonomik digital yang
sukar dihasilkan melalui tangan.
Meletakkan kemenangan kepada Christopher Rader di tempat ke-3 adalah
logik kerana jika diletakkan tempat pertama, sudah pasti hasrat sebenar
pihak gereja dapat dipersoalkan oleh orang ramai terutamanya ahli-ahli
sejarah dan akademik.
Peranan Filem Dalam Pendidikan Kesyaitanan
Telah kami nyatakan sebelum ini dalam beberapa artikel bagaimana
unsur-unsur filem itu dijadikan suatu elemen pendidikan kesyaitanan,
seksual, free-thinker dan sebagainya. Filem adalah senjata ampuh gerakan
Illuminati yang mana tapak pembikinan filem-filem Hollywood itu sendiri
dipunyai secara total oleh kelompok-kelompok mereka.
Golongan Illuminati tahu
apa yang mereka mahukan dan mereka juga teliti dalam merancang sesuatu
disamping meneroka kelemahan masyarakat yang bukan Islam. Bagi mengaburi
dan mempengaruhi masyarakat Islam, unsur-unsur estetik dalam filem juga
adalah senjata ampuh mereka.
Memerangi umat kristian dan menjauhkan mereka dari ajaran Injil
adalah amat mudah kerana masyarakat Kristian sudah ketinggalan jauh dari
aspek spiritual sejak sebelum kelahiran Islam lagi. Kami menyimpulkan bahawa pendedahan imej Darth Vader adalah
penyerapan pendidikan kesyaitan secara tersirat. Pendidikan tersirat ini
akan lebih bermakna apabila patung-patung Darth Vader dibeli dan
diletakkan di rumah-rumah masyarakat Islam.
Sebagai umat Islam, melihat dan memikirkan secara teliti akan sebab
dan akibat sesuatu yang berada di depan mata seperti filem adalah amat
mustahak. Mempersoalkan setiap unsur di dalam filem yang dilihat boleh
menyelamatkan aqidah Muslim dari tergolong dalam kelompok Riddah Qauliyah.
Imam Habib Abdullah bin Thahir menyebut bahawa,
“Setiap muslim yang mukallaf, hukumnya wajib untuk menjaga
keIslamannya dari segala hal yang dapat menghancurkan, membatalkan, dan
memutuskannya dari tali Islam, yakni murtad.”
(kitab Sulamut at-Taufiq)
Wallahu’alam…
oleh ibnuyaacob