KL 12 Mei 12: Associated Press melaporkan, dalam salah satu kursus militer yang dilakukan oleh Pentagon, pasukan AS diajar bahawa musuh AS adalah umat Islam secara keseluruhan. AS memiliki kemungkinan melakukan serangan besar untuk tempat-tempat suci umat Islam di Makah dan Madinah, tanpa mempedulikan warga sivil Muslim menjadi korban.
Berita Amerika, Associated Press dan media massa terkemuka Inggeris, The Guardian melaporkan pada Jumaat 11 Mei 12, bahawa kursus militer AS itu akhirnya telah dihentikan oleh Pentagon pada akhir April 2012.
Penghentian kursus itu bermula oleh protes seorang peserta. Kursus itu dinilai bertentangan dengan pernyataan pemimpin AS pada tahun sebelumnya yang menyatakan AS memerangi kelompok fundamentalis Islam, bukan memerangi Islam itu sendiri, tulis AP.
Pentagon memerintahkan penyedikan atas kursus tersebut dan memberhentikan instruktur kursus, Letnan kolonel Matthew Dooley. Kepada peserta kursus militer di Joint Forcess Staff College di Norfolk, Virginia, Doley mengajarkan (memfitnah) bahawa kaum Muslimin membenci segala hal yang dibela oleh AS. Sekolah untuk anggota militer profesional ini mengajar di kalangan menengah militer dan pemerintah awam.
Dooley mengajar, bahawa Konvensi Genewa mengenai tawanan perang dan perlakuan terhadap warga sivil kini tidak lagi relevan untuk diterapkan. Hal itu memberi peluang kepada AS untuk melakukan serangan yang menargetkan penduduk sivil tempat-tempat suci kaum Muslimin di Makah dan Madinah. Jika perlu, dilakukan seperti di Nagasaki dan Hirosima, pada Perang Dunia II.oleh tentera AS.
Latihan militer bagi tentera AS yang mensasarkan orang awam Muslim bukanlah kali pertama. Tahun lalu, FBI juga menghentikan kursus militer serupa, tulis AP dan The Guardian. Meski Pentagon dan Rumah Putih berusaha menutup-nutupi niat jahatnya, namun realiti membuktikan kepada masyarakat dunia bahawa perang melawan terorisme yang dikempenkan oleh AS dan sekutunya, sebenarnya adalah perang terhadap kaum Muslimin. Muslimin yang ingin hidup di bawah naungan syariat Islam dan menolak sistem hidup yang dipaksakan oleh AS kepada mereka.
Komen : Apakah reaksi negara umat Islam kini, termasuk Malaysia? (IH/arrahmah.com)