Kehangatan
bola sepak Eropah tidak membuat Frederic Oumar Kanoute lupa daratan.
Hasil pendapatn dari sukan termegah di dunia itu digunakan penyerang
kelahiran Perancis itu untuk kemaslahatan umat.
Kanoute
yang kini bermain untuk kelab Sepanyol, Sevilla, tidak pernah segan
menampakkan ketaatannya sebagai seorang Muslim di mana pun beliau
berada. Penjaring gol terbanyak Liga Sepanyol 2006-2007 itu bahkan rela
menyisihkan sebahagian hartanya untuk memelihara syiar Islam.
Pada
tahun 2007, komuniti muslim Sevilla terancam tidak boleh menggelar
solat Jumaat berjamaah ketika masjid di bandar itu nyaris ditutup. Izin
penggunaan masjid di wilayah Ponce De Leon itu habis dan terpaksa dijual
kepada awam. Kanoute tampil sebagai penyelamat dengan membeli masjid
itu dengan harga 700 ribu dolar AS.
Untuk
menyelamatkan masjid itu, Kanoute harus rela menyisihkan sekitar satu
tahun gajinya di Sevilla. Meski demikian, Kanoute tetap tawadhu dan
enggan mengulas atas amal mulianya itu.
"Jika
Kanoute tidak membelinya, mungkin kami tidak akan lagi boleh beribada
solat Jumaat," kata seorang jurucakap Islamic Community of Spain kepada
media tempatan Diario de Sevilla.
Kanoute
menjadi mualaf pada tahun 1997. Ia memutuskan untuk pindah
kewarganegaraan dan membela pasukan kebangsaan Mali pada tahun 2004. Ia
kemudian dinobatkan menjadi pemain terbaik Afrika 2007.
sumber: Detik Islam