Binaan segi tiga di sekeliling Stadium Olimpik juga didakwa menyerupai piramid dalam logo Illuminati.
Salah satu kad, Combined Disasters (gabungan bencana) dalam permainan
Illuminati ini dikatakan bakal menjadi kemuncak teori konspirasi.
Logo 2012 ini jika disusun semula akan menjadi perkataan Zion (Zionis).
Maskot Wenlock (kiri) dan Mandeville ini juga dikatakan menyerupai dajjal.
Sukan Olimpik London 2012 baru sahaja membuka tirai Jumaat lalu, di
mana Britain sekali lagi diberi penghormatan untuk menganjurkan temasya
berprestij itu. Majlis pembukaan turut diadakan dengan gilang-gemilang dan disaksikan lebih satu bilion penonton di seluruh dunia.
Penganjur memilih untuk mengetengahkan majlis perasmian yang penuh
dengan kejutan termasuk kemunculan Ratu Elizabeth II diiringi oleh James
Bond (aktor Daniel Craig).
Bagaimanapun, di sebalik kemeriahan itu, beberapa maklumat yang boleh
diperoleh menerusi YouTube berpendapat Sukan Olimpik 2012 tersebut
adalah kemuncak bagi segala teori konspirasi yang direncanakan oleh
Illuminati (pertubuhan Yahudi terbesar di dunia yang bergerak secara
rahsia tanpa diketahui siapa menganggotainya).
Illuminati dikatakan bergerak secara terancang dan telah menguasai hampir 80 peratus pelosok dunia. Pertubuhan rahsia itu juga telah menguasai pelbagai aspek termasuk
ekonomi, politik dan pendidikan dengan menerapkan pemikiran Illuminati
yang dirancang sejak lebih 300 tahun lalu.
Sebagai contoh logo 2012 yang diperkenalkan pada Jun 2007 didakwa
menelan kos sehingga 400,000 pound (RM2 juta) itu turut memaparkan
maksud tersembunyi yang menjadi perkataan Zion (Zionis) serta lambang
swastika (Nazi) jika ia disusun semula.
Petunjuk dan maksud tersembunyi tersebut dikaitkan dengan Freemason,
sebuah lagi pertubuhan rahsia Yahudi mempunyai matlamat sama seperti
Illuminati.
Aspek lain dalam Olimpik London yang mempunyai pengaruh Illuminati
adalah dua maskot bermata satu diperbuat daripada logam digelar Wenlock
dan Mandeville.
Sesetengah pihak mungkin menganggap kedua-dua maskot tersebut seperti
watak animasi filem Monsters, Inc. tetapi jika diamati dengan teliti ia
sebenarnya menyerupai dajjal yang diketahui sebagai makhkluk bermata
satu.
Kedudukan mata maskot tersebut turut dikaitkan dengan lambang mata
satu (all seeing eye) iaitu mata yang melihat semua yang terdapat dalam
puncak segi tiga simbol Illuminati.
Sebagai contoh, pada bahagian atas kepala Wenlock yang kononnya
direka sebagai teksi di London juga sebenarnya menunjukkan lambang segi
tiga piramid dalam logo Illuminati.
Selain itu, beberapa pemerhati turut mempertikaikan reka bentuk
Stadium Olimpik London yang telah meraih Anugerah Institut Arkitek
Diraja Britain 2012 (Riba).
Mereka mendakwa binaan segi tiga di sekeliling stadium itu menyerupai
piramid separuh siap lambang Illuminati walaupun arkitek firma Populous
itu, Philip Johnson menyatakan idea reka bentuknya menandakan era baru
dalam acara sukan.
Seperti apa yang dipaparkan menerusi YouTube, mungkinkah akan berlaku
satu lagi kejadian dahsyat seperti serangan ke atas Pusat Dagangan
Dunia (WTC) di Amerika Syarikat?
Ini kerana, ada beberapa peristiwa yang terdapat pada 330 kad
permainan Illuminati tersebut telah benar-benar berlaku sebelum ini,
sekali gus membuktikan teori konspirasi sememangnya sudah lama wujud
walaupun kad tersebut dikeluarkan pada 1995.
Ada pengguna YouTube membuat kajian mereka sendiri berdasarkan fakta yang boleh diterima akal.
Dan, mereka menganggap salah satu kad tertera perkataan Combined
Disasters (gabungan bencana) adalah kemuncak bagi teori konspirasi ini.
Rancangan jahat yang didalangi oleh agen Illuminati dan Freemason ini
sebenarnya bertujuan untuk mencapai matlamat One World Government (satu
kerajaan dunia) dengan melaksanakan dasar Novus Ordo Seclorum
(Pemerintahan Dunia Baru).
Pertubuhan itu kini bertapak dengan kukuh di Amerika Syarikat (AS)
dan melaksanakan pelbagai konspirasi yang berlindung di sebalik
undang-undang serta hanya memberi keuntungan kepada sekutunya.
Situasi ini dapat dilihat dengan jelas dalam Kongres AS, yang mana
kebanyakan ahlinya terdiri daripada bangsa Yahudi dan keseluruhan dasar
negara Barat itu turut menyokong sepenuhnya segala keputusan Israel
terutamanya jika ia berbentuk penindasan terhadap orang Islam.
Adakah ia hanya kebetulan? Atau sememangnya telah dirancang dengan teliti oleh pertubuhan rahsia Yahudi ini?
ALLAH telah berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 120;
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau
suka kepadamu (wahai Muhammad SAW) sehingga engkau menurut agama mereka
(yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) sesungguhnya petunjuk
ALLAH (Islam) itulah petunjuk yang benar.”