Saturday, July 28, 2012

SKR

Tip untuk ibu bapa membesarkan anak yang berakhlak baik




Tip untuk ibu bapa membesarkan anak yang berakhlak baik.

Bukan mudah untuk membendung anak terutamanya yang telah mencapai umur remaja dari di pengaruhi gelaja tidak sihat seperti rokok, dadah, alcohol, seks bebas, gangsterism dan berbagai gejala – gegala sosial yang lain. Anak remaja sekarang sangat rendah jati dirinya, tidak berdaya menahan diri dari terlibat dengan gejala – gejala yang tidak sihat. Jika anda mahu mengelak anak remaja anda dari terlibat perkara - perkara yang tidak sihat, anda perlu ada untuk membimbing mereka.


Antara cara untuk membendung anak dari terlibat dengan gejala tidak sihat adalah melalui komunikasi. Melalui komunikasi, anda boleh ajar mereka yang mana baik dan yang mana buruk. Di bawah, saya sertakan beberapa cara untuk berkomunikasi dengan anak – anak anda.

Sentiasa berkomunikasi dengan anak – anak anda.

Anak – anak yang masuk umur baligh, biasanya akan mula menjarakkan diri dari anda. Ini kerana, mereka merasakan mereka sudah dewasa dan tidak perlukan anda sebagai teman mereka. Mereka mahu membuat keputusan sendiri dan tidak mahu campur tangan dari anda.  Jangan benarkan perkara ini dari berlaku, anda perlu sentiasa berkomunikasi pada mereka.

 Tingkatkan cara anda berkomunikasi dengan mereka supaya mereka selesa dengan anda. Jangan anggap mereka masih kecil tetapi anggap mereka sudah pandai menjaga diri dan anda hanya berkomunikasi untuk membimbing mereka memilih jalan yang betul.

Disiplinkan anak anda dengan peraturan.

Tetapkan peraturan untuk anak – anak patuh pada anda. Contohnya tidak boleh keluar malam, tidak boleh keluar tanpa pengetahuan anda, tidak boleh berjaga malam dan sebagainya. Peraturan yang anda wujudkan perlulah selari dengan perkembangan minda mereka. Peraturan perlu ada supaya mereka hormat anda sebagai orang tua mereka.

Makan bersama – sama.

Dalam sehari, anda perlu makan bersama – sama dengan seluruh ahli keluarga. Anak – anak akan lebih rapat dengan anda jika mereka selalu melihat anda ketika anda makan. Ketika ini, anda boleh ambil tahu perkembangan terbaru yang terjadi pada mereka.

Beri hadiah pada mereka.

Jika anak anda berjaya memajukan dirinya sendiri, berilah dia hadiah walaupun kecil atau sedikit. Hadiah akan membuatkan hati anak cair dan mendengar apa yang anda cadangkan  untuk mereka.

Rancang aktiviti bersama – sama dengan anak anda.

Anda boleh rancang aktiviti keluarga bersama – sama dengan anak – anak anda. Antaranya menonton wayang, berbasikal, melancong, menonton konsert dan sebagainya.

Gunakan teknik – teknik di atas untuk membing anak anda ke jalan yang betul. Anak akan mendengar cakap anda jika mereka sedia untuk berkomunikasi dengan anda.

ADVERTISEMENT
SKR

About SKR

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :